Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Sunday, June 20, 2010
bismIllah...


Sudah 2 minggu bergelar isteri orang... Tapi masa yang aku spend bersama suami tak sampai 2 minggu pun! Sedih kan?

Bernikah pada 5hb June. Lepas nikah, dia balik tidur di Lumut bersama family dia.

6hb June kenduri di belah aku. Dia tido Beruas...

8hb June kami gerak ke Cameron Highlands. Berhoneymoon sekejap di sana sampai 10hb.

10hb June dia hantar aku balik Beruas dari Cameron and terus shoot balik Pahang. Aku mane leh ikut dia balik Pahang cos diorang tak menyambut aku lagi... So aku stay Beruas sampai hari Sabtu. (Mulanya aku ingat aku kena ikut dia balik... tapi rupanya kalau ikut adat orang Perak, tak boleh pergi rupanya... sebab tak dialu-alukan lagi. Mak Yang cakap. heheh)

13hb June baru la berjumpa semula masa kenduri di Pahang. Tido sana satu malam...

14hb June bertolak ke ke rumah Mak Yang di Kota Seri Putera untuk amik Mak, Nan, Diyana dan Amirul yang nak tumpang Mr CC balik Perak. Hari tu jugak diorang balik sebab...

15hb June Mr CC berlayar....

So, bila kira-kira balik, seminggu kitorang bersama. Sedih betul!

Tengok kalendar bawah ni... itu jela hari-hari yang aku bersama Mr CC...


Tarikh2 yang dibulatkan tu je antara tarikh yang aku spend bersama suami sejak bergelar isteri...

Today dah 20th June!
huhu...


Takpelah...

Sayang isteri tinggal-tinggalkan, ye tak?

We will make this work. Inilah dugaan berkahwin dengan tentera laut bila aku juga bekerja di tampat lain... I knew this is what I expected so no whining there... I will just have to learn to be more patient and accepting. Chayok chayok Ana!

Kahwin ni kan umpama mendirikan masjid... Kerana Allah. Moga-moga dipermudahkan segala urusan...

Hmmm... bila dah kahwin ni baru faham camne Mak rasa...

Sian Mak... sorang-sorang je... Kalau Diyana takde kat rumah or Amirul takde, memang Mamito dok umah sorang-sorang jela...

Yong keje kat Batu Gajah... dah kahwin...
Aku and Nini kat KL... kerja...
Nan belajar kat Terengganu...

Diyana tu sebab takde offer memana sejak abis STPM tu yang dok umah tu... kalau tak, Mamito tinggal ngan Amirul... Opah lak sekarang duduk umah Mak Njang kat Kuantan.

Sedih kan...

After years of marriage, anak-anak dah besar-besar, she ended alone... bukan bercerai mati...

Abah plak dah kahwin lain and ada family lain sendiri... oh... memang sedih rasa hati kalau jadi Mamito.

Takpe Mak.

Kami ada... I will try my best to keep her happy.

Aku lega sangat-sangat kenduri dah selesai. Mak pun lega.

Walaupun sederhana, tapi alhamdulillah meriah.

Kat belah aku takde buat merenjis or bertepung tawar ni sume... Pelamin tu hanya untuk amik gambar semata-mata. Macam Yong kahwin dulu la.. takde merenjis gak. And sepupu-sepupu aku kahwin kat Kuantan (anak Mak Njang) last year pun takde merenjis-renjis ni.

Cuma kat belah Pahang je ada merenjis-renjis. Adik Mr CC nak buat camtu.. terpaksa la ikut cos tumpang majlis orang kan... Malu weh bersanding lama-lama. Aku dahla pemalu. huhu...

Kenduri aku takde marhaban, takde bersilat, takde ape pun... sword barrel jela...

Sword barrel buat kat dua-dua belah pihak.

Dah adat tentera, ikut jela... and itu semua Mr CC settlekan. Kitorang tak campur langsung... itu jelah highlight wedding aku pun... Potong kek pun adat tentera gak... ikut je...

So overall, memang wedding yang sederhana. Baju pun simple. Sepasang je takde sewa banyak-banyak... Jadi la....

Gosh...

Really glad everything turned out fine!

p/s: Arini dah Ahad... Mr CC berlabuh di Lumut petang kang... tak sempat langsung nak jumpa... Next weekend jumpa la! yeayyy!

p/p/s: Bedah kata aku and Mr CC ni pengantin baru sepanjang masa la since susah nak jumpa. muahahaha... no komen!!


alhamdulIllah...
Friday, June 18, 2010
bismIllah...


