Wednesday, September 28, 2011


Tuesday, September 27, 2011
bismIllah...


Cuaca mendung dan hujan lately.

Begitu juga lah keadaan aku. Mendung dan hujan.

Hujan=hingus. hahahaha...

Selsema dan sakit tekak lagi. Macam nak demam. eiii...

Semalam gaji. Dan juga dapat bonus.

Wahhh memang terkezut gak le dengan amount bonus tu. hihihihi... tu pun rating aku tak berapa mengancam untuk appraisal tahun lepas. Kalaulah dapat power ranger, sure melompat-lompat aku tengok baki dalam bank. hehe...

Tahniah to my colleagues yang dapat banyakkkk gile. Hujung tahun ni pun nak kahwin dah kan... so rezeki nak kahwin le tu. :)

Jom beli emassss...

Hubby bodek suh pasang aircond kat hall plak. Hmm pandai la dia... yang kat bilik, aircond tu seribu lebih je. Kalau kat hall, kena dua ribu lebih.. manyak cantik! hahaha... tapi aku rasa macam tak perlu. Tak yah le...

Actually banyak giler benda lain yang aku teringin nak beli:
-henpon baru
-kamera baru
-carseat baru untuk Razin
-sofa baru...

Kalau ikutkan bonus, memang boleh beli... TAPI!! Perlu ke?? Hmmmm... mode berpikior dulu....

Ahh tak yah la... simpan je or laburkan pada sesuatu yang akan naik harga and bukan turun.

Kena berjimat-cermat!

That's all for now.

Baiii.



alhamdulIllah...
Sunday, September 25, 2011
bismIllah...


Abah yang ku maksudkan ni is not my 'father' tho I called my father pun Abah jugak. Tapi 'Abah' yang masuk hospital ni is actually my uncle. Pak Yang. Tapi aku anggap dia macam bapa aku juga... In fact, I'm closer to him than to my own father.

Abah masuk hospital last Thursday. Masa dapat berita tu cuak gak la kan... tapi aku kerja.. Mr CC pun takde cos sailing... sambil doa takde ape-ape, aku tunggu weekend cos rasa cam nak pergi melawat. Then on Friday dapat tau Abah masuk ICU. Mak ajak pergi tengok so aku amik Unplanned Leave on Saturday (yeah I work on Saturdays!) cos nak gerak ke Hospital Serdang pagi Sabtu tu.

Aku tak plan langsung nak bawak Razin. Tapi Mak suruh jugak bawak... Kesian katanya... Padahal Diyana leh je jaga... Tapi dah Mak suruh bawak jugak, angkut la Razin sekali...

Aku bukan ape, maleh betul nak travel jejauh bawak Razin kalau hubby takde. Pulak tu sekarang kan dah fully bercd, cam cuak gak le aku nak first time travel ngan cd ni. huhu... Tapi belasah jela... pergi balik hari je pun. So aku angkut la cd-cd Razin. Nasibaik la memang aku banyak packing AI2. GroVia ngan soakers 4 keping, Flip ngan 3 stay dry inserts, Econobum dan 3 prefolds, dibackup dengan beberapa keping pocket cds. Alhamdulillah... berjaya fully cd. :) Nanti rerajin aku citer details.

Masa di R n R tukar lampin...
Nasib baik tak banyak ragam.
Kat umah Chu je dia mengamuk2...
Pas kena hembus2 ok dah :)



Bertolak dari Beruas around 8am. Naik Vios Mak; Aku, Nini, Razin and Mak. Kitorang pergi Batu Gajah dulu cos nak naik kereta Yong. Chitra leh naik 6, 7 orang. Abang Wan leh drive... so pas breakfast kat umah Yong, kami pun gerak ke Serdang...

Kitorang sampai Hospital Serdang pukul 2pm. Memang tak sempat ar nak masuk cos untuk wad ICU kul 2pm dah takleh masuk. Kena tunggu kul 4 petang. Maka, Kak Lin and Mak Yang ajak kami pergi ke umah Chu di Kajang. Makan, solat dan sembang-sembang sampai kul 4 petang.

Sampai hospital, kena ikut turn nak jumpa Abah. Leh masuk 2 orang je at one time. Time ni my other cousins pun ada... Kak Farah, Eti and her hubby.

Aku dan Nini antara yang last masuk.

