Showing posts with label Lepas Geram. Show all posts
Showing posts with label Lepas Geram. Show all posts
Friday, July 28, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Have you ever had your hopes up and then just having it crushed cos people lied and didn't meet your expectations?

Kekadang tak faham kenapa susah sangat nak straight to the point or berlaku jujur. Kenapa nak kena buat orang berharap?

Aku tak reti pulak berpura-pura camtu.

Kalau aku dah tak nak, tak suka, or ape-ape jelah, I will say it.

Yes, sometimes we said things we didn't mean. But if I said it over and over, dalam amarah dan juga dalam senyuman, it means I really meant what I said.

I walk the talk.

Tak faham dengan orang yang senang betul menipu. bohong. tipu lah senang citer. grrr

Especially bila kita sangat jujur dengan semua benda. End up, eh... ko temberang aku rupanya. Wth.





Ada orang plak dah kita cakap banyak kali tak faham-faham juga or memang sengaja tak nak dengar?

People who really listens is different that people who heard you.

Haih penat kekadang...

Sakit hati pun ye...

Camni la ek... asyik orang ambil kesempatan.







It's payday week so kalau nak bayar duit barang tu dah janji nak bayar 27hb, bayarla tarikh tu okeh!!

Ni dok tunggu punya tunggu... senyap je... ni masalah kalau orang order guna air liur




Jangan speku. BYE



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Saturday, June 27, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...



Haaa aku xpuasa so aku nak membebel sikit.

Kisahnye, bulan 5 aritu ade la order barang dengan satu supplier nih. Barang dia takde stock masa aku order, TAPI dia cakap most probably NEXT WEEK akan post out la barang aku tu... So ok fine. No hal.

Then dia bagi invoice, aku buat terus FULL PAYMENT. Yela, normal je benda ni. Standard la bayor dulu baru dapat barang. Setakat 'NEXT WEEK' tu takdela lama pun.

Tapiiiii akhirnya ade delay on her side. Barang lambat sampai or tah camne dia DHL hantar semula ke kilang kat obersea nun. So nak dipendekkan cerita, aku akhirnya dapat barang minggu ni.

26 & 27 June baru dapat barang. Bayornye sejak 18 May. Ok takpe. Settlelah kan.

Tapi, pada 23 June yang lepas supplier ni ade la emel kat semua kedai2 yang lepas ni ade price increase. Yela sebab ringgit jatuh bla bla... Ok, aku bace email tu pun gitu-gitu jelah.

Sekali dapat emel dia tanya camne dah dpt semua barang ke... pastu siap gitau, "kita dah naikkan harga barang. Nanti dah bankin balance, gitau yer"

Apekah??

Balance??

Heyyy... tak pernah dibuat orang okeh. Transaksi pembelian dah settle sejak 18 May. Ko bagi invoice, aku bayo. Cuma aku ni ha kena tunggu punye lah lama nak dapat barang. Janji awalnye seminggu, dah sebulan lebih baru dpt! Tapi takde la aku nak complaint hape cos paham bab shipping ni bukan dalam kawalan kita.

Tapiiii bab nak mintak bayaran balance ni aku macam tak percaya je! Ape kejadah plak aku nak bayar balance padahal aku dah bayar FULL pada invoice pertama yang kome hantar dulu.

Korang yang overconfident barang dapat dalam masa 1 week, then pastu ade additional cost postage/currency exchange, aku plak kena bayo??

hello... itu la risks jadi supplier ok.

Aku baru lepas balas emel dengan nada terkejut. Cos memang aku terkejut! Tak pernah dibuat orang.

Lain kali, jangan amik PRE ORDER with payment. Haa ni ko dah amik duit aku siap-siap padahal barang takde lagi, then boleh pulak mintak topup kenaikan harga.

Ape kejadah pulak kan. New increased price should be in next order lah... Tu pun kalau aku nak order lagi lahhh.


Adoiii sabo jer la... Tunggu dia nak reply ape. Tapi kalau ikutkan memang aku takyah bayar dah. Cuma tu la... geram je bole plak dia nak mintak balance payment. Grrrr...


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, March 2, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...

Nak cakap macam mana ya pada orang yang tak reti langsung berjimat cermat simpan duit untuk emergency?

Nak cakap macam mana kalau kita dah fedup asyik bagi pinjam je kejenya?

Senang betul hidup dia. Takde duit pinjam duit orang. Time ada duit membazir pergi makan restoran mahal-mahal takpun pergi merayap entah ke mana-mana... Enjoy jer. Tak pikir langsung nak simpan duit.

Nak cakap macam mana kat orang yang takde tanggungan ANAK (mahupun bagi duit kat mak bapak) tapi selalu tak berduit?

Nak cakap macam mana, please tell me.

Tak tolong kang, Kesiannnn. Tapi tu lah, sakit hati pulak bila asyik nak meminjam jer. Sampai RM100 pun takde dalam tangan untuk emergency. Omg... Kronik tahap ape pun tak taulah.
 
Imagine kalau dah ade anak nanti? Takkan anak sakit nak kena pergi klinik nak minjam duit orang lagi? Takde duit nak beli susu pn pinjam?

Yang buat orang bengang tu, time ade duit tak sedar diri langsung. Belanja sana sini. Membazir paling banyak bab MAKAN. Tak salah nak makan sedap-sedap. Tapi kalau dah sampai hujung bulan duit kering sebab setiap hari melantak sampai rm50-100 tu tak ke gila?

Sesungguhnya aku tak paham.

Takde rasa sayang langsung kat duit yang dapat penuh susah payah. 

Bukan nak suruh kedekut, tapi JIMAT lah... Pastikan ade tabungan untuk emergency situations. Duduk berdua je... Anak xde, takde tanggungan ape sangat melainkan sewa rumah, loan kereta... And yes, personal loan sampai 40K yang aku tak tau apa ko buat dengan duit tu. Hape pun tak nampak. Takde harta. Takde apa. Semata2 untuk berbelanja.

Hai lah... Tell me what do you say to this kind of people?

Nasihat tak pernah nak dengar. I'm worried cos now dah nak dapat baby, dah mula merepek2 nak beli barang baby bukan2 hala. Nak buat majlis berendoi beria smpai decoration beratus2. 

Takde duit buat cara takde duit. Takyag nak membazir benda2 mcm tu. Aku tak larang if you have money to spend! Tak langsung. Of cos, sapa tak seronok nak dapat baby kan.. Tapi agak2 la... Ape kejadahnya nak membazir kalau tak penting. 

Baikla simpan utk masa depan. Kot2 anak sakit ke, kot2 kereta rosak ke, mana lah tahu... Adoii... Stress aku memikir... Aku pulak stress. Yelah, sebab tau kalau dia susah kang cari aku la nak pinjam duit..

Tak pikir kita ni cari duit macam nak mati... Keje siang malam. Kena maki hamun customer la, keje sampai anak pun hantar kat orang untuk jaga, dia senang2 je pinjam duit org. Tu yang aku geram

Carefree sgt.

Takpe, takde duit nanti boleh pinjam duit org ni.. Bole pinjam duit org tu...

Apa cara nak ajar orang macam ni??

Darah daging. Sebab tu susah nak say NO cos KESIANNNN.

Tapi makin melampau plak rasanya. 


When will you learn la wei??


Pissed off.
Me.

Nota kaki:
Sebelum cop aku "kedekut" or "berkira" pls take note aku pernah bagi pinjam duit countless times. siap bagi pinjam modal 5K untuk startup company dia, then bagi pinjam 1k masa dia nak pergi oversea cos kesiannnn duit belanja takde, bagi pinjam byk2 kali dh itu mcm2 benda lagi!

Fedup.

Alhamdulillah....

Sunday, June 22, 2014
bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah... dah hari ke-40. Lagi 4 hari merdeka dari pantang...

Tho I must say, aku ni pantang macam tak pantang je.

Lepas discharged hospital, memang terus balik Beruas. But tak sampai 2 minggu di sana, aku dah balik ke Lumut. Terpaksa cos permintaan dari customers takleh nak tolak... nak mengepos barang susah di kampung... Kat Lumut senang, courier service pick up barang di rumah je...

Anyway, awalnye ade adik aku temankan so okla ade orang jaga budak2 ni time aku kerja... Then sejak 2 Jun aritu ade bergaduh pulak (sampai sekarang aku sakit hati) and dia dah tak nak kerja/duduk dengan aku dah so tinggal la aku sorang2 berpantang di Lumut and taking care of my 2 sons... and at the same time handling my online bizz. Laki aku waktu petang kul 5 lebih je baru balik... so bayangkan macam mana keadaan aku??

Takde tungku2... takde masa... masa awal2 kat rumah mak je... and kadang2 kalau laki aku sempat bakar besi tungku atas dapur before dia pergi kerja.

Mandi air herba, air daun? Takde jugak. Nasib baik la kat rumah ni ade water heater so still mandi air panas - tapi masa kat rumah mak di kampung dalam beberapa hari lepas bersalin dah mandi air sejuk cos takde heater (bilik air lain and aku malas mandi situ) and takde sape nak merebus daun ke ape untuk aku mandi. So lantak...

Bab makan? hmmm makan jela ape yang ada... megi dah telan, pama dah telan, ayam pun aku bedal je. Asal makan udah... kang tak makan takde susu pulak nak bagi baby.

As for berurut, Jumaat lepas baru start berurut. Hari ni dah abis... Okla lega ckit badan.

Berpantang dengan hati remuk redam and depressed. Nasib baik jugak beranak czer, takde batu meriyan... kalau idak mau meroyan jugak aku ni. Sampai sekarang aku takleh tengok adik aku tu... rasa sakit hati ya amat-amat. Time kita tengah susah, tengah perlu bantuan, sampai hati la dia biar kita terkontang-kanting sorang-sorang hanya sebab kena tegur. Kena marah sikit sebab lembab time kita lapar and nak cepat. Aku kalau kebulur memang nak marah je kejenya. Takpe... After all, hidup ni takleh nak harap kat orang sangat kan. Buat jelah benda sendiri.

Some people might say buat ape lah nak sibuk kerja time berpantang.. time pantang, pantang jelah. Yeah, easy for you to say. Kalau aku kerja makan gaji macam masa beranakkan Razin dulu of course that's what I'll be doing too. Rilek jelah kan. Cuti 2 bulan pun gaji masuk macam biase.