Saje je up entry baru supaya entry sebelum ni takde orang komen dah. muahaha...

Anyway, nak citer pengalaman selepas berkahwin. Err... bunyi macam sangat dewasa la plak. But don't worry, ni bukan nak citer tentang pengalaman malam pertama (or in my case malam ke-4 ) . Or... nak aku citer? eh tak payah lah ye... nanti korang alami sendiri. mueheheh

Dulu, before kahwin, aku kata okey la dok asing-asing still... Suami di Lumut, aku di KL. Now, bila dah kahwin, serius rasa sangat tak best bila berjauhan. Bukan kes nak berkepit tau (tho ada la sikit-sikit. Nama pun baru kahwin!), tapi lebih kepada rasa helpless and tak berguna sangat-sangat bila tak dapat tolong suami uruskan diri dia dan rumah dia kami. Or dalam erti kata lain, buat tugas-tugas isteri la... masak, iron baju dia, kemas rumah, basuh baju dia etc. Yer, kekadang aku rasa macam seorang isteri yang tak berguna. Macam tak kahwin je.

Tapi alhamdulillah la suamiku memahami dan tak kisah pun kitorang macam ni. At least until end of 2010. After that, mungkin ada perubahan, mungkin takde... but kalau nak buat ape-ape changes pun, lepas berakhir tahun 2010 ni. Insya Allah.

Untuk menyedapkan hati seorang isteri yang rasa hampeh ni, well... nasibaik la suamiku sekarang dok kapal... Selalu berlayar. So katakan la kalau aku dok Lumut pun, takde mende aku leh tolong dia sangat cos dia takde di rumah. Haaa... rase ok la sikit kan. Nasib baik la dia takde berlayar lama-lama. Berlayar dekat-dekat sini je pun... So seminggu or 2,3 minggu sekali leh jumpa...

And then dapat lak berita yang dia MAYBE kena dok Langkawi sebulan. Hah, ape kes? Lagila susah nak jumpa... Hmmm.... mintak-mintak tak jadi. :P


Ape lagi nak citer ek...


Oh... ramai yang tanya berapa ribu hantaran suami bagi. Hoho... Tak banyak. Tak sampai 10K pun. Biase-biase je... mas kahwin untuk Perak patutnya RM101 kalau tak silap. Tapi Mamito mintak RM1001. Haa... tu jelah leh citer. ekeke..

Selingan jap; By the way, duit mas kahwin memang kena beli barang kemas ke? aku nak beli laptop!! Tapi Mak aku marah! :(

Bab harga hantaran ni benda sensitif sikit. Tapi bagi aku sendiri la, aku rasa nilai hantaran kena la berpatutan. Tak tinggi and tak murah sangat.

Aku ni pun orang biase... lulusan diploma je pun since degree sekerat jalan... benda-benda kerumahtanggaan pun takdela terer mana. Masak tak terer, menjahit tak terer... Sangat average (nak kata tak tau semua kang melampau la plak kan... dahle Mamito ajar Kemahiran Hidup ERT. kehkehkeh). So consider la. Sedar-sedar diri sikit. Kang wat malu je bila orang ngutuk hantaran mahal nak mampos tapi nak masak nasi goreng pun tak reti. Tak ke malu? huhu...

Untuk kawan-kawanku yang ada bercouple-couple dan merancang untuk kahwin, silalah kumpul duit. Nak kahwin memang banyak sangat sangat nak guna duit weh...

Duit kenduri,
duit pelamin,
duit mekap,
duit upah nikah,
duit mas kahwin,
duit nak beli barang-barang hantaran,
duit nak pergi honeymoon, duit upah berinai,
duit sewa baju,
duit upah fotografer,
duit nak bagi orang sword barrel duit sewa rumah untuk mempelai bertanggak,
duit upah orang tolong-tolong or duit makan,
duit nak beli kek,
Duit sewa khemah, sewa red karpet, sewa itu sewa ini bla bla bla...

Serius banyak sangat guna duit. Kalau dapat tajaan, untunglah. hehehe...

And please, kalau boleh elak dari buat pinjaman untuk berkahwin. Ntahla, macam tak best je pas kahwin nak bayar hutang... or bagi duit hantaran guna duit pinjaman. Kalau boleh elak, elak la... kalau kena jugak buat loan, nak wat camne kan...

Dulu aku pun ada gak terfikir nak suruh Mr CC buat loan (yela... risau la duit tak cukup... sikit-sikit nak duit...semua benda nak duit!), tapi nasib baik Mr CC berkeras tak nak. Betul jugak la keputusan dia tu. Asyik nak menambah hutang je tumpor le...

