Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts
Wednesday, November 14, 2012
bismIllah...


Cuti Deepavali. So yeah, a public holiday! To be honest, I don't really care for PH or weekends since I AM A HOUSEWIFE! Hari-hari cuti maaaa... but then, not everyday I can see my husband chilling in bed late in the morning :)

But Hubby bangun awal and siap-siap pun awal. Aku ni celik-celik biji mata terus open lappy since dapat banyak notification to my Blackberry and I can't check on my phone since the telco line in my house area was BAD. STILL BAD THO.

Elok kul 11 pagi camtu aku dapat sms dari Bed (or Baydah, Bedah, Siti Zubaidah). Oh, my bestfriend yang aku dah lama tak jumpa since my wedding! Giler lama ok. Padahal kampung sama-sama kat Beruas. Dia jauh sikit le kat area Batu Hampar. But still, takdela jauh benor pun. Lama tak jumpa ok. huhu...

Bed ajak jumpa since arini cuti... she is now working as Pegawai Veterinar kat Nusajaya, Johor. Her office is next to Legoland. Tapi tak pernah gak masuk Legoland. wakaka... ajak masuk Hello Kitty punyer tempat yang baru buka tu (dekat-dekat Legoland jugak) tapi malas la.. aku bukan minat HK pun. Anak aku jantan lagipun. :p

So we settled to meet at Angsana Mall... Aku pun baru 1st time ke Plaza Angsana tu... Blame my husband. Asyik bawak ke Kipmart Masai je! Huh.

Pas Zohor camtu kitorang pun jumpa kat McD. Tak berubah pun Bedah. Sama je macam dulu. Aku ni yela kan... gemok! T_T

Terasa syahdu pula cos Razin dah besor gajah baru Bed dapat tengok.

Kitorang sangat close zaman sekolah dulu. Tanyala sesapa pun... mana ade Bed, aku mesti ade. Mana ade aku, Bed pun mesti ade. Yela, dulu dia and cikgu Pah nyewa sebelah umah aku je pun. Makan pun main jerit-jerit je untuk ajak makan sekali. Sama jugak kalau berjalan... pantang kereta cikgu bergerak, aku mesti ngekor. haha..

Oh kenangan....

Hubby was 'sporting' enuff to leave us to chat. Then dia datang balik, aku suh amik Razin cos Razin restless (dah ade anak, camtu la... mane leh sembang lama2 macam zaman bujang huhu).

Then sambung bersembang kat McD tu... We talked about lots of things.. yela, years of not catching up kan... macam-macam benda la yang nak disembangkan...

It's sweet knowing I can just talk to her macam takde gap tahun-tahun tak berjumpa. We easily picked up where we left off. I always feel like this with Nyda too. Ni la kalau bestfriend kan? Walau tak jumpa, but we shared experiences with none other than that person. Jumpa balik takde awkward ke ape ke... =')

Can't deny that I feel sad that we cannot be who we used to be. People changed, yes. And of course, time changes us.

Oh sebak lak tetiba... sedih bila ingat balik things and people we lose as we grow. Of course with Bed, aku akan ingat Cikgu Pah. Cikgu Pah yang dah membawa diri... haihh... sedih ok...

Anyway, I'm glad Bed is one of my friend yang kata laki aku ok, tak pendiam. Cos no one else said so! Haha...

"Eh Ana, ko kata laki ko pendiam... Ok jer cakap ngan aku tadi" she said.

"Memang la... dah ko tegur dia ajak sembang sekali... cer kalo ko sembang ngan aku je? dia diam jela... nak harap dia tegur ko dulu memang usah harap ler"

I know my husband too well.

Sebab tu Bed ni ramai kawan. Dia jenis ramah, sempoi and ok je nak nyembang ngan orang. Dia yang tegur laki aku dulu. So laki aku ok jela... nak harap laki aku tegur dulu memang sampai kiamat takde la... dia jenis diam je.. orang tegur baru dia bercakap. hehe...

Aku memang bertuah ade kawan-kawan yang baik cam Bed and Nyda. Yang dekat di hati pun diorang ni la... Lelain kawan lelaki. Tu pun tinggal sorang je kawan lelaki yang masih close. Lelain bawak diri bila statusku berubah jadi bini orang. hehe... (hi majin, hi padi... remember me?)

Anyway, great talks I had with Bed today.

Till we meet again, Bed...

Salam...




Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, August 27, 2012
bismIllah...


Perasaan berbelah bagi nak balik Johor. Aku seboleh-bolehnya tak nak balik Johor... sebab?

- Selesa dok Perak. Of course la kan... since umah sendiri dok sewa kat orang, aku dok di rumah Mak. Gile best takde masak sangat (hahaha) and yang penting, Razin ramai orang melayan. Ni kalau balik Johor, bertempik lagi la aku hari-hari ngan dia...

- Suka POSLAJU kat sini. Walaupun bila dok Beruas aku kena rush pos barang sebelum 3 petang (sebab ade pejabat pos je), aku tak kisah sebab tak banyak songeh and tak ramai orang kat pejabat pos. Poslaju Sitiawan pun ok sangat-sangat, tak penah lagi la aku kena balik tanpa pos barang sebab kotak tak dibalut brown paper! (Damn you, PPL Pasir Gudang!)