But now I'm working on my own. Aku lah boss. Aku lah kuli. Aku lah tukang check payment, check order, check stock, pack barang etc. Nak berehat pun serba salah cos ade email-email/mesej whatsapp/fb menunggu... tak balas kang orang kutuk service lembab etc. Serba salah cos aku takde orang/pekerja untuk ganti tempat aku. Takde orang aku nak redirect. So? Nak tak nak I have to settle those emails and restock barang yang dah nak abis etc.

Gaji laki aku mana la nak cukup bayar segala expenses. Bayar utk kereta 2 bijik, rumah 2 bijik and bil2... semua duit dia (kecuali bil internet). Ate, kalau aku tak tolong seksa la sikit lebih-lebih lagi rumah sewa kat Manjung tu ade tenant dah kuar last May. Maka, bekerjalah aku di waktu pantang...

Aku tak kisah pun... I love what I'm doing. I love baby stuff! Bila buat benda yang kita suka, tak rasa beban pun. Cuma aku perlukan bantuan untuk orang taking care of the baby + 3yo Razin while I'm in front of lappy. Bila takde pembantu, tu yang kelam-kabut. Padahal aku kerja dari pukul 10pagi - 4, 5 petang je. Kejap je pun.

Yang membuatkan hati aku bengkak and masih berdarah adalah kerana plan2 yang aku rancang sejak preggy tak dapat dilaksanakan disebabkan takde orang tolong jaga baby+Razin. Geramnye ya Allah.. tak tau nak cakap. tapi  yelah, Allah sebaik-baik perancang. Belum ada waktu sesuai lagi la tu... or this is a test for me to go all out to get what i want. I have yet to understand the signs...

Anyway, beranak kali ni pengalaman berbeza sungguh.

Tak rileks... sakit lepas beranak and seksa sangat nak bergerak... tobat la kena czer ni. Takmo dahhhh T_T

Benda pertama yang beza lepas giving birth was my milk production. Memang lambat baru susu tu nak keluar banyak... tak macam lepas bersalin normal. Terus keluar menitik2 time mandi lepas bersalin...

Hari pertama lepas dibedah (aku dibedah time Zohor) memang takleh bangun and angkat kepala for the first 6 hours of operation. Time ni memang aku tension and stress sangat-sangat... Aku nak sangat-sangat bangun tapi takleh. Bahagian bawah kebas tak rasa ape and kaki pun takleh gerak. Pastu aku rimas gila-gila dengan salur air kencing. Berdoa sangat-sangat time ni cepatla masa berlalu supaya leh diorg buang catheter tu and supaya aku leh bangun gerak sendiri pergi toilet.

But then bila bius dah abis and disuruh bangun and gerak, baru lah tahu SEKSA GILA nak bangun hoi...Allahuakbar...nak bangun dari pembaringan tu yang seksa. Dah bangun ok la ckit... fobia jadinya untuk baring cos takut susah+sakit nak bangun huhu...

And sebab dah biase catheter dipasang (takde rasa nak kencing cos air kencing tu terus kuar masuk ke plastik), udah la kena baerlari ke toilet kalau nak kencing cos dah nak terkencing sesangat baru rasa. Haaa bayangkan dengan keadaan sakit baru lepas operate nak berlari ke toilet untuk kencing?? Memang la takde berlarinya... hahaha... terkedek2 jalan cepat2 untuk kencing... ade la sekali tak sempat sampai ke toilet bowl bersepah lantai dengan air kencing. Huahuahuahua... nasibaik bilik kat hospital tu aku dok sorang je =P

Anywayyyy... bagi aku, bersaling czer tu best kat part tak kena seluk je. hehehe... fuh seronok gila takde nurse check-check jalan... tapi yang tak bestnya perut tu la... Lama oi sakitnya. Even dah 40 hari ni pun masih tak baik lagi. Masih ada sengal-sengal... tapi a lot better la dari dulu....

Dulu aku tak boleh mengiring langsung.Seksanya nak susukan anak malam-malam... takleh selak je. Kena bangun, duduk and bagi dia nyusu. Penat and mengantuk and tension je.... T_T

Which was why anak aku minum susu perahan waktu malam. Sebab aku penat and aku pass kat Mak (masa kat kampung la) untuk bagi dia minum susu.

Alamakkkk... Raul dah bangun. Nanti aku sambung lagi bab penyusuan susu kat anak no.2 ni.

To be continued.
Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, March 30, 2014
bismIllah...



AMARAN: Entry berbaur complaint dan sangattttt panjang.

Panas.... cuaca yang panas memang mencabar. Tak selesa kerana selalu berpeluh... agak membuatkan seorang ibu mengandung menjadi cranky. Tapi bukan ini yang aku nak luahkan kali ini.

Aku nak luahkan perasan ketidak puas hati-an aku dengan transaksi yang tidak berjaya baru-baru ni.

Kronologinya begini...

Pada 20hb March yang lepas (fuhh dah lama dah ek.. hari ni dah 30hb dah pun) aku telah deal nak beli barang dari sorang seller ni kita panggil Pn E. Seller ni memang otai or kiranya credible lah kan... aktif di group2 di FB and memang seorang WAHM contoh le jugak kiranya. Aku membeli barang yang dia jual cos harganya murah dari yang supplier aku offer. She claimed they were clearance stocks. So ok la... aku pun setuju nak beli since aku memang tak dapat harga tu dari supplier padahal it's the same thing... mungkin sebab dia ade kedai so margin dia tinggi dari online seller yang takde kedai ni... or memang dia betul-betul nak clear stok so tak kisah rugi sikit? (ni pendapat aku la cos mulanya aku tak tau pun dia ade kedai)

PEMBELIAN:
Pukul 8.30 malam aku dah start mesej dan bertanya-tanya, then sebelum pukul 10 malam segala pembayaran dibuat. Aku terus bayar cos aku memang nak barang tu. And of cos bila kita dah bayar kita expect leh dapat secepat yang boleh la kan. I bought 4 stuff yang bernilai RM4780.

DELIVERY:
Plan asal adalah untuk aku pickup barang di Ipoh since adik partner Pn E ni ade balik Ipoh every weekend (lokasi Pn E di Selangor). Aku pun, okla.. amik by hand. Lagi selamat (how foolish i was) cos dapat terus barang tak yah nak track2. Aku dah plan baik punyer dengan Nini untuk ke Ipoh amik barang Sabtu tu... lepas amik barang boleh merayap ke Aeon or Ipoh Parade ke sambar buku kat Novelhut. cantik je plan aku untuk sabtu tu...

Tapiiiii... Sabtu pun tiba tapi masih belum dapat confirmation bila adik partner Pn E tu ade kat Ipoh. Kang kitorang gerak buat penat je tapi takde... then of cos, tak jadi pickup hari Sabtu tu cos adik partner seller tu tak balik Perak. Demam ke ape tah. Ok fine. Ahad pagi aku leh pegi Ipoh lagi asalkan bukan petang cos petang nak balik Lumut. Lagipun nak suruh Nini yang drive. Aku tak larat nak drive jauh lebih-lebih lagi bila pregnant ni (Ipoh tu jauh le jugak dari Beruas... dalam sejam gak nak sampai... kalau dari Lumut almost 2 hours depends on traffic)

Aku msg Pn F (partner Pn E) and deal direct dengan dia cos adik dia yang patutnya bawa barang aku tu. Pagi Ahad aku mesej tanya, macam mana... Still takleh jugak dapat barang Ahad tu. Sabar jelah kan.. pastu aku cakap aku nak barang selewat-lewatnya ISNIN. Sebab minggu gaji and senang nak promote bila barang dah kat tangan. Dah bayar RM4k lebih kot.. of cos la nak cepat-cepat jual kan...

Sekali dengan tak disangka-sangka, Isnin tu Pn F pos 1 kotak barang dari KL (bkn tempat sebenar). Yang lagi 3 barang ade kat adik dia di Ipoh... janjinya aku akan dapat petang Isnin tu jugak cos adik dia akan datang dari Ipoh untuk hantar... sampai dah nak Maghrib masih takde pun dapat call. Takdela tu... aku pun whatsapp Pn F ni gtau masih tak dapat barang pada hari ISNIN tu.

Aku: "Mmm xde dapat call lagi until now about my order lagi 3 bijik tu" (Isnin, 7.26 ptg)

Pn F: "Ya ya.. tp brg dh smpai Ipoh puan. Jangan risau. Esok pagi mak saya hantar ke Manjung insya Allah"

Aku: "Ok". 


Sebenarnya dah bengang tapi malas nak bising-bising cos dah nak malam and confirm tak dapat hari tu jugak. Tunggu jela esok....

Hari Selasa tiba. 25hb Mac 2014.

1 kotak yang Pn F tu pos dah sampai. Mana lagi 3 barang dari Ipoh tak sampai2 lagi ni? Aku mesej dia lambat balas... tengah drive etc... ok takpe... tunggu lagi...

Dekat nak pukul 3 petang aku tanya lagi, ape update?

Dia terus whatsapp aku gambar 3 kotak barang yang aku order tu sedang ditimbang.

Pn F: "3 unit dah hantar pakai gdex. Esok sampai ke Manjung terus ke alamat puan"

OMG! Dalam hati aku dah mendidih dah. Maknanya hari ni AKU MASIH TAK DAPAT LAGI BARANG?? Hari ni pulak baru pos dari Ipoh?? Ya Allah... and to make it worse, the boxes yang dipos tu dilekat-lekat dengan pelekat 'Fragile' dari Gdex tanpa dibalut. Adoiiii... tak pernah aku dapat barang orang pos macam tu! Even aku tak penah pos kat orang macam tu. Togel je kotak-kotak tu dipos... bayangkan kalau aku pos kotak Boba carrier macam tu je kat poslaju? takde plastik, takde balut, gitu je togel?? Consignment note terus tepek kat kotak Boba... can u imagine? haaa cmtu la barang ni dipos...

Hati memang dah sakit dah ni. 1st, aku expect boleh dapat barang tu hari tu jugak (SELASA). Rupanya baru nak pos!

Aku try cool down and balas mesej Pn F tu...

