Showing posts with label Lumut. Show all posts
Showing posts with label Lumut. Show all posts
Friday, May 9, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...




Pagi tadi, lepas Subuh terus gerak ke HAT (Hospital Angkatan Tentera) dalam Pangkalan TLDM Lumut.

Husband ambil cuti and teman aku. Pergi kat Unit Hasil cos kena admit untuk jumpa Dr Sharifah (admit sebab nak jumpa doc je pun huhu). Aku tersalah faham dengan info yang nurse kat A10 bagitau Isnin lepas. Tak tau plak kena admit, ingatkan just tunggu je sampai doktor buat round... Rupanya kena admit jugak. Huhuh

Rasa risau cos ade sebijik Medela Freestyle yang customer order belum pos. Dalam keadaan ade benda tak settle ni memang tak tenang dibuatnya.

Anyway, naik le aku ke Wad Bersalin di tingkat 2. Pehhh deja vu betul. Teringat time beranakkan Razin dulu hehe...

Kena salin baju and pakai baju hospital yang warna purple, ditimbang berat and rekod CTG diambil. Alhamdulillah baby ok je despite the look on the nurses' faces when they read my pink book on "Cord around neck 2x" - dicatat oleh Dr Goh. Huhu... 

Then tunggu jelah kat bilik sementara tunggu doctor datang round. Bosan giler time ni. Mati kutu aku. Dahla bateri phone nak kong, then line 3G untuk Maxis pun hampeh kat HAT ni. Tak tau nak buat ape!


Bilik aku... Dok sesorang je. Ini lah bilik yang sama aku duduk lepas beranakkan Razin masa 2011 dulu hehe...





Tapi dulu aku duduk katil sebelah tingkap tu. Dulu ade tv petak atas meja depan tu... Sekarang tv gantung kat dinding plak.


Sementara nak tunggu doktor datang, aku bantai membuta. Sempat jugak suruh laki aku datang hantar breakfast cos lapar gila. Keluar pepagi tak sempat makan pun...

Around 9-10am, Dr Sharifah datang buat round with her entourage of staff nurse and other nurses... Check2 perut (dah berapa orang cakap baby aku kecik huhu) and she said, Isnin ni aku akan dibedah. Was told "jangan urut-urut ya". Hehe... Of cos i won't. Dr Goh has already warned me about that too. Dah pasrah dah perut nak dibelah... :|

Amik Hb pulak cos the last time my Hb taken was a month ago. Alhamdulillah ok je takde ape. 

Then scan ultrasound. Again, doktor yang buat ultrasound commented that my baby is small. Approximately around 2.3kg? Hmmmm.. Aku doa sangat baby sihat... masa scan tu doc cakap bahagian bawah tu kosong je... kaki baby and bontot sume kat atas jugak. huhuhu... camne la dia berpusing-pusing... (maybe sebab kecik?)

Lepas scan, lepak bilik. Buka tv. Main ipad (husband bagi masa hantar breakfast cos aku bising boring tak abis2). Lama gak la dok bilik... Sempat lunch kat hospital... Huahua


Ni la lunch aku kat hospital arini. Ngap je cos kebulur (laki aku beli sebungkus je nasi lemak size kecik! Mana cukup T.T)


Then dah pukul 2 aku tanya kat kaunter bila leh kuar. Kebetulan Dr Sharifah kat kaunter. She said boleh balik dah. Tunggu nurse hand over buku pink aku. Yeayyy lega... Xtau nak buat ape dah kat bilik tu. Kawan pun takde nak nyembang (nak online pun takleh cos xdapat line 3g). 

Terus sms husband suruh datang amik. Alhamdulillah by 2.30 dah blah dari hospital. 

Settlekan hutang-hutang Corelle then balik rumah pack order customer. Gerak ke Airpak Express untuk pos barang and bayar bil courier. Alhamdulillah settle.

Esok nak balik Beruas makan laksa and makan benda2 lain yang aku bakal takleh makan time pantang. Hehehe...

Razin bakal ditinggal di Beruas la cos Isnin pepagi tu dah kena serah diri kat hospital. Ya Allah takut sebenarnya aku ni... Tapi tawakal jelah. Moga baik-baik sahaja nanti. Doakan ye! Mudah-mudahan tiada apa-apa komplikasi dan baby pun sihat sahaja. 

Sekian.... Assalamualaikum.


Alhamdulillah...
Friday, June 28, 2013
bismIllah...


Oh dear blog. Lama tak update rasanya.

Rindu betul nak menulis di sini... This blog is really my escape. Tempat aku lari sebentar untuk rekodkan detik2 yang aku rasa perlu ditulis. hehe...

Alhamdulillah... minggu gaji ni aku sangat sibuk. Syukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi.

