Showing posts with label Weddings. Show all posts
Showing posts with label Weddings. Show all posts
Friday, September 13, 2013
bismIllah...


Orang lain yang nak nikah, aku yang excited. Esok pagi-pagi nak gerak ke Ayer Molek, Melaka... wedding si Chokilala. Insya Allah bakal bertemu jugak dengan budak tu. Selama ni kenal online je... lama gile kot... sejak 2008 something ke... lupe dah aku. And kot-kot akan jumpa other bloggers/twitterers jugak di wedding dia tu? Heee... udah macam twtup la plak.

Anyway, arini mood rajin nak berblog cos aku malas nak buat kerja.. Semalam seharian pening ngadap orders, kemas rumah, bungkus barang and ke Pernama bla bla. Letih.

Kejap lagi aku nak sambung buat keje ckit.

Pagi tadi dahla pergi ke taska Razin sampai 2x cos aku lupa bawak susu! Camne la boleh lupa... padahal aku baru je refill. Tapi yela, memang la aku kelam-kabut sikit cos pepagi buta ada customer nak datang beli Boba. T_T

Diyana dah pesan suruh amik pukul 5.30 cos dia abis kerja pukul 5.30... dia nak tumpang aku balik Beruas (Diyana kerja kat taska tempat aku hantar Razin... well, sebab dia keje situ la baru aku hantar Razin hehe). Ikutkan hati malas nak hantar Razin tadi... tapi bazir plak duit dah bayar. kahkah... gile sepp aku ni.


Ni masa 1st day kat taska. Time nak pick up... 
Razin masih tak reti nak berkawan.


Random picture. Saje upload. Ni gambar hari Selasa masa ponteng tak pergi taska.
Ngantok ape sangat la sampai tertido-tido sejak dalam aeon lagi. Kesian aku tengok. Ssc plak tertinggal dalam kereta. huhu



Oh yer.. bagi yang tak tahu, aku sekarang jual Corelle jugak! hahaha... dah gile corelle plak dah. Nak cukupkan koleksi la konon.. Pehtu jual and buat kutu sekali. hihi...

Berminat nak beli? Boleh usya harga di album-album di Shop Happy by Mama Panda's FB page.
Tu page untuk barangan ibu-ibu gorgeous. hehe...
Harga untuk Corelle sume dah ada kat gambar. Tapi belum masuk pos yer. Cash or 2x payment only.

Tapi teko atas tu aku beli kat orang.. pre-order zaman dulu kala since Razin belum lahir lagi. Baru last week bawak kuar tea cups segala ni.

Sebab?? Baru beli meja makan! hahaha...

Sebab meja makan lama yang bulat tu dah hantar ke Rumah Manjung, maka husband ajak beli meja makan baru. Sebab tu la baru beria nak kuarkan tea set Corelle. Semangat! hahaha.. bengong je...

Mula la dalam kepala otak aku ni nak mereka-reka nak kumpul set Vantage la, Corningware la... and nak beli almari display untuk letak pinggan mangkuk tu sume. Eh tapi untuk Corelle memang aku pakai hari-hari. Beli mahal-mahal tapi simpan nak buat ape. Maka, pakaila! Best cos ringan... and kalau aku tension and main baling2 je time cuci pinggan takde sumbing or pecah. kehkehkeh


Meja makan baru yang simple. Tapi aku suka cos marble. Berat gila babeng maka takkan bergerak dah la meja tu haha...

Nampak baby chair? Tu free gift cos husband aku mintak... Lagipun kedai tu memang dah selalu gile pergi. Sofa beli kat situ, kerusi n sofa pendek kat ofis aku pun beli kat situ. Then beli lagi dining table. Semua bayar cash. Maka, nego habis-habisan. Takde less dah? Mintak free gift. Hahaha... Laki aku ni bab bargain2 bagi la kat dia.

Ape-ape pun hepi sangat ade meja makan baru cos NOW kitorang satu family baru la makan sama-sama dekat meja makan. Selama ni??? tak pernah. Hubby akan makan depan tv. Dia MESTI makan depan tv tak tau dah aku camne nak buat... Maka, aku and Razin pun makan la depan tv. huhu...

Tapi sejak beli dining table ni, kami makan elok2 je kat situ haha... hadoi la... sabar jela kan.

Btw, baby chair tu Razin tak muat pun. Simpan buat pekasam dalam stor. Kekonon husband nak simpan for next baby. Layankan jela...