Lepas kahwin pun nak guna banyak duit gak untuk setup home.

Alhamdulillah in my case, suami dah beli rumah dan dah ada kereta sendiri (aku je yang takde kereta). Itu antara faktor kenapa duit hantaran aku takdela banyak sangat. Sian la kat dia kan... Dahla gaji kena potong bayar rumah and kereta, takkan nak mintak tinggi-tinggi...(kang tak kahwin-kahwin lak aku. haha)

Rumah kami masih takde grill. Sian kan? Rumah lain sumer dah pasang grill. Huahuahua... Aku la gedik cakap nak sponsor duit wat grill... nak grill bunga-bunga, taknak yang petak biase (Mr CC dah panggil orang untuk pasang grill dah aritu tp grill biasela... terus aku marah and orang nak pasang tu majuk)... hambik. Ntah bile nak pasang grillnye... duit tak cukup la plak. muahahah... katne murah ek di Lumut/Manjung/Sitiawan? :P

Pastu kalau dah kahwin mesti nak beli perabot kan? Duit lagi...

In my case, nasib baik la suami tentera. Leh belasah perabot tentera hak kerajaan... So, sumer bilik di rumah tu dah ada katil and wardrobe. Dining table pun ada etc... tapi standard army la... takdela decorative mane. Tak kisah la asal ada untuk masa ni...

Tapi bilik kami je katil takde lagi. oh ada... tapi katil bujang la. Single bed je mane leh! muahahaha... ntah bila nak shopping beli katil. Takpela, slow-slow... Aku taknah tido lagi rumah Lumut tu...

Duit... kalau pikir, sampai bila pun tak cukup...

Kesimpulannya, nak kahwin dan bina hidup baru bersama orang lain banyak menggunakan duit. Bersederhana lah ikut kemampuan. Tak payah la nak buat kenduri grand-grand kalau sampai kena meminjam duit or mengemis sponsor. Buat setakat termampu udah.

Di kesempatan ini aku nak mencatat ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang ada sponsor sikit-sikit untuk kenduri kahwin. tak kira la sponsor duit ke, sponsor tenaga ke... semuanya aku sangat-sangat hargai.

Terima kasih tak terhingga to my mom yang berjaya settlekan MOST of perkara-perkara berkaitan perkahwinan aku. Dahla dia sorang... suami takde... aku tau memang dia penat gile mengisahkan hal kenduri aku. Thanks Mamito! :')

Kepada ade orang yang terasa hati berkenaan kenduri kahwin aku, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Aku pohon jutaan maaf kalau tak cukup layanan masa kenduri ke... kalau terasa hati hanya dapat kad jemputan melalui pos je ke (sebab Mak tak sempat bagi sendiri by hand)... kalau terasa sebab dapat jemputan sms/call je and bukan kad (maybe tak sempat nak hantar or lupe!)... or kalau terasa left out ke... Please please bear in mind yang Mak aku sorang-sorang je ke hulu ke hilir uruskan hal kenduri. Seperti yang aku cerita sebelum ni, my parents are divorced. Bapak aku ada tolong untuk part pernikahan aku, that's all. Mak yang banyak settlekan benda-benda lain dengan pertolongan kawan-kawan dia. Aku mintak maaf untuk pihak-pihak yang ada terasa hati. Sebab aku tau memang ada... sampai tak datang kenduri aku...

Mungkin Mak tak perasan or rase benda tu takde mende, tapi orang terasa... mane tau kan. Biasela... kita semua ni manusia biase je... Aku lak jenis yang tak kisah.. lagi la hampeh. Mak buat la ape pun... Aku lepas kat Mak je...

So, again. I'm sorry kalau ada yang tak best mengenai wedding aku.

Sekian, terima kasih.


p/s: Gambar-gambar yang diupload dientry ni diambil dan diedit oleh Dawie. Aku letak frame and url blog je. Tq.


alhamdulIllah...
Thursday, June 17, 2010
bismIllah...

Baru ada masa nak mencatat tentang my wedding...

Well, entry 'Sudah bergelar isteri' tu part 1. Ni part 2 la lebih kurang since majlis kenduri di Pahang pun dah selesai.

Lagipun, takde letak pic wedding lagi kan? Ada 1 je... So ni nak tempek sikit.

And aku baru tau jugak yang ada kawan Nini datang awal and sanggup tunggu sampai Mr CC datang untuk tengok sword barrel or 'lalu bawah pedang' masa wedding aku. So, untuk yang tak dapat datang kenduri aku, ni nak share sikit gambo masa kahwin aritu...

