Showing posts with label Studies. Show all posts
Showing posts with label Studies. Show all posts
Friday, July 27, 2018
bismillahirrahmanirrahim




Hai blog. Lamanya tak bukak, tak sign in kahkah.

Busy gile hidupku sekarang.

Tapi nak catat gak la ape yang berlaku recently.


Last weekend aku join kelas grooming by MJMA Cats Motel & Spa.

Saje tambah skill, and memang aku nak belajar pun. Amik kau, bayar la duit kelas RM370. Tapi takpelah, ilmu ni... Lagipun En Jefri tu femes. Ape salahnye bayar untuk ilmu kan hehehe...

Kelasnye di Geli-geli Kucing Taiping (Kamunting).


Beria kan hehehe...
2 wanita di kiri tu adik-beradik and they're opening a new pet shop in Batu Gajah.
The one on the far right is already a pet shop owner in Gerik.

Me?
Saje suke suki kikiki...
Takdela aku nk buka pet shop pulak. haha...
Just maybe kalau dah tua-tua nanti bosan bisnes barang baby, bole la amik upah boarding and grooming kucing kot?
KALAU rajin. =P




Merasa la Red kena groom for 'show'. Hahaha
Nasib baik aku bawak Red. Dia baik je... elok je takde meronta-ronta bila mandi hihi...



So what did I learn?

Well, biasa la benda-benda basic camne nak handle kucing bla bla. Banyak juga benda baru yang dipelajari contohnye macam grooming tools. Ade macam-macam jenis brush/comb... setiap tools lain resultnye. Banyak sangatla. Aku rase 1 day tu memang singkat sangat untuk belajar macam-macam. I wish there were 3 days course.

For example; we did show grooming and basic grooming only. Hanya sempat mandikan 2 cats. Malangnye bawa kucing sama warna! Adoiyai... if only there were other cats yang warna putih, then kita boleh tengok proses whitening macam mana. How the cat transforms... and I also would like to know (and WATCH) how precisely do you groom a persian cat. Yela, tahu-tahu jela Persian ni mata dia tu semedang je kotor. So benda tu tak cover cos no one brought a persian. 

Mine was a mix of scottish fold and persian, and he doesn't have the persian profile much except for the long coat.

So agak rugi sikit la cos we didn't manage to see that.

However, Jefri said we could message him anytime if there's anything we would like to ask. Hopefully he'll be free enough to reply hehe...

Overall, still a beneficial class for me. Ada products knowledge. So I have the gist of what type of shampoo suitable for which cats etc. I just wish the class was longer! 

Shampoo-shampoo yang digunakan semua mahal-mahal weh. Even the scissors, the comb... pergh. Untuk aku yang baru nak berjinak-jinak ni memang aku telan air liur gak la cos barang-barang tu high end products. Mostly made in USA. Tahu-tahu jela bila benda berat, liquid plak tu... bila import ke Malaysia jadi mahal harganya huwaa...

(macam tu la kot bile orang tengok aku jual carseat & strollers harga ribu-ribu kot? Padahal ade yang murah kan... kualiti, brand tu yang buatkan mahal hehe)

Anyway, that's just a little bit on the grooming class I went to. Nak lebih info dan details, silalah join. Boleh contact terus MJMA Cats Motel & Spa untuk kelas seterusnya. Diorang wat tour satu malaysia sekarang. Ada 5 orang untuk satu kelas dah bole dah...


Kat bawah ni aku upload pics dua ekor kucing yang aku groom sendiri selepas pergi kelas grooming. Alah too bad takde before picture. Ah lantakla. Saje nak upload je pun...




Keira, the only female cat in the house.
9 months old.



And today aku mandikan Todd for the first time sejak bela dia.
Fyi, I adopted Todd last April... 29 April to be exact.

Masa dapat tu terus hantar Animal clinic untuk dia groom and bagi ubat cacing, ubat kutu etc. Memang aku tak pernah mandikan cos dia macam 'liar' sikit awal-awal tu. Takut orang, tak leh dipegang... maybe sebelum ni kena kurung je kot that's why dia camtu.

And today baru berani handle Todd. Mandi air panas... tapi sempat guna satu shampoo je. Aku nak guna dua, tapi takleh cos dia tak bekerjasama. Maybe next time.


Todd, 8 months 22 days.

1st time aku turn on blower tu dia berlari ke sana sini dalam sangkar. Takut sangat-sangat.
So aku stop. Then aku tengok muka dia n cakap slow-slow that I just wanted to dry him off, the 2nd time aku turn on blower dia tak lari-lari dah. Just dok diam biar aku keringkan. Bagus betul Todd!