Sekian sahaja bebelan arini.

Adiossss
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, November 12, 2011
bismIllah...


Ahahaha... tak sempat nak buat entry pada tarikh 11 November 2011. ahh let it be... it's just a number (ayat Hubby) =P

Anyway, Razin dah 8 bulan. Born on March 11, now dah Jumaat pada bulan ke 8... dah besar dah anakku!!

Seminggu ni aku cuti so berkepit ngan dia jelah. Semalam balik dari Beruas asyik meragam je... hari ni baru ok. Razin ni memang... kalau sebelum ni orang asyik ramai and melayan dia, bila balik umah sendiri yang hanya ada Ayah dan Mak mulala meragam nak perhatian melampau-lampau. Sabo jelah...

Gigi dah 2 batang kat bawah and aku dah pernah kena gigit time breastfeeding! Sakit gile sampai aku terjerit and Razin terkejut + nangis. Nasibla... sape suh gigit. Pehtu dia tak gigit dah. Wakaka... Razin ni memang sensitif dengan bunyi-bunyi kuat. Takut aku terjerit lagi la kot? :P

Anyway, kul 2.30 pagi ni aku on laptop untuk update blog jap.

I've just finished mesin lampin, sidai cd-cd Razin, cuci pinggan mangkuk, blend puree untuk makanan Razin esok, potong-potong bahan untuk breakfast esok dan mengemas hall.

Esok pagi Nyda akan datang Lumut from KL. Then kami akan gerak ke Permatang Pauh, P.Pinang bersama-sama untuk pergi kenduri Ana Syahidah. Aku ingatkan tak dapat nak pergi, tapi sebab hubby balik awal, dapat la pergi.

I've made it a point to attend wedding kawan-kawan yang HADIR pada wedding aku. Hopefully wedding kengkawan yang lain aku dapat datang jugak. Orang berbudi, kita berbahasa la beb.

Tahniah, Ana Syah... Tak sabar nak jumpa dia. Yang paling penting, nak tengok sapakah suaminya itu?? hahahaha... sebab tengok kad jemputan memang tak familiar pun namanya... (Agaknya camni ke perasaan kawan2 masa tau aku nak kahwin dulu? =P)

Oklah... dan 2.40 pagi.

Aku lapo la plak.

Mmmm tapi baik aku tido. Nak bangun pukul 5.30 ni (ececeh leh caya ke)...

Till then.... Salam...



alhamdulIllah...
Saturday, July 9, 2011
bismIllah...



Fuhh... lame dah perginya tapi tak citer sambungan dari kenduri kahwin Mashitah di Kelantan 18 June lepas. :p

Ok... Where was I?

Haaa kat kenduri kahwin.

Meh tempek gambar pelamin, tempat makan dan pengantin. hehehe..

Pelamin memang cun walaupun Mash kata patutnye jambak bunga tu mane der rose warna putih.
Kira halal je la Mash oi.. Lawo je aku tengok. hehe

Tho ada few adjustments juga cos pelamin yang Mash nak asalnye sangat lebar...
So kiri kanan tu addition baru...
Yela, tak sesuai kot untuk rumah cos yang Mash nak tu macam untuk bersanding kat dewan rasenya.
Ape-ape pun, tetap cun!

Tempat pengantin makan.



Lupe nak amik gambar hantaran.
Semuanya dak ni hias sendiri. Cantik!
Tapi takde dalam henpon cikai ku ni.
Luper... =P

Me and Mash.
Muka aku kembang dengan jayanya.
HAHA



Gambar pengantin perempuan jer ada cos dari aku sampai kul 12 tengah hari sampai la dah 2.45 petang, pengantin lelaki tak sampai-sampai lagi. Memang pesen gitu kot kat sana? Tapi tak larat la aku nak tunggu dah. Tepat 2.45 petang aku cabut. Sebabnye, nak cari hotel untuk tido malam tu. Irama Resort? Oh no... no wayyyy. :P

Lepas kenduri terus gerak ke Kota Bharu untuk cari hotel. Nyda suggest Riverview hotel... tapi tak tau nak cari. Memang takde bawak laptop and broadband untuk gugel-gugel.

Jalan punyer jalan, nampak Renaissance Hotel. Ahh belasah ar. Dah itu yang nampak. Hehehehe...

