Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts
Sunday, December 23, 2012
bismIllah...


Rindu nak berblogging dengan rancak seperti dulu. Tapi apakan daya... sudah jadi mak orang ni banyak tanggungjawab, masa dan kesibukan melanda.

Aku rindu nak baca buku cerita wei. Last weekend Nyda pergi Big Bad Wolf punyer sale and berjaya merembat beberapa ketul buku. Sungguh aku kejelesan tahap gaban cos buku novel (what else yang aku bace lagi kan...) murah je! iskk... sebab jauh je. Kalau tak, memang aku dah sampai! Tak dulik... huhu

Hilangkan rindu bace buku dengan bace blog. Ceria sekejap hidupku membace blog si Pokapola. Sebelum kenal blog dia, dulu aku bace blog si Kahuna. Tapi sebab lambat benor berupdate blog Kahuna tu, now beralih arah ke Pokapola. haha... blog2 mereka ni sangat menceriakan hari aku. =p

Aku ade banyak benda nak settlekan tapi tak settle-settle.

Aku nak gunting rambut sejak sebelum pergi Indon lagi. Tapi belum buat.

Aku nak tengok wayang... pun belum jugak tengok. Sekarang ni nak sangat-sangat menonton cerita Life of Pi. Damn it, semua review kata cerita ni MESTI TONTON. Arghh...

Luckily, aku dah sempat settle hantar lukisan yang dibeli di Indon untuk diframekan. Dok husung lukisan tu ke sana sini dalam kereta, at last, last Friday aku berjaya hantar kat kedai sebelah Hong Leong Bank Sitiawan. Kerana lukisan tu besor (aku beli kat Cianpur dengan harga 200 ribu rupiah = lebih kurang RM60 which is cheap la jugak cos size dia memang besar gedabak. Bila frame, kena caj RM128. wakakaa... frame lagi mahal dari lukisan. Lukisan tu pemandangan di Cianpur... bukit bukau and sawah padi etc. Aku kan suka panorama camtu... hehe...

Mamito bought a painting too... but smaller than mine. And she chose scenery waterfall... suke benor gambar air... Padahal kat umah dah ade scenery waterfall gak.

Anywayyy....

Berbalik kepada things I need to settle... I wish I could do them next week. Laki aku ada balik ni, tapi so far dia dok busy gak. Ade jugak kerja dalam base siang tadi (Sabtu)... Isnin pun ade kerja.. Selasa dia balik Johor semula. Mati-mati aku ingat dia cuti seminggu... rupanya sampai Selasa je. heh.

Apa pun, banyak barang dari Johor dah diangkut sikit-sikit ke sini. Aritu hubby tumpang kereta orang, so leh la angkut barang... Malas bawak motor cos selalu hujan kot. huhu...

K lah... sekian sahaja cerita kali ni.

Diakhiri gambar poyo masa kat Bandung. Terima kasih.


Bulat kan pipi aku?
Pedulikkkk!


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, December 10, 2012
BismIllah...


Can't sleep. Yes, awal lagi, baru pukul 10 suku malam waktu indonesia... Pukul 11 mlm waktu malaysia (lbh kurang).

Rindu giler kat anakku, Razin.... Huhu...

Tapi nampaknya Razin happy jer kat Msia, Yong yang jaga. Knowing Yong, aku risau Razin terlebih makan jer... Kerja nak bagi budak tu makannnnnnnn je. Tadi tengok video anc gambar yang Yong tag kat FB, terubat rindu...

Ala, macam tak pernah terpisah.... Pernah je.... Cuma xpernah la jauh beribu batu ni... Nasib baik tempat kitorang menginap ni ade wifi and aku bawak ipad cabuk ku ini...dapat gak la online. Nasib baik bawak!! I was thinking to left it behind but hubby insisted that bring a tablet.

Anyway, kitorang sampai Indon semalam... Hari Ahad. Aku pun dah tak ingat ape yang berlaku on the first day cos eveything was a blur to me ;p

Anyway, we stayed in Darul Jannah's Cottages...under Daurut Tauhid. Basically tempat ni pesantren la.... Or tempat orang belajar agama. Memang akan kedengaran alunan bacaan al-Quran shj di sini.... Tenang je... Memang pengalaman berharga la... Selama nk baca dari buku cerita jer (buku Habiburrahman el shirazy) tentang pesantren and suasana di pesantren, now kitorang duduk di pesantren! Haaaa pengalaman betul....

Tempat ni besar jugak la... Ade siaran radio sendiri lagi... Dekat cottage aku duduk n ade rumah-rumah anak yatim jugak.... Macam-macam ada...

Malam ni malam terakhir di sini. Esok tido tempat lain pulak.

Hari ni pagi-pagi kitorang gerak pergi Tangkuban Perahu.... Iaitu ke kawasan gunung berapi yang masih aktif. Tour guide kitorang sejak sampai ialah Pak Erwin. Cool je orangnye.

Lepas tu kitorang pergi Pasar Baru di mana ibu-ibu menggila bershopping (termasuklah aku). Cuma tak tahan bila pergi trip reramai naik bas ni, kitorang selalu kena serbu dengan peminta2 sedekah, penyanyi jalanan dan juga penjaja jalanan. Stress oi.... Masa mula-mula ok lagi, ni kalau dah setiap kali naik bas turun bas kena buru, memang annoyed giler ar.

Lepas ke Pasar Baru, pergi Toko Tiga. Tempat seluar jeans etc. aku tak beli ape pun kat sini... Haha...

Then dinner, balik cottage.

Takde mende sangat bunyinya kan? Tapi sebenarnye kitorang kat Pasar Baru tu 3 jam lebih bershopping. Huhu.... Aku beli barang standard jela; telekung, tudung (lawa gile and murahhhh! Halfmoon sakura rm20 lebih je. Lagi cun plak tu manik2 and batu dia... Meroyan aku walaupun tak pakai shawls haha), t shirt and barang2 souvenirs sikit... Memang sikit je cos simpan duit untuk esok pulak. Haha....

Aku memang bawak sikit je duit cos bukan nak shopping sangat kononnya... ;p

Esok ni aku tak tau le ade ke tak wifi kat tempat penginapan seterusnya.... Cos esok ke Puncak and tido sana (where ever that is).

Ohhh rindu husband and razin....

Salam sayang semua.

Bye













Written By Ryehana