- Senang kalau nak order barang kat supplier. Diorang pos alamat Beruas je. Takde la kejap-kejap alamat Johor... yer, diorang pun dah pening cos kejap-kejap alamat lain. Aku ada 3 alamat yang selalu digunakan untuk pengeposan barang: Lumut, Beruas and Johor. So kalau satu alamat je kan senang... takdela risiko barang aku dipos ke alamat lain (dah penah jadi, aku kat Perak tapi barang dipos ke Johor. Nasib baik bukan barang orang nak pakai urgent)

- Rumah sewa kat Johor tak best. Aku syak ber'penunggu' cos aku kan selalu online memalam buta (dah itu je time yang leh online... kena tunggu Razin tido) and selalu dengar bunyi-bunyi yang kurang enak. Selain dari tu, umah tu sempit sangat... semak gila bila barang-barang order sampai... Bila jadi camtu, aku tak senang nak ajak orang ke rumah maka dah kurang bizz opportunity (bila orang datang rumah nak amik barang/COD, selalunya diorang akan dapat tengok barang-barang lain and SELALUNYA end up beli barang-barang lain jugak. Muahahahahaha). So bila aku tak berapa kenan orang datang umah (umah bersepah cos sempit and penuh barang-barang bizz), kan dah rugi peluang tu... uhuk uhuk

- Aku tak suka nak pegi pos barang kat Poslaju Pasir Gudang sebab kena bayar 60 sen setiap kali masuk untuk parking dalam tu. Selalunya parking kat luar, tepi jalan... tapi kalau pos barang banyak gile, nak taknak kena masuk dalam gak... Pulak tu, banyak songeh gak la PPL tu... aritu aku dah terkena sekali. Aku dah beratur punye lama (1 kaunter je bukak ok! Kata gred A, kat bandar besar and kutuk yang Sitiawan gred B ke C ntah... tapi Poslaju Sitiawan tu koman2 ade gak buka 2 kaunter ok!), tetiba bila turn aku sampai dia kata kotak yang aku nak pos tu kena balut cos banyak tulisan-tulisan. Tulisan ape je pun... tu gambar and label + description apa dalam kotak tu! Bengang betui aku. Sia-sia je beratur. Dahla satu kotak tu je aku nak pos. Mencarut-carut aku (dalam hati) masa blah. The same box aku pos beberapa minggu lepas (kotak Trunki btw) elok je diterima kat kaunter Poslaju Sitiawan. Takde hal pun. Bertambah meluat aku nak balik Johor. Hmph.

Tu jela dilema aku nak balik Johor.

Kalau leh, memang takmo balik sana... Plus, banyak gile barang aku nak order sekarang ni... so aku tak tau nak bagi alamat Perak ke Johor... Rase-rase macam kena bagi alamat Johor la kan... Cuma risau kalau tengah-tengah bulan 10 ke 11 nanti tetiba nak balik Perak memang mati la nak angkut barang banyak-banyak. Haihhhh i hate nomad life.

Tapi kena la balik jugak. Sian laki aku sorang-sorang kat sana. Aritu bulan puasa dia dah bagi aku spend almost sebulan kat Perak (sebab raya kat Pahang, kampung dia), naik lemak ke takmo balik Johor? Huhuhu... Ni pun dia dah baik hati bagi aku dok Perak lama-lama pas raya and nak amik aku semula cuti 31 Ogos nanti. hmmm...

Semalam dok BBM kata dah sebulan lebih dok bujang je... aku pun risau la kan... kang pasang bini lagi sorang kat Johor naya je... kwang3

Kena settlekan macam-macam before balik Johor especially Razin's checkup. Nasib baik la ex-tenant aku dulu ade sorang doktor dari Penang yang bertugas kt KKIA Sitiawan... Semalam aku call dia tanya leh ke Razin cucuk 18 bulan minggu ni walaupun Razin belum 18 bulan? And she said ok. Siap nak amikkan no.giliran untuk aku siap-siap so that takyah tunggu lama. Haaaa bagus. Jumpa doktor terus. Selalu jumpa nurse je kat klinik tu.. and kena tunggu lama gak la. Kali ni nampaknye takyah tunggu lame. Hehe... sukenya teman! =P

Razin ni last checkup bulan 4 aritu. Patut ade lagi checkup bulan 6 untuk makan ubat cacing tapi tak pergi cos kat Johor. Maka, sebab tu nak settlekan semua hal Razin before balik Johor. Moga-moga Razin tak demam Rabu ni... cos kalau demam memang takkan kena cucuk ar...

Ape lagi aku nak membebel ntah.

Hmmm... banyak dilema berkaitan bisnes je. Ate, dah itu je sumber pendapatan aku sekarang... nak wat camne kan... nak bizz, buat betul-betul and bukan hot-hot chicken poop. Nak tak nak kena rasa 'tak selesa' gak la...

Tak sabar nak duduk Lumut semula. Tapi kapal hubby delay bab repair... Patut hujung tahun settle, tapi delay sampai Jun tahun depan. matikkk... aku dah meroyan dah masa dia mula-mula gitau. Gile ah... Tak nak la dok Johor lelama... kalau umah cun, suasana best takpe... ni neighborhood pun tak best, umah pun kecik n tak best.