Since takde reservation, bilik yang ada sebijik katil king size was not available. Yang ada just bilik with 2 queen beds. Lagi bagus, takde la Razin mengacau So amik jela...



Rate dia kalau tak silap aku dalam RM360++ untuk 1 malam (for standard room la). Tapi guna government rate (tunjuk ic tentera), dapatla less... time check out bayor dalam RM266. Tak kisah ar cos sangat best tido. Rase takmo bangun dari katil. And of cos berganda-ganda bestnye dari Irama Resort tu. Huahuahua...

Razin tido katil lain.


Tapi yang tak berapa best (bagi aku la) was the food. Makanan masa breakfast la... entah, cam tak banyak pilihan je. But then again, sebab di Kelantan, so western breakfast kureng?? Baked beans takde! hahaha... omelette, sausages and goreng-goreng (nasi goreng, mihun goreng or mee goreng) sumer takde. Yang ada nasi dagang and nasi kerabu. Aku makan nasi kerabu for breakfast. Ini la pertama kali dalam hidup makan breakfast nasi kerabu. hehehehe... belasah ar. But it was nice so leh dimaafkan la takde baked beans yang murahan itu... darat sungguh aku ni. Orang datang Kelantan nak makan nasi kerabu or nasi dagang. Dah itu signature dish nyer. Ko tak abis-abis nak baked beans, omelet, toasts and sosej jerrr...perasan omputeh!

Abis, dah selalu makan nasik, nak makan benda lain pulak... Plus, aku bukan suke makan nasi pagi-pagi. Nasi dagang lagi la... tak pernah aku suke sejak azali. Nasi kerabu ok lagi. ;)

Anyway... dapat breakfast dengan aman cos bawak Razin turun ngan stroller. Duduk la dikau diam-diam dalam stroller ok. Sebelum turun of cos dah bagi Razin 'breakfast' dulu... hehehehe

Tengah tunggu hubby amik makanan dia lak.
Razin dah ngantok dah tu...


Naikkan cover untuk mudahkan Razin tido.
He'll be sleepy with less light on his face. :)
Dah tido, otomatik he spit out his pacifier. huhu



Lepas breakfast, naik bilik balik.
Hubby main-main dengan Razin while aku mengemasss!


Lepas check out dari hotel, dapat 'hadiah' dari Majlis Perbandaran Kota Bharu. A freaking ticket! hahahaha... kena kompaun RM10 cos hubby parking kereta sesuka hati beliau di tepi jalan kat hotel tu. Hubby malas park dekat tempat yang disediakan cos jauh katanya. Cehhh... nasib baik kena saman RM10 jer.

Well, itu juga sebab yang buat aku jumpa En Wan Rusdi di KB Mall. Aku tefon dia nak suh dia tolong bayarkan and kebetulan dia ada kat KB Mall untuk repair laptop ke ape...

***En Wan Rusdi was former colleague di KL Branch. Dia tukar ke KB Airport since kompeni bukak branch baru kat KB Airport. Aku lak ke Lumut since kompeni bukak branch kat sini... so kitorang ni same-same bertukar dari KL. =)

So, pass saman kat dia jela. hehehehe... maleh nak singgah ke majlis bandaran untuk bayor saman. :P

En Wan Rusdi, Kamarul (KB's new staff), Hubby and Razin.


Lepas sembang-sembang and tukar-tukar cerita, we head on our ways...

Jalan-jalan dan jalan-jalan.

Sampai Lumut pukul 9 malam kot? Ntah lupe dah.

Yang pasti aku rase cam serik gile je nak ke Kelantan naik kereta. Waaaa penat gile! Tambah lagi lalu kot Grik. Perhh.. jalan macam ape je...

Nyda, ko kahwin nanti gitau awal-awal cos nak book tiket flight jela. huhu


Dah abis citer. Lega...

Salam...


alhamdulIllah...
Wednesday, June 22, 2011
bismIllah...


Last week, hari Jumaat, aku cuti. Apply annual leave cos nak attend wedding kawanku, Mash di Bachok, Kelate. Jauh tu... huhuhu... but since she came to my wedding last year, of course la kena balas kan. hehehe...

Kitorang gerak pagi Jumaat... hantar Diyana kat Beruas then shoot ke Kelantan lalu kot Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik... gerak around 9am, sampai Bachok kul 2.30 petang. Berhenti sekali je time Zohor... waktu tu la sempat tukar diaper and susukan Razin...