Aku: "Oh... guna gdex plak ek... Ingatkan boleh dapat terus hari ni"

Pn F: "Jap sy bg tracking.. Dari Ipoh gdex laju... pagi tadi mak saya dh htr. Takpe kan? huhu"


PAGI TADI? Kenapa la tak bagitau awal2 nak pos pulak... biar je aku ni tertunggu-tunggu... geram weh

Aku: "Adeiii... diorg lekat direct kat kotak le plak... kalau ade kotak sumbat 3-3 senang.. kalau sy tau nk pos guna gdex plak sy suruh kakak kt batu gajah amik jer"

Seriously aku dh bengang dah waktu ni... bukan nak cakap awal2 barang akan dipos. kalau pos, dari semlm (isnin) pos je terus kan senang? pastu pos plak dengan rupa kotak camtu... bogel je... Allah... dahla sakit hati barang masih belum dapat hari tu jugak, then ditambah plak bila tengok gambar kotak tu dipos macam tu...

Pn F pun offer untuk pos dari KL yang barang yang baru since aku tak puas hati (Of cos la weiii). Aku gtau kalau barang yang dipos dari Ipoh tu sampai nanti aku pos balik. Aku takmau yang tu. Aku nak brand new ok. Takkan la aku nak jual kat orang dengan kotak dah berlekat2 and ntah2 kemek bila sampai kat aku. Hishhhh...

Dia kata dia pos hari tu jugak (Selasa) so aku tunggu... aku dah ingatkan siap-siap pls bagi tracking no lepas pos. Aku nak barang tu memang sampai esoknya (Rabu). Dah lama sangat dah tunggu ni... Dia nak pos guna Poslaju, aku siap offer pos guna Gdex pun takpe cos barang tu berat mesti mahal kalau guna poslaju... dalam marah2 tu aku masih consider lagi tak nak dia rugi....

Esoknya, Rabu, 26hb Mac 2014. Pagi-pagi lagi (10.52 am) aku dah mesej mintak tracking no...

Tapi.... Korang tgk la sendiri camne perbualannye... geram plak bila ingat balik... malas nak type...




Rabu tu aku mintak no tracking tak bagi-bagi so aku terus je call Firdaus si driver lori Gdex (aku ade akaun dgn Gdex, Airpak, KTMD and Poslaju... driver lori/van punyer contact no semua aku ade)... Aku tanya dia ada barang untuk aku tak arini and the lorry driver said NO. So maknanye takde la barang untuk aku hari Rabu tu....

Weiii bengang gile la camni kan... Lamanya dok tunggu masih jugak tak dapat-dapat. Dah la no tracking pun tak bagi. Aku memang suspect barang belum pos lagi jela.

Then Pn F offer nak refund. Hai senang betul... aku punye masa dah terbuang camni, nak refund macam mana? since aku dah ade buyer gak sorang so aku pun sabar lagi... aku gitau la aku memang NAK barang tu so aku akan tunggu lagi sampai esok. Barang yang kononnya dipos dari Gdex Ipoh pun takde (rupanya mak Pn F dah amik balik) ok fine... so now aku nak barang aku je...

Rabu tak dapat, so insya Allah Khamis dapat? Aku masih positif and sanggup tunggu lagi. Tapi hari Rabu tu aku mesej seller aku tu (Pn E) gitau update... aku cakap sampai sekarang tak dapat-dapat lagi barangnya... Kalau tau macam ni, pos jela dari awal. Dah semestinya barang dah lama sampai... fedup la weh...



Boleh tak aku mesej-mesej tu satu pun tak reply walaupun dah 'Seen'. Remuk redam dah hati ni...

Ish... busy sangat ke takkan la takleh reply... lagi-lagi kes macam ni... aku ni kalau ade customer aku tak puas hati macam ape AKU rasa waktu tu memang tak senang duduk dah. Settlekan dulu hal customer... Tapi yang aku dapat?

Serius tak puas hati. :(


Setelah mintak reply, baru la reply...

Sampai ke sudah pada hari Rabu tu aku tak dapat tracking no.

Hari Khamis, bangun pagi baru tengok ade mesej beserta tracking no.

Cepat-cepat aku track online.

Dengan penuh kecewa, tracking no not in record. Tak puas hati, aku call Gdex punyer hotline no and tanya... cos courier service ni kekadang system tak update gak. Online track dengan sistem pada komputer diorang tak sama... kat komputer diorang lebih precise. Tapi sekali lagi kecewa bila customer service bagitau diorang memang takde terima barang dengan no tracking tu. Aku call lagi driver lori Gdex and he confirmed there's no parcel for me that day..... :(




SEDIH GILA. Dah hari Khamis..... masih.tiada.berita. Boleh bayangkan tak perasaan aku macam mana for the past few days yang ternanti-nanti barang ni?

Duit dah lebur RM4780 and aku hanya dapat barang berhaga RM280 sahaja. Yang lagi RM4500 belum dapat-dapat... Aku ni modal kecik je kot. Bukan tokei besar... kedai pun takde punyer la haprak nyer kan... masih belum mampu. Bila jadi macam ni, susah hati ni takyah cakap la... cranky... tak pasal-pasal efek kat anak aku yang tetiba kena tinggi suara. :(

Oleh kerana barang masih tak dapat pada hari Khamis tu, memang aku tawar hati dah la. I told them yang kalau esok (Jumaat) pun masih tak dapat barang, REFUND jelah duit aku.

Aku pun nak bercuti dengan tenang jugak walaupun just a weekend at Mamito's.

As expected, Jumaat pun tiba dan masih takde barang tu. Aku tak tahu le mana perginya barang tu and I don't care anymore. Aku mesej mintak refund.

Tapi sedihnya bila aku diberitahu duit aku akan dipulangkan semula selewat-lewatnya Isnin. Aku cakap kalau bole bayar jela cepat cos aku bayar duit cepat je kot...

Aku tak paham kenapa nak tunggu sampai Isnin or 1 April (pastu kata 1 april plakkkk) cos aku bankin kat Pn E tu ke dalam akaun personal. Bukan akaun company ke... ape ke... transfer jelah balik duit aku tu... takkanlah otai bisneswoman takde rm4.5k dalam akaun?? tak logik je... online still online.. so kenapa nak hold duit aku tu lama-lama? Barang memang sah aku tak dapat and diorang boleh check sendiri dengan Gdex.

Takpe, aku tunggu esok. Isnin. Kasi peluang diorang check dengan Gdex (walaupun dah berhari-hari berlalu kalau betul pos since petang SELASA lepas!) Kalau esok tak dapat jugak duitku lagi memang aku nak ngamuk la...

By the way, salah ke aku nak ngamuk? Hak aku kan?

Aku rasa dah lama sangat bersabar dan bersabar tapi macam ni plak jadinya... Adohai... dugaan ibu mengandung betul. Aku rasa teraniaya.. sebab sekian lama aku bersabar menunggu, masih tiada ape2 pun tindakan untuk melegakan ke-tidakpuashati-an aku ni. :(

Blog entry ni untuk lepaskan perasaan. Ape yang tak terluah pada Pn E and Pn F tu. Kalau in future diorang bace or stumbled upon this entry, moga mereka amik iktibar lah. 

This is also a reminder for me too... never ever treat any of my customer like the way I was treated. 

Sekian. Let's wait for the refund.

**UPDATE:
At 1.30pm today (31st March 2014) - received RM1k at my CIMB acc from Pn F

At 8.49pm today (31st March 2014) - received another RM3.5K at my MBB acc from Pn F

Alhamdulillah settled!
Written By Ryehana
Thursday, September 27, 2012
bismIllah...


Stress cos banyak benda pending. And kalau bukan pending pun, things didn't go as planned.

1 of the supplier delayed in giving me an invoice. So lambat la sikit dapat barang. Hopefully esok dia hantar invoice.

Satu lagi, order carseats aku tak cukup! I ordered 10 units and they only give me 7! Giler... stress gilababi aku masa tengok invoice. Sebab masa tu aku kat luar busy nak pos barang kat poslaju, terlupa dan tak dapat nak call salesman aku and tanya why laaaaa tak cukup??

Tension cos orang dah bayar/bagi deposit plak tu... and tunggu since August ok. Ni tak cukup plak. Alasan? Sebab aku order sikit jer, diorang dahulukan yang order banyak. Bila aku sms tanya kenapa tak cukup (bukan kat salesman, tapi yang tukang pack and pos), dia kata memang warna yang aku nak tu takde and tak cukup. Suruh order lagi kat salesman aku for next shipment. Then, next shipment nak sampai tu bila?? Serabut betol kepala otak aku. Esok aku akan call salesman tu tanya... aritu kata ok, semua ok... tup2 tak cukup ni aku upset ni. :((

Sakit hati cos aku ni cash term ok. Takleh ke korang dulukan aku nyer order... orang lain bayar guna cheque, nak tunggu payment clear bla bla bla. Aku ni ko bagi invoice aku terus bayar, takde delay-delay punyer.

Dahla arini first time dalam hidup aku, aku nak pos barang tapi barangnye tak bawak ke poslaju. Yang tak nak pos plak boleh terbawak (tak nak pos lagi cos belum bayo, saje bungkus awal2). Udah kena usung bawak balik semula...

Ni sebab laki aku yang angkut barang-barang masuk kereta. Tak sangka la plak dia tak nampak ada parcel lagi atas meja... adeiiii... tension betul. Nasib baik la customer baik-baik hati kata tak urgent and pos esok pun takpe.

Tapi aku tak suka... aku tak suka delay pos barang orang. And tentang carseat tu, aku tak suka nak bagitau 'you have to wait again if you want to order' or refund duit orang. Aku bengang cos salesman tu tak bagitau awal-awal. Kalau dia bagitau awal, at least customer tau and leh cari kat seller lain. Haihhhhh geram betul la.

I'm a perfectionist. And maybe a bit of control freak. I hate it when things is out of my control. Rasa nak buka kedai and order and simpan stok banyak-banyak. Puas hati. Tapiiiii... well, let's be honest. I'm not there yet.

Oh ya Allah... kuatkanlah semangat hambaMu ini.... Berikanlah aku kesabaran, kekuatan dan kelapangan hati. Permudahkanlah urusan-urusanku ya Allah....