Aku ni bukan ape... aku ni jenis manusia yang organized jugak sebenarnye (ekekeke). Tapi bila kejap-kejap kat sana, kejap-kejap kat sini, aku jadi malas nak organized things betul-betul.

Now benda utama yang aku target once balik Lumut adalah untuk upah Ah Seng buat display cabinet/storage cabinet kat umah tu untuk senang aku check stock and inventory barang. Sekarang sangat hampeh sistemnya iaitu aku amik dari kotak je. Tak best la wehhhh... =(

Pastu nak pasang wifi kat umah Lumut. Best gile ok ade wifi dalam umah. Unifi ke or streamyx tu tak tau la lagi... tengok la mana yang ok nanti. Tapi yang pasti kena ade wifi. Senang sikit. Tak payah nak cari-cari modem cucuk lappy etc. hehe...

Pas settle bab tu baru nak hias-hias rumah sikit. Razin bakal duduk bilik asing (maybe). Tengok la camne kan... Aku dah bengang ni nak tunggu sampai tengah tahun depan. Rasa macam lama gilaaaaaa je.

K la... that's all for now.

Nanti free membebel lagi...

Selamat hari raya, everyone! (gile lambat wish kat blog)

Serik dah letak gambo kat blog banyak-banyak cos gambar asyik kena curi je (aku kan hot! *muntahhhh*)

So tu je. Bye.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, May 27, 2012
bismIllah...



Back in Johor now. Sampai time Maghrib semalam. Hmmm bermulalah episod-episod getir seorang WAHM. huhu...

Like I expected, Razin asyik la meragam jer... Clingy. Adehh... yela, masa kat Beruas, ramai melayan dia.. Now? Just aku and hubby. Aku lak kekadang busy nak buat kerja... bila time aku busy dia ngacau, memang aku menyinga la...

Haih...

Sape la kata senang dok umah tak kerja? Well, maybe senang kalau ada maid or hantar anak ke babysitter. Tapi kalau dok kat umah and 'bekerja' jugak untuk menampung perbelanjaan keluarga, it's not easy.

Now I'm thinking of 'keberkatan'.

Dulu aku quit sebab aku rasa gaji yang aku dapat kurang berkat bila aku busy sampai anak terabai, keje siang malam and sometimes bila takde keje sangat aku online je lebih kat ofis.

Now, ade ke berkat bila anak di rumah selalu aku marah-marah?

Tak patut kan?

Aku cuba nak balance kan... memang masa kat Beruas aku relaks and enjoy sangat our time there. Razin pun lebih happy... and of course aku pun hepi gak.

Now bila balik Johor, mula la perkara-perkara negatif hinggap. Aku malas nak mengemas cos rumah kecik dan Razin suka sangat sepah barang. Sebab? Takde proper place untuk letak barang...

I hate the small kitchen and paip sinki yang ntah ape-ape...

I hate the wet floor in the kitchen. No matter how I mopped and clean it, mesti akan ade comot-comot jugak. Bengkek je aku

And of course aku tak suke mesin basuh manual tu. huhu... tapi nak tak nak pakai la jugak. Nak basuh tangan and memberus, bilik air pun kecik gile. Buat berlaga bontot ngan dinding bilik air je. :(

Razin lak kat sini sangat pantang nampak aku duduk depan lappy. Kalau elok-elok dia main depan tv and tiba-tiba nampak aku dok depan laptop terus nangis-nangis and datang kat aku mintak dukung.

Stressnye ya Allah...

Dugaan apa yang kau beri...

What are You trying to tell me?

To be patient?

T___T

Aku kekadang bole paham macam mana sesetengah ibu leh dera anak dia... abuse her own child. Sebab kekadang terlintas jugak imej-imej ganas tu dalam kepala otak aku ni. Nauzubillah min zalik!

Ya Allah, berikanlah aku kesabaran...


Lindungi keluargaku dari perkara-perkara negatif.


Amin.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, April 9, 2012
bismIllah...


Last week I rented Stork baby carrier by Snuggbaby to try. Saje nak try... untuk tambah ilmu dan boleh jadikan rujukan kalau orang tanya. Hehehe...

Aku sewa carrier di bawah ni.


Argyle on brown derby nama dia...
Gambar cilok dari Snuggbaby.


Below is the real picture of the carrier once I have it.
Inner view



Outer view.


It has detachable sleeping hood.
So kalau tak nak pakai boleh cabut.
Aku dapat-dapat je terus cabut and simpan cos malas nak pakai.
Lagipun tak nak nampak hood tu terbuai-buai kalau pakai since takde pocket untuk stuff the hood pada carrier (tak macam Ergo)


Dual adjustable chest strap.
I love how it easily slides... senang nak adjust.
Ergo also has adjustable chest strap.
Tapi Ergo macam susah sikit nak adjust.



Ini pulak namanya 'Carrier Sleeve'.

Mula-mula aku rasa macam benda ni mengacau jer dan buat baby panas cos ada extra layer of cloth pulak kan... but I found it really convenient! Nanti aku tunjuk ape fungsi benda alah ni yer... hehehe...