Razin sangat behave dalam kereta. Aku rasa anak aku ni memang suka berjalan kot. Kalau masuk keta elok je dia diam. Lagi-lagi kalau aku letak dalam carseat dia. Muka cam curious and hepi nak berjalan. hahaha... Alhamdulillah lega sangat... (cos I know some kids tak suka duduk dalam carseat!)

Duduk dalam carseat for 2 hours only as per advised by product's manufacturer.
Kena berenti-berenti la baru bagi duduk dalam carseat lagi...


Nasib baik la Razin ni menyusu badan... takdela nak kena husung susu tepung, botol susu dan air panas segala. So senang sangat bila travel bawak baby... Syukur... (bagus kan bf ni? heheheh)

Kat sana, bapa Mash book chalet untuk kitorang. Irama Resort. Tapi bagi aku la kan, macam tak sesuai je nama 'resort' tu diletak. Kalau 'Irama Inn' or 'Irama Chalet' tu yer kot. Cos the place was not up to 'resort standard'. Tapi dah orang carikan, jangan banyak bunyi. Duduk jelah.

Memula bayar untuk 2 malam terus. Then bila tengok bilik, hubby decided nak mintak balik duit. Duduk 1 malam je udah. Nasib baik dapat. huhuhu... Memang kureng ar bilik dia...kureng sesangat Not recommended for married couple with kids

I mean, come on... nyamuk banyak giler weh. Even pasang ubat nyamuk (memang ada bawak dalam kereta) pun nyamuk tak blah. Sian Razin. huhu...

Petang tu ingat nak kuar cari makan, sekali dok kat satu kedai makan ni (ntah ape namanya), cuaca macam nak hujan. Air dah sampai, aku nyer nasi goreng pataya and hubby's food tak tiba. Then Razin buka siren. Dia menangis cos takut guruh and kilat serta angin kuat.

Tak jadi makan. Bungkus je.

Sebelum tu kitorang ada gak singgah pasar malam kat Pantai Irama yang jammed ngan manusia. Baru berjalan beberapa tapak masuk area tu, Razin nangis cos terkejut dengar muzik kuat yang orang mintak sedekah mainkan. Terus masuk kereta balik. -___-

Oh, sebelum terlupa... masa baru sampai kat umah Mash pun dia nangis-nangis jugak. Nasib baik la umah kawan. Leh la aku numpang breastfeeding Razin. Baru senyap.

Malam plak... masa kat chalet tu, Razin memang serba tak kena je. Tempat baru kot? Or ade benda kacau? Ntah la kan... jenuh gak la aku membace ayat Kursi hembus-hembus kat ubun-ubun, mata and telinga dia. Tidur juga akhirnya.

TAPI... sekejap je. Kena ulang balik bace 3 Qul, ayat Kursi etc baru dia tenang and tido. Macam tu la berterusan sampai tengah malam. Around kul 12 memang dia tido lena sampai Subuh. Tak bangun nak nyusu pun in between. Penat sangat gamaknye. Ayah dia memang confirm tak sedar ape dah pas Isyak. Aku ni laaaaa... adeh... letih dan sakit kepala (sakit kepala cos lama dalam kereta... dok belakang lak tu! memang bosan)

Esoknye pagi-pagi jenjalan tepi pantai amik angin...

Navy dan laut takleh dipisahkan...
=P



My 3 months old baby...




Pergi kenduri Mash kul 12 tengah hari. Masa sampai umah dia, aku dan hubby heran gila cos takde orang sangat.

Kalau kat tempat aku, kul 12 tu memang tengah pack manusia... ni tak, biase je... macam takde kenduri kahwin je. Pelik sungguh.

But then, maybe sebab cuti sekolah dah abis kot (fikirku). Tapi Mash cakap tempat dia memang camtu, orang tak datang sekaligus dalam satu masa. Diorang datang sikit-sikit... sampai ke malam... Hmm.. cenggitu rupanya.


Lepak bilik pengantin.
Sembang-sembang dan susukan Razin.

Sampai tertidur la Razin kat atas katil pengantin =P




Razin and Ayah dia.
Time ni tinggal ngan hubby jap cos aku lak nak makan.
Sekejap je dia diam ni...

Elok baru 3 suap masuk mulut, siren pun berbunyi...
Tak sempat nak makan bubur kacang
-___-


Bersambung...


alhamdulIllah...
Monday, December 27, 2010
bismIllah...