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, June 1, 2012
bismIllah...



Yaaaa... plan rosak! plan rosak!

Dangggg!

Semalam tetiba hubby BBM kata kena kursus ke Lumut next week. From 4th Jun until 8th.

Habisss...

Plan asal kami adalah:

Esok (2hb) - Gerak pergi umah Mak Tam kat Kepong. Malam tu Ijah nikah (sepupu). Pastu balik tido umah Mak Yang kat Bandar Seri Putra.

3hb (Ahad) - Kenduri kahwin Ijah. Settle majlis, balik umah Mak Yang semula.

4hb - 6hb : Nak ke Melaka kengkonon. Jalan-jalan...

6hb - 9hb: Balik Pahang...

9hb gerak balik Johor...

Now??

Tak jadi pergi Melaka.

Tak jadi pergi Pahang.

Ooops. Bab balik Pahang tu kena jugak la balik... tapi minggu seterusnya la kot?

Tapi aku geram gak le tak jadi lepak Melaka.

Now, lepas kenduri Ijah terus kena balik Lumut. Dok sana seminggu. Nasib baik la semalam sempat sms salesperson suruh pos barang ke Lumut... kalau tak sape nak tunggu kat umah Johor. huhu...

Asyik ke hulu ke hilir je kan... Perak ngan Johor tu macam Beruas dengan Lumut lak kitorang buat.

Hadeiii...

In a good way, aku memang suke la balik Perak cos ade projek nak disettlekan dengan kerjasama Mamito and Mak Cik Pah.

Nanti aku reveal. hehe...

Tu jela yang aku excited pun.

Tapi bab nak packing-packing ni sangatlah malas... aku kena jugak la angkut barang bizz sikit-sikit cos rugi weh kalau tak bawak... nanti orang nak beli takde stok pada aku susah. :p

Lagi ape...

Mmm... petang ni nak kuar poslaju barang-barang and beli baju untuk kenduri. Siyes aku takde baju ape pun yang sesuai untuk kenduri kahwin. Memang dah lama tak beli baju... huhu... beli ready made ni mintak-mintak muat la dengan badan dugong ku ini.WAAAA...

Perasan tak, sejak dah kahwin, I jarang kemhor.

Sejak dah beranak, memang takde nafsu nak mekap-mekap bla bla bla...

Risau jugak tua sebelum umur. Uhuhuhuhu...

Tapi takde masa la.... and nama pun dok umah je, dah berzaman aku tak beli bedak ke, mascara ke ape jadah. Jimat betul. LOL

 Yeah... my pale face.
Kena edit dengan tambahan effect 'Bloom' supaya nampak lebih soft dan tak nampak sangat blackheads, acne scars etc. HAHA

Takde makna nak mekap-mekap.
Tapi lipstick wajib.. kalau tak lagi la pudar dan tak berseri mukaku.


Cer bagi motibasi sikit untuk aku jaga muka?

Ni cuci muka pun idak ni... wawawa....

Oklah, dah mula lari tajuk.

K thanks bai.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, May 24, 2012
bismIllah...



Woohoo! It's Thursday already. Esok dah Jumaat. Dah nak kena balik Johor. Waaaa tak suke.

Tak suke sebab takde kawan.

Tak suke sebab aku tak berani kuar sorang-sorang, drive sorang-sorang (with Razin).

Sebabnye, tak tau jalan tu satu hal, then nak kuar rumah pun susah cos kawasan rumah tu sempit. Aku ni bab nak kuar parking and parking kereta tu memang hampeh sikit la. Kalau ditambah dengan tempat sempit, memang ya ampun... Laki aku pun kata takyah bawak kereta hatta parkingkan kereta sekalipun cos porch sempit! Kalau tutup pagar betul2 pintu pagar tu kena kereta kitorang. huhu...

Maka, aku tak suka la dok Johor cos merap dalam rumah je. Nak kuar beli itu ini pun susah.

And aku cuak jugak cos Razin mesti akan lain bila balik Johor... mesti meragam and clingy tahap gaban cos takde Abang Amirul yang suke main ngan dia dah.

Tak suke cos mesin basuh manual. Kena tunggu air penuh, kena check dah abis pusing ke belum untuk drainkan air and spin... hampeh. Me no likey time consuming task like that.

Mmmm... tapi kena balik gak. Sabau jelah...

 Lagi ape aku nak komplen?

Ermmm...

Dahla. Cukup-cukup la tu.

Jom sejukkan hati dengan melihat gambo Razin... hehe...

Gambar petang tadi masa otw ke Poslaju Sitiawan.
Seronok dapat berjalan.
Baru la tido... (xtdo sejak bangun pagi tau!)



Gambar Ahad lepas.
Geram sangat bila buat muka camni.
Cakap "busyuk, busyuk, busyuk!, automatik buat hidung camtu.
Abg Mighul la yang ngajor nyer ni...

Tengok paha tu. Geram kan... Aummm...



Gambar petang tadi.
Dia panjat sendiri tangga sampai takat tu.
Aku busy buat keje kat meja makan.
Then bising uk ek uk ek cos tak reti nak turun.
hmmphh.
Risau jatuh je... razin...razin...



Semalam punye gambo.
Peace at last.
hahahaha...




Sabtu ke Ahad lepas.. lupe dah.
Kejenye menolak Trunki tu ke hulu hilir.
Dia tak tunggang cos tak reti nak panjat (and gayat kot)
So tolak jela... huhuhu...



Sekian.

Gambar sume amik dari FB cos nak transfer dari BB tak dapat, kabel kat bilik atas. 
Malas nak amik.

Wassalam.
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, May 23, 2012
bismIllah...


Saingan dalam perniagaan tu biase la kan... Normal. Bizz ape takde saingan?

Tapi bagaimana pula kalau saingan kita tu letak harga melampau-lampau murahnya dan menyusahkan other sellers (and kita sendiri) yang bermodal kecik?

Setiap barang ade recommended price yang kita kena ikut. Takleh sesuka hati letak price ikut sedap tekak kita. Sama kesnya kalau letak harga mahal, memang salah. Letak harga murah (walaupun ramai la orang suka!) tetap salah kerana tak beretika.

Aku sedar, rezeki kita Allah yang bagi. Ada usaha, ada la hasilnya. Tapi sedikit sebanyak bila berlaku perkara begini, kita akan rasa demotivated. Bendanya belum terjadi lagi, but I think IT WILL happen cos seller ni memang terkenal dengan 'memotong peluang orang lain' cos offer harga melampau murah. Kalau sekadar persaingan sihat, aku tak kisah pun. Biase la.. tapi bab harga tu la...

Kita ni dahla modal kecik-kecik je... susah nak lawan orang modal besar. Siap ade kerjaya tetap sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa lah nak kacau periuk nasi orang jugak... aku tak jual pun barang yang kau jual walaupun minat sangat-sangat. Tapi kau nak jugak jual benda yang sama. Haihhh. Patut la ramai orang tak suka kau... Now bila aku terkena sendiri baru la faham.

Tak sangka cos I was ok with her... Regular customer le jugak... Siap add masuk group aku...

Mmmm...

Tah la...

Bukan senang oh...

Kena kuatkan semangat.

And kena mantapkan lagi la pengurusan and marketing.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini...



Umar R.A came to the market and found a man selling his goods lower from the market price.. He said, "Rise your price or get out from our market. You low the price to cut the throat of your competitors, and when they collapse you rise ur price ~ Sheikh Imran."




p/s: Serius mmg down kot. I felt betrayed. Kalau dapat putar masa, I would not add her to my group.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, May 14, 2012
bismIllah...


1. Aku sangat pantang bila orang dok komen pompuan tak kerja makan gaji and duduk rumah jaga anak ni RILEKS. Rileks ke??? Kalau anak dah besar, mungkin juga. Tapi kalau anak masih kecik, takde makna rileks di situ yer... lagi2 plak aku bukan SAHM xbuat ape. I'm a WAHM. I generate income from home. Walaupun tak banyak, tapi ade la jugak dari takde ye x? :p


2. Jangan tanya sapa supplier aku. Ini pantang orang-orang yang berniaga. Cer tanya orang lain yang berbisnes. Ade ke deme nak citer? huhu... So tak perlu la tanya soalan macam ni ya cos confirm jawapannya takkan menyenangkan hati anda.


3. Pantanggg sangat kalau berdepan orang yang tak bertimbang rasa. Seriously, do not mess with me. Nak diskaun, kita dah bagi setakat termampu. Nak free postage, pun aku bagi jugak. Tapi paham-paham sendiri la kalau free pos tu camne.. kalau dah namanya barang besar, bulky and kalau poslaju makan puluhan ringgit, memang tak dapek la aku nak 'poslaju'kan...  Maka, aku guna pos parcel. Pos parcel ni kawan-kawan, amik masa dalam seminggu kalau korang tanya Poslaju berapa lama barang sampai. Kadang-kadang 3,4 hari je tak sampai seminggu. Depends kawasan pulak. So, aku sangat pantang kalau orang asyik tanya bila nk dpt barang kalau TRACKING NUMBER aku dah bagi pada hari yang aku pos tu. And aku dah gitau yang pos parcel amik masa seminggu di within Semenanjung. Silalah check sendiri. Adoi laaa...

Aku dah bole bertolak-ansur bagi free pos tapi nak check sendiri barang tu kat mana pun tak boleh ke? Bukannye tak bagi tracking number.. kalau tak bagi tu memang patut la nak bising-bising kan.

Barang pos hari Selasa lepas. Memang aku selalu bajet pos parcel ni barang sampai minggu seterusnya. Hari ni hari Ahad. Adakah expect barang sampai hari Jumaat?? Memang tak dapek la...

Maka, silalah bersabar... kalau dah pos insya Allah sampai jela... selama aku pos-pos barang ni tak pernah lagi barang hilang dalam perjalanan (Nauzubillah). Paling-paling teruk barang tu return balik kepadaku sebab tak dituntut.


Ok.

Tiga je buat masa ni.

Nanti aku nak tambah, aku tambah.


Sorry merempan kat sini plak.

Rasa gerammmm...

Blame my unbalanced hormones cos tengah bendera merah.

Sekian.
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, March 17, 2012
bismIllah...