This is us yesterday...
Razin was sleeping in the car, sambung tido dalam carrier.
He's 11-12 kg at 1 year old.


Sleepy Razin.


Back carry.
Stork ni sedap pakai back carry.



Happy lil Razin.



This is what the carrier sleeve is for.
Untuk bungkus carrier jadi kecik and store if not in use.
Senang!



You're folding it right if you can find this holder when u're finished.
Yeay...


All in all, here's my verdict:

Pros
- Soft padded carrier, so it's really comfortable
- The carrier sleeve is one of a kind! Ease of storage and great for traveling
- Dual adjustable straps
- Snug. (that's why its from Snuggbaby?) Fits me and hubby perfectly.
- Good from newborn because you can cinch the carrier to make it slimmer for newborn
- Cheaper than Ergobaby carrier. The Stork is priced at RM314


Cons
- I don't know how to use the sleeping hood.. ade hood strings... but I have no idea how to use. haha... kena google or tgk kat youtube, I guess...
- The buckle positioned at the underaarms is difficult to adjust. Kalau aku nak ketatkan strap (for high back carry), I have to take off the carrier first. Then adjust. Tak boleh nak adjust semasa sedang pakai (beza dengan Ergo, I could tightened the buckles while wearing it)
- Since I'm used to the buckles on Ergo, aku rasa macam buckle pada Stork tak berapa sedap nak guna cos posisinya di tengah-tengah. As for Ergo, aku buckle waist strap dari tepi je. :)
- A bit warmer because of the longer body panel.
- The seat is not wide enough for my baby to sit. Kaki Razin macam dangling sikit kat bahagian paha... (maybe I should try the toddler version! eh ade ke Stork for toddler eh)



Sekian, review dariku.

p/s: Review ini tak berbayar and I gain nothing from it.

p/p/s: Sewa dari Malaysian Babywearer group di FB. Kena bayar RM300 up front. Then bila dah abis pakai, return it with the same condition. Then only you will get the balance. The charges is RM50 for 2 weeks. But bayaran poslaju semua kita yang kena tanggung.


alhamdulIllah...
Monday, March 19, 2012
bismIllah...


Woke up at 3 am. And now dah 4.45 am, perutku mula lapar. Memang kalau aku bangun awal pagi, cepat je lapar perutku ini. Hmm...

Bangun sebab nak buat kerja sikit. Google products, download gambar, survey harga-harga... brainstorm marketing strategy. Chewahhh... tulis macam ngan bisnes juta2. Padahalll!

Takpela, we start with small dream first... :)

Tadi aku bangun2 je terus buat susu walaupun Razin tak bangun nak susu. Time dia nak susu memang around 3,4 pagi. So better aku buat siap-siap. Sambil bagi dia susu, tukar cd dia... Kalau tak tukar, confirm basah lenjun sampai bocor pagi nanti.

Yeah... dah start pakaikan Razin dengan cd semula. Sepanjang mode berpindah dulu, memang Razin pakai dispo je. Mamy Poko lagi... Saje aku nak try sendiri betul ke orang kata Mamy Poko ni best sangat (sebest harganya)?? Yela, sebelum ni aku pernah jugak try PetPet, Huggies and Drypers time belum bercd or time travel ke ape ke... Mamy Poko ni je tak pernah.

Aku berpeluang try yang pampers biase tu ngan yang Mamy Poko Easy Fit Pants. Beli time offer ke ape tah. Yang pasti 1 pc is less than 80 sen.

Yang Pants beli pek 44 pcs. Ade lagi dalam 20 keping tak pakai. Balance tu nanti pakai time jenjalan kalau aku malas bawak cd. hehe... Well, sepanjang mode berpindah dan transit umah abang ipar di Kulai dulu, beli 2 packs Mamy Poko jela (Pants still ada lagi *diulang*). So bayangkan, dalam less than 3 weeks, 2 packs of disposable diapers? Hmmmm... memang pokai...

So, best ke pakai Mami Pokai Mamy Poko ni? Honestly, biase je. Aku rasa sama je macam pakai PetPet or Huggies (I hate Drypers). Razin pakai max 3jam. Kekadang terlajak sampai 4 jam. Tapi sebab aku ni dah biase bercd, memang tak sanggup nak biar anak pakai pampers lama-lama tak tukar. huhu... Aku dengar-dengar orang kata pakai Mamy Poko waktu malam, tahan sampai pagi and tak bocor. Bagi aku, TAK. Sebab kalau tunggu sampai pagi (kul 7,8 am), confirm Razin akan basah ngan air kencing sendiri. Ni kalau pakai pampers kul 10-11 malam ar (before tido)... So takde la tak bocor... bocor je... I noticed I experienced leakage with MP more than with CD. Bocor melampau lak tu... abis basah sumer.. Oh, PetPet pun selalu bocor gak kalau pakai malam :p

Kalau pakai yang Mamy Poko biase tu, ok la jugak kan... Kalau pakai Easy Fit Pants, haaaa lagi la cepat bocor. Aku rasa benda alah tu tak dapat tampung air kencing Razin yang banyak. Pakai Pants ni setiap 2 jam wajib tukar. Kalau yang jenis biase tu tahan la gak sampai 3 jam...