Malam tadi sampai Lumut pukul 10.30 malam. Lembik selembik-lembiknye dah... Mane tak lembik, gerak dari Kuantan pukul 3 petang, then kami singgah ke kampung suami jap di Lanchang. Lepas dah solat and hubby tido 15 minit, pukul 6 petang camtu baru la gerak balik Perak.

Dahle pulak tu, jem macam nak gile lepas tol Bentong menuju KL.

Slow sangat bawak kereta... Kat Genting Sempah pun jem, so tak jadi isi minyak kat situ. Sampai Batang Kali baru isi minyak.

Aku lak tetiba je demam. Panas badan... Tapi memang dah expect cos mulut payau and tekak sakit sejak kenduri lagi. Itu memang tanda-tanda aku nak demam. huhu

Aku rasa ni last trip untuk travel jauh-jauh. Letih sangat walaupun bukan aku yang drive. Perut bergoyang-goyang je dalam kereta. Serik dah nak jalan jauh-jauh ni...

Itupun laki aku leh tanya, cuti raya cina tahun depan larat tak pergi Johor (umah ipar-duaiku). Mmmm... rasenye memang tak dapat la cik abang oi... time tu nanti dah 8 bulan pregnant kot. huhu...

Lain hari jela aku tempek gambar kahwin Eti dan Dafi. Lagipun kamera tertinggal kat Kuantan. Mintak-mintak tak hilang...

To Eti and Dafi, welcome to the club! Selamat melayari hidup sebagai suami isteri dengan penuh bahagia. :)

That's all for now. Nak tidur... huhu

Friday, June 18, 2010
bismIllah...


Saje je up entry baru supaya entry sebelum ni takde orang komen dah. muahaha...

Anyway, nak citer pengalaman selepas berkahwin. Err... bunyi macam sangat dewasa la plak. But don't worry, ni bukan nak citer tentang pengalaman malam pertama (or in my case malam ke-4 ) . Or... nak aku citer? eh tak payah lah ye... nanti korang alami sendiri. mueheheh

Dulu, before kahwin, aku kata okey la dok asing-asing still... Suami di Lumut, aku di KL. Now, bila dah kahwin, serius rasa sangat tak best bila berjauhan. Bukan kes nak berkepit tau (tho ada la sikit-sikit. Nama pun baru kahwin!), tapi lebih kepada rasa helpless and tak berguna sangat-sangat bila tak dapat tolong suami uruskan diri dia dan rumah dia kami. Or dalam erti kata lain, buat tugas-tugas isteri la... masak, iron baju dia, kemas rumah, basuh baju dia etc. Yer, kekadang aku rasa macam seorang isteri yang tak berguna. Macam tak kahwin je.

Tapi alhamdulillah la suamiku memahami dan tak kisah pun kitorang macam ni. At least until end of 2010. After that, mungkin ada perubahan, mungkin takde... but kalau nak buat ape-ape changes pun, lepas berakhir tahun 2010 ni. Insya Allah.

Untuk menyedapkan hati seorang isteri yang rasa hampeh ni, well... nasibaik la suamiku sekarang dok kapal... Selalu berlayar. So katakan la kalau aku dok Lumut pun, takde mende aku leh tolong dia sangat cos dia takde di rumah. Haaa... rase ok la sikit kan. Nasib baik la dia takde berlayar lama-lama. Berlayar dekat-dekat sini je pun... So seminggu or 2,3 minggu sekali leh jumpa...

And then dapat lak berita yang dia MAYBE kena dok Langkawi sebulan. Hah, ape kes? Lagila susah nak jumpa... Hmmm.... mintak-mintak tak jadi. :P


Ape lagi nak citer ek...


Oh... ramai yang tanya berapa ribu hantaran suami bagi. Hoho... Tak banyak. Tak sampai 10K pun. Biase-biase je... mas kahwin untuk Perak patutnya RM101 kalau tak silap. Tapi Mamito mintak RM1001. Haa... tu jelah leh citer. ekeke..

Selingan jap; By the way, duit mas kahwin memang kena beli barang kemas ke? aku nak beli laptop!! Tapi Mak aku marah! :(

Bab harga hantaran ni benda sensitif sikit. Tapi bagi aku sendiri la, aku rasa nilai hantaran kena la berpatutan. Tak tinggi and tak murah sangat.