Yeah... I'm adjusting to the new surroundings. So far... memang la tak best dok tempat baru yang banyak benda yang tak complete, but hey, hubby said "Hidup kena la rasa tak selesa sikit... takkan sepanjang masa nak duduk dalam zon selesa? Bila ade cabaran macam ni la best... pengalaman baru..."

So yeah... Aku pasrah. :p

Aku nak update gambar-gambar rumah sewa baru ni tapi aku tak tau mane perginya kabel BB aku nih. Adei... pindah barang ni abis semua hilang... :(

Nak citer, semalam adelah first time aku pergi poslaju kat pasir gudang. Sebelum ni pesan kat hubby je untuk poskan. Tapi sebab consignment note and plastik poslaju dah nak abis, aku pergi la nak mintak. Plus, parking dalam area poslaju tu kena bayor! So hubby tunggu dalam kereta kat tepi jalan dengan Razin.

Bermulalah episod geram-geraman aku petang semalam. Aku masuk je, kaunter ade sorang mamat tengah isi borang kat kaunter. Ade sorang encik front counter je... So aku bagi parcel aku and bayar.

Then, aku mintak plastik... Size regular and large, encik tu bagi 4 helai size Large. Bila aku tanya yang regular, dia cakap takde sambil muncung. Ok. Fine...

Pastu ada orang nak hantar bungkusan gak so aku ke tepi sikit. Sambil-sambil tu aku usya la kaunter tu kot-kot ade borang consignment note dia letak banyak-banyak untuk aku amik. Tapi takde langsung. So aku mintak la kat encik poslaju tu.

"Bang, nak mintak borang poslaju?"

Dia terus bagi kat aku 2 HELAI.

2 HELAI.

2 HELAI ok!

Sambil bagi tu muka memang masam je. Aku terkedu and tak terkata waktu tu. Then, recovered, aku tanya balik.

"Huh? Saya nak banyak-banyak"

Dia jeling and tanya, "Ade akaun ke takde?"

"Takde"

"Kalau ade akaun, baru saya bagi banyak-banyak!"

Aku memang bengang giler dah tapi sebab ade orang lain kat kaunter, so aku malas nak bertekak. Lagipun ni 1st time aku datang kan... takpe, sabar dulu.

Masuk2 kete, aku bising kat hubby.

Ape kes nak kedekut borang consignment note tu?? And, ape kejadahnye nak kena ade akaun ngan poslaju baru leh bagi banyak-banyak??

Wehhh, masa aku dok Manjung, TAK PERNAH LANGSUNG ADA MASALAH DENGAN POSLAJU SITIAWAN!

Kat Poslaju Sitiawan tu, ko nak mintak 'nak banyak2 borang poslaju, bang/kak', SATU BUKU diorang bagi!! Hambik!

Apelaaaaa masalahnye nak bagi borang?? Lagi bagus sebab takde la sesak kat PPL (Pej.PosLaju) tu dengan orang yang dah sampai situ baru nak terhegeh-hegeh isi borang then queued. Isi awal-awal dari umah and tempek kat parcel kang lebih cepat dan praktikal!

Kalau barang yang nak dipos tu seketul je, maybe la takpe... Camne kalau sehari aku nak pos berpuluh bungkus barang?? Abis, berkampung pulak la aku kat PPL tu ek???

Eeeeee bengang betol aku!

Ni kalau aku mintak plastik lagi ni mesti muka masam lagi ni... entah nak bagi ke idak.

Tak paham betul aku laaa... Sabar jelah!

So pasni setiap kali nak pergi Poslaju, memang kena mintak CN (consignment note) and plastik. Setiap kali pergi MESTI mintak. Biar sampai dia naik boring. Pedulik!

Ni sebab tak kenal lagi kot... cam kalo kat Sitiawan tu, almost everyday muka aku ade je kat poslaju tu. Front counter tu pun memang dah kenal dah muka aku ni... so tak banyak cite la... mmmm... ntah la... tak best betul rasa. Sebab aku memang akan sentiasa berurusan ngan Poslaju. Kalau dah gitu layanannye, rasa tak seronok betul.

Ni belum lagi aku terima ape-ape parcels melalui Poslaju. Van Poslaju tak pernah sampai hantar aku ape2 lagi kat alamat Masai ni. Risau gak... ok ke x kan... Jangan dibuat kes tak nak hantar barang ke rumah and suruh amik kat PPL *shudders*. Mintak simpang!

Sebab abg van Poslaju Sitiawan tu memang dah biase ngan alamat umah aku. Even kalau aku takde kat umah pun, diorang akan call and aku suruh jugak diorang letak barang kat umah sebab takde keje aku nak pegi amik kat Sitiawan. And so far diorang memang ok. Diorang sendiri pandai2 sorok dalam baldi la, bawah akuarium la ape la... HAHA. Alhamdulillah takde la pernah hilang apa2.

Kenapa aku tak buat akaun Poslaju?

Seriously, I've thought about it a lot. Yelah, nama lagi bisnes online. Of cos nak kena pos-pos barang kat customer kan?

Tapi... setelah aku tengok contoh-contoh bil Poslaju untuk yang ada akaun, aku decide takmo buat akaun lagi. Not yet. Tunggula bizz betul-betul masyuk (setiap hari pos barang dekat 20 ketul) baru aku buat kot.

Sebab?? Kalau buat akaun, ade Fuel Surcharge. Fuel surcharge ni adalah untuk van poslaju pickup barang ko kat umah/premis perniagaan. Masalahnye, kekadang van ni takleh nak amik barang tu pada masa yang ditetapkan. Plus, nak kena tunggu bila diorang datang tu adalah penyeksaan (i hate waiting! nanti takleh ke mana-mana sebab menunggu mereka). So baik la aku sendiri pergi poslaju at my own sweet time. Asalkan before 6pm (sebab tu aku tak suka pegi pejabat pos, baik pergi poslaju centre terus. P.O tutup awal, PPL tutup 6pm hehe). Kalau PPL tu dekat dengan rumah ataupun on the way jalan korang balik kerja, lagi la bagus kan... :)

Selain Fuel Surcharge, ade caj Value added service jugak kekadang. Ni yang aku tengok dari bil poslaju kompeni yang ada akaun ngan poslaju ar... So apekah Value added service tu? NTAH. Aku tak tau dan malas amik tau.

So method paling senang bagi aku ialah CASH. Bayar tunai kat kaunter je udah. Settle. Takde nak pening2 kepala nak bayar tiap hujung bulan. Ini yang aku rasa buat masa ni la... In future, who knows la kan... ;)

Itu je nak ngomel arini.

Btw, ade pre-order barang Ergobaby carriers di SINI. Authentic, don't worry... Yela, aku asyik promote je, baik aku jual gak... :D

Selamat mengusya.


Adios.



alhamdulIllah...
Sunday, March 11, 2012
bismIllah...


Aku dah dok Kulai since Khamis. Khamis lepas gerak ke Johor from Beruas pukul 10.30 pagi, sampai Kulai Jaya (rumah abang ipar) pukul 6.45 petang. Ade stop 3 kali sepanjang perjalanan. Lemau dok lama dalam kereta...

Until today (11 Mac) aku masih di rumah abang iparku di Kulai. Menumpang dok sini sebab rumah sewa kitorang kat Masai tak masuk-masuk air lagi. Aku stress menumpang rumah orang... Aku tak suka nyusahkan orang lama-lama... Tapi perkara bukan dalam ketentuan kita, so aku sedang bersabar jela ni...

Semalam dah pergi tengok rumah tu. Boleh la... rumah kos rendah. Kecik je... tapi 2 tingkat. Bilik kat atas. Tapi sebab air masih takde, tak dapat nak cuci-cuci. Just sapu-sapu jela...

Aku dah tak sabar nak masuk umah sendiri walaupun kawasan tu crowded gile. Aku dah tak larat nak menumpang umah orang... Arghhhh... stress ok. Pulak tu, aku tension sebab aku banyak sangat benda nak settle tapi takleh settle. Especially berkaitan bisnes aku la...Nak pos barang kat orang pun tak dapat lagi ni... tapi duit dah dapat...

Then email-email tanya itu ini banyak masuk tapi aku takde masa nak reply satu-satu. Plus, setiap email meng'stress'kan aku secara tak langsung...

Razin pulak makin mengada-ngada. Semua aku nak kena settlekan... Tahu jela kalau jaga budak ni camne, masa untuk diri aku sendiri pun takde. Bila cuti weekend camni ingatkan hubby leh tolong sikit-sikit, tapi... kalau dah jenis tak paham kita ni camne, nak kena aku marah-marah or bising-bising (nak bising banyak-banyak pun takleh, kat umah orang) baru jalan, aku lagi la stress... Serious aku tension gile sejak datang Johor ni...

Susah betul kalau nak mintak tolong jagakan anak. Bukan suruh basuh berak anak ke ape (yang tu memang dia tolak mentah-mentah). So toksah heran la kalau anak tu tak kisah pun ayah dia ade ke takde... asal Mak dia ade, dia ok je. Aku pulak yang takde masa untuk DIRI SENDIRI. Geram betul aku...

Tak tau la nak PMS ke hape ke...

Yang aku tau, aku stress. Aku bengang. Dengan Razin pun aku tak larat nak layan... Time aku baru nak on lappy la dia leh bangun... Time aku baru nak mandi, dia tetiba nangis nak aku... Boleh jadi gila ok! Memang la aku ni dah tak keje, surirumah... tapi bagi chance la time weekend camni aku ade kesempatan nak check+balas emel, rileks bace blog SEKEJAP. Ni aku tak berak-berak since datang Johor ni, nak kena penyakit ape pulak pun aku tak tau. Dah 4 hari tak membuang dah ni... Haihhh...

Pastu, arini buat makan-makan sempena birthday Razin pun aku tak sedap hati nyusahkan Kak Zai (bini abg Man) cos guna rumah dia... hubby ajak la adik-beradik dia yang terdekat... Kak Zai buat jugak la makan-makan walaupun aku cakap takyah, kitorang beli jer semua... Hmmm... serba-salah...

Kena dok sini sampai Selasa at least sebab esok baru orang tu kata nak masukkan air kat rumah sewa. Sejak Jumaat kata nak masuk air, tapi tak masuk-masuk!