Tak sempat kering bagi abis jugak cos lama gile weh nak keringkan bulu dia ni. Tebal semacam. Kat bahagian kaki ade lembab-lembab sikit.


Anyway, that's all for now.

Bye


p/s: I made a new instagram account for my furbabies. Follow us at @ryesfurbabies

Thanks!




Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, January 19, 2011
bismIllah...



Baru sehari suami berlayar... hati rasa kosong je... Dahle nak tefon pun tak dapat. Sms yang aku hantar sejak malam semalam pun tak delivered2 lagi... haih... rindunye...

Rindu nak masak sama-sama, makan sama-sama, tengok tv sama-sama, tidur sama-sama... Waaaa.... T___T

Sunyi gile cos takde kawan nak berebut channel tv.

Aku pun kurang kuar suara cos dah takde orang yang suka 'jelui' seluar merata-rata untuk ditegur... huhu...

Kalau dulu, masa aku masih bekerja di KL, tak jumpa sebulan tu macam takde ape sangat... Yela, lepas kahwin terus balik ke rutin macam masa bujang... Aku di KL, dia di Lumut, Perak. So, memang tak macam married couple pun... tak duduk sebumbung kan...

Now, since aku dah duduk serumah, sebumbung dan sekatil ngan suami since pertengahan November tahun lepas, memang terasa sangat la bila dia berjauhan berhari-hari. Dah duduk sekali baru la tahu...

Ni baru sailing seminggu... Camne la isteri-isteri navy yang ditinggalkan berbulan-bulan tu? Lame tu wei... kalau ada anak, maybe kurang la sikit rasa sunyi... Tapi kalau yang takde anak atau tengah pregnant? Yang kes isteri beranak time hubby sailing tu camne... sedihnye... Huhuhu... sian ooo... Betulla orang cakap (orang tu adalah suamiku dan kwn2nya serta isteri2 mereka), kerja paling susah adalah menjadi isteri navy. Sebab SELALU sangat sailing...

So, mental kena kuat. Hati kena keras. And paling penting, berdikari. Nasib baik la aku ni boleh drive, boleh merempit dan biasa berseorangan. Kalau nak drive or bawak motor pun takleh, memang susah le...

Nasib aku jugak baik sebab family aku just 45 minutes away. Sekarang ni pun ada adik aku dari Beruas datang teman. Syukur alhamdulillah...

Haa.. bila sebut tentang hal ni, aku teringat tentang buku Dr Tuah. Tak ingat tajuk yang mane satu cos aku ada beli banyak gak la buku dia...

Tapi tentang bab impian/angan-angan. Memang betul ape dia tulis... Bagus sebenarnya berangan-angan cos secara tak langsung, kita menanam impian. Banyak je orang yang berangan dapat apa yang diangankan.

As for hubby, dia sebelum ni memang nak cari isteri orang Perak cos senang untuk isteri dia balik kampung kalau dia berlayar or ada operasi. Lagipun kerja kat Lumut kan, so convenient untuk cari orang rumah dekat-dekat... itu angan-angan dia la...

Aku pulak, berangan nak lelaki engineer. Nak kahwin dengan lelaki yang dah ada kereta, ada rumah. Senang. Errr... yer, bunyi macam materialistik le pulak kan tapi ini angan-angan aku dulu... since study kot. Lame dahla pasang angan-angan camtu... hehe

Dan alhamdulillah... angan-angan kami tercapai. Hubby dapat memperisterikan aku yang berasal dari Beruas, Perak. Beruas ngan Lumut bukanla jauh sangat so ok la...

Aku lak dapat suami yang aku inginkan. Ada bonus lak tu, rajin masak. Hee... syukur alhamdulillah...

Lumrah manusia, tiada yang sempurna. Begitu juga aku dan dia.

Maybe dia dapat isteri orang Perak, tapi aku tak pandai banyak perkara... tak graduate... tak sama pendidikan dengan dia cos belajar ijazah tak abis... :P



And maybe aku dapat suami yang berkereta dan ada rumah, tapi tak pandai memujuk aku... and who would've guessed that I'm going to be 'isteri navy'?? Oh... itu memang takde dalam list angan-angan aku... tapi dah jodoh... :)



You gain some, you lose some. Yang penting, bersyukur....

