Showing posts with label Taska. Show all posts
Showing posts with label Taska. Show all posts
Monday, October 10, 2016
bismillahirrahmanirrahim...




Alhamdulillah... bertemu lagi kita di sini sebulan lebih selepas previous blog entry. wakakaka..

My God... I'm beginning to be like those lazy mommy bloggers yang used to update their blogs EVERYDAY to once a month.

Since dah ade 3 orang anak ni aku noticed yang aku dah tak serajin dulu nak berfacebook or komen2 kat group di FB. Aku pun dah tak cukup masa nak spam groups di FB dgn iklan-iklan. HAHAHA

Well what can I say, time changes you.


Anyway, nak update about Razin.

Razin dah hilang 2 batang gigi depan (gigi susu) since gigi kekal dia baru tumbuh di belakang gigi susu dia tu. The first tooth cabut di Hosp Angkatan Tentera (Lumut) sebab masih kuat and takde tanda-tanda nak goyang. Nak free, pegi la kat HAT kan hahaha... Encik suami temankan dia.

Seronok betul gigi dah cabut. Siap cakap "Tak sakit pun" hehe

Second tooth tercabut dengan sendirinya di rumah cos Ayah dah malas nak pergi HAT and said "biar cabut sendiri" since gigi tu dah goyang2.

Last week pulak, (24hb Sept) Razin join Simulasi Lambaikan Kaabah, gabungan tadika swasta daerah Manjung. Actually Little Caliphs Manjung just join atas jemputan je tak silap, cos organizernyer 3 tadika lain which were Tadika Cahayaku Mindaku Bistari, Tadika ABS Manjung & Tadika Imtiyaz Bonda (yang kat Manjung)

It was a nationwide event rupanya... I mean, tadika2 swasta kat negeri lain pun ada buat.

So nak spam gambar.










That's all.



p/s: Karangan ditulis pada 29 Sept, tapi baru now Mak dapat upload pic.





Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, November 6, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 Razin ke taska. Aku nak berblogging sejak 1st day dia ke taska aritu (Isnin lepas, 3hb November 2014) tapi biaselah, perasan sibuk dan tiada masa nak menaip.

1st day, nangis.

2nd day, nangis dari rumah lagi. Sepanjang dalam kereta dia dok tersedu-sedu kat belakang. Bila sampai taska, he squirmed and screamed. Not wanting to be left there.

Sedih hati aku. Menangis jugak aku dibuatnya time drive berlalu dari situ. Hati sapa tak sedih... dia berkejar ke pagar and gapai-gapai tangan suruh aku amik.

Dok terfikir juga, betulke ape aku buat ni? Tinggal anak kat orang? Raul pun sama.... tapi yelah Raul kecik lagi mana tahu ape.. memang tak nangis ape pun.

Yang si Razin ni ha... sedih bebenor kena tinggal.

Then Hanis reminded me, "Biase lah razin.. dia kan mana pernah berenggang lama2... hari2... asyik berkepit dengan mak je. Mak pergi mana dia ikut. So dia tak puas hati kena tinggal la tu"

And Mamito also added, "Kalau dia tak ke taska, dia ikut ke kedai, ape dia dapat? ade ke kamu mengajor dia? idak kan... sibuk mengadap laptop. bior jela dia ke taska, bagi bergaul dengan budak lain. ni nak kawan pun tak reti"

Betul la tu kan...

It's not like I teach my him at home pun. Memang lebih bagus dia ke taska dari dok melepak tengok tv, main ipad or sepahkan kedai huhuhu....


Ni kalau Razin tidur kat kedai. Tak ke sedih rupanya??



Sebenarnya kat kedai memang ade sofa bed and selesa nak duduk, tapi area belakang la. Razin penakut sikit nak tido area belakang tu sesorang. huhu...

Takpelah, setelah ditimbang-timbang, lebih elok dia ke taska je dari ke kedai ikut aku. Dah besar dah Razin... bole dah kot lepas bersekolah awal...

Honestly aku tak tau la betul ke tak cara aku ni. Yela, pergi sekolah seawal umur 4 tahun macam sangat2 awal bagi aku yang ke tadika umur 6 tahun! hehehehe... tapi zaman berubah kan... aku pun takde pilihan lain yang lebih baik.


Ni masa 2nd day aritu. Masa ni dah moody dah sejak dari rumah.
Tengok la muka tu macam nak nangis... (adik debik tak sakit pun... dia tampa2 manja je hehehe)






Raul and Razin happily bergolek2 atas katil lepas bangun tidur. 
Memang la bahagia je Razin takde ke sekolah ke ape hari-hari... 
So agaknya dia macam terkejut apsal hari2 kena pergi sekolah and MAK TINGGAL dia kat situ lelama kot?



hai la anak-anak... nak wat camne kan... Mak korang ada kerja juga.
Raul pun sekarang mak hantar ke babysitter. Razin lak pergi sekolah (taska)

Semoga Allah lindungi anak-anak Mak... insya Allah.


