Rindu sangat kat Razin. Yer, left him in Beruas since Sunday... aku memang kerja asyik tinggalkan dia kat kampung jer cos aku takde assistant untuk tengok-tengokkan Razin time aku tengah bekerja.
Pedulikla orang nak kata tak jaga anak ke ape... yang aku tau, I'm doing the best I could right now. Ala... umah Mamito just 45 minutes away jer... (or 30 minutes away from Lumut kalau aku drive laju)
Aku akan balik Beruas every Wednesday. Kenapa Rabu? Sebab ada Pekan Rabu /lambak/ pasar malam. Hehe... so leh menyinggah. Khamis aku akan balik Lumut semula and bawak Razin... Sabtu or Ahad balik Beruas again and tinggal dia semula hahaha...
Last Saturday, aku berurut dengan makcik yang urut aku masa lepas bersalin dulu. Saje la... sebabnye Mamito panggil makcik tu tolong urut tangan dia, so aku menyibuk gak la.. lepas urut mak, tolong urut aku and check peranakan aku ni. Yela.. trying to conceive kan. So usaha la ni...
Rupanya memang betul dia cakap peranakan jatuh ke bawah... rahim jatuh? Entah tak reti aku nak citer... tapi sebab jadi macam tu makcik tu kata kerana aku ada angkat benda-benda berat. Well, of course le kan. Memang le ade.
Makcik tu kata lagi, "Memang le susah nak lekat... abis keluar je sumenya..."
By that I assumed abis kuar sume sperma kah? ekekeke... errr... blog ni blog dewasa ya. Sape belum kawen pegi main jauh-jauh.
Well... aku takdela beria sangat nak TTC di bulan Ramadhan ini (apakah???) ape lagi bukannye laki aku duduk sebumbung pun. Maka, chances to conceive memang nipis sampai la beliau pulang semula ke Perak. Lambat lagi... Takde beria amik folic acid jugak. Patutnye kalau ttc kena amik folic acid orang cakap...
Ade hikmah juga, aku boleh full throttle untuk capai sales target. Hehe...
Macam-macam benda aku jual.. semuanya revolve around the growth of my son. Kalau dulu masa Razin kecik lagi, aku banyak jual cloth diapers la ape la... yang untuk small baby.
Now dah berkembang ke toddlerhood.
Remember last post yang aku ade iklankan playhouse tu? Barang dah sampai last week and aku dah pasang dah pun. Pasang kat Beruas cos kat umah Lumut ni takde space since umah aku pun dah macam gudang. :P
Tunggu tenants blah baru aku angkut balik playhouse tu ke Lumut.
Bawah ni video Razin yang happy dapat 'taman'. Tapi record kejap jer...
Best ok rumah ni. Razin suka sangat.
Masa baru pasang dia happy gile seperti terbukti pada gambar di bawah:
Hihihi...
Main la puas-puas yer Razin...
Sesiapa berminat nak beli playhouse di atas can contact me.
Retail price: RM729.90
My price termsk postage? Email la yer... hehe...
And sebab barang ni pre-order, deposit RM200. Bila barang dah smpai at my place baru bayar balance.
Fleksibel kan? Leh la bajet-bajet jugak. :P
Kalau amik sendiri kat Lumut leh jimat kos pos. Tapi kotak ni besar gedabak. Muat SUV and MPV sahaja.
Perodua Alza muat jugak tapi tak nampak belakang ler huhu...
Lagi ape eh...
Oh yer... Mama Panda ade jual Desidoll Aminaa juga. Yang Talking Muslim Doll tu...
Leh refer gambar di bawah:
PRICE: RM165
Add RM5 utk poslaju semenanjung.
Kalau beli more than one ade diskaun lagi. Meh beli meh...
Authentic products yer..
Yang Yousuf punya takde stok lagi. This week or next week baru ada kot.
Lama sangat nak tunggu so Razin main jela dengan Aminaa ni. hehehe...
Saje nak tunjuk jelah benda alahnye fungsi camne...
Full description:
Aamina will recite some essential Quranic words, phrases and surahs together with their meanings, including:
Now with Tajweed - correct Arabic pronunciation
As-Salamu'Alaikum
Bismillah hir Rahman nir Raheem
Al-hamdu lillah
Subhanallah
Insha'llah
Jazakallah Khair
Masha'llah
La ilaha illallah, Muhammad dur Rasul'llah
Surah Ikhlas followed by translation
Surah Fatiha followed by translation
Songs about Islam
Sesuai untuk budak 3 tahun ke atas actually...
Tapi leh je budak 2 years main. Monitor la jangan dia rosakkan doll tu heheheh...