Sebenarnya, bulan Jun ni memang bulan yang sibuk jugak bagi aku. Sebab aku ade buat banyak pre-order la, kutu la.. ape la... Kalau dulu malam banyak masa free, now... malam aku lebih senang tido je. Kul 1 dah tido. Kalau dulu, kadang-kadang 3,4 pagi baru tido. Ape aku buat pun tak tau la...

Alhamdulillah... proses pembelian rumah kedua dah hampir nak settle. Sabtu ni nak pergi sign agreement. And start bulan July gaji suami dah kena potong untuk bayaran rumah insya Allah.

Banyak sangat nak pakai duit. Masa hubby called last few days telling me about the amount of money to be paid, rasa nak luruh jantung. Ada lagi RM6k for lawyer fees and another RM5k untuk previous house owner yang kitorang masih hutang (sebab loan yang kitorang apply tu tak dapat byk... since hubby pun dah banyak komitment... so kitorang kena topup duit sendiri... and ade yang masih hutang lagi ekekeke..).

Pengsan. Fuh... Nasib baik la duit lawyer leh bayar half dulu. huhuhu...

Dugaan banyak betul minggu ni. Dengan barang aku order dari oversea masih sangkut, dengan order stroller ada delay dari ETA. bla bla bla... Dah naik tepu kepala otak aku.

Stress kerja ni dah macam masa aku blaja engineering dulu je. Macam masa ade test  Thermo, Dynamics and Strength bertubi2. Oh and Fluids jugak. Tapi masa blaja dulu aku leh la abaikan. paling teruk fail and repeat je wakakaka... tapi kerja aku ni? it will affect people.. my customers... ape-ape hal aku kena hadapi jugak. Ya Allah... bagi la aku kekuatan dan semangat.

I love my job by the way.

Anyway, semalam ade orang contact untuk sewa bilik. Sebelum ni memang aku reject jer... gitau dah tak sewakan bilik dah. Tapi since memikirkan laki aku balik Perak lambat lagi (tak abis2 delay), I think it's better to have housemates. Aku tak sunyi, duit pun ada la dapat untuk topup itu ini. Hopefully things work out well. Aku suka sebab diorang dah cakap diorang takkan masak. =)

2nd house tu tak tau bila nak dapat kunci nyer.. tapi most probably soon. Lepas sign agreement kot. Tu pun nak kena furnishkan bla bla bla... since hubby nak sewakan fully furnish. Duit lagi. ermmm...

Aaaaa... entry kali ni catatan tentang duit je ke? huhu...

Bilalah boleh 'free from financial worry'.

What I really really need right now is a damn holiday.

Just 2 days away from everything will be great. No laptop or iPad. Oh, phone kena la ada. hehe... tapi switch off data plan? :P boleh ke...... 

Tapi susahnye bila kahwin dengan askar ni. Cuti tak menentu. Selalunya, cuti pun macam tak cuti jer. Hubby pernah je cuti seminggu, tapi dalam seminggu tu 3 hari masuk base cos ade 'kerja'. Sabar jela.

Memang macam tu. Takleh nak buat apa... pengorbanan isteri askar. Huhuhuhu...

Okla... better stop kot? Dah nak pukul 2 pagi. Razin dah tido since pukul 10 lebih tadi. Awal pulak malam ni... maybe sebab petang tadi aku tak bagi dia tido lama-lama kot? He slept in the car masa on the way nak pergi Airpak, then Poslaju. Masa kat Poslaju aku dukung dalam Stork and he continued sleeping while aku beratur untuk pos barang. Masuk kete semula pun tido balik. Then pergi kedai Pak Bakar tapau nasi ayam and mee rebus, baru la dia jaga and tak tido dah.

We went to Teluk Batik today. Saje je aku bawak Razin berjalan tengok laut. Dia asyik main iPad jer kejenya. Sangat not healthy.


Selesai pos barang and beli makanan, balik rumah untuk makan.




Then out to Teluk Batik!


Razin takut air laut. Or takut ombak? Aku tak tau mana satu... Takut betul dia bila melihat air naik ke pantai selepas ombak memukul pantai (eceh ayat). Menjerit-jerit bila kaki dia kena air. Asyik tarik tangan aku suruh naik... and kept saying, "takut... takut..."

Ape la Razin.

Klah... nak tidur.

Good night and assalamualaikum!


Written By Ryehana\
alhamdulIllah...
Thursday, February 7, 2013
bismIllah...



Oh yes, sedang menikmati keamanan tanpa my little son right now. Wah, macam Mak tiri yang jahat jer bunyinya. huhu...

Bukan ape, these last few days aku period. So paham-paham la orang period camne. Setan banyak. So kerja aku asyik la nak marah Razin. Bagi tumpah air kena marah, tak nak makan and tolak makanan sampai tumpah kena baju aku pun kena jugak. Oh kejamnye aku... Maka, nasib baik lah dia dah dilarikan Mamito and Nini pagi semalam.

Serabut gile rasenye.

No wonder la Allah tak bagi aku pregnant-pregnant lagi. Nak jaga hero sorang pun dah macam nak gila. Yes, seriously aku dah macam ape lagi... sangat-sangat perlukan bantuan.