Aku ni pun orang biase... lulusan diploma je pun since degree sekerat jalan... benda-benda kerumahtanggaan pun takdela terer mana. Masak tak terer, menjahit tak terer... Sangat average (nak kata tak tau semua kang melampau la plak kan... dahle Mamito ajar Kemahiran Hidup ERT. kehkehkeh). So consider la. Sedar-sedar diri sikit. Kang wat malu je bila orang ngutuk hantaran mahal nak mampos tapi nak masak nasi goreng pun tak reti. Tak ke malu? huhu...

Untuk kawan-kawanku yang ada bercouple-couple dan merancang untuk kahwin, silalah kumpul duit. Nak kahwin memang banyak sangat sangat nak guna duit weh...

Duit kenduri,
duit pelamin,
duit mekap,
duit upah nikah,
duit mas kahwin,
duit nak beli barang-barang hantaran,
duit nak pergi honeymoon, duit upah berinai,
duit sewa baju,
duit upah fotografer,
duit nak bagi orang sword barrel duit sewa rumah untuk mempelai bertanggak,
duit upah orang tolong-tolong or duit makan,
duit nak beli kek,
Duit sewa khemah, sewa red karpet, sewa itu sewa ini bla bla bla...

Serius banyak sangat guna duit. Kalau dapat tajaan, untunglah. hehehe...

And please, kalau boleh elak dari buat pinjaman untuk berkahwin. Ntahla, macam tak best je pas kahwin nak bayar hutang... or bagi duit hantaran guna duit pinjaman. Kalau boleh elak, elak la... kalau kena jugak buat loan, nak wat camne kan...

Dulu aku pun ada gak terfikir nak suruh Mr CC buat loan (yela... risau la duit tak cukup... sikit-sikit nak duit...semua benda nak duit!), tapi nasib baik Mr CC berkeras tak nak. Betul jugak la keputusan dia tu. Asyik nak menambah hutang je tumpor le...

Lepas kahwin pun nak guna banyak duit gak untuk setup home.

Alhamdulillah in my case, suami dah beli rumah dan dah ada kereta sendiri (aku je yang takde kereta). Itu antara faktor kenapa duit hantaran aku takdela banyak sangat. Sian la kat dia kan... Dahla gaji kena potong bayar rumah and kereta, takkan nak mintak tinggi-tinggi...(kang tak kahwin-kahwin lak aku. haha)

Rumah kami masih takde grill. Sian kan? Rumah lain sumer dah pasang grill. Huahuahua... Aku la gedik cakap nak sponsor duit wat grill... nak grill bunga-bunga, taknak yang petak biase (Mr CC dah panggil orang untuk pasang grill dah aritu tp grill biasela... terus aku marah and orang nak pasang tu majuk)... hambik. Ntah bile nak pasang grillnye... duit tak cukup la plak. muahahah... katne murah ek di Lumut/Manjung/Sitiawan? :P

Pastu kalau dah kahwin mesti nak beli perabot kan? Duit lagi...

In my case, nasib baik la suami tentera. Leh belasah perabot tentera hak kerajaan... So, sumer bilik di rumah tu dah ada katil and wardrobe. Dining table pun ada etc... tapi standard army la... takdela decorative mane. Tak kisah la asal ada untuk masa ni...

Tapi bilik kami je katil takde lagi. oh ada... tapi katil bujang la. Single bed je mane leh! muahahaha... ntah bila nak shopping beli katil. Takpela, slow-slow... Aku taknah tido lagi rumah Lumut tu...

Duit... kalau pikir, sampai bila pun tak cukup...

Kesimpulannya, nak kahwin dan bina hidup baru bersama orang lain banyak menggunakan duit. Bersederhana lah ikut kemampuan. Tak payah la nak buat kenduri grand-grand kalau sampai kena meminjam duit or mengemis sponsor. Buat setakat termampu udah.

Di kesempatan ini aku nak mencatat ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang ada sponsor sikit-sikit untuk kenduri kahwin. tak kira la sponsor duit ke, sponsor tenaga ke... semuanya aku sangat-sangat hargai.