TARIKH:
6hb Jun 2010

LOKASI:
Beruas, Perak.

Last minute punyer 'penunjuk jalan'.
Heheh...


Time ni pengapit Mr CC adalah adik dia...
Patutnya pangapit dia kawan navy gak...
tapi si Daniel a.k.a pengapit Mr CC pun berbaris gak cos tak cukup orang.
Sorang tak dapat datang...


Nyda pegang payung, Eti lak pegang ekor kain aku yang meleret kat belakang.
That's why I just hate baju yang meleret2... menyusahkan orang...
Kalau kahwin kat dewan takpela...



A walk to remember...
huhu...


Langit cerah je time wedding...
Alhamdulillah...



Love this pic!
Time ni Nini cerita yang dia tak dapat nak masuk rumah cos ramai sangat orang depan pintu nak amik gambar... Rumah plak kecik je... kamera aku takde pun pic ni. huhu...


Roi a.k.a Leftenan Norhizam.
Wedding dia di Nilai last year memainkan peranan penting dalam hidup aku...
:pandaGeli_07::pandaGeli_07::pandaGeli_07:


Our family.
Lengkap.

Oh... gambar Opah je takde.

Kenduri di Pahang pada 13hb Jun yang lepas... Double wedding. Actually, tak hengen langsung aku nak upload gambar aku masa wedding kat sana di blog mahupun Facebook.

Wanna know why?

Sebab mekap aku huduh!

Sedih woiiii... Aku mekap kat Melor Collection di pekan Bentong since kami tido sana before ke Lanchang. Dahla kakak aku tak dapat ikut, maka aku kehilangan jurumekap. Walaupun Yong bukanla pernah amik kelas andaman mahupun kelas mekap, tapi dia mekap lawa jugak. Dia amatur tapi macam pro oke. Siap ada bace-bace lagi masa mekap aku... :P

Tapi masa kat Bentong aku terpaksa cari orang mekap. Dia caj RM200 untuk mekap pengantin. Tapi since aku dah bengkrap dan aku rase dia caj mahal (Yong aku mekap free je! haha... eh. tapi Mak bagi dia RM100), so aku gitau aku takmo mekap pengantin. Mekap biase-biase sudah. Lagipun muka aku bukanla teruk sangat nak mekap tebal-tebal. Mekap biase pun ok. Aku ni bab mekap sangat tak reti nak mekap mata. Tu je. That's why la aku perlu khidmat dia. Dia pun setuju nak mekap biase dengan harga lebih murah. RM120. Ok lah...

Sekali kau, huduh siot muka aku. Dahla foundation dia warna gelap. Tak pasal muka aku hitam. I mean, memang la aku hitam, tapi... foundation yang dia guna is darker than my skin tone tau. Ade ke patut.

Dahla muka jadi gelap, dia plak pergi mekap muka aku style smokey eyes. Smokey eyes jubo apenyer kalau aku nak kahwin?? Ingat nak pergi dinner ke? Wedding aku dah sah-sah waktu siang. Lebam macam hape je muka aku... Masa dia mekap aku, memang aku tak tengok cermin cos mekap kat sofa kedai dia... takde cermin. Yang aku ralat tu, Mamito yang tengok aku kena mekap takdela pergi tegur dia ke ape.... bila dah siap baru sume bising muka aku tak cun. Cilakak tol. Bila aku tunjuk gambar Yong mekap aku, baru dia terkedu. Yong mekap takde pakai Kryolan jubolan pun lawa je. Tapi takleh nak watpe dah. Aku pun malas nak bising-bising since kitorang dah lambat nak ke Lanchang. Tapi memang sume orang tegur mekap aku huduh T___T

Dahla adik Mr CC yang kahwin jugak tu putih (family diorang berkulit agak cerah), nampak sangat beza ngan muka lebam aku ni bila bersanding 2 pasangan (yer... style 3 Abdul you... time Abdul Wahab dan Abdul Wahib kahwin)!!! Hampeh.

Maka.... memang aku dah decide takkan upload la gambar aku masa kat Pahang. Sesape yang gatal-gatal upload kat Facebook (selain aku) dan juga 'tag' aku, berjaga la... Aku sumpah muka dia jadi hitam and mata dia lebam.


Tapi aku mungkin merubah fikiran kalau komen di entry ni mencapai 50 komen.
Since pembace blog ni pun takdela ramai mana, rasenya tak sampai kot. Selamat gambar huduh aku. heheh...