I love my job ('job' di sini bererti menguruskan sebuah perniagaan online yang menjual barangan bayi di www.mamapanda.com yer). Like, seriously I LOVE MY JOB.

But taking care of my son, the house, cooking etc is taking a toll on me. I'm exhausted and stressed. Kebanyakan tekanan datang dari kerja aku sebenarnya. Customers, late payments, late reply from supplier and not being able to attend to customer's requests (emel tanya pendapat etc). Aku suka busy sebenarnya... cos memang aku dah biase busy buat kerja with my old job. It's exhilarating but definitely rewarding! But of course Razin tak suke tengok Mak dia ngadap laptop je.

So husband suggested that we send Razin to a daycare. From 12pm - 5pm. Oh, it's a brilliant idea! I love you, hubby. Now I'm anxiously waiting for hubby to be back in Perak so that we can go and take a look at the daycare. Daycare tu kepunyaan kawan beliau actually... So, ok la kot?

Cos waktu 12-5ptg tu memang time aku busy reply emails/FB messages, packing, check payments serta pergi Poslaju. Aku pergi Poslaju almost everyday (alhamdulillah almost everyday ade sales) at 4pm. So bayangkan la kalau bawak Razin pergi Poslaju camne. Kalau tak ramai orang, ok la... kalau ramai, jenuh beratur. And sekarang dia tak reti dok diam. Tengah geram sangat dengan fire extinguisher kat poslaju sitiawan tu. Everytime pergi mesti nak pegang. huhu... so yeah, sangat-sangat membantu if Razin is at a daycare when I'm out running errands.

It's definitely better la dari tinggalkan anak dalam kereta kan?? Lots of things can happen to a child who is left unattended.

Anyway, I've got tonnes of things to do. My BIL's family is coming over this weekend untuk jenjalan sempena cuti CNY. So, the house need to be spic and span. huhu...

Sebenarnye nak blog tentang lain... tapi taip lain. Takpela.. next time.

Off to work!


Meja makan yang jadi meja kerja. Bila aku nak buat kerja dalam bilik secara proper pun tah la.
-___-"

p/s: 2 laptops cos the right one is a brand new one. Baru beli menggantikan Acer (kiri) yang dah nazak. Proses pertukaran maklumat belum sempat buat hence both of them are turned on. Heh




Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, December 27, 2012
bismIllah...



Work at home mom without a child by her side.

Dah kul 10 masih di katil, tak mandi pagi. HAHA...

But I miss my son.

Semalam sampai Lumut, esok balik la semula ke Beruas kot.

But I managed to get lots of work done. Yeay!

Bersyukurlah dapat dok umah, rileks2 and pay bills too.

Alhamdulillah.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, September 9, 2012
bismIllah...


Penatnye arini...

Walaupun Sabtu, tapi pagi tadi hubby pergi ofis settlekan kerja. Tengah hari baru balik. Aku lak since bangun kul 4.30 pagi update blog, membuta je kerjanya sampaikan van poslaju datang pun tak sedar. Tau-tau ade notis suruh amik kat Poslaju Pasir Gudang. Tak tau barang ape...

Malas nak masak lunch, plus masih mengidam nak makan kek. Tekak aku nak kek jer... So pas Zohor encik suami bawak pergi Giant Plentong makan kek Secret Recipe. Aku memang betul-betul makan kek je... Order kek 2 potong. Satu Black Forest Cheese, satu lagi Choc Indulgence.

Tapi aku makan Black Forest Cheese dahulu... maka, aku tak larat nak abiskan another slice of Choc Indulgence. Tamak lagi... ish ish ish. Nasib baik hubby abiskan... and Razin too. :)

 Orang sakit tekak minum air panas jela...

See that piece of cake? Tak larat nak abis. huh


Order kek je semata-mata. Razin makan fish and chips, hubby makan grilled chicken amenda tah.

Aku bedal makanan Razin gak hehe...


Lepas tu kitorang ke Danga Bay untuk jenjalan and survey pakej untuk ke USS. Pakej untuk tiket bas pergi balik + tiket masuk USS for adult is RM210. Children berapa ringgit tah.. lupe dah aku cos Razin tu free jer hehe (Free for children less than 2 years old). Tak book pun lagi cos Nan and Nini tak confirm lagi time tu... Tapi now they all dah confirm. So leh la book next week (call je).