Masa jumpa Abah tu... cam tak sangka sangat dia sakit camtu. Sebak terus aku. T__T
Sembang-sembang kejap then keluar... Sedih rasa hati. :'(

Moga Abah cepat sembuh.

Tak sangka lak aku leh tersentuh camtu. Huhu... Sekarang ni pun bila ingat balik cam sedih lak.

Kami gerak dari Hospital Serdang around 6pm. Sampai Batu Gajah pukul 10 malam. Tido sana terus cos aku dah letih gile daaa...

Bangun pagi tadi rasa cam nak demam. Aiyohhh... Aku stress betul kalau tekak rasa semacam ni. Ni memang tanda-tanda nak demam. But I don't want... I have lots of things to think about... :(

Adakah sebab aku tak habiskan antibiotik yang Doc bagi masa aku sakit last 2 weeks? Ermmmm....

Hopefully tak demam la...

Esok gaji... Plus bonus. Alhamdulillah... Takpela tak dapat 6-8 bulan gaji pun asalkan lebih dari tahun lepas. Syukurrr... :)

I'm working on a project right now.

Kepala dok pening-pening gak le memikirkan benda ni... huhu... Nanti kalau dah jadi, aku reveal kat blog.

K lah, masa untuk meng'stuff' cds dan melipat kain.

Esok hubby balik! <3 <3

Salam...


alhamdulIllah...
Wednesday, September 21, 2011
bismIllah...



"Weh, by this week dapat surat" kata XX.

"Surat??" soalku.

"Ye... 'surat'"

Diam sekejap. Kepala aku dok fikir surat ape?

Tiba-tiba mukaku tersenyum. Hatiku kembang gembira.

"Ahhhhhhhhh!!! Wowwwww!! Yeayyyyyy!!!" jeritku.

XX ketawa di hujung talian.

"Weh nanti dah dapat tahu share la berapa ko dapat" kataku sambil betul-betulkan tempat duduk. Aku dalam kereta yang dipandu Jowkin setelah beliau mengambil aku dan Ganesh di Ipoh.

"Ahhh takmo. Aku tak nak bagitau. Tunggu ko dapat baru aku gitau. Sama-sama gitau yer..." jawab XX.

Cehh...

Nak harap aku dapat 'surat' lambat lagi la beb. Agaknye bulan 10 nanti baru 'surat' tu sampai ke tangan. Tengok jela surat last July... dah bulan Ogos baru ku dapat. Keciciran branch kecik...

Ape-ape pun, rasa cam seronok sikit.

Alhamdulillah...


p/s: Ni perbualan semalam btw.



alhamdulIllah...
Monday, September 19, 2011
bismIllah...



Razin batuk-batuk since semalam. Selsema juga. Meleleh hingus bila bersin. Kalau aku lap, marah lak... adei la...

Semalam try jugak le sedut hingus dia tu guna mulut tapi dia marah.. dapat sikit-sikit je. Cara aku tak betul kot? Ntah.. memang tak reti sangat. Suruh suami buat, dia ngelak. Geli sangat la konon ngan hingus anak. Geram betul aku...

Semalam cari gak le klinik untuk check Razin tapi most clinics tutup. Yang 24 jam aku pergi semalam doktornya datang lagi setengah jam. Malas nak tunggu so balik... Nasib baik la Razin ok je... Tak demam...

Malam tadi dia batuk-batuk lagi.. time tidur dalam buaian pun batuk... risau aku...

Pagi tadi time Mr CC dah nak pergi kerja Razin bangun. Elok je ayah dia blah pergi kerja, dia batuk-batuk kuat. Macam orang tua... risau gile arr aku... Terus siap-siapkan dia nak bawak pergi klinik. Plan awal nak bawak pergi klinik time lunch hour... Mr CC nak balik umah time camtu so leh bawakkan sekali... tapi sebab pagi ni Razin dah merisaukan aku, pagi ni kul 9 pagi tadi aku dah terpacak depan klinik pakar kanak-kanak kat Sitiawan.

Alhamdulillah takde ape-ape sangat. Kahak pun tak banyak... takde la sampai block paru-paru ke ape... takde kena sedut pun. Doctor just bagi ubat makan. Tapi kena monitor lagi la... kalau still tak baik-baik kena la jumpa doc lagi...