Terima kasih.



Salam sayang,

alhamdulIllah...
Wednesday, June 9, 2010
bismIllah...


I'm in Cameron Highlands right now. Yeah... honeymoon di sini. Pergi dekat-dekat je. Save budget. Rumah kat Lumut tu tak ber'deco' pun lagi... heh.

Firstly, ingat nak pergi pulau-pulau... Tapi sebab Mr CC baru je balik berlayar dari Langkawi dan dia dah bosan tengok laut. And dia pun dah hitam! Maka, kami ke Cameron. Aku pun tak kisah cos baru je balik Pulau Redang bulan April aritu kan... So pergi Cameron la... Aku memang suke bukit-bukau ni. Sejuk je. Best. hehe...

Oh... referring to the title of this entry, below is my solemnization pictures. Gambar-gambar dari henpon aku, henpon Nyda dan kamera fotografer (unedited).



Untuk pengetahuan semua, aku tak ade mak andam.
Mukaku dimekap oleh kakak aku sendiri...
Macam biase, Yong la tukang mekap aku...
Tak sempat cari mak andam and aku pun tak kisah...
Kalau huduh, tetap huduh gak...
Kalau lawa, alhamdulillah...
Senang je berurusan ngan aku ni... hehe...
And I didn't pluck out my eyebrows... :)


Hambik kau...
5 pasangan nak bernikah dalam masa yang sama...
Memang tak best camni cos tumpuan bukan kat ko sorang je...
Tak suke... tapi nak wat camne dah tok naib nak mudahkan kerja dia...
Plan awal kami nak nikah malam ni rumah atau di masjid, tapi tok naib tak nak.

Ape boleh buat, ikut jela cakap dia...


Syukur... sekali lafaz je.


Tengah cuak ni...



Dari kiri:
Suraya, Eti, Aku, Nyda dan Yash.
Semuanya blogger...
Eti je cam takmo blog dah cos blog dia kena copy paste ngan orang... tak tau sape...

btw, Suraya and Yash datang ngan Anarm and Pakeri.


Yeah.. my dad came to Perak for the wedding...



well.. this is us.

Bergelar isteri pada 5 Jun 2010.

Doakan perkahwinan kami dirahmati Allah...

....dan juga kebahagiaan kami.
=)



p/s: This is our last night in CH. esok balik Beruas.



alhamdulIllah...
Sunday, June 6, 2010
bismIllah...




Alhamdulillah... Semalam, selepas Asar, aku sudah sah menjadi isteri Rostafar Abdul Rasid dengan sekali lafaz. Syukur...

I didn't cry. Well... actually memang terasa macam bergenang mata, tapi emosi syahdu tu takleh nak layan sangat sebab ade 5 pasangan semuanya yang bernikah pada waktu itu. So it's like, lepas aku terus ade orang lain lak nak berakad nikah. Tak sempat nak feeling lebih-lebih you... huhu....

Tapi for you Huda (a bride to be yang request untuk aku citerkan perasaan aku), I was nervous like hell. Aku risau dia kena lafaz banyak-banyak kali. Malu ler sebab ramai orang. haha... And then bila dah sah jadi isteri, hati aku macam... ermm... macam mana nak citer. Macam lega. Macam happy. Tapi macam sedih pun ada. Berbaur. Tapi ape-ape pun perasaan aku banyak yang positif. Dah bina masjid. Aku mengharapkan perkahwinan kami dirahmati, dimurahkan rezeki dan mengajar kami menjadi insan yang lebih baik.

Actually, before bernikah tu, aku sangatlah cuak. Rasa macam nak suruh Nyda bawak lari aku jejauh je. Ntahlah... macam susah je nak terima hakikat bahawa diri ni nak jadi isteri orang. Siyes.. tapi bila dah jadi isteri, okaylah... cool je aku. hehe

Pastu aku dah sedih siap menangis-nangis cos cam sedih tak ramai kawan zaman sekolah yang hadir. Siyes rasa macam down bila kita call orang and orang bagitau tak dapat datang. T___T

Tapi takpelah. Kalau aral dah melintang, nak wat camne kan... Sabo jelah.

Lepas nikah, ada makan-makan sikit. Yash, Pakeri, Anarm dan Suraya adalah kawan-kawan blogger yang hadir time aku menikah. Thanks korang. Dahla korang baru sampai dari KL. Terharu sangat-sangat :')

Pas makan, Mr CC and his family balik umah Mr CC di Lumut. Heh. Mane leh tido sini lagi... :P

Well...