Aku bad mood.

Aku tension.

What's worse, he doesn't seem to understand. And he wants me to understand his situation.

Selfish ke aku???

K bye... T___T



alhamdulIllah...
Saturday, January 7, 2012
bismIllah...



Alhamdulillah dah tidurkan anak bujang aku tu... Kemain betul dia since aku tak keje ni, asyik nak berkepit je... tak nak ngan bapak dia, ngan Mak Tih dia tapi nak aku jugak. Aku nak berak pun ko nak ikut... Aku letak dia dalam bumbo and letak depan pintu bilik air... ha silakan tengok Mak kamu ni memerut ye... HAHAHA... aku buat camtu sebab tak tahan asyik dengar dia melalak je bila tak nampak aku. Don't worry, toilet duduk ok... bukan cangkung... kalau cangkung... err... er... ehh jijik pulak pembuka entry ini.

Anywayyyyyy...

Semalam aku dapat phone call dari former colleague di KL. Dia ngadu-ngadu tension hal kerja... Mau tak tension??? Since aku nak benti dulu, sorang-sorang kena terminate la... paksa resign la... nasib baik aku sempat resign sebelum kena buang or dipaksa resign. So, kompeni macam agak kelam-kabut. Elok-elok aku amik cuti langsaikan annual leave aku and terus benti, dapat tau General Manager kena suspended. Gile ke ape?????

Perghhh memang merepek betul la... nasibaik aku dah blah...

So semalam aku dengar jela kawan aku sorang ni mengadu macam-macam hal... Serius memang aku kesian kat dia... Aku faham stress kerjanya macam mana especially kalau yang senior tinggal 2 orang nak handle operations with a bunch of newbies. Ko la yang kena kalau jadi ape-ape kan... ditambah lak dapat boss baru etc. Memang stress ar...

Politik kerja lagi membencikan... haihhhh sebab tu la aku blah...

Nasihat aku pada dia ape?

Find another job. Pastu ko quit la... dia leh plak cakap, "Ana, betuike kalau quit nanti tak dapat gaji?"

Terkejut aku... mane la dia dengar kan... merepek betul orang yang cakap camtu. Hello, this is SDRAC we're talking about. Takkan nak buat taik camtu kat staff (even if dah nak resign) kan... So aku cakap la, "Ape kejadahnye plak? Elok je aku dapat gaji..."

Ni ade la orang saiko dia supaya dia jangan benti kot?

Ahh lantak la weh...

Kalau ko dah tak tahan, ko blah je... macam la takde keje lain... kat KL tu berlambak kerja... lain la kalau dok tempat cam aku ni... nak cari keje lain dengan gaji ok tu susah sikit. huhu... (tapi aku nekad and ade backup... insya Allah)

Ni bukan LARI DARI MASALAH. No.... from your story, I know that you've faced your your superiors and explain your predicament like you should. So no... I did not tell you to runaway from your problems... This is me telling you to be smart.

Bagi aku la kan...

Life is so short. Money is important, of course la kan... tapi ketenangan minda and fizikal yang mantap pun penting. Ni ape kes kalau hari2 stress sampai nangis2 and balik umah asyik lambat? Tu takde anak lagi tu... cer kalau ade anak?

Ape kualiti hidup kau kalau ko pergi keje dengan rasa berat hati dan tak suka?

Apekah keberkatan gaji kau kalau sudah hilang keikhlasan untuk bekerja? Kalau bekerja sampai nak solat pun tak sempat?

Dan most importantly, for sure your quality of work pun affected by all this... right?

Duit boleh dicari, insya Allah... Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Satu pintu tertutup, pintu lain akan dibuka...

Trust me, you don't wanna live your life pleasing people who doesn't even appreciate what you've done. Enuff is enuff la...

That's all I'm saying...


Perghh emo lak aku bila ingat balik...

Till then. Bye!


Wassalam...


alhamdulIllah...
Tuesday, January 3, 2012
bismIllah...


Just nak clarify something la ek...

- Duit aku beli cloth diapers, stroller Quinny, bumbo seat, Ergobaby carrier (yang sebelum ni iaitu Original dan juga yang sekarang, Performance), botol susu, breastpump (sampai 2... Spectra 3 and Unimom Mezzo) etc SEMUA guna duit aku ya. MINE. Not husband's. Bukan nak kata laki aku tak bagi duit lak... dia bagi, tapi duit dia bagi untuk makanan, susu anak, bayar bil yang segala macam bil (aku tak amik port) and minyak kereta. So lantak aku la nak beli benda-benda tu cos duit aku.

- Modal aku start berniaga pun semuanya duit aku. Duit bonus. Baru-baru ni je pinjam duit mak RM2k sebab ade orang nak beli stroller tapi takde duit nak bagi deposit. Atas 'ikatan persahabatan' takpela aku dulukan... uhuhu... So, yeah... Bizz ni pun guna duit aku k.

- Aku adalah manusia yang sangat fleksibel... tapi janganla amik kesempatan ngan my flexibility. Kalau aku dah orderkan barang ko tanpa sesen pun deposit, silalah claim bila tiba masa yang ko janjikan. Aku sangat pantang orang delay-delay ni... Dan aku sangat benci nak mengejar orang untuk bayaran! haaa kan dah TERgarang... tobat pasni aku xmo amik order air liur. Paling busuk bagi 10% deposit pun aku xkisah... aku bukan banyak duit, so paham-paham le kalau orang modal kecik nak rotate modal tu camne... jangan la jadi tak bertimbang-rasa.

- Lagi satu, bagi yang anggap susah nak bagi anak pakai cd sebab bekerja, aku DULU pun bekerja. Aku pakaikan Razin cd since dia sebulan lbh... dah abis pantang baru betul-betul pakaikan dia cd. Tapi fully cd beberapa bulan gak la... Ni semua aku lakukan sendiri tanpa bantuan hubby or orang lain. Aku sendiri bilas taik + kencing anak. Aku sendiri kuar duit beli sabun-sabun untuk basuh cd ni. Yeah, my hubby tak amik tau langsung. Baru beberapa bulan lepas ade la sekali dia bilas taik anak kat lampin. Itu la 1st time. So to those yang bagi excuse husband tak support, it's actually not really an issue. You can do it yourself. My babysitter pun tak cuci/bilas lampin kotor ok... Aku balik keje (dulu) pun lambat. Malam or senja... still can manage... so jangan la fikir cd sesuai untuk housewife je (ade je housewife takmo pakai cd kan... :P)

- No, aku bukan supermom pun. Ape susah, humban dalam mesin basuh je kot? ^__^

- "Stroller beli, baby carrier pun beli... Orang kalau ber'babywearing' takde beli2 stroller ni!"

Jawapan aku:

Ade aku kisah? Duit aku, aku punya suka arrr! hahahaha... ok, meh aku jelaskan ye... Stroller tu aku guna kalau bawak anak ke tempat yang mesra stroller dan di tempat yang aku tak nak anak menempel kat aku. Cth: Mall, taman, restoran or ... hypermarket. Kat mall seperti Jaya Jusco la contohnye, let say aku nak test blaus ke... seluar ke... or ape2 jela. Kan susah kalau dukung baby. That's why kena ada stroller. Aku juga guna stroller untuk tempat letak baby time melantak kat food court.

Baby carrier pula aku pakai dalam rumah mostly. Time nak masak, sidai kain or angkat kain, basuh pinggan mangkuk etc. Senanggg... Yer, beli mahal-mahal tapi pakai kat umah. haha... Lagipun takde la aku risau anak aku merangkak entah ke mana hala dalam rumah. Nak kurung dalam playpen dia ngamuk kekadang. Baby carrier ni jugak sangat berguna dibawa ke tempat-tempat yang tak mesra stroller/sempit seperti pasar malam, bazaar or shopping complex (time nak cepat/quick shopping).

Get it? Aku tak rasa membazir pun. It's a necessity. :P


Sekian.

Nanti kalau ade orang cari pasal ngan aku lagi, aku tambah la lagi sikit-sikit.

Time to google some recipes! (kemainn dok umah keje nak eksperimen memasak je. Jangan gemok udahhh!!)

p/s: Dear hubby, I want an oven!! Sian kan... takde oven langsung umah ni... camne nak masak kek... dahle aku suke melantak kek... T____T


Adios!



alhamdulIllah...
Tuesday, November 15, 2011
bismIllah...


Macam mana nak mengadap sesuatu benda tu hari-hari kalau rasa sayang dan cinta padanya dah pudar?

Macam mana nak bersabar?

Macam mana???

Aku rasa bagaikan berada di persimpangan.

Satu jalan untuk bebas dan fokus kepada mereka yang ku cintai. Tapi jalan ini pastinya penuh onak duri kerana aku akan hilang sumber kewangan sendiri. Oh... memang susah kerana wang sangat penting!

Satu jalan lagi untuk terus terperangkap dengan perasaan tidak puas hati dan sakit hati+jiwa + rohani semata-mata kerana wang.

Yang mana satu??

Kalau ikutkan hati ini, semestinya aku mahu bebas....

Tapi aku masih belum mampu.

Betapa aku cemburukan mereka-mereka yang dapat duduk di rumah menjaga anak, masak, kemas rumah, etc. Aku sangat cemburu... Tak, bagi aku tak kolot pun. And NO, tak rugi pun belajar tinggi-tinggi tapi duduk rumah je (eh pergi mampus ah) if you could afford it.

Ahh...

I wanna be one of them too...

Bilalah boleh agaknya....

T_____T


I don't want to do this anymore.....



alhamdulIllah...
Wednesday, November 9, 2011
bismIllah...


Aku kat rumah di Lumut since semalam. Kononnya nak standby courier tapi haram tak datang-datang! Bengkek je aku...

Supplier pos barang guna KTM courier since last week lagi. Hari Selasa. Ni dah Rabu minggu seterusnya tak dapat lagi barang... Aku consider gak le cos Raya Haji kan... tapi patutnye semalam dah leh dapat ar. Dahle semalam aku dah siap call dah pejabat KTM kat Ipoh tanya tentang barang aku... diorang pun cakap barang dah keluar untuk deliver tapi semalam aku tunggu takde pun.