Oh... kesimpulan dari cerita ni, berangan-angan lah... Mungkin dari situ tanpa sedar kita akan usaha untuk mencapainya... :')


Ada orang tanya, takmo sambung belajar ke?

Err... rasenya tak kot. Aku dah malas. Lagipun setiap hari kita belajar benda baru kan... kat tempat kerja banyak ilmu aku belajar... cuma tak formal and tanpa pentauliahan je la. hehe... but no... rasenya takde der nak sambung degree dah rasenya... Takpela, kerja ni dapat gaji. Lehla menampung perbelanjaan rumah. So, ok la tu kan... hehe

Bagi chance kat suami sambung belajar jela... permohonan untuk dia sambung belajar dah diluluskan oleh pihak navy. Cuma tak tau nak sambung universiti mane je... Course yang suami nak pun takde kelas kat daerah Manjung. Kena pergi KL setiap weekend kalau dia confirm nak sambung master. Mmm pasrah jela... Aku?? Dok umah jaga anak yer... takpe takpe... pengorbanan seorang isteri... :)

Hmmm tak tau la bila suami nak apply kat U nyer pun. Ntah-ntah tahun depan! (lagi bagus...huhu)

K lah... banyak betul membebel kat entry ni...

Till then, salam....


**Updates:
Pagi ni baru dapat call dari hubby. Waaaa... lepas rindu sekejap....
Dia kat perairan Pangkor.... dekat je... Sikit lagi diorang anchor/berlabuh. Tapi nape la susah sangat nak dapat line...



He sent me these mms...
Gelagat navy bila nak dapatkan line tefon...
Semua kuar cari port best untuk bergayut...
Hahaha... comel je... :)


alhamdulIllah...
Tuesday, May 4, 2010
bismIllah...


I woke up in the middle of the night... And then tak tau nak buat ape... Ntah kenapa, tetiba je rasa nak browse gambar-gambar lame...

Aku upload secara rawak...

kad matrik ku masa baru masuk sambung degree di uitm shah alam in July 2007



My bestfriend, Nyda... gambar masa aku belum sambung degree lagi..
Dulu sama-sama dok sebilik masa diploma di uitm penang.. :]



Masa bermalam di Hospital Seri Manjung temankan Cikgu Pah operate buang cysts..



Outing ke Low Yat teman orang beli barang-barang untuk setup komputer.
Nini pun ada...
Awal 2008?


Hoho.. this in in May-June 2007. Masa aku jadi cikgu sementara di SMKCB.
Jadi cikgu PSV and ngajar dari Form 1 sampai Form 5.
Siap pegang kelas Form 4 lagi tu! Giler...
Ni masa budak Form 1 nyer kelas.. budak dpn ni manja ngan aku...
Nak buat kerja pun nak menempek kat meja cikgu... =)



Gambar 2008 di Fakulti Kej. Mekanikal...
Bergambar dengan lif fakulti yang unik.
Tekan level yang anda nak naik dan tunggu di depan lif... (akan kuar lif A,B,C atau D)
So takdela tercangak2 nak ngusya lif mana masa kuar bunyi 'ting'
Unik kan? Kat blok engineering jer lif pesen ni ada... =)


Bunga ros yang aku pressed and simpan dalam buku teks Metallurgy.
Ini salah satu kuntuman ros yang aku dapat masa konvo from ex-bf. =)
Semangat untuk belajar nih... (time dulu ler...)


Gambar syok sendiri di Kafe 3, Fakulti Kej. Mekanikal Uitm
Testing contact lens Pure Hazel... cun gak warnanye...
potong je jerawat kat dagu tu... huhu


OMG! This is a nostalgic picture!
Back in 2003-2006 in Uitm Penang where we took our final exams here, in the open hall...
Laman Perdana, Uitm Penang...
And people say our campus ni macam shopping mall cos designnyer camni..
Leh usya-usya dari tingkat atas (ade 4 floors xsilap)
So, memang macam mall la bile sume dok usya pentas kat bawah tu kalau ada ape-ape events



Konvokesyen diploma 2007.
Si Ayu yang depan sekali tu baru ke kahwin... :)



Ni masa kelas bahasa Jerman!
ni masa level pertama... aku satu group dengan Anwar, Lutfi, Wani and Morris.
Wani and Morris je sesat budak Law amik bahasa Jerman. =)



Gambar ni dah 4 tahun...
Masa 2006 di Carrefour Seberang Jaya...
Dulu leh katakan almost everyday study kat foodcourt situ... haha





Salam sayang,


alhamdulIllah...