Hati aku sedih dengar dia batuk-batuk camtu. Ngan selsema lagi... sian Razin... Menitik jugak le airmata pagi tadi time siap-siapkan dia. Hati seorang ibu... memang lemah betul la kalau anak tak sihat ni. Nasib baik takde demam... kalau demam, lagi laaaaa... mental aku dah longlai time Razin demam beberapa hari lepas.

Masuk ofis around 11 am. Ikutkan hati nak je aku amik Unplanned Leave. Tapi takut ada kerja-kerja pending kat ofis... Plus, kena get readykan 6 bijik kereta untuk delivery esok. Mau pengsan si Ganesh nak get ready semua kereta kalau aku cuti. Dahle dia je yang ke hulu ke hilir tukar kereta SDI and Maxis kat Ipoh... kena la bertimbang rasa kan...

Orang lain ingat kerja kat Lumut ni rileks je. Yelah, branch kecik. Fleet tak besar kononnye. Tapi kat sini ada 2 orang sahaja! Ingat rileks sangat la?? Dahle last Friday hari Najib aku kena pergi ofis jugak... Kalau ada breakdown kena attend bla bla bla... Pantang betul aku kalau orang kata takde kerja. Nak je aku seligi-seligi... Bengang betul aku.

Pagi ni pun ada je emel yang menaikkan suhu kepala aku. Dahle aku ni hati berbelah bagi nak tinggal anak tak sihat kat umah, dapat lak emel yang cam nak cari kesalahan orang ni... eiii, ni la benda-benda yang aku annoyed sangat-sangat.

Ikutkan hati, malassss dah aku nak kerja kat sini. Serius.

Tapi Mr CC tak bagi aku quit. Yela, walaupun he's an engineer, tapi kalau kerja gomen ni berapa ringgit sangat le gajinya. Takdela banyak pun... kalau aku tak kerja, memang jenuh arrrr... So, kena taat pada suami... stick to current job jela.

Sedih. Tak seronok. Moody. Itu la aku setiap kali nak pergi kerja.

Macam mana nak kembalikan keseronokan bekerja tu eh?

Serius aku cakap aku dah tawar hati nak kerja. Kerja tu ok... berdepan ngan customers ni sume masih ok... tapi bekerja under orang lain ni yang aku masih try nak adapt.

So different than my time in KL. I so misssss my former superiors. I really do. I miss motivational talks from CBH. Yes, she screamed, she hit the table with books etc... but you don't get offended by her scolding. I never did. I understood completely why she acted that way. Memang la kita down sikit kena marah (who doesn't?) tapi tak amik hati punyer la... lagi semangat nak tunjuk kita leh buat kerja ada la... but then, she's a friend too...

Then Kak Rehan... Kak Rozy... diorang tegur kalau buat salah/lembab buat kerja. Diorang strict... tapi, cara diorang tu lain... camne nak cakap tah.

But now?

Haishhh... tak tau nak cakap. I'm not close with these new people... maybe that's one of the reason gak kot.

Aku perasan satu jela... orang ingat kat sini rileks. Tu la satu benda yang aku geram sangat. Macam la kita ni tak buat keje kan... haishh

Tahla... ape nak jadi eh. Tak best.

Kat KL pun dah tak best gak. Dengar cerita macam-macam. My former superiors pun bukan dok KL lagi dah. CBH naik pangkat, dah pindah HQ. Kak Rozy and Kak Rehan dah tukar ke KLIA. Encik Ismail (the one that I always go to when I have problem with cars!) pun dah tukar ke JB. Kalaulah aku masih di KL rasenya lagi teruk tekanan jiwa huahuahua...

Ahhh sudahlah...

Kerja... sampai bila pun tak abis..

For now, you just gotta do what you gotta do.

Ramadhan tahun lepas.
Berbuka di pantry ofis bagi yang stayback.



Shangrila Hotel, KL
Makan-makan sempena Abg Irman and Kak Rehan berpindah branch.


Salam...



alhamdulIllah...
Sunday, September 18, 2011
bismIllah...


Ape yang dah tak muat dalam laci?? Baju? Tudung? Bra & panties?

Nope.

LAMPIN KAIN Razin!!

Ni gambar yang diambil pada bulan Ogos yang lepas.
Kat belah kanan tu still ada space untuk letak extra soakers dan inserts.




Ni gambar semalam.
Ok... still leh sumbat-sumbat lagi cd bagi betul-betul mampat tapi space kat kanan memang takleh reserve untuk extra soakers and inserts.