But then Razin is a heavy wetter. Dia minum susu kul 3,4 pagi sebanyak 5,6 oz. So kencing pun banyak ar.

Maka, bagi aku yang pro-cd ni, dispo ni memang takleh pakai hari-hari. Memang la convenient sebab takyah nak cuci-cuci cd bagai kan, tapi... Sampah berlambak-lambak la pulak! Urghh tak suka. Then, mahal le jugak kan... costly untuk kuar duit tiap2 beberapa minggu for dispo. Tak mampu le kot.

***Bagi yang tak mampu nak fully cd (kekangan masa dan wang untuk modal permulaan), doing half half pun dah ok. Or maybe weekends? Still jimat jugak... serious!

So since bekalan air kat rumah ni dah stabil, air dah tak kuning dan mesin basuh dah ada (manual! >__< ), I'm back to cloth diapering my baby. Rindu gile nak bilas-bilas taik dia kat cd, nak basuh cd.. hahahaha... giler...

Yang paling tak sabar adalah pakaikan dia ngan cd Baby Wombie yang aku dapat before pindah aritu. Dah prewash for 2nd time and esok nak bagi Razin pakai. =)

Tak sabar nak tengok Razin pakai cos cd-cd tu cantik sesangat!

Ohh little things.. silly things that could make a mother happy. But then who cares anyway?

Gambar hari sabtu masa jenjalan ke rumah adik-beradik hubby di Johor ni.



OT: Ade sesape minat nak order Trunki? ETA May 2012. Kalau berminat, meh jenguk Mama Panda Facebook page (xde masa nak upload kat website lagi)


Cheers!


alhamdulIllah...
Saturday, March 17, 2012
bismIllah...


Yeah... I'm adjusting to the new surroundings. So far... memang la tak best dok tempat baru yang banyak benda yang tak complete, but hey, hubby said "Hidup kena la rasa tak selesa sikit... takkan sepanjang masa nak duduk dalam zon selesa? Bila ade cabaran macam ni la best... pengalaman baru..."

So yeah... Aku pasrah. :p

Aku nak update gambar-gambar rumah sewa baru ni tapi aku tak tau mane perginya kabel BB aku nih. Adei... pindah barang ni abis semua hilang... :(

Nak citer, semalam adelah first time aku pergi poslaju kat pasir gudang. Sebelum ni pesan kat hubby je untuk poskan. Tapi sebab consignment note and plastik poslaju dah nak abis, aku pergi la nak mintak. Plus, parking dalam area poslaju tu kena bayor! So hubby tunggu dalam kereta kat tepi jalan dengan Razin.

Bermulalah episod geram-geraman aku petang semalam. Aku masuk je, kaunter ade sorang mamat tengah isi borang kat kaunter. Ade sorang encik front counter je... So aku bagi parcel aku and bayar.

Then, aku mintak plastik... Size regular and large, encik tu bagi 4 helai size Large. Bila aku tanya yang regular, dia cakap takde sambil muncung. Ok. Fine...

Pastu ada orang nak hantar bungkusan gak so aku ke tepi sikit. Sambil-sambil tu aku usya la kaunter tu kot-kot ade borang consignment note dia letak banyak-banyak untuk aku amik. Tapi takde langsung. So aku mintak la kat encik poslaju tu.

"Bang, nak mintak borang poslaju?"

Dia terus bagi kat aku 2 HELAI.

2 HELAI.

2 HELAI ok!

Sambil bagi tu muka memang masam je. Aku terkedu and tak terkata waktu tu. Then, recovered, aku tanya balik.

"Huh? Saya nak banyak-banyak"

Dia jeling and tanya, "Ade akaun ke takde?"

"Takde"

"Kalau ade akaun, baru saya bagi banyak-banyak!"

Aku memang bengang giler dah tapi sebab ade orang lain kat kaunter, so aku malas nak bertekak. Lagipun ni 1st time aku datang kan... takpe, sabar dulu.

Masuk2 kete, aku bising kat hubby.

Ape kes nak kedekut borang consignment note tu?? And, ape kejadahnye nak kena ade akaun ngan poslaju baru leh bagi banyak-banyak??

Wehhh, masa aku dok Manjung, TAK PERNAH LANGSUNG ADA MASALAH DENGAN POSLAJU SITIAWAN!

Kat Poslaju Sitiawan tu, ko nak mintak 'nak banyak2 borang poslaju, bang/kak', SATU BUKU diorang bagi!! Hambik!

Apelaaaaa masalahnye nak bagi borang?? Lagi bagus sebab takde la sesak kat PPL (Pej.PosLaju) tu dengan orang yang dah sampai situ baru nak terhegeh-hegeh isi borang then queued. Isi awal-awal dari umah and tempek kat parcel kang lebih cepat dan praktikal!

Kalau barang yang nak dipos tu seketul je, maybe la takpe... Camne kalau sehari aku nak pos berpuluh bungkus barang?? Abis, berkampung pulak la aku kat PPL tu ek???

Eeeeee bengang betol aku!