Hari ni majlis kenduri kahwin di rumahku. Aku happy!! Serius! Kalau semalam aku sedih kawan-kawan zaman sekolah ramai yang tak dapat datang (even those yang aku attend kenduri kahwin mereka), aku gembira kerana kenalan-kenalan lain hadir memeriahkan hari perkahwinanku!

Of course, cikgu-cikgu ada yang datang...

And then boss aku along with the group. Ada Kak Rozy, Babe, Nurul, Abg Irman+wife, Rauf, Junior+awek, Abg Saiful etc... Ada yang tak dapat datang, tapi aku lega la cos Head of West Malaysia datang! Thanks boss! I'm honoured... ;')

Abg Irman datang straight from kampung wife dia di Kedah. Terharu weh.. Pasni, bila aku masuk opis, dia dah takde kat KL. Dia transfer ke Sabah. Memang tak jumpa ar... huhu... T___T

And then, aku gembira sangat cos agak ramai kawan-kawan yang kenal di blog hadir!!!
Oh yes... I mean, you never meet them before but they turn up at your wedding! Isn't that awesome??

I was freaking happy when I saw Encik 13 May jenguk aku kat bilik pengantin!!
Masa mula aku terpandang wajah beliau, aku dah macam "eh, sape mamat ni ek? macam pernah nampak je". Pastu dia dok tersengih-sengih. Tak kenalkan diri pun. And aku terus rasa itu Encik 13 May! Haha... ceria betul muka dia. Aura hepi dia terlekat kat aku. Ape-ape pun thanks ar Bro cos sudi datang from Penang. Blogger otai nih. Dia la yang ajar aku untuk letak Nuffnang kat blog. Plus, he's great blogger. Before, blog dia memang ramai gile orang link. Cume nowadays je dia dah tak berblog sangat. Bro, I really appreciate you effort to come to my wedding. ;')

Then, Abg Juju pun hadir ke wedding. I'm glad! Tapi Abg Juju kita tu pendiam weh bila jumpa... senyum je cakapnya idak. haha... tak sangka soreh pulak dengan pengapit Mr CC, si Danial. hehe... thanx for coming, bro... :D

Brother Cybernetics Mind pun datang. Hoho... terharu tul tok ngulu datang ke wedding. Terima kasih bebanyak. Kenal kat blog je pun. Tadi time kenduri baru 1st time bersua muka. :) (eh.. blog bila mau update daaaa)

Tak lupe juga kepada Dawie! weh... many thanks to you and your friends yang datang awal dan amik gambar aku. Tak sabar aku nak tengok gambar yang ko amik and edit wehhhhh... haha... (excited terlebey)

Yash, Pakeri, Anarm dan Suraya datang lambat sikit. Tapi diorang sempat ikut kami bergambar di Lata Ulu Licin. haha...

Jangan tanya tentang gambar kat Lata ni. Hari ni Ahad. Ramai orang dowh. Nak bergambar pun segan. hehe... hasil agak biase-biase... So, my official photographer nak ber'outdoor' lagi esok. Aku tak tau kat mane... ikutkan aje...

Kawan-kawan sediploma yang datang is Ana Syahidah dan Mashitah. Ana datang dengan Syuhada dak letrik dari Penang. Mash datang ngan bakal tunangnye iaitu dak letrik gak dari Shah Alam. hehe... And of course my best friend Nyda yang setia meneman aku sejak Rabu, mereka ini menggembirakan aku.

To you Nyda, I owe you a lot. :')

Oh. Padi juga datang! Thanks Padi... Walaupun Majinn takde, tapi ko ader kira okey la tu. =)

Kawan-kawan zaman sekolah yang datang dan aku nampak (maybe ade yang aku terlepas pandang kot?) is Amin, Noriza, Azidy dan Baim. Tu je. sikit kan? tu ar... sedih gak le... tapi takpela, nak wat camne...

Banyak lagi nak tulis tapi aku dah letih. Esok kena bangun awal (dah jadi isteri orang kannnn) dan nak pergi Lumut hantar family belah suamiku (ohhh agak janggal menyebutnya begitu awww) balik Pahang.

Yer, Mr CC baru tido sini malam ni.

Haippppp... jangan fikir bukan-bukan ye.

I hope and I'm not planning to be deflowered here in my house. huhu


To all who came to my wedding, terima kasih sesangat!

ada terkurang atau terlebih mintak ampun, mintak maap bebanyak.



Sekian, terima kasih.


Salam sayang,


alhamdulIllah...
Friday, June 4, 2010
bismIllah...