Maka, mereka berubah tempat ke laci kecil di bahagian atas.
Di sini aku letak prefolds Econobum, extra soakers GroVia dan extra inserts untuk cd pocket yang banyak dalam stash aku.



Actually, ada lagi cd yang on the way ni... Ada 6 ketul QQbaby and 2 ketul Weegro on the way.. tak tau bila dapat. Semalam aku beli jugak seketul Fuzzibunz (One Size)!! Susah betul nak cari cd tu dengan harga yang murah. Jumpa yang RM60 lebih tapi satu kaler tu je so rembat jela. Yang lain jual RM70 lebih and RM80 lebih..

So macam cukup le cd brand US yang aku dah ada... BumGenius, Gro-Via, Blueberry, Envibum, Econobum, Thirsties dan Fuzzibunz... ade lagi la brand lain tapi keinginan tu takdela sangat. Yang aku dah beli ni jer yang aku minat.


Know what? Sebenarnya aku dah berminat dengan cloth diapers ni sejak zaman student lagi. Aku teringat dulu-dulu aku pernah usya cd Rumparooz yang berharga RM85 kot waktu tu kat satu online store. Dalam hati aku dah terdetik, "Nanti aku ada anak aku nak beli ni". Tapi setakat tu jela. Lupe dah...sampai la bertahun-tahun selepas itu aku kahwin and pregnant, aku mula research balik tentang cloth diapers ni.... (oh sampai ke sudah aku tak beli pun Rumparooz cos ramai cakap cutting nyer kecik... Razin lak jenis bambam so tak beli le)

And memang aku tak salah, banyak kelebihan dan penjimatan yang aku leh dapat. So once aku dah suka, aku takkan berpaling ke belakang lagi. Tapi of course la aku start dengan cd-cd yang ekonomi dulu... try dulu then bila aku rasa aku leh handle cd ni sambil bekerja (yes, working mommies pun leh bercd), aku mula tambah stash sikit-sikit.

Lumrah bila kita dah minat pada sesuatu benda... Memang jadi sanggup keluarkan modal lebih untuk benda yang kita minat tu...

Ada orang tanya, "Tak sayang duit ke beli cd mahal-mahal?"

Yang mahal-mahal tu selalunya yang imported and branded cds la kan... Well, itu untuk kepuasan aku. Aku bersusah-payah cuci taik and kencing anak, aku nak le sesuatu yang leh bagi aku kepuasan hati. Lantak le orang tak tau baby pakai lampin yang harga RM85 seketul asalkan aku tau (ala.. CD Blueberry tu jela seketul yang paling mahal). Pedulik hape aku... self-satisfaction!

Depends on your budget la kan... kalau ada duit lebih, leh le beli... lagipun, seperti yang aku pernah tulis sebelum ni. TAK RUGI beli cd-cd mahal ni especially yang branded+imported. Ada resell value. You can still sell them back.

Aku start beli cd yang murah-murah je... And cd yang affordable ni yang kita tak sayang untuk pelasah hari-hari. My babysitter lebih suka pakaikan Razin ngan cd Babyland, Happy Flute and Autumnz. Oh... dan BumGenius juga. hihi... (aku rasa BG ni antara pocket cd yang best!)

Kalau aku nak suggest kat orang tentang cd, memang aku suggest beli cd-cd ekonomi dulu. Pelan-pelan kayuh cari yang mana sesuai... tapi cd-cd ekonomi ni memang dah cukup bagus dah pun.


And orang tanya lagi, "Watpe beli cd banyak-banyak ni? Kau tau kan, benda ni pakai kat bontot je?"

Oh yes... of course la aku tau. Tapi we already know kan yang benda ni lampin kain. Dari KAIN dan perlu dibasuh. Salahke ada stash yang banyak cos aku pun bukan rajin nak basuh hari-hari cd ni... Please bear in mind that I bought most of my early stash when I'm pregnant. Baby belum kuar tapi cd dah ada dalam 15 keping camtu...

So bila aku ada cd yang agak banyak, leh la 2 atau 3 hari tak basuh (setakat ni aku pernah 2 hari je tak basuh) and dalam masa yang sama aku ada cd-cd lagi untuk backup. Kalau hujan, cd tak kering? haaa... tu la gunanya ada cd yang agak banyak.