By the way, last weekend aku pergi kenduri kahwin sepupuku, Nor di Kepong. Tido umah Mak Yang kat Bandar Sri Putra. Ahad balik perak semula. Since penat, aku tunggu Isnin baru balik Lumut.
But I have to leave Razin cos I'm so freaking busy. Hari ni pun busy. Esok pun busy jugak. Tapi aku plan esok nak balik Beruas la. Rindu....
Rasa sunyi waktu malam je. Cos siang memang aku sibuk. Haihh camne la orang leh bekerja dan jaga anak di rumah at the same time? Siap masak, kemas rumah and melayan anak sumer tu? Giler salute.
Aku boleh buat. Tapi aku akan dalam keadaan tertekan dan aku akan missed a couple of things... contohnya barang patut aku pos, aku tak pos or orang dah bayar duit tapi aku lupa dia dah bayar. Gitu lah selalunya...
And I'll be angry at Razin kalau dia kacau aku time aku tengah stress and 'bekerja'. Kesian Razin... :(
Aku jugak rasa sangat cetek ilmu aku dalam bisnes ni. Banyak sangat benda aku tak tahu sebenarnya. And I don't have a mentor. I don't have a teacher... Husband aku memang malas amik tahu langsung bab bisnes ni selain dari bagi duit modal and tolong pos barang.
Hmmm.. TERmembebel bab kerja lagi.
This entry is supposed to be on Razin.
Anyway, just nak upload video keletah Razin yang main dengan Abg Mirul dia... happy je dia. Sebab tu aku takdela risau sangat tinggal dia kat Beruas. Memang dia seronok dok sana dari dok Lumut yang hanya ada Mak dia je ni.
Takpe Razin... Sabar yer.
Mak tengah setup SOHO supaya lebih organized. I'm getting organized. Lepas ni aku nak uruskan masa dengan lebih baik cos I want to allocate quality time with Razin. I pity him. Aku jugak tak nak menyesal di kemudian hari. Duit memang boleh dicari, tapi masa yang berlalu tu tak boleh ditebus kembali kan?
Walaupun aku berhenti kerja dulu bukan sebab nak jaga anak, but of course I love staying home and taking care of my son too.
So nak clarify juga di sini, aku berhenti kerja ngan HERTZ dulu bukan sebab nak jaga anak yer. No. Aku berhenti sebab aku dah benci dengan kerja aku tu. Dah tak happy. Kalau aku dapat kerja lain, I would gladly go there and work too. But turns out Allah berikan rezeki aku untuk bekerja dari rumah sambil jaga anak. Alhamdulillah...
I can't stand not earning any money.
Sama jela macam full time working mothers di luar sana... Would you quit your job if the salary pays the bills, feed you and gives a roof above your head? Mesti la tak kan.
Aku harap in a few days aku akan rileks sikit. Sekarang tengah kemas-kemas ofis kecik aku ni.
Hari ni aku merayap ke kedai perabot dekat Giant tu untuk usya-usya small sofa for my SOHO. Bukan ape, kalau orang datang lepak, takde tempat duduk kt dalam bilik tu huhu...
Sofa tu aku survey je dulu...sebab lupa bawak measuring tape and ukuran tempat kosong untuk letak sofa. Esok aku pergi lagi...
But I bought a new chair for my working station.
My humble work station.
Tong sampah pun baru beli.
Ingat nak cari kerusi warna purple tapi tak jumpa.
Itu je yang ada and murah sikit.
Ade satu kerusi tu stok untuk boss2 duduk memang sedap gilebabi la... tapi harga RM900! Tu pun after less. Takpelah. Tak mampu aku nak pakai kerusi mahal-mahal. Yang aku beli ni pun RM200 aku dah rasa cukup mahal dah. =P
And aku beli stand untuk sangkut handbags.
Dah lama nak beli tapi baru hari ni dapat. hehe...
Dulu aku nak tapi husband tak bagi beli (padahal RM50 je pun).
Tadi aku nak beli apek tu bagi rege RM70 plak. Kata naik harga.
Bila aku membebel and mintak kurang, baru la bagi RM50. Apara.. ntah2 tempat lain leh dapat murah lagi? Hmmm tapi aku malas nak pergi survey2 lagi dah. Koser nak merayap bila lone ranger ni huhu...
Okeylah. Cukup-cukup le berblogging. Dah nak pukul 3 pagi dah.
Nak usya gambar sofa yang aku snapped petang tadi. Ade 2 bijik yang dalam dilema. Esok mau beli. huhu...
Ni la first time pakai berus gigi mahal-mahal (Retail price: RM42). Tapi sebab I've read good review about it, so try jelah.
Fyi, Baby Banana Brush ni diperbuat daripada 100% medical grade silicone
yang takde toksik, lembut dan fleksibel. Comel tu of cos la kan... that
what attracts me, the cute banana design.