Cuti Hari Malaysia nanti akan balik Perak lagi. Hubby ade kerja kat Lumut and kebetulan ade orang nak sewa bilik and nak tengok rumah. Well, elok sangat la cos one of our tenant yang cikgu di Pangkor tu dah dapat tukar ke tempat lain. Report 1st Oct. So, by hujung bulan ni ada 1 kosong. 3 orang cikgu-cikgu praktikal dari UPSI yang menyewa bilik lagi satu pun bakal keluar hujung bulan Oct. So yes, I need new tenants. Sesape yang nak menyewa bilik do 'CONTACT ME' ya. :)

Oh ya... cakap tentang rumah. Belum settle lagi hal nak beli rumah kedua. Rumah kedua ni umah 2nd hand kat Manjung. Tapi yang buat kami suka and berkenan sangat ialah kerana ianya rumah Semi-D! Kitorang memang nak sangat rumah ada tanah (umah sekarang takde tanah, semua bersimen) cos konon-konon leh la bertanam ape-ape (HAHAHAHA).

The house is currently rented.


Actually belum settle ape pun lagi... baru sign agreement untuk 'chop' rumah tu je... Loan bank belum settle, baru survey-survey bank mana yang interest rendah. Ejen suruh amik ngan Public Bank cos low interest katanya, masalahnye bank tak call-call pun. Yang call hanya Affinbank, tapi interest dia cam tinggi la plak... Tu yang kitorang masih dalam dilema. However, hubby macam lebih berat nak amik ngan Affinbank so that potongan loan tolak dari gaji je nanti (gaji askar masuk melalui Affinbank).

Cepatlah settle bab loan. Sebab once settled, nak terus cat, and lengkapkan rumah ni dengan perabot so that leh sewa dengan harga potongan loan tiap-tiap bulan tu. hehe... Semoga dipermudahkan, insya Allah. Kena cepat bertindak cos hubby akan kekeringan gaji membayar banyak hutang. wakakaka... dengan rumah 2 bijik, kereta (nasib baik kereta sebijik je) and loan untuk aku berbizz (yup, he helps)... masakkkkk la wehhhh! =P

Agak leceh bila kena buat loan bank... tapi nak wat camne, loan gomen dah guna untuk 1st house. uhuhu...

Takpelah... bersusah-susah dahulu... sebabnya, kami meramalkan bahawa harga tanah/rumah akan makin naik since sekarang ni pun tengah pesat membangun. Rumah kat Manjung sekarang lebih mahal dari Ipoh.

Actually, tenants aku sebelum ni ramai dari Ipoh. Aku pada mulanya pelik kenapa jauhnya datang from Ipoh untuk bekerja? Tapi dah rezeki di Manjung, nak buat guano kan... Maka, memang melonjak-lonjak la harga rumah kat Manjung ni.

***Antara sebab lain harga rumah di Manjung mahal ialah... mahal-mahal pun orang beli jugak! Plus, kat sini kan markas tentera laut yang paling besar, bandar maritim lah katakan.. so memang ramai navy.. navy kan kerja gomen, so leh buat loan gomen untuk rumah. So.... that's why la harga rumah sini mahal sangat. In fact, rumah yang kitorang nak beli ni pun milik navy gak. Tapi sebab dah berhijrah kat KL, diorang nak jual je rumah tu...

Sekarang AEON Manjung, Hospital Pantai and Hospital Columbia Asia dalam pembinaan. Yang Columbia Asia tu kat Sitiawan, area tempat pembuangan sampah tu. Wakakaka... heran sungguh aku napela bina kat situ cos bau sampah busuk gile ok. Lagi sakit la orang yang dok situ nanti. ekekeke.. tapi kalau akan ade perubahan memang bagus sesangat la cos tempat pembuangan sampah kat Sitiawan tu memang tak strategik langsung. Tepi jalan besar! Bau tak usah cakapla kan... 

Ni gambar Aeon Manjung yang dalam pembinaan... diambil dari entry blog INI.



 AEON Manjung ni dibina dekat-dekat je ngan Hospital Pantai (yang also under construction)
Kat area Giant Manjung tu...





K lah... that's all for now. Ngantok le plak... (mana tak ngantuk, kul 3.15 am dah!)

Aku tengah bengang cos kabel BB aku hilang mana tah. Nak transfer gambo ke lappy pun takleh. Ni aku amik gambar dari twitter... mana yang aku sempat upload. Sedih betol.

Wassalam.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, April 13, 2011
bismIllah...


Subuh-subuh tadi kelam-kabut aku bangun cos nak ikut hubby balik Lumut. Sebabnye esok nak pergi klinik untuk Razin dicucuk sebulan (aritu pergi salah hari rupanya haha) and transport takde... Nini bawak Kancil pergi keje... Mak bawak Vios pergi sekolah. Dua-dua orang takleh nak kuar jap amik aku pegi klinik esok.. So, kena la ikut hubby balik Lumut then bawak semula kereta hubby balik Beruas. Sedih jer tinggal Razin yang nangis-nangis pagi tadi. Nasib baik la stok EBM banyak la jugak dalam freezer.