Plus, when you have lots of cds to rotate, secara tak langsung cd-cd tu takdela banyak kali dipakai dalam sesuatu masa. Dalam seminggu, maybe aku pakai cd yang sama dalam 2, 3 kali je kot? Ini memanjangkan hayat cd tu... so kalaulah katakan aku nak jual balik cd tu, ianya masih dalam keadaan baik/look like new dan resell value nyer masih tinggi. Get it?

Some people argue, mengabiskan bil air dan letrik kalau cuci cd.

Aiyoooo... please la... Janganla cd ada 4,5 ketul pun nak masuk mesin. Kalau aku, setakat banyak tu aku basuh tangan je (ni time weekend and aku extra rajin). Setakat ni bil air umah aku takdela naik pun. Biase je... same goes with electric. Oh, bil letrik naik sikit cos masuk aircond. hikhik...

Kalau nak berkira hal bil air, air yang digunakan untuk menghasilkan kertas dan material buat disposable diapers lagi la banyakkkk.. :P

Hmm...
Jangan la anggap aku ni banyak duit sangat. Ini untuk kepuasan seorang ibu yang bercd. Plus, aku rasa aku mampu beli so aku beli...

Lagipun korang pernah ke nampak aku update blog ni ngan alat mekap mahal-mahal, skincare mahal-mahal, baju mahal-mahal mahupun kasut dan handbag branded-branded?

Ade ke aku tayang handbag Coach ke, kasut Jimmy Choo ke or shopping baju kat butik mahal-mahal kat sini?

Takde kan...

Cos aku bukan berhabis duit kat situ. Kereta pun takde... sebat kereta laki aku je. Suami pergi kerja naik motor. Then, aku pegi kerja pakai uniform je... kasut kerja pun bodo-bodo je... mekap? pencuci muka? ala... pakai Maybelline ngan Avon+L'oreal jer. hahahah. Mekap pun kalau rajin. :P

Ape-ape pun, bercd ni memang menjimatkan. Itu memang kita takleh nak argue la kan... Secomel mana disposable diapers (DD), tetap ke tong sampah jua (perasan tak sekarang DD pun ada design cute-cute kat bahagian bontot? haha). Tapi CD kita leh basuh and pakai semula...

Kalau orang yang susah dan anak ramai mintak bantuan/derma, aku cadangkan pakaikan lampin kain je kat anaknye.

Pasni nak try usya tentang 'cloth pad' (CP) lak. Setelah Razin almost 6 bulan baru period datang... tu pun kejap gile, 4 hari je kot? Hmmm... tapi cloth pad ni buat sendiri pun boley... hihihihi

Oklah. Cukup la membebel kat sini. Salam.....

p/s: Kalau aku nak jual cd, rasa-rasa ade yang berminat tak? :P


alhamdulIllah...
Friday, September 16, 2011

Teh

bismIllah...


Since dah kahwin, baru lah aku tau yang aku ni tea-person.

Hmm... I'm a tea person?

Yela kot.

Kalau minuman panas, aku prefer teh o. Actually milo, and nescafe pun aku suka... tapi aku prefer buat air teh lagi... hehehe

Yang buat aku perasan pun cos hubby tak suka teh sangat. He prefers coffee/nescafe...

Kalau aku buat teh, aku jerla yang minum.

Aku suka teh panas. Yang suam-suam suku dah tak berapa best. Aku selalu bengang kalau order teh o panas kat kedai tapi dapat yang suam/tak berapa panas. Yeah, gimme the hot boiling tea. Aku memang suka yang panas-panas. Biar dia sejuk sendiri... takyah la nak tambah air sejuk supaya dia suam. :(

Tapi aku takde feveret tea.

ermmm wait a minute. Maybe I do. Aku suke teh perisa lemon dari Cameron. Jenama Cameron Valley ke ape entah. Sukeeee yang tu. hehe

Okeh.

Nak melayan Razin yang asyik meragam sejak semalam. Tak tau ape dia nak. Letih wooo sebab arini PH tapi kerja jugak. Balik umah anak asyik nangis nangis nangis. Nak berdukung je. Jenuh le...

DUgaaan...


Razin's favorite drink?

MILK of course.

Bye

Monday, September 12, 2011
bismIllah...


Oh yes I do... I do feel old sometimes. Especially bila penat sangat bekerja...