Dahle aku tinggal anak kat Beruas... ingatkan leh la balik Beruas balik... tapi sebab dah lewat petang, maleh ar... sampai mesti time Maghrib. Mata tak nampak bila dah nak malam... So, aku mengambil keputusan tido jela kat Lumut.

Haha... Seorang diri aku di Lumut.

Cuak gak menanti malam tapi lantak la... Alhamdulillah senang je tido. hehe...

So hari ni aku call lagi KTM Ipoh tu tanya bila barang aku nak sampai. Encik tu terus bagi no phone driver. Aku pun tefon driver gitau barang yang kat Lumut jangan lupa hantar hari ni. Aku tefon tu kul 11.30 pagi tadi.

Now dah dekat 3.30 petang tapi lori/van tak muncul-muncul lagi. Cuak dah aku ni. So aku sms no driver tu:

"Salam, En. XXX. Barang yang di Lumut tu kena hantar hari ni juga. Ape2 pls contact saya. Consignment no CB 599XXXX. Thanks"

And dia baru balas "Ok".

Haihhh cepat laaaaaa...

I hate waiting!!

Aku nak keluar rumah pun takleh ni cos nak menunggu courier... Dengg!

How I wish supplier hantar guna Poslaju. Senang sikit. Abang Poslaju tu memang dah kenal dah muka aku ni. Even kalau takde orang kat ofis di Marina Island, dia hantar barang ke rumah aku terus cos dia tau aku keje kat Marina Island. huahuahua... and kalau takde orang kat umah pun takde masalah cos dia akan letak juga barang kat tempat yang selamat. So memang senang ar...

Tapi barang aku tu carseats 2 buah. Guna KTM murah sikit dari Poslaju.

Haihhh....

Janganla lambat wahai abang KTM...

Aku nak kuar pos barang kat customer ni... T___T

Poslaju tutup pukul 6! Takut tak sempat je... haihhh...

By the way, hubby called aku tengah hari tadi time aku tengah mengemop bilik. Dia akan masuk Lumut hari ni. Petang kang dalam kul 5 dia balik la. Patutnye Sabtu ni... hehehe...tapi enjin rosak so balik cepat :P

Aku plan bila barang dah sampai dari abang KTM nak balik Beruas terus. Rindu gilerrr kat anak aku. Tengokla kalau hubby bagi ke tak...dia mesti tak larat nak drive and nak bermanja-manja di rumah je. Paham-paham jela orang baru balik sailing. HUAHUAHUA

Ape-ape pun tunggu barang sampai dulu...

Cepatlaaaaaaaaa... I hate waiting!!!


alhamdulIllah...
Tuesday, October 18, 2011
bismIllah...


Bangun awal hari ni. Pukul 5 pagi... sebab Razin dah jaga and takmo tido. Melayan dia jelah. Then hubby pun nak siap-siap pergi sailing.

Ya, again... he went sailing today. Sebulan sekali mesti sailing. Walaupun tak lama (seminggu), tapi bagi aku tetap tak best. Huhu... tapi nak wat camne, nama lagi 'mak cik' navy. Sedia berkorban.

I was in a really bad mood yesterday.

Semuanya berkaitan dengan kerja. Rasa tertekan, sakit hati and rasa menyampah yang meluap-luap pada kerja. Dengan customer juga. Bengang oke. Aku maleh nak tulis kat sini cos kang ada yang busybody... tapi yang pasti, memang aku stress tahap gaban semalam. Aku tak pernah rasa camtu kot selama aku kerja ngan Hertz ni. Semalam was a first.

Aku call Nurul kat KL. Masa aku call dia, aku kat JPJ. Dah tak tau nak buat ape dah time tu. Kepala aku serabut. Call Nurul ingat nak mintak tolong dia check and track customer celaka tu, but end up, aku menangis terisak-isak kat dia (perghhh tak pernah guna ayat 'terisak-isak ' kat blog ni selama ni!).

Dia cam terkejut la apsal aku tetiba breakdown cam nak gila kan... huhu. Malu gak tapi aku dah bengang tahap dewa. I just got to let it out. Habisla semua orang yang berkenaan aku carut-carutkan kat Nurul. Budak tu dengar jelaa... Settle. Dah lega rasa hati, baru aku drive nak balik ofis.

But on the way ke ofis, Ganesh told me customer ada kat Teluk Rubiah. So ke Teluk Rubiah la aku. At the same time aku call lagi customer celaka tu tapi haram dia tak angkat... Bila dia akhirnya angkat, dia kata dia kat Ipoh. Cam haram kan... aku bengang gak le ngan budak yang cakap customer tu ada kat Teluk Rubiah. Penat je aku berkejar ke situ tapi habuk pun takde.

Arghh bengang dan bengang! Ke Puspakom ingat nak jumpa pegawai kat situ tapi pegawainye takde pergi kursus. Another wasted journey. Bazir masa. Tenaga. Which was why aku sangat-sangat down semalam.

Aku tak jadi pergi Penang untuk amik kereta. Tak hingin dah aku. Dah petang, balik mesti malam buta. Muka aku ni nak drive sesorang? Memang takkan la. Dahla laki aku nak sailing esoknya (hari ni), takkan aku nak susahkan dia teman aku. But heck anyway, aku dah memang meluat dan fedup. Pergi mampus la nak jadi ape. Kul 6 lebih aku punch card and balik umah.

Customer hampeh tu nak datang ofis kul 8.30 malam. Ahh tak koser dah aku nak layan. Lantak la nak jadi ape... Bukan takleh tunggu esok. Lagipun DAH TERLAMBAT.

So malam tadi... aku ngadu kat hubby lak.

"Abang... abang leh tanggung tak kalau Ana tak kerja?"

"Hmm... sabar la..."

"Orang dah menyampah laa!" kataku sambil air mata berjurai. Tah la... dalam kepala otak aku dah tak nampak ape yang bagusnya kerja lagi. Aku dah betul-betul menyampah. Menyampah sesangat. Tak tau nak cakap camne.

Hubby diam.

Aku pun diam melayan perasaan. Aku teringat kata-kata Nurul petang tadi, "Sabar la Ana... kita kerja untuk keluarga, anak-anak... ringankan beban suami... Aku tau ko stress kat sana. Kitorang pun sama jugak. Cuma maybe ko kat sana sorang-sorang takde kawan... Kitorang kat sini sebab ramai... So ape-ape kitorang ada la kawan nak lepas geram ke, tolong ke... Ko sabar jelah..."

Yer.. aku tengah sabar la ni. Tapi kekadang tu... especially semalam... arghh... actually bukan sebab kerja sangat yang aku fedup. Tapi cara orang yang aku refer tu handle persoalan aku tu yang buat aku menyampah sesangat.

Kita ni dah la susah hati tak dapat settlekan something kat JPJ, so call la dia nak tanya. Alih-alih kena bebel lak. "kenapa baru hari ni nak buat? kenapa... kenapa... kenapa..." Please eh. Kalau tak dapat nak tolong selesaikan masalah, boleh tak jangan nak tambah rasa senak di dada aku ni?? Dah tau kita ada masalah, lagi nak tambah sesak kepala aku. Tu yang aku fedup gilababi tu. Itu punca aku rasa menyampah sangat-sangat tu.

Kenapa kenapa... dah tau kat sini ada 2 orang je, lagi nak tanya. Semua benda kena buat! aku rasa macam hamba abdi dah! Yang si Ganesh tu lagi la teruk tapi dia still boleh lagi cos dia bujang and muda. Lelaki lak tu. Aku??? I have a family ok. Gila ke nak keje and OT almost everyday? Dan oleh kerana hal OT yang dulu2 tu sampai sekarang aku terasa hati, memang aku tak hingin nak OT kalau bukan sebab penting. So korang akan dengar keluh-kesah aku jela.

Sangat berbeza ok. Orang yang tolong kita cari penyelesaian, dengan orang yang nak membebel dengan masalah yang kita hadapi.

Eiii... tah la... aku seriously rasa macam tak lama je aku kerja kat sini.

Bukan hal di JPJ semalam jer buat aku dah meluat.

Benda-benda lain pun sama.

Aku cari new staff pun salah? Aku dah tolong carikan tu kira dah bagus sangat la tu. Ni nak persoalkan mana dapat orang-orang ni sume. Huh?? Of cos la sebab aku gitau orang yang aku nak cari staff. Bagitau orang Marina, bagitau kawan-kawan di Manjung, bagitau orang workshop... Ape lagi?? hadoi laaaaa...

Sakit kepala. Sakit hati. Sakit jiwa.

Hubby kata, camni la kerja swasta.

Yea yeah... selama aku kerja kat KL, tak pernah langsung encounter masalah camni. Aku kerja kat sana setahun lebih. Kat sini dah nak masuk setahun gak ni... tapi dari blog entries aku ni, cam banyak gila je keluhan bila dah pindah ke Lumut ni.

Kalau aku gitau Abang Ama ni, mesti dia suruh aku bersabar jelah. Yela, dia yang rekemenkan aku kerja kat sini lepas aku quit degree dulu. Masa kat KL memang aku enjoy gak ngan keje. Stress tu of cos la.. kerja ape yang tak stress kan... tapi entah. Kat sana still bearable. Kat sini?? Aaaaaa... aku tak tau nak cakap apa lagi.

Buat masa ni aku tunggu jela. Tengok sampai bila aku leh bertahan.

Kalau tak, I guess they better find 2 more staff then. I honestly just don't care anymore. Buat ape nak peduli kalau orang tak pedulikan kebajikan kita kan?? Jaga hati kita pun tak... So aku tak rasa ape-ape attachment langsung dengan branch Lumut ni. Very very very different from when I'm in KL.

Ok. Tu cerita semalam. Moga hari ni lebih baik. Aku mengharap dengan sangat!

Kthanksbai. Nak siap-siap pergi ofis lak.

Salam.


alhamdulIllah...
Sunday, October 16, 2011
bismIllah...



YEr... ape lagi yang luar biase? aku dan keserabutan hampir sinonim kini. Arghhhh sakit kepala... Rasa macam padat gile kepala otak tapi tak tau nak lepas kat sape. So diam, doa dan mengadu padaNya jelah.

Who says berbiznes ni senang? Oh tidak... Banyak cabaran dan dugaannye. Tapi takpe. I learn a lot!!