Terima kasih tak terhingga to my mom yang berjaya settlekan MOST of perkara-perkara berkaitan perkahwinan aku. Dahla dia sorang... suami takde... aku tau memang dia penat gile mengisahkan hal kenduri aku. Thanks Mamito! :')

Kepada ade orang yang terasa hati berkenaan kenduri kahwin aku, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Aku pohon jutaan maaf kalau tak cukup layanan masa kenduri ke... kalau terasa hati hanya dapat kad jemputan melalui pos je ke (sebab Mak tak sempat bagi sendiri by hand)... kalau terasa sebab dapat jemputan sms/call je and bukan kad (maybe tak sempat nak hantar or lupe!)... or kalau terasa left out ke... Please please bear in mind yang Mak aku sorang-sorang je ke hulu ke hilir uruskan hal kenduri. Seperti yang aku cerita sebelum ni, my parents are divorced. Bapak aku ada tolong untuk part pernikahan aku, that's all. Mak yang banyak settlekan benda-benda lain dengan pertolongan kawan-kawan dia. Aku mintak maaf untuk pihak-pihak yang ada terasa hati. Sebab aku tau memang ada... sampai tak datang kenduri aku...

Mungkin Mak tak perasan or rase benda tu takde mende, tapi orang terasa... mane tau kan. Biasela... kita semua ni manusia biase je... Aku lak jenis yang tak kisah.. lagi la hampeh. Mak buat la ape pun... Aku lepas kat Mak je...

So, again. I'm sorry kalau ada yang tak best mengenai wedding aku.

Sekian, terima kasih.


p/s: Gambar-gambar yang diupload dientry ni diambil dan diedit oleh Dawie. Aku letak frame and url blog je. Tq.


alhamdulIllah...
Thursday, June 17, 2010
bismIllah...

Baru ada masa nak mencatat tentang my wedding...

Well, entry 'Sudah bergelar isteri' tu part 1. Ni part 2 la lebih kurang since majlis kenduri di Pahang pun dah selesai.

Lagipun, takde letak pic wedding lagi kan? Ada 1 je... So ni nak tempek sikit.

And aku baru tau jugak yang ada kawan Nini datang awal and sanggup tunggu sampai Mr CC datang untuk tengok sword barrel or 'lalu bawah pedang' masa wedding aku. So, untuk yang tak dapat datang kenduri aku, ni nak share sikit gambo masa kahwin aritu...

TARIKH:
6hb Jun 2010

LOKASI:
Beruas, Perak.

Last minute punyer 'penunjuk jalan'.
Heheh...


Time ni pengapit Mr CC adalah adik dia...
Patutnya pangapit dia kawan navy gak...
tapi si Daniel a.k.a pengapit Mr CC pun berbaris gak cos tak cukup orang.
Sorang tak dapat datang...


Nyda pegang payung, Eti lak pegang ekor kain aku yang meleret kat belakang.
That's why I just hate baju yang meleret2... menyusahkan orang...
Kalau kahwin kat dewan takpela...



A walk to remember...
huhu...


Langit cerah je time wedding...
Alhamdulillah...



Love this pic!
Time ni Nini cerita yang dia tak dapat nak masuk rumah cos ramai sangat orang depan pintu nak amik gambar... Rumah plak kecik je... kamera aku takde pun pic ni. huhu...


Roi a.k.a Leftenan Norhizam.
Wedding dia di Nilai last year memainkan peranan penting dalam hidup aku...
:pandaGeli_07::pandaGeli_07::pandaGeli_07:


Our family.
Lengkap.

Oh... gambar Opah je takde.

Kenduri di Pahang pada 13hb Jun yang lepas... Double wedding. Actually, tak hengen langsung aku nak upload gambar aku masa wedding kat sana di blog mahupun Facebook.

Wanna know why?

Sebab mekap aku huduh!

Sedih woiiii... Aku mekap kat Melor Collection di pekan Bentong since kami tido sana before ke Lanchang. Dahla kakak aku tak dapat ikut, maka aku kehilangan jurumekap. Walaupun Yong bukanla pernah amik kelas andaman mahupun kelas mekap, tapi dia mekap lawa jugak. Dia amatur tapi macam pro oke. Siap ada bace-bace lagi masa mekap aku... :P

Tapi masa kat Bentong aku terpaksa cari orang mekap. Dia caj RM200 untuk mekap pengantin. Tapi since aku dah bengkrap dan aku rase dia caj mahal (Yong aku mekap free je! haha... eh. tapi Mak bagi dia RM100), so aku gitau aku takmo mekap pengantin. Mekap biase-biase sudah. Lagipun muka aku bukanla teruk sangat nak mekap tebal-tebal. Mekap biase pun ok. Aku ni bab mekap sangat tak reti nak mekap mata. Tu je. That's why la aku perlu khidmat dia. Dia pun setuju nak mekap biase dengan harga lebih murah. RM120. Ok lah...