And guess what, we both love it!
I for once, love it because Razin enjoys 'brushing' his teeth with it. And the unique banana brush can also be used as teether. The brush also teach my son to be independent... leh berus sendiri je. Tak risau sangat cos berus tu memang lembut. Very safe.
Maka, I don't really mind when Razin wants to brush on his own. Tak bagi kita tolong, dia nak berus gigi sendiri. Tak caya tengok video bawah ni... hehe
The one that Razin used in the video is the Original Baby Banana Brush.
Ni features dia:
The premier toddler training toothbrush was designed to be flexible and bendable so that
kids would not be able to injure their mouths on traditional hard plastic toothbrushes. The
medical grade silicone makes this brush durable and safe, while the small bristles massage
teeth and gums. This brush is intended for children over 12 months of age.
100% medical grade silicone
Dishwasher safe for sanitizing
Best part yang aku underline tu... sebab dah pernah dah Razin gosok entah camana dia tertolak kuat sangat kat gusi sampai nangis-nangis menjerit sakit. Yela, before this pakai standard toothbrush yang plastik keras tu.
Now this one is better. Boleh bengkok-bengkokkan tanpa patah. Totally worth the price cos selain guna untuk berus gigi, boleh jadi teether jugak sebab the whole body is made of 100% medical grade silicone.
There's another one yang ku rembat!
Rembat sebab cute. Hehehe...
So cute, right? :D
Baby Banana® Brush: Teether/Toothbrush (4″ x 8″ x 1″)
These “a-peel-ing” handles are irresistible to babies (and parents). Babies love to be able to
hold this brush on their own, and the handles provide an easy way to loop a binki strap
through when kids need a little help. This version is intended for children under 1 year of age.
Infant Teether and Toddler Toothbrush in one, with “peel” handles; able to hold a binky strap
100% medical grade silicone; dishwasher safe for sanitizing
Walaupun tulis untuk 1 year below, alaaa boleh je pakai untuk 1 year above. Hihihihi... Comel sangat! Yang versi ni harganya RM45.
And paling best, boleh ajar baby start pegang berus gigi cos dia ade pemegang dari 'kulit pisang' tu. ^___^
Razin punyer yang bentuk ni belum rasmi lagi... tunggu dulu...
Your child's dental health is your responsibility, so apa salahnye belikan berus gigi ni for your lil ones. They sure will gonna love it. :)
Sila klik Mama Rafique's blog entry about child's dental health di SINI. It's true... we as parents yang kena ajar our babies on hygiene.
Lagipun awal-awal ni la kena jaga-jaga... risau gak kecik-kecik abis cepat reput gigi dia kalau tak jaga...
Panduan pertumbuhan gigi bayi.
Razin sume gigi dah ada kecuali 2nd molar and gigi taring (canine).
Kalau tengok chart atas tu, gigi taring dia coming soon la.. hehe
(Lagi sakit la kalau kena gigit!)
Baby Banana Brush ni would be available soon at other baby boutiques.
Mama Panda Store will also sell these beauties soon. ;)
Taking pre-order now. Do email me ya. Thanks!
p/s: Spiffies also will be available soon. Email kalau nak order ya =D
So jangan le tanya aku bila nak buat open house etc...
Kalau ada rezeki and masa, ada la.. kalo idak, idak le. HAHA
Aku tengah tension hal kerja ni. Banyak beno lak kerja lately. Cam hampehssss
Arini sampai umah time Maghrib. Dahle almost 1 whole day atas jalanraya je... Penat tau x??
Esok pun kerja lagi... Pagi sampai petang lak tu cos nak siapkan paperwork bertimbun yang tak sempat nak belek pun since tak lekat di ofis. Ni aku takleh tido mikir hal kerja and some stuff...
Sape yang nak bising-bising ofis takde orang memang nak kena maki ar pasni. Ingat aku suka kuar-kuar ni??
Meluat.
Dah.. jom layan video Razin yang Nini upload kat youtube, Aku pun tak sedar bila dia rakam ni... Ni masa kat umah Mak Yang kat Bangi time raya aritu (3,4th Sept 2011)
Razin makan buah oren (manis) yang dipotong and dimasukkan dalam mesh Munchkin's Fresh Fruit Feeder tu
Till then, salam...
p/s: Apsal cheque Nuffnang aku tak sampai-sampai lagi ni?? Selalunya 2,3hb mesti dah sampai... grrr....
Aku bosan gile pas sampai umah. (Petang Sabtu gerak balik Beruas and tidur sana, waktu tengah hari Ahad aku balik Lumut semula)
Ajak hubby jalan-jalan...tapi nak jalan ke mana? Nak pergi JJ sebenonye tapi jauh sangat sampai ke Ipoh. Aku teringin nak tengok wayang actually... wayang kat Sitiawan tak best sangat (gedik). Peh tu teringin nak makan Kenny Roger's la, nak makan kek la ape la...