Hari ni 1st time dalam hidup aku, aku drive kereta sambil tertidur. What a lucky escape! Nasib baik la bukan bawak tengah bandar... aku drive yang ngantok sangat tu time nak ke Teluk Rubiah hantar kereta tengah hari tadi. Ya Allah... kalaulah jadi apa-apa... Nauzubillah...

Ape yang orang makan untuk tambah tenaga? Supplement ape? I admit I do not take anything...

And lately kerja sangat la sibuk sampai nak makan pun kekadang tak sempat. Makan roti je... Hmmm... no wonder la kan... (tapi mengapakah perut tak kempis-kempis ni??)

Bulan ni aku slow down dengan membeli cloth diapers. Razin dah cukup cd dah... Plus, cd-cd yang aku ada order last month macam dah nak sampai (try QQbaby pulak untuk pelasah hari-hari) so that's just it.

Other than that, aku ada order portable car seat for Razin. Yelah, dia dah masuk 6 bulan so makin membesar bagai juara dah... sikit lagi tak muat la INFANT carseat Maxi Cosi dia tu... so, aku try beli yang portable dulu. Niat memang nak beli Maxi Cosi Priori, tapi... bajet tak berapa nak ada... that's why beli yang murah je. Plus, Priori tu cam gedabak sangat je (toddler carseat semua gedabak kan?? :( ) Nanti dah sampai aku nak test. Mintak-mintak le Razin ok... Bile tah nak dapat nye...

Tu jela kot benda-benda penting yang nak dibeli lagi... yang lain macam botol susu, baju etc. Takde ape la sangat...

Sebut tentang susu, aku rasa dah memang kena minum FM jela kot? I'm busy like heck and I don't have time to pump anymore. Dah lame dah kot aku tak mengepam ni... my breasts are no longer heavy. Does that mean they do not hold up much milk anymore? Aku rasa macam YA... I bf Razin bila aku di rumah je. Usually at night... tapi dah time-time kekeringan macam ni memang standby nak bancuh susu jela malam-malam kalau Razin bangun nak nyusu and susu tak banyak... nak wat camne kan... kerja aku ni cam gila... penat... sedih lak rasa... T____T

However, I'm thankful that I do still have time to manage his diapers. Thanks to MCDP's suggestion, I do 'dry pail method' when I'm in rush. Alhamdulillah... rumah ni dah takde disposable diapers (DD) sejak abis cuti raya aritu. Abiskan stok Drypers time beraya ke sana ke mari... Cam tak caya pun ada... Memula risau. Isy, rasa macam kena beli DD jugak untuk backup ape-ape.. tapi sebab mahal masa survey kat Tesco, rasa cam tak berbaloi... terus tak jadi beli. haha... Ada hikmahnye tu. My husband pun suka (yelah... yang tukang beli DD tu dia... :P). Gedik... stash CD dah bertimbun baru nak start DD-less.. :P

Dah nak 11 malam. Penatnye arini... tapi nasib baik ada good news. Toyota Camry yang hilang last week dah berjaya dijumpai di Ipoh. Dah dicollect dari balai polis Ipoh petang tadi. Perghh lega ya amat. Alhamdulillah (oh ada yang tak tau kot kalau tak follow aku kat twitter... ermmm abaikan)

Time to sleep.

Razin dok mencari2 mak dia untuk dipeluk. yer, sangatlah cair bila baby peluk kita time tido... isk... :')

Renungan yang mencairkan hati seorang ibu...

Salam semua...

p/s: Aaa.. sterilizer dah selamat dibeli orang. Thanks yer... esok akan dipos.


alhamdulIllah...
Sunday, September 11, 2011
bismIllah...


Ni ada iklan lagi... nak jual cos underutilised. huhu...

Tommee Tippee Electronic Steam Sterilizer



Actually it comes with brush and thong (sepit)...
Tapi thong jela yang saya leh bagi... hehehe



Selling very cheap at RM150 with Poslaju.
(negotiable)

Emel: sakura_anna@hotmail.com



**Fast sale.
I'll add in NEW 3 pairs of washable breast pads!

Thanks!


Status:
SOLD

Thank you, sweet mommy :)


alhamdulIllah...
Saturday, September 10, 2011
So jangan le tanya aku bila nak buat open house etc...