Ni kalau aku mintak plastik lagi ni mesti muka masam lagi ni... entah nak bagi ke idak.

Tak paham betul aku laaa... Sabar jelah!

So pasni setiap kali nak pergi Poslaju, memang kena mintak CN (consignment note) and plastik. Setiap kali pergi MESTI mintak. Biar sampai dia naik boring. Pedulik!

Ni sebab tak kenal lagi kot... cam kalo kat Sitiawan tu, almost everyday muka aku ade je kat poslaju tu. Front counter tu pun memang dah kenal dah muka aku ni... so tak banyak cite la... mmmm... ntah la... tak best betul rasa. Sebab aku memang akan sentiasa berurusan ngan Poslaju. Kalau dah gitu layanannye, rasa tak seronok betul.

Ni belum lagi aku terima ape-ape parcels melalui Poslaju. Van Poslaju tak pernah sampai hantar aku ape2 lagi kat alamat Masai ni. Risau gak... ok ke x kan... Jangan dibuat kes tak nak hantar barang ke rumah and suruh amik kat PPL *shudders*. Mintak simpang!

Sebab abg van Poslaju Sitiawan tu memang dah biase ngan alamat umah aku. Even kalau aku takde kat umah pun, diorang akan call and aku suruh jugak diorang letak barang kat umah sebab takde keje aku nak pegi amik kat Sitiawan. And so far diorang memang ok. Diorang sendiri pandai2 sorok dalam baldi la, bawah akuarium la ape la... HAHA. Alhamdulillah takde la pernah hilang apa2.

Kenapa aku tak buat akaun Poslaju?

Seriously, I've thought about it a lot. Yelah, nama lagi bisnes online. Of cos nak kena pos-pos barang kat customer kan?

Tapi... setelah aku tengok contoh-contoh bil Poslaju untuk yang ada akaun, aku decide takmo buat akaun lagi. Not yet. Tunggula bizz betul-betul masyuk (setiap hari pos barang dekat 20 ketul) baru aku buat kot.

Sebab?? Kalau buat akaun, ade Fuel Surcharge. Fuel surcharge ni adalah untuk van poslaju pickup barang ko kat umah/premis perniagaan. Masalahnye, kekadang van ni takleh nak amik barang tu pada masa yang ditetapkan. Plus, nak kena tunggu bila diorang datang tu adalah penyeksaan (i hate waiting! nanti takleh ke mana-mana sebab menunggu mereka). So baik la aku sendiri pergi poslaju at my own sweet time. Asalkan before 6pm (sebab tu aku tak suka pegi pejabat pos, baik pergi poslaju centre terus. P.O tutup awal, PPL tutup 6pm hehe). Kalau PPL tu dekat dengan rumah ataupun on the way jalan korang balik kerja, lagi la bagus kan... :)

Selain Fuel Surcharge, ade caj Value added service jugak kekadang. Ni yang aku tengok dari bil poslaju kompeni yang ada akaun ngan poslaju ar... So apekah Value added service tu? NTAH. Aku tak tau dan malas amik tau.

So method paling senang bagi aku ialah CASH. Bayar tunai kat kaunter je udah. Settle. Takde nak pening2 kepala nak bayar tiap hujung bulan. Ini yang aku rasa buat masa ni la... In future, who knows la kan... ;)

Itu je nak ngomel arini.

Btw, ade pre-order barang Ergobaby carriers di SINI. Authentic, don't worry... Yela, aku asyik promote je, baik aku jual gak... :D

Selamat mengusya.


Adios.



alhamdulIllah...
Tuesday, March 13, 2012
bismIllah...


Dah Selasa.

Tapi aku masih di Kulai. Umah abang ipar.

Lori barang2 bizz dah sampai tapi hubby letak kat rumah kongsi dia dulu.

Aku stress sebab masih menumpang umah orang (ade ke sesapa memang suke dok umah orang?? takde kan? semua nak dok umah sendiri, at our own privacy).

Yang aku dok bising2 xbest dok menumpang ni bukanlah layanan dari tuan rumah tak best ke ape... Takdelah. Kak Zai baik... Anak-anak dia pun bukan ramai sangat. Ade 3 orang je. Semua dah besar-besar and girls semuanya... tapi paham-paham sendiri la, dok umah orang kena la kontrol itu ini, bertudung je kerjanya (sebab ade abang ipar kan) so aku agak rimas nak bertudung sentiasa ni. Plus, kalau marah kat suami takleh nak tunjuk sangat (cover ar) kena bbm pulak. :(

Nak bermesra-mesraan dengan suami pun tak best cos takde privacy. Dah nak seminggu dah ni weh! Tension aku! eh lupe lak aku period.

Oh... previous entry tu sila abaikan sebab aku memang period rupanya. Lepas publish entry, malamnye period. kohkohkoh. No wonder emo nak mampus.

So, aku tak tau bila nak masuk umah sewa tu.

Air dah masuk dah, cuma hubby cakap, kepala paip semua pecah cos dari plastik and rumah tu plak dah setahun takde orang duduk. Pecah ke kepala2 paip menerima tekanan air setelah lama tak disimbahi air.