Masa takde sales, sakit kepala pikir camne nak jual barang... bila dah ada sales (ala sikit je), sakit kepala nak kejar masa untuk pos and hantar barang kat customer. Huhuhu... Kos pos ni pun satu hal.. berubah-ubah ikut barang yang dipos. Pening aku nak meng'estimate' rate postage. huhu...

Moga aku dapat uruskan masa aku dengan teratur. Setakat ni masih bertahan.

Hal kerja pun lagi satu hal. Sakit kepala aku memikir... Banyak sangat benda nak kena handle! Kumpul kereta untuk leasing, tukar kereta yang due inspection, tukar kereta yang due service, amik kereta kat workshop bla bla bla...

Pastu asyik kena kuar ofis pun satu hal... fedup ok. Aku benci bila asyik kena kuar sebab pastu emel tak bace, call tak jawab, paperwork tak siap... arghhhh bodo ar. Penat! Aku benci sungguh la kalau kena drive ke Ipoh. Siyes aku cakap... Jauh! Paling benci traffic lights punyerrla berlambak!! Aaaaa... Ade sesapa tau sesiapa di Manjung yang mencari kerja? Nak cari lagi sorang Rental Assistant. Aku dah fedup! Kerja aku dok ofis je, bukan kuar-kuar ni. Letih!

Dah dah...


Iklan jap:

Mama Panda Store tengah bukak pre-order untuk Bamboolite products. Harga sangat-sangatlah berbaloi. Rendah dari retails! Kalau nak tau, emel saya di sakura_anna@hotmail.com or pm saya di FB (Nor Raihana Mohd Rashid). Nak tanya kat twitter pun boleh tapi emel la senang...

Harga retails untuk Bamboolite cd memang mahal... so grab a chance to own Bamboolite cds with a good price! Saya offer price ni sekali ni jer... hehehe



Ada lagi produk lain tapi takde masa nak upload... Senang citer, apa yang ada kat website Bamboolite tu boleh diorder.

I really recommend Bamboolite diapers especially their premium diaper sebab soaker dia dibuat dari bamboo (buluh). Sangat organik dan natural. Sesuai untuk baby yang kulit sensitif. Selain tu jugak, bamboo sangat bagus dari segi serapan. I use Bamboolite premium for night time diapering!





Ni gambo eksyen Razin memakai cd Bamboolite:

Razin in AI2 Premium print Neon Ladybird.
Dah sold out dah print ni...


Pocket cd Bamboolite design Fern Leaf.
Beli sebab nak corak ni! Cantekkkk!
Tapi pocket Bamboolite pun ok... love it!
(Print ni masih ada)



Perbandingan size dan trimness between Bamboolite AI2 diapers and Itti Bitti D'lish diaper Large size...
Saiz sama je lebih kurang.
Very trim!
^__^

Maybe sebab dua-dua takde butang di depan (macam One Size cd) so tak bulky la...
Bezanya Itti Bitti tu sized diapers. Bamboolite tetap One Size! Adjust size dekat getah di paha tu.. :)


Sekian, ape2 hal emel me...

Salam...


alhamdulIllah...
Friday, October 14, 2011
bismIllah..


I am so freaking tired.

Penat...

Tak larat...

Abang, nak berenti kerjaaaaaaaa... huhuhuhu T____T


Ni entry mood hampeh.

Kthanksbai




alhamdulIllah...
Wednesday, October 5, 2011
bismIllah...


Hari ni aku cuti sekerat hari sebab nak pergi Kompleks Pentadbiran Manjung. Dulu bapak aku kerja kat situ le... huhu... tapi aku baru 2x jejak tmpat tu. Anyway, pergi sana pun cos nak daftar di kaunter SSM. Thanks to group FB 'I ♥ MANJUNG', baru ku tau setiap hari Rabu minggu pertama setiap bulan ada kaunter bukak kat situ. Takde la nak kena ke Ipoh untuk mendaftar.

Beria ke aku mendaftar bagai? Hmmm ntahla... I'm just doing what's right. Nama lagi nak berniaga, kena la buat betul-betul. Mudah-mudahan dipermudahkan lah perjalanannye... :)

Resit pendaftaran.
So jangan ragu-ragu membeli dari Mama Panda yer.. hihi...
Insya Allah next week dapat surat beserta nombor pendaftaran. :)



Lately, I'm so stressed with work. Dah mula terasa bebanan kerja yang tak mampu dipikul. Bayangkanlah kerja dengan hanya 2 manpower. Fleet kitorang besar ok. Bukan macam masa mula-mula branch dibukak. Walk-ins maybe takde sangat, tapi kitorang kena handle after sales yang banyak! Lease rentals from Maxis, Vale, Sime Darby Industrial (SDI)... pengsannnnn!

I pity Ganesh yang tak dapat balik Penang hari ni walaupun abang dia bertunang. Last minute decisian gak le abang dia punye engagement tu.. aku dah cakap awal-awal aku nak cuti hari Rabu cos nak pergi ke Manjung etc. Alih-alih dia pun nak cuti. Abis camne? Aku amik cuti separuh hari ler... Pukul 2 aku cau... Tapi Ganesh terus tak jadi balik Penang pagi tadi cos banyak sangat benda yang perlu disettlekan. Kesian dia... :(

Hari ni baru kami nak hantar paperwork yang dah bertimbun since 2 minggu terakhir bulan September. Submit OT sekali. Selalunya 1hb or 2hb dan submit docket berisi paperwork and OT tapi kali ni cam harammmm... arini 5hb baru nak submit.

Aku bukan nak jadi seorang yang ungrateful... asyik nak merungut hal kerja je (itu je yangaku asyik tulis kat blog kan?) tapi seriously I'm so freaking tired. Kepala dah sarat sangat... yang lagi bengang bila asyik kena hentam bila mislook some stuff yang patut disettlekan. I know I shoul be grateful at least aku ada kerja... tapi... haihhh... makin lama rasa macam tak setimpal je gaji ngan kerja aku...

Kalau dah nak isi perut pun kekadang aku terlupa, inikan pula hal kerja. Arghhh... stress stress... Seriously, I don't love my job anymore... sebab aku penat!

Semua benda kami kena buat. Aku kena buat kerja RA, RA (Ganesh) kena buat kerja RR (bila aku dah tak larat sesangat). Aku sian kat si Ganesh tu. Ke hulu ke hilir semua dia kena buat. We seriously need another staff tapi entahle kenapa superior takde pun suruh cari orang... Dah tau dah kitorang kritikal ni. Aku tunggu masa je disuruh cari orang untuk di'employ'. Tak larat dah asyik takde kat ofis je. Kalau orang lain tefon ofis tak berangkat, sume ingat kita mengular la ape la... menyampah aku.

Daerah Manjung sekarang pesat membangun. Jaya Jusco telah dalam pembinaan. Colombia Hospital (betul ke aku eja ni) dalam pembinaan dekat Sitiawan. Pantai Hospital pun bakal dibina tak lama lagi... Tak campur lagi ngan The Town sebelah Tesco (ntah bile nak siapnye) and projek-projek di Marina Island. Serius pesat sangat pembangunan di sini. Sampai monyet-monyet kat Taman Paya Bakau tu makin takde tempat tinggal. Sian diorang...

Kat Teluk Rubiah tu dah nak buat port ke ape tah... No more Teluk Rubiah Resort. Abis kena runtuh dah sume. Diambil alih kompeni Brazil. Mereka la yang banyak gile sewa kereta kami. Dah tak terhandle wehhh.. Memang la untung for our company, (of cos la beb... ka-ching!!) tapi letih le nak handle... Mane yang kejap-kejap due service nyer, due inspectionnya, roadtax mampos nyer, kereta takleh start, remote problem bla bla bla. In the same time, Maxis and SDI nyer rentals pun ada beberapa bijik nun di Ipoh tu. Nak tukar kereta kena la ke sana... Lumut ke Ipoh sejam setengah perjalanannya. Pergi balik dah 3 jam atas jalan sahaja. Tak kira lagi masa menunggu customer... Aku paling menyampahhhhh kalau kena ke Ipoh. Buang masa atas jalan! 1 jam setengah tu kalau jalan smooth. Kalau dibuat tetiba ada roadblock ke road construction ke, 2 jam jugak baru tiba. Cam hampeh. T___T

So imagine... kalau ada delivery to Ipoh pukul 5 petang, kul 3.30 dah kena gerak... Then sampai area Ipoh kena cari petrol pump dulu before handover kereta kat customer (minyak kena full). Pung pang pung pang dengan customer, maybe around 5.30 baru gerak balik Lumut. Sampai Lumut around 7pm camtu... dah nak Maghrib.

Ko dah penat-penat drive jejauh, ada hati ke nak buat paperwork yang bertimbun?? Plus, dulu ada la dapat emel orang mempersoalkan hal OT kami sampai aku terasa hati sangat-sangat dan malas nak stayback untuk OT. Buzz off! Pasni, paperwork lambat siap jangan nak bising. Serius sampai sekarang hati aku sakit bila ingat emel tu... "Kindly explain why there were OT almost everyday when your total transactions of bla bla bla were only bla bla bla". Seriously??? Padahal bulan tu ada Survivor program yang cam taik kat PD sampaikan sorang je staff kena gilir-gilir jaga ofis SORANG2 bila the other colleague pergi kursus selama beberapa hari. Dengan balik dari program kena sakit sampai MC la ape la... of cos banyak benda pending. Pernah kerja di tempat aku tapi tak tau kerja aku camne ke? Nak persoalkan tu ok.. no problem.. tapi perlu ke nak tulis semua rekod transaksi yang berlaku di cawangan kami? Tu bukan nak tanya elok2... tu nak cari salah orang namanye! Ok.. dah Ana... Udah le.. itu bulan 6 punyer citer (punyer la lama tapi hati aku masih terasa lagi. Ini la efek bila ko tak reti nak jaga hati orang!)
Eh ok la... spoil mood aku malam-malam ni... Sakit lak hati aku tetiba.

Sekian, terima kasih.


***Iklan:
Free Delivery if you purchase 4 pieces of Babyland cloth diapers from me! (1 cd+2 microfibers inserts at RM25 per piece). Email me at sakura_anna@hotmail.com or visit my Facebook!



alhamdulIllah...