Sampai jer umah, aku terus lepak-lepak jap and then pam susu... Dapat dalam 3 oz plus... Alhamdulillah... :)

Hasil dari first pump session today
(8 am-8.45 am)



Pastu aku terus kumpul cloth diapers (cd) yang belum pre-wash dan extra soakers GroVia yang baru dapat masuk mesin... Ada lagi cd yang belum sampai lagi ni... takpela, sementara free, aku pre-wash la sumer tu dulu... Tak sabar nak pakaikan Razin cds... aku rasa elok-elok abis pantang je dia muat la cd-cd yang ku beli tu. Sekarang ni pun newborn disposable diapers yang Razin pakai macam tunggu masa jer untuk 'tak muat'. :D

Atas sekali ada lah CD GroVia AI2
Yang lain sumer CD Babyland plain... beli borong 8 pieces.
Tapi 2 pieces dah pre-wash dulu sekali ngan CD Autumnz and Littledoodlez...

Wahh tak sabar nak tunggu pre-order GroVia CDs lain yang on the way...
This time aku order 2 pcs AIO*, 1 pc AI2* dan 1 set soakers utk AI2.
Pastu takmo beli dah. (leh caye ke...)
Cukup lar 13 pocket CDs, 3 AI2 dan 2 AIO kan?
Extra soakers ada 2 set untuk yang AI2...
Cukup ahh...
Nanti order tu sampai aku tempek kat blog. :D


*Please refer here on what is AI2 and AIO.

Aku dah bajet yang pocket CDs untuk bagi bekalan pada babysitter, yang AI2 dan AIO tu aku jer leh handle.
Mahal ler katakan... (itu jela cd plg mahal yg mampu beli kehkehkeh)



Settle pre-wash and sidai CDs+inserts+soakers, aku rebus botol lak.

Aku baru dapat storage bottles Safety Plus 8 pcs (untuk isi susu ibu) yang ku order kelmarin so kena la sterilkan kan...

Takde periuk besar so guna periuk untuk kukus hadiah kahwin... :P


Sambil tunggu botol-botol direbus (aku guna api sederhana), aku online + tengok tv... Settle botol direbus, aku melipat kain yang dah bertimbun di tingkat atas plak... Hubby bukan nak tolong lipat! Cis...

Menyampah betul nak lipat kain...


Settle lipat kain and simpan dalam almari, aku mandi... Then turun bawah pump susu lagi...
Kali ni dapat 4 oz!! Gembira gila... syukur alhamdulillah...

Cukup-cukup dapat 4 oz. haha...
Ni 2nd session pumping
(12.35 pm-1pm)


Sebelum pulang ke Beruas, aku sempat pam lagi untuk kali ke-3. Dapat 2.5 oz jer... Jadi la kan... Asalkan ada...

Bila time nak balik and drive kereta, sangat la cuak... 1st, risau sebab orang kata pompuan dalam pantang mane leh bawak kereta. So... aku cam risau la kan... And memang awkward gile nak drive selepas sebulan lebih tak drive! Alhamdulillah tak jadi apa-ape...

Hari ni dalam sejarah la aku bawak kereta 80 km/j jer dari Lumut-Beruas.
Paling maksimum pun 100 km/j... tu pun cos nak overtake lori je...
Cam tak caye je.. ahaks...


Akhirnya around 4 pm tadi sampai umah... Tengok budak comot bawah ni minum susu ebm peket yang ke-6 (1 peket mostly dalam 2 oz, 2.5 oz and 3 oz) dah...



Huhu... Razin kuat minum susu... Memang aku kena bekalkan kat babysitter nanti dalam 6, 7 botol kot?? 1 botol (brand Safety Plus) muat 4 oz... so ok la kot? :|

Next month punyer shopping adalah cooler bag kit untuk hantar umah babysitter. Hopefully di penghujung-penghujung pantang, susu pun bertambah la lagi... Amin.


p/s: Sian hubby tido Lumut sorang-sorang malam ni.. nak wat camne... beli kete lagi sebijik eh? hehe


alhamdulIllah...
Wednesday, February 9, 2011
bismIllah...


Oleh kerana semalam aku dan suami masih lagi cuti, kami settlekan pendaftaran aku di HAT (hosp. angkatan tentera). Oleh kerana sebelum ni aku pergi routine checkup di klinik luar iaitu KKIA Sitiawan, so aku agak blur dengan ape aku kena buat. Tapi nurse kat KKIA Sitiawan suruh aku ke KKIA A10 (dalam base.. kat blok A10) dulu... so off we went... Rupenya kena buat ID kad kat HAT dulu before ke A10, maka ke HAT la plak...

Nak buat ID kad je kan? sile ke kaunter 1.



Then, baru le ke A10...
aku tak pasti untuk ape ke sini sebenarnye...
nak check jugak le kot..



Aku diberi nombor giliran di A10.
Sementara tu, turut kena check air kencing, tekanan darah and berat.
Berat aku dah naik jadi 81.5 kg baidewei... wawawawa...

Then settle check air kencing and tekanan darah, perut lak dicheck.
Nurse tu kata kepala baby kat atas... bukan turun ke bawah.
Abis, yang aku dok sakit-sakit kat bawah tu ape? huhu...
But she said not to worry, banyak masa lagi untuk baby gerak-gerak and berada di posisi yang betul i.e kepala ke bawah.
Lega den...