Hmmm... peti ais, mesin basuh dan tv pun dah masuk. Tapi mesin basuh manual. Alaaaaa sedih aku. Rasa nak je angkut mesin basuh auto kat Lumut. Umah best2 bagi orang sewa... aku plak nyewa rumah macam hape lagi. Sedey... isk isk...

Elok aku pindah Johor ni macam-macam hal plak yang jadi kat Johor ni. Bakar budak la ape la... haihhh... ni alamatnye dok umah sewa nanti berkurung dalam rumah jela. Bapak bosan. Dahle supermarket terdekat Econsave je kata hubby... Poslaju centre kat Pasir Gudang. Jalan dahle jem... Mencik!!!

Seriously I miss Lumut.

Rasa macam nak pindah balik Lumut je. :(



alhamdulIllah...
Sunday, March 11, 2012
bismIllah...


Aku dah dok Kulai since Khamis. Khamis lepas gerak ke Johor from Beruas pukul 10.30 pagi, sampai Kulai Jaya (rumah abang ipar) pukul 6.45 petang. Ade stop 3 kali sepanjang perjalanan. Lemau dok lama dalam kereta...

Until today (11 Mac) aku masih di rumah abang iparku di Kulai. Menumpang dok sini sebab rumah sewa kitorang kat Masai tak masuk-masuk air lagi. Aku stress menumpang rumah orang... Aku tak suka nyusahkan orang lama-lama... Tapi perkara bukan dalam ketentuan kita, so aku sedang bersabar jela ni...

Semalam dah pergi tengok rumah tu. Boleh la... rumah kos rendah. Kecik je... tapi 2 tingkat. Bilik kat atas. Tapi sebab air masih takde, tak dapat nak cuci-cuci. Just sapu-sapu jela...

Aku dah tak sabar nak masuk umah sendiri walaupun kawasan tu crowded gile. Aku dah tak larat nak menumpang umah orang... Arghhhh... stress ok. Pulak tu, aku tension sebab aku banyak sangat benda nak settle tapi takleh settle. Especially berkaitan bisnes aku la...Nak pos barang kat orang pun tak dapat lagi ni... tapi duit dah dapat...

Then email-email tanya itu ini banyak masuk tapi aku takde masa nak reply satu-satu. Plus, setiap email meng'stress'kan aku secara tak langsung...

Razin pulak makin mengada-ngada. Semua aku nak kena settlekan... Tahu jela kalau jaga budak ni camne, masa untuk diri aku sendiri pun takde. Bila cuti weekend camni ingatkan hubby leh tolong sikit-sikit, tapi... kalau dah jenis tak paham kita ni camne, nak kena aku marah-marah or bising-bising (nak bising banyak-banyak pun takleh, kat umah orang) baru jalan, aku lagi la stress... Serious aku tension gile sejak datang Johor ni...

Susah betul kalau nak mintak tolong jagakan anak. Bukan suruh basuh berak anak ke ape (yang tu memang dia tolak mentah-mentah). So toksah heran la kalau anak tu tak kisah pun ayah dia ade ke takde... asal Mak dia ade, dia ok je. Aku pulak yang takde masa untuk DIRI SENDIRI. Geram betul aku...

Tak tau la nak PMS ke hape ke...

Yang aku tau, aku stress. Aku bengang. Dengan Razin pun aku tak larat nak layan... Time aku baru nak on lappy la dia leh bangun... Time aku baru nak mandi, dia tetiba nangis nak aku... Boleh jadi gila ok! Memang la aku ni dah tak keje, surirumah... tapi bagi chance la time weekend camni aku ade kesempatan nak check+balas emel, rileks bace blog SEKEJAP. Ni aku tak berak-berak since datang Johor ni, nak kena penyakit ape pulak pun aku tak tau. Dah 4 hari tak membuang dah ni... Haihhh...

Pastu, arini buat makan-makan sempena birthday Razin pun aku tak sedap hati nyusahkan Kak Zai (bini abg Man) cos guna rumah dia... hubby ajak la adik-beradik dia yang terdekat... Kak Zai buat jugak la makan-makan walaupun aku cakap takyah, kitorang beli jer semua... Hmmm... serba-salah...

Kena dok sini sampai Selasa at least sebab esok baru orang tu kata nak masukkan air kat rumah sewa. Sejak Jumaat kata nak masuk air, tapi tak masuk-masuk!

Aku bad mood.

Aku tension.

What's worse, he doesn't seem to understand. And he wants me to understand his situation.

Selfish ke aku???

K bye... T___T



alhamdulIllah...
Wednesday, March 7, 2012
bismIllah...

Pic from here.


Nak gerak untuk pindah ke Johor nyer esok... bukan hari ni...

Hari ni dah pack-pack barang masuk kotak untuk dihantar ke rumah staff Hubby. Transit umah staff dia dulu sebab hari Jumaat or weekend nanti baru barang-barang masuk lori navy.