Last nye pergi Tesco je. Beli blueberry cheesecake and barang-barang dapur sikit. Saje je nak jenjalan ngan hubby since Razin ada orang jaga kat umah. HAHA
Bila dah Asar, hubby ajak jenjalan Teluk Batik. Seriously, sejak aku berpindah dari KL ke Lumut ni (November 2010), aku tak jejak-jejak lagi Teluk Batik. Tapi... hari Ahad mesti crowded gak. So aku gitau kat hubby maleh nak bawak Razin pergi tempat ramai orang...
So hubby ajak ke Teluk Senangin. Tempat tu memang tak ramai orang pun. Ok aje... Maka bergerak la kami ke Teluk Senangin.
Sape kata jadi surirumah tak busy? Busy weh... especially kalau beranak kecik. Ini baru sorang... Kalau lebih dari sorang, entah macam mana la aku...
Tapi busy-busy pun, sangat seronok!! Kalaulah hubby leh bagi gaji kat aku paling koman RM1.5K sebulan, memang aku berenti keje...
Anyway, Khamis ni kena bawak Razin pergi KKIA Sitiawan untuk cucuk 2 bulan. Kebanyakan blog yang ku bace, bila baby cucuk 2 bulan je mesti demam. Huuu... siannye baby... Mintak-mintak dipermudahkan bila Razin dicucuk nanti...
Isnin minggu depan aku dah nak start kerja! Waaa... sian Razin... tak dapek la meneruskan rutin seharian ngan aku lagi... akan dihandle oleh Diyana la pula... Hmm... Aku ni dahla Sabtu pun kerja. Alahai...
Cuti nak abis ni macam-macam benda dalam kepala otak aku. Semuanya yang menghabiskan duit. HAHAHA...
1. Bila nak ke KL? Bagi Razin jumpa auntie2 di KL branch? Then aku nak jugak ke rumah Mak Yang... nak jumpa Mak Yang yang baru operate bahu... jumpa Kak Lin... Abah...
2. Bila aku nak jalan-jalan? Cuti nak abis dah ni!! haha... weekend 14,15hb ni je last... tapi nak ke mana bawak baby ni? aku ni tak gemar la berjalan bawak baby yang belum 6 bulan... :(
3. Nak beli stroller... tapi nak beli yang branded... mahal ler... Banyak duit ko! gediks... sebab tu sampai sekarang tak beli-beli lagi cos takde bajet! haha... takpe, kita babywearing dulu... ngeh ngeh ngeh... orang kalau dah ber'baby wearing', takdenya pakai stroller dah, tapi ko nak juga, Ana???Dush!!
4. Rasa nak jugak bawak Razin jumpa Tok dia (my father)... tapi.... bila? mmm... entah la... :|
5. More cloth diapers?? NO!! Puasa oi... puasa! CD GroVia yang beli group buy dari US tengah on the way tu... Yahooooooo! 1 AI2 dan 2 AIO! Tak sabar nak bagi Razin pakai...
6. Bila leh beli toys for babies ek... gile tengok online shops yang jual mainan untuk baby... tapi aku tak beli satu toy pun lagi... rilek-rilek dulu...
7. Baru je tulis nama untuk group buy Rockin' Green Soap.. duit lagi tu... tapi since banyak review kata detergen tu sangat elok untuk cuci cloth diapers, so... beli jela. I'm going to save it (cos mahal) untuk stripwash sahaja. Harga detergen tu tak mahal... yang mahalnye shipping cost. Napela takde kawan kat US yang nak balik M'sia ke.. leh pesan... :P
8. Gaji bulan 5 ni (gaji aku, not hubby's) dah dibajet untuk beli carseat for Razin... senang ar kalau aku nak lari ke Beruas bawak baby time hubby duty or sailing. hehe...
9. Oh yer... aku baru je order online breastpump manual jenama Unimom yang berharga RM83... saje gedik nak manual plak cos Spectra 3 aku tu elektrik. Takleh pakai bateri... so kalau aku kuar ke... leh la pam jugak... nak beli Medela Free Style takde bajet (mahal dowh!). Lagi satu, aku beli manual pump cos kalau guna Spectra 3 tu aku rasa breast tak betul-betul kosong. Aku lak tak reti nak guna kaedah marmet/guna tangan. Abis basah kuyup nanti... hehehe... that's why la beli pam tu... murah je pun... :P
ermmm...
cukup-cukup la 9 je points.
Nanti aku update lagi bila free...
Aku akhiri entry ni dengan video Razin yang dirakam petang tadi... enjoy....