By the way, sampel darahku turut diambil untuk ujian Hepatitis B.
Sebelum ni aku checkup kat Sitiawan, takde pun buat ujian Hep. B nih.
Then nurse A10 ni terangkan yang most klinik kerajaan tak buat test Hep. B ni cos kos dia mahal sikit..

Tapi kalau di klinik A10, memang wajib buat disebabkan persekitaran yang dekat ngan laut, makan makanan laut, suami tentera laut etc... so risiko Hep. B ni tinggi.
So kena la buat ujian Hep. B.

Hmmm barulah ku tahu.

Pastu, nurse suruh datang lagi next week untuk checkup.

Oh oh... Not good!

Aku pun tanya la, "Kalau saya teruskan checkup kat Sitiawan boleh tak?"

"Puan duduk dalam ke luar?"

"Luar. Kat Sitiawan senang sikit... dekat ngan rumah"
(tipu sikit-sikit takpe la kan)

"Boleh... takde masalah. Nanti nak beranak kat HAT kan? So takpela, dah ambil semua maklumat puan..."


Hehehe... lega hatiku ini.

The main reason aku maleh nak checkup kat dalam base ni bukan ape... Aku tak familiar dengan keadaan dalam tu.

And then, sebab PROTELA nih...

Protela TLDM

(suka cuci mata kat sini cos pernah beberapa kali nampak ada sorang mamat protela tu hensem gile!! orang kepulauan borneo rasenya... kehkehkeh)


Aku tak suka nak checkup kat dalam base cos sangat leceh kalau aku bawak kereta yang takde sticker navy. Yela, kot-kot la nanti aku bawak keta kompeni ke... Drive lak sorang-sorang... Kalau laki aku yang drive takpe... Macam gambar dalam atas tu, ni time bawak kereta sendiri... Kan ada sticker navy kat belah kiri atas sticker roadtax tu... haaa itu le dia...

Kalau takde sticker, kena tinggalkan IC kat sini... Nak kuar kena amik balik. Kalau dibuatnye Protela rajin tak semena-mena or aku bawak kereta besar ke ape ke... diorang suh bukak boot untuk check ape aku bawak kuar.

Eeee tak koserr!

Sangat melecehkan... walaupun checkup kat A10 berganda lagi dekat ngan umah dan tempat kerjaku, tapi aku rela ke Sitiawan. Huahuahua... (manusia ni pelik kan? :P)

Eleh... sebenarnya nak melantak Rojak Manjung pas checkup. Heheheh...

Ermm.. apa lagi nak citer...

Well, aku nak citer bab pengubahsuaian dapurku tapi entry ni macam dah cukup panjang.

Lenkali la sambung lagi...

Salam...



alhamdulIllah...
Monday, December 20, 2010
bismIllah...



This entry is dedicated to my former colleagues in KL.



Dah sebulan lebih aku di Lumut. Rindu dengan branch KL. What I missed most would be the people and the hectic life there... Yela, Lumut tak busy pun... Selalu je aku jadi macam penunggu ofis. Sampai time balik, aku balik. Kalau KL, memang sentiasa ada orang. Jumpa macam-macam orang... Keadaan sibuk memang bagi thrill...

Tak semua ada dalam gambar...
Pic taken masa bulan puasa yang lepas...


I miss my bosses. My friends. My colleagues. Abang Nazri is the most funniest man I've known. Kami budak-budak front counter ni kalau dia ada je menyibuk kat depan, mesti asyik tergelak-gelak je... tak kisah la lawak lucah ke ape ke kan... apa-apa pun, memang dia penyeri.

Then the RAs, macam-macam pe'el semuanya. Amir and Domi, among the closest to me. Rauf too (whom I called every now and then and pisses him off cos I was obviously pestering him about workshop stuff). Syed, the new guy yang selalu aku tumpang balik umah bila aku dapat MC. HAHA. Masa ku kat Lumut, dia ada datang sekali buat changeover ngan customer... so dapat la jumpa.. :)

Jenuh cari gambar abg Nazri... akhirnya jumpa.
Tapi ni gambar lama gile..
Si Domie masa ni siap ada misai lagi...
macam orang tua... haha

from left: Domi, Abg Ari dan Abg Nazri


From left; Rauf, Aku dan Amir (tak nampak mata)


En Ismail (our fleet supervisor) who I respected, for his unique character. He could be dead serious one time (ni sume orang takut), and he could be very funny too. He is our savior when we didn't know where to look for cars (lots of bookings) and when customer had car problem. Semua tentang kereta, semuanya beliau tau. Kereta ni, problem dia selalunya macam ni... Kalau kereta lain, problem dia camtu plak... Sangat kagum cos nak bandingkan ngan aku yang hampeh ni... nama je belajar mekanikal, tapi banyak tak tau...


takde gambar En. Ismail dalam simpanan!
>__<


Heck... I miss the chaotic environment.