I'm at home in Beruas.
Reached home around 2.30 pm yesterday. Nyda bawak kereta laju siot. huhu

Hari ni pergi Manjung cari baju sewa. Baju yang Mamito tempah tu memang dah cantik. Cuma simple sangat. So arini aku and Nyda cari baju untuk disewa. Baju yang Mamito tempah tu leh la pakai masa pergi Pahang...

Cari punye cari, jumpa la kat Saiful Design. Sebelum tu pegi Yun Yun tapi baju yang cantik-cantik dan aku nak sumer orang dah chop awal-awal... So tak dapek la. Takpela, baju kat Saiful Design pun okey gak... siap leh nak tambah-tambah manik, jahit lagi itu ini... so, amik la. Yang aku terkejut sekali, NYDA bayarkan. Thanks Nyda... :')

I made a mental note to be there on your wedding day whenever that is! (hopefully time tu aku leh hadirkan diri.huhu) Aku pun tak pernah ke rumah dia di Pasir Putih, Kelantan. Insya Allah Nyda. Hopefully dapat la datang.

Tapi memang pengalaman tak dapat dilupakan betul la masa fitting baju kat kedai tu. Lawak giler cos aku tak muat pakai!

Masuk kot atas tak muat, masuk kot bawah pun tak muat. Sian acik tu kena bukak jahitan baru aku leh pakai. Nak wat camne, aset-asetku besar. Muahahaha...

Dari segan ngan Nyda, sampaikan 'ahh lantak la ko tengok badan aku yang tak cantik ni' cos Nyda kena tolong aku nak pakai and tanggal baju. So ber'two pieve' jela... Memang macam hape je kat dalam fitting room tu. Lawak gile bila ingat balik. XP

Hmm... so baju kahwin aku adalah sehelai gaun. Belasah jela... nasibaik mak aku buat 'bunga tangan' besar... leh la cover-cover perut yang berlemak. (posing letak bunga kat perut kan?) kehkehkeh


Bertuah sape dapat mengorat Nyda ni...
Single lagi ni... hehe




Cari baju jap pastu makan KFC. Nyda belanje gak. Adehhh serba-salah aku kuar ngan minah ni... hmmm kitorang selambe tapir melantak ayam ngan cheezy wedges. tak derdiet hape. dan aku dah merosakkan diet Nyda yang dah lame gile tak makan kfc (semangat tol) sbb nak kurus. Aku?? Nama je nak kahwin tapi makan tak jaga langsung.

Dahi aku naik jerawat malam ni. Hampeh tak??? Geram je aku. :(

Malam ni pelamin dah siap dipasang. Cantik la plak walaupun biase je... i like!! Memang tak salah la aku pilih warna theme warna ungu+white+cream. Very nice... nak je aku upload gambar tapi tak seprais la pulak kan... :P

Ini resit bayaran...

Mahal ke murah?
Or biase-biase je?
Bagi aku, okay la...



Sekarang ni tengah busy nak membungkus goodie bags. Tengah mengumpul benda-benda yang nak diisikan ke dalam goodie bags. Ada yang Mak tempah dan order, ada yang orang sponsor. Antaranya adalah dodol (feveret Mr CC), kuih-muih dan juga surah-surah amalan. Aku pun tak tau ape lagi Mak nak bagi... :P

Semalam kami menampal label pada buku-buku kecil berisi surah-surah amalan. Dibeli oleh Kak Lin di Nilai Putrajaya...

Simple je Kak Lin design. Haha...
Jadilaaa...
kami lekat label sticker tu di bahagian dalam kulit buku tu.



Mmm...
Okayla, aku kena tido awal. Esok nak pergi Ipoh tengok wayang... saje la nak belanje Debab cos dia dok umah je... nak bagi dia seronok2 sikit cos dia tak sabo2 nak tengok LBS.

Esok jugak nak cari tudung nak nikah dan sanding.

Yer...
aku takde tudung lagi.

Tudung ber'awning' yang diberi oleh butik tempat sewa baju tu memang ada tapi aku sangat tak sesuai pakai tudung awning bagai tu. Sangat tak seswai!! Kena pakai tudung biase je.

Wish me luck.



p/s: Today is Friday. Hari terakhir untuk memegang status 'bujang' cos petang Sabtu aku bakal bernikah. huhu.. Cuakkkkkk~




Salam pengantin (ececeh),

alhamdulIllah...
Tuesday, June 1, 2010
bismIllah...


Hari ni aku dah start cuti. Esok balik Perak.