Sekali kau, huduh siot muka aku. Dahla foundation dia warna gelap. Tak pasal muka aku hitam. I mean, memang la aku hitam, tapi... foundation yang dia guna is darker than my skin tone tau. Ade ke patut.

Dahla muka jadi gelap, dia plak pergi mekap muka aku style smokey eyes. Smokey eyes jubo apenyer kalau aku nak kahwin?? Ingat nak pergi dinner ke? Wedding aku dah sah-sah waktu siang. Lebam macam hape je muka aku... Masa dia mekap aku, memang aku tak tengok cermin cos mekap kat sofa kedai dia... takde cermin. Yang aku ralat tu, Mamito yang tengok aku kena mekap takdela pergi tegur dia ke ape.... bila dah siap baru sume bising muka aku tak cun. Cilakak tol. Bila aku tunjuk gambar Yong mekap aku, baru dia terkedu. Yong mekap takde pakai Kryolan jubolan pun lawa je. Tapi takleh nak watpe dah. Aku pun malas nak bising-bising since kitorang dah lambat nak ke Lanchang. Tapi memang sume orang tegur mekap aku huduh T___T

Dahla adik Mr CC yang kahwin jugak tu putih (family diorang berkulit agak cerah), nampak sangat beza ngan muka lebam aku ni bila bersanding 2 pasangan (yer... style 3 Abdul you... time Abdul Wahab dan Abdul Wahib kahwin)!!! Hampeh.

Maka.... memang aku dah decide takkan upload la gambar aku masa kat Pahang. Sesape yang gatal-gatal upload kat Facebook (selain aku) dan juga 'tag' aku, berjaga la... Aku sumpah muka dia jadi hitam and mata dia lebam.


Tapi aku mungkin merubah fikiran kalau komen di entry ni mencapai 50 komen.
Since pembace blog ni pun takdela ramai mana, rasenya tak sampai kot. Selamat gambar huduh aku. heheh...


Terima kasih.



Salam sayang,

alhamdulIllah...
Wednesday, June 9, 2010
bismIllah...


I'm in Cameron Highlands right now. Yeah... honeymoon di sini. Pergi dekat-dekat je. Save budget. Rumah kat Lumut tu tak ber'deco' pun lagi... heh.

Firstly, ingat nak pergi pulau-pulau... Tapi sebab Mr CC baru je balik berlayar dari Langkawi dan dia dah bosan tengok laut. And dia pun dah hitam! Maka, kami ke Cameron. Aku pun tak kisah cos baru je balik Pulau Redang bulan April aritu kan... So pergi Cameron la... Aku memang suke bukit-bukau ni. Sejuk je. Best. hehe...

Oh... referring to the title of this entry, below is my solemnization pictures. Gambar-gambar dari henpon aku, henpon Nyda dan kamera fotografer (unedited).



Untuk pengetahuan semua, aku tak ade mak andam.
Mukaku dimekap oleh kakak aku sendiri...
Macam biase, Yong la tukang mekap aku...
Tak sempat cari mak andam and aku pun tak kisah...
Kalau huduh, tetap huduh gak...
Kalau lawa, alhamdulillah...
Senang je berurusan ngan aku ni... hehe...
And I didn't pluck out my eyebrows... :)


Hambik kau...
5 pasangan nak bernikah dalam masa yang sama...
Memang tak best camni cos tumpuan bukan kat ko sorang je...
Tak suke... tapi nak wat camne dah tok naib nak mudahkan kerja dia...
Plan awal kami nak nikah malam ni rumah atau di masjid, tapi tok naib tak nak.

Ape boleh buat, ikut jela cakap dia...


Syukur... sekali lafaz je.


Tengah cuak ni...



Dari kiri:
Suraya, Eti, Aku, Nyda dan Yash.
Semuanya blogger...
Eti je cam takmo blog dah cos blog dia kena copy paste ngan orang... tak tau sape...

btw, Suraya and Yash datang ngan Anarm and Pakeri.


Yeah.. my dad came to Perak for the wedding...



well.. this is us.

Bergelar isteri pada 5 Jun 2010.

Doakan perkahwinan kami dirahmati Allah...

....dan juga kebahagiaan kami.
=)



p/s: This is our last night in CH. esok balik Beruas.



alhamdulIllah...