However, what I didn't miss was the stress between colleagues.

It's a constant pressure when you bottled up what you felt for the sake of other people's feelings.
You are angry because it seems like it's always you who's doing the job, while the others just surfing the net reading news and chatting among themselves. Nak tegur, kang terasa... lagipun, sape lah kita ni nak tegur orang... dia tu sama macam aku je... aku ni bukan boss pun. So how? urghh... that feeling of anger memang boleh merosakkan diri.

When that happened, mulala rasa macam tak ikhlas buat kerja. Serius... rase tak best. Cos kenapa semuanya kita yang kena buat? Kenapa 'dia' tak buat? Korang pernah rasa situasi macam ni? Memang tak best... kerja kami sepatutnya seronok, but when cases like I these happened, jadi tak seronok la... There would be clans/gangs... So not healthy for work.

Lega sangat dah blah dari situasi macam tu...

I'm grateful I got transferred.

Faktanya, dalam kompeni ni, kalau seseorang itu ditukarkan, mostly the reason would be sama ada naik pangkat ataupun itu hukuman dia tak perform.

I actually requested to be transferred because of my pregnancy. That was the true reason. The additional points would be that my husband, my family are also here in Perak. Kebetulan pulak company nak bukak branch baru di Lumut. So dapatla aku tukar... (rezeki sungguh). Yeah, I lose the opportunity to be 'big' in the capital city, but heck... I don't care. To me, my baby's welfare is more important. Tak kisah la tak naik pangkat ke ape... asalkan aku dekat ngan family. Kang ape-ape jadi, senang... family dekat. Tu je aku fikir.

Alhamdulillah... rezeki Allah nak bagi, aku pregnant, dapat tukar ke Perak dan bekerja dalam keadaan yang aman damai. :)

As for my friends in KL, I know those things (yang aku tak suke tentang branch KL) still happened. Memang stress la lagi-lagi time peak season camni... Cuti sekolah... and then nak Krismas, nak New Year... banyak orang sewa MPV untuk kenduri kahwin la ape la... I know KL branch memang busy nak mati time-time camni... huhu

From left: Nurul, Aku, Shakila, Nadia, Aqram and Eja


I hope you guys could sit down together and talk about problems related to work. If there is any issues, discuss it together. I know it's hard.. and sometimes no action were taken (I always end up very quiet in those meetings anyway)... but... well, you gotta at least try right... Good luck!

Aku kat sini memang dalam suasana aman damai cos tak banyak customers. Esok jela busy sikit cos ada 1 delivery ke Venice, Manjung and collection kat Ipoh Airport. Hari lain macam hari ni juga... tenang je... (dahle kerja pun sorang-sorang).

Bagus jugak. Leh update blog... hahaha...

Well... ape-ape pun, I MISS YOU GUYS...





(this is Amir by the way)



Salam rindu,

alhamdulIllah...
Wednesday, November 24, 2010
bismIllah...


Semalam aku ajak hubby jalan-jalan ke Teluk Senangin. Mostly sebab aku tak pernah ke sana. Serius... nama je dok dalam daerah Manjung, tapi ke Teluk Senangin pun tak nah sampai. Teluk Batik tu selalu la... hehe... Teluk Rubiah pun baru sekali kot pergi. Tu pun cos dulu ada adik angkat Kak Lin ikut PLKN kat situ...

Aku jugak sebenarnya nak belajar jalan kat Manjung ni... almaklum, lepas ni berkemungkinan kena deliver kereta ke Port Lumut, Swiss Garden etc. Pastu nak hantar kereta ke Puspakom lak nanti... Aku jarang gile pergi area belah sana tu...

So petang semalam pas Asar kitorang merayap... Mula-mula nak singgah Billion je.. pastu 'ter'singgah SenHeng sebelah tu. Survey-survey aircond... nasib takde duit... haha..

Then baru la ke Teluk Senangin... Jauh jugak... Masuk ke dalam...

Ni pintu gerbang nyer...
Start area ni jalan dah teruk... berlubang-lubang...
Probably it's because of the lorries... cos tempat ni macam baru nak mula membina chalet lah ape lah... so lori kuar masuk kot...



The beach was just nice.
Leh nampak KD Inderapura yang terbiar kat tengah laut..
Best la nak layan jiwang... haha...

But seriously, ok tempat dia... tak ramai orang macam Teluk Batik.
Privacy sikit...


Tak tau menatang apakah ini...


Apsal laki aku nampak kecik je dalam gambar ni? haha..


So peaceful...



Well... kalau takde kerja, leh la ke situ lagi... Tapi umah aku lagi dekat ngan Teluk Batik. So... maybe not. haha

Yang tak best nyer ngan Teluk Senangin ni, ntah kenapa cam banyak lalat. Mr CC pun dah inform awal-awal... Mmm...