Plan awal adalah aku balik Perak dengan Kak Lin (plus Mak Yang and Abah sekali la). So aku akan turun kat Bangi or Kajang malam ni la kot. Sebab diorang nak gerak pagi esok. Hmm...

Nini pulak akan balik pada petang Khamis dengan kawanku, Nyda... Balik dengan my wedding car sponsored by my company. SUV y'all! Ganas tak ganas? Maleh aku nak amik Camry... tak praktikal...

Anyway... semalam aku dapat mesej dari Nyda yang dia macam nak cuti awal so that she can accompany me settlekan benda-benda yang tak settle lagi. Kalau dia nak join aku balik ngan Kak Lin, well... memang kereta dah tak muat cos Mak Yang bawak balik banyak barang.

Maka, Nyda akan bawak Myvi dia la... kami akan balik berdua esok. Nini balik sorang la Khamis nanti... Insya Allah takde apa-apa since Nini dah pernah balik sorang bawak Elantra masa dia nak pegi interview di Selama dulu...

Aku and Nyda plak... well, moga-moga perjalanan selamat. Aku ni pun bukannya ingat jalan balik sangat. wakaka... Ape taknya, setiap kali balik, baru sekali aku drive dari KL ke Beruas and Nini dok tepi (and dia tak tido langsung! memang co-pilot yang bagus!) . Yang lain-lain semuanya Nini yang drive. Aku? Membuta jela. hehehe...

Aku tengah pikir macam mane Nyda nak amik aku? dia tau ke nak datang umah aku ni? and kalau aku pergi kat dia, sape nak hantar aku? ermmm... poning den...

Takpe... takpe... malam kang aku kol dia.

Semalam, Abg Irman pesan:

"Buka mata. Pekakkan telinga."

Hmm... and he kept repeating just that. Didn't elaborate.

Let me try... bukak mata as in tengok family semua dah berkumpul, perasaan seronok dan gumbira are in the air.

Pekakkan telinga dengan bisikan-bisikan syaitan yang menduga.

Mmm...

Memang banyak dugaan saat-saat hari menikah dah dekat, I guess.


My dear gentle readers, doakan aku ok!



alhamdulIllah...
Monday, May 31, 2010
bismIllah...


Dah masuk hari Isnin. Hari ni last bekerja before cuti kahwin. Wow... how time flies!!

First, study kat uitm 2 tahun (2 tahun je wat degree engineering... aku kan 'grad awal'. haha)

Then praktikal and menganggur...

Dah kerja almost 10 bulan and I'm getting married!

Cam tak caya pun ada...

Tadi aku dah berjaya beli kasut untuk hari nikah and sanding... belasah jela untuk dua-dua majlis. Tak koserr aku nak cari lain.

Kasut aku murah je... beli kat JJ Maluri belakang umah ni ha...

Camni lebih kurang rupanya...


Takde bling-bling pun. Simple je.

:pandaGeli_07::pandaGeli_07::pandaGeli_07:


I've been prancing around the house with the new shoes untuk biasekan kaki. Kaki aku kuat melecet. Lagi-lagi bila kasut bertutup belakang camtu. Belakang kaki mesti luka nanti. huhu...

Tadi masa nak beli kasut jenuh jugak cari yang takde heel sangat. Almaklum la, Mr CC tu sama tinggi ngan aku je... kang aku beli heel kang, of cos la aku nampak tinggi! wakaka... jgn marah ye Mr CC... :P

Oh well...

Malam ni hepi masa YM ngan Yash...

See you in Beruas soon ya! ;)

Just watched Dear John a while ago. Semakin jatuh cinta pada Channing Tatum... Nini said he was a stripper before. Walawehh... baru aku tau bile confirm balik ngan wikipedia. No wonder ar.... badan tough yang mantap.

:pandaGeli_09::pandaGeli_09::pandaGeli_09:

I love u lah Channing Tatum... huhu

bertuah Jenna Dewan.


on another note;
I feel guilty of not replying any comments for the last few entries... I was busy... hope dear commentators would understand.

I always feel like kicking myself for not replying comments... because I do love to get feedback and replies from blogs that I comment on.

:(

Dear all,

Maybe time cuti susah nak online... (nama pun nak kahwin!) so blog macam takde berita sangat kot? Tak tau la aku... aku ni bukan leh kalau tak online...

But I will always tweet! That's a promise... you can always check my tweets and twitpic dari twitterku...

Do follow my twitter k!


Follow me on twitter!


Nak banyak-banyak followers supaya earning ChurpChurp masyuk. hehe...


alhamdulIllah...