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, September 13, 2013
bismIllah...


Orang lain yang nak nikah, aku yang excited. Esok pagi-pagi nak gerak ke Ayer Molek, Melaka... wedding si Chokilala. Insya Allah bakal bertemu jugak dengan budak tu. Selama ni kenal online je... lama gile kot... sejak 2008 something ke... lupe dah aku. And kot-kot akan jumpa other bloggers/twitterers jugak di wedding dia tu? Heee... udah macam twtup la plak.

Anyway, arini mood rajin nak berblog cos aku malas nak buat kerja.. Semalam seharian pening ngadap orders, kemas rumah, bungkus barang and ke Pernama bla bla. Letih.

Kejap lagi aku nak sambung buat keje ckit.

Pagi tadi dahla pergi ke taska Razin sampai 2x cos aku lupa bawak susu! Camne la boleh lupa... padahal aku baru je refill. Tapi yela, memang la aku kelam-kabut sikit cos pepagi buta ada customer nak datang beli Boba. T_T

Diyana dah pesan suruh amik pukul 5.30 cos dia abis kerja pukul 5.30... dia nak tumpang aku balik Beruas (Diyana kerja kat taska tempat aku hantar Razin... well, sebab dia keje situ la baru aku hantar Razin hehe). Ikutkan hati malas nak hantar Razin tadi... tapi bazir plak duit dah bayar. kahkah... gile sepp aku ni.


Ni masa 1st day kat taska. Time nak pick up... 
Razin masih tak reti nak berkawan.


Random picture. Saje upload. Ni gambar hari Selasa masa ponteng tak pergi taska.
Ngantok ape sangat la sampai tertido-tido sejak dalam aeon lagi. Kesian aku tengok. Ssc plak tertinggal dalam kereta. huhu



Oh yer.. bagi yang tak tahu, aku sekarang jual Corelle jugak! hahaha... dah gile corelle plak dah. Nak cukupkan koleksi la konon.. Pehtu jual and buat kutu sekali. hihi...

Berminat nak beli? Boleh usya harga di album-album di Shop Happy by Mama Panda's FB page.
Tu page untuk barangan ibu-ibu gorgeous. hehe...
Harga untuk Corelle sume dah ada kat gambar. Tapi belum masuk pos yer. Cash or 2x payment only.

Tapi teko atas tu aku beli kat orang.. pre-order zaman dulu kala since Razin belum lahir lagi. Baru last week bawak kuar tea cups segala ni.

Sebab?? Baru beli meja makan! hahaha...

Sebab meja makan lama yang bulat tu dah hantar ke Rumah Manjung, maka husband ajak beli meja makan baru. Sebab tu la baru beria nak kuarkan tea set Corelle. Semangat! hahaha.. bengong je...

Mula la dalam kepala otak aku ni nak mereka-reka nak kumpul set Vantage la, Corningware la... and nak beli almari display untuk letak pinggan mangkuk tu sume. Eh tapi untuk Corelle memang aku pakai hari-hari. Beli mahal-mahal tapi simpan nak buat ape. Maka, pakaila! Best cos ringan... and kalau aku tension and main baling2 je time cuci pinggan takde sumbing or pecah. kehkehkeh


Meja makan baru yang simple. Tapi aku suka cos marble. Berat gila babeng maka takkan bergerak dah la meja tu haha...

Nampak baby chair? Tu free gift cos husband aku mintak... Lagipun kedai tu memang dah selalu gile pergi. Sofa beli kat situ, kerusi n sofa pendek kat ofis aku pun beli kat situ. Then beli lagi dining table. Semua bayar cash. Maka, nego habis-habisan. Takde less dah? Mintak free gift. Hahaha... Laki aku ni bab bargain2 bagi la kat dia.

Ape-ape pun hepi sangat ade meja makan baru cos NOW kitorang satu family baru la makan sama-sama dekat meja makan. Selama ni??? tak pernah. Hubby akan makan depan tv. Dia MESTI makan depan tv tak tau dah aku camne nak buat... Maka, aku and Razin pun makan la depan tv. huhu...

Tapi sejak beli dining table ni, kami makan elok2 je kat situ haha... hadoi la... sabar jela kan.

Btw, baby chair tu Razin tak muat pun. Simpan buat pekasam dalam stor. Kekonon husband nak simpan for next baby. Layankan jela...


Sekian sahaja bebelan arini.

Adiossss
Written By Ryehana
alhamdulIllah...