Arini aku lepak ofis... Murah rezeki pagi ni ade customer call nak sewa Matrix 2 hari and berkemungkinan longer... Ok la.. Customer tu plak orang yang Rizal bawak dari KL (Rizal=KL Staff). Rizal chauffeur dia ke Lumut, and then dah sampai Lumut, dia sewa kereta kat aku lak. Mmm bagus...

So tadi aku deliver Matrix ke McD, ada la transport balik ofis.. aku mintak tolong Rizal hantor. Pastu kami makan kat Silaturrahim. Lepas makan, dia hantar aku balik ofis semula and then dia balik KL...

Selingan: Hertz has chauffeur driven services. But only in KL ler..

Oh... another day at work. Esok baru Shan datang... Elok la... rupanya mesin credit card portable ni bateri dah nak kong and chargernya takde. huhu

Well, that's all for now. Daaaa


alhamdulIllah...
Monday, November 22, 2010
bismIllah...


Akhirnya baru dapat nak mencatat di blog. Seminggu tak online... sebab lupe nak amik broadband kat kampung... bila kat Beruas malas nak online cos internet slow... takde HSDPA. :P



Well, aku sekarang berada di ofis Lumut, Marina Island. Ade 5 bijik kereta dah standby kat sini tapi customer masih takde... So agak kebosanan jugak la... tu yang aku ngupdate blog ni... hehe...

Hari ni baru masuk ofis... Last Thursday aku amik kunci ofis je... So today baru la dok godeh sana-sini... camne nak scan document, kenapa takleh login system bla bla bla...

Eh tapi aku patutnya masih cuti lagi ni tau... Boss KL (Head of West M'sia) kata aku patut mula keje 1st Dec. Hehe.. tapi boss northern region (Shan) mintak tolong standby for walk-ins so aku standby jela... alang-alang dah datang ofis... cos tadi Shan mintak aku check satu kereta... ada customer tertinggal spek. Tu yang aku datang... :)

Banyak benda kena belajar ni... almaklum, dah cuti seminggu... so banyak benda aku macam miss... Bila bace internal emails yang banyak tu, terus pening kepala aku... errmm...

Actually, aku baru je baik demam ni..(walaupun mulut masih rasa pahit)
Ni sumer penangan family day husbandku di Lost World of Tambun last Saturday.



Semuanya berpunca apabila lambat makan. Bergerak dari rumah awal pagi sebab nak berkumpul kat Taman Monyet (ke Taman Paya Bakau? aku tak ingat nama dia.. panggil taman monyet je) before gerak ke Tambun. Aku sempat makan nugget goreng 2 bijik je...

Lepas semua dah berkumpul, baru la gerak ke Tambun...
Sampai-sampai Tambun bukan terus makan. Tunggu ape tah lagi... tapi aku sempat gak lari cari air soya ngan buah-buahan potong. Bila dah time nak makan, perut aku dah masuk angin. Aku makan nasi beriyani tu tak sampai separuh. Haihhh

Dahla cuaca panas gile... aku lak ke hulu ke hilir ikut laki aku dan adik aku, Nini main air. Aku? Berendam sikit-sikit jela... berendam kat kolam air panas (time tengah hari buta!) dan berendam kat air sejuk tempat orang sejukkan badan... mane tak demam??

Hubby belanja Nini ikut... lagipun dia takut aku boring sorang-sorang...
Tengokle betapa teriknye mentari.. panas gilo.. huhu



Elok je blah dari Lost World tu, aku suruh hubby berenti dekat Giant cos nak termuntah.
Memang abis keluar segala isi perut. Laju je kuar macam air... sampai Beruas cos hantar Nini pun aku muntah lagi... langsung hilang selera makan. Sebenarnya takut nak makan cos taknak muntah.

Bila dah tak muntah, kena cirit-birit plak. Ingatkan nak terkentut, tapi rupanya nak terkeluar benda lain jugak. Seksa betul aku selama 2 hari... hari ni baru lega sikit. Tu pun sebab malam tadi aku berpeluh sakan kot. Abis tempat tidur basah ngan peluh je... huhu... T___T

Apa-apa pun, thanks bebanyak kat suamiku yang memahami ketidaksihatan ku. Semalam dia yang masak dinner... Sedar-sedar je, hubby kejut makan. huhu... nasibaik tak muntah balik. Tapi cirit-birit masih tak stop. huhu

------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku baru jual* satu Sonata. Yeay! Mr Buckley, you're my first customer here! ^___^

Tak rugi melepak kat ofis ngan perut lapo... heheheh....

Okeylah... perut dah lapo. Kul 1.30 ni aku nak balik umah... Petang ni kalau rajin aku datang balik. hehe...

*jual=bagi customer sewa...


p/s: To Nurul, ni ha aku dah update blog... sori le lame tak update cos memang bantai cuti habis-habisan. Miss u guys... huhu


alhamdulIllah...