Mulanya kan plan nak post je kotak2 barang bizz aku kan? Tapi kebetulan ade lori navy nak angkut barang untuk kapal from Lumut to Johor this weekend/Friday. Maka, tumpang la sikit barang kitorang mana yang tak muat kereta. Alhamdulillah dapat jimat. :p


Actually rumah sewa yang bakal kami duduki ni tak masuk air lagi. Jumaat ni insya Allah baru masuk. So esok kami gerak ke Johor terus pergi umah abang iparku di Kulai dulu la... Dok situ jap sementara nak tunggu air masuk. Aku tak tau umah tu camana rupanya. Hubby takde amik gambar pun. Haihhh nervous lak ai..

Yang aku tau rumah tu rumah kos rendah. 2 tingkat. Bilik2 semua di tingkat atas. Susah le aku nak buat kerja. Bersepah la kat bawah ngan barang2 berniaga. Tak koser ehh nak bawak naik atas... hmmmm...

Petang kang nak balik Beruas untuk celebrate birthday Razin. PRE-CELEBRATION kaedahnye... belasah la janji ada kan Ajin kan...

As much as I hate moving to Johor (sebab dah biase dok Lumut kan...) but I do feel a bit excited too... Looking forward for our new home in Johor... tengokla camne kan...

Till then...

Nak sambung pack lagi sikit2.

Salam...


alhamdulIllah...
Saturday, January 28, 2012


bismIllah...


Demam since hari Jumaat. Nasib baik aku suruh Mak amik Razin hari Jumaat tu... kebetulan dia datang Manjung beli barang ke ape tah... Aku tak ikut cos kekonon nak kemas umah la ape la... sekali kau, demam sampai tak larat bangun! Nak mengemas ape nyer...

Aku sampai Beruas kul 9 malam tadi... Tu pun Nan yang drive CRV... aku tak larat nak drive. Mak and Nini datang Manjung cos nak hantar Eli naik bas balik Johor (dia ikut pergi Langkawi aritu) so aku suh Nan ikut leh drive kete aku balik...

Dalam kereta on the way balik Beruas, nak tergelak aku dengar cerita Nan masa dia di Pahang aritu. Dia dapat posting kat Pekan, Pahang but masa diorang kena berkumpul kat Kuantan tu tak tau lagi dapat sekolah mane...so dia bertanggak umah Pak Njang aku di Alor Akar... haaaa... paham2 jela yer kalau jumpa Pak Njang... tadah telinga jela kena tarbiah. =P

Anyway, sekarang aku dah kat Beruas. Siap angkut segala mak nenek barang2 dari Mama Panda Store. I think I'm going to stay here la for a bit... since kat sini pun dah ade Streamyx, so no reason aku nak dok Lumut sesorang...

Sebelum ni aku stay kat Lumut dengan Razin sebab Beruas takde internet. Susah la kan... untuk aku yang beroperasi bisnes secara online ni parah le...

Alhamdulillah Nini dan masukkan wifi kat rumah ni... berdesup-desup lajunya... hahahaha... best gila... =P

Currently my hubby is looking for a house in Johor... Nampaknye aku ni bakal jadi orang Johor.. huhu...

So umah kat Lumut ni aku nak sewakan... nak sewa untuk wanita2 bujang... setakat ni baru jumpa sorang (bakal RR kt Hertz Lumut) tu pun dia tak kontek2 aku lagi untuk confirm... Kakak ipar dia (Kak Zila) yang dok mintak aku cari bilik sewa...

Sekarang ni nak cari lagi 2 orang at least... Nak caj sorang RM200 inclusive bil api+air. Rumah memang fully furnish la... ade mesin basuh, dapur, sofa, tv, katil, almari etc. Kalau dapat 3 orang, kira ok la nak tampung sewa umah di Johor plak... Dapat lagi ramai lagi bagus.. eheheh... Sebab nak bagi sewa satu umah... Umah aku ada 4 bilik including master bedroom tapi hubby tak nak orang masuk master bedroom tu. Privacy kan... :P

So nak sewa 3 bilik je... 1 bilik tu leh dok 2 orang and memang ade 2 katil kat dalam bilik.

Sesapa mencari bilik sewa di Seri Manjung atau Lumut, please contact me at 012-528 0858. Untuk kemasukan March 2012. Leh jugak emel raihana AT mamapanda.com:)

Aku harap semoga dipermudahkan urusan untuk berpindah ni...

Yela, tak best la dok jauh laki bini. Kutub utara, kutub selatan dah ni... insya Allah dalam 2 minggu lagi hubby balik Lumut. Rindunye... dah dekat sebulan tak jumpa... :'(

Sian kat Razin jela... macam takde bapak je... dia pun macam rindu kat bapak dia je... pantang nampak orang lelaki, mulala ngendeng2 nak bermanja. Sedih woo! Isk...

Hubby jugak belum tengok kelincahan anak dia sejak dah boleh jalan ni. Kerjanya asyik nak meronda je... sampai berpeluh-peluh kepala dan badan tapi tak reti-reti nak duduk... Mabuk kaki betul Razin ni... haha... Excited dia bila dah boleh jalan. Alhamdulillah... Razin can walk steadily now at 10 months old. Takde jatuh-jatuh sangat dah... =)

Bahaya bila dah leh jalan...
Tau-tau dah ke dapur...
Padahal dia tido sebelum tu.. Pantang kalo Mak dia takde... huhu


K la dah ngantok... Mau tidoq dulu...

Salam...



alhamdulIllah...