Kalau ada rezeki and masa, ada la.. kalo idak, idak le. HAHA

Aku tengah tension hal kerja ni. Banyak beno lak kerja lately. Cam hampehssss

Arini sampai umah time Maghrib. Dahle almost 1 whole day atas jalanraya je... Penat tau x??

Esok pun kerja lagi... Pagi sampai petang lak tu cos nak siapkan paperwork bertimbun yang tak sempat nak belek pun since tak lekat di ofis. Ni aku takleh tido mikir hal kerja and some stuff...

Sape yang nak bising-bising ofis takde orang memang nak kena maki ar pasni. Ingat aku suka kuar-kuar ni??

Meluat.

Dah.. jom layan video Razin yang Nini upload kat youtube, Aku pun tak sedar bila dia rakam ni... Ni masa kat umah Mak Yang kat Bangi time raya aritu (3,4th Sept 2011)




Razin makan buah oren (manis) yang dipotong and dimasukkan dalam mesh Munchkin's Fresh Fruit Feeder tu

Till then, salam...


p/s: Apsal cheque Nuffnang aku tak sampai-sampai lagi ni?? Selalunya 2,3hb mesti dah sampai... grrr....


Thursday, September 8, 2011
bismIllah...


Balik keje arini almost 9pm.

Ape la... benci betul aku...

Tapi takleh nak wat ape la since nak tunggu customer yang ada problem kereta i.e kunci kereta takleh tarik keluar. Gear ketat. Benda biase ar ni sebenarnya... jadi kat Ford Focus.

Nasib baik Mr CC (eh lame tak guna kata ganti nama ni hahaha) ada kat ofis untuk pickup aku abih keje. So dia la yang buat bagi boleh kuar kunci. Entah ape yang digodeknye ntah. Alih kereta and buat satu pusingan terus ok. Terkejut mamat Brazil tu. Nasibaik takyah tukar kereta. Maleh aku nak mikir nak tukar semula nanti -___-"

Arini aku kat atas jalan raya je. Pepagi ada deliver kat Ipoh Airport. Sebelum tu hantar Ford Mondeo yang due inspection arini ke workshop wat alignment, balancing and check brakes. Balik dari Ipoh amik Mondeo tu bawak pergi cuci then hantar ke Puspakom. Sekali FAIL!! Cam cibai. Dahle guna duit sendiri sebab petty cash dah abis. Bengkek je aku. Nak kena re-inspection, duit lagi. Dahle rental branch lain, bukannye Lumut! Bila mintak duit bagi alasan takde orang kat ofis untuk transfer duit. Grrrrr... mane tak berasap kepala aku arini.

Nyampah betul... Luck takde ke ape... Dahle masa otw ke Ipoh pagi tadi traffic lights yang punyerla berlambak dari Lumut-Ipoh almost 90% semuanya merah masa turn aku??? Bengangggg ok. Dahle nak cepat sebab reservation kul 11 pagi. Hantar kereta kat workshop pukul 9am (dah time tu je baru workshop bukak). Rush macam ape je. Memula ingat takmo langgar had laju tapi takleh nak watpe. Kena gak le speed kang lagi lambat, customer ngamuk. Kang kena saman, sendiri gak tanggung...

Serius rasa cam dah nyampah nak kerja.

Selama ni kerja kat KL memang takde pasal la aku nak keluar bawak kereta sangat. Abis-abis pun hantar kereta kat carwash je... tapi ni?? aiyooo penat la....

Yang buat aku lagi meluat is... ada orang anggap kita ni rileks je kerja. Rasa tak dihargai tau tak camne? Haaa tak best kan? So mood kerja aku dah ke laut dah ni...

Petang, lepas selesai inspection kat Puspakom and hantar balik kereta tu kat workshop dalam pukul 4 lebih baru dapat masuk ofis settlekan paperwork sikit-sikit. Bace emel yang bertubi-tubi masuk since 'ada case'. Serabut otak aku.

Sampai ke malam dok ofis. Nasibaik la umah dekat ngan ofis. Hmmmm...

Dah bosan la weh.

Benda yang tak sudah...

Lagi plak sekarang kerja under different people than what I'm used to, so dapat rasa sangat perbezaannya. Beza sangat. Dan tak best.

Kat KL pun same je sekarang... aku rasa, lagi teruk kot?

Haihhh.. kerja kerja... sampai bila tak abis...

Bila la aku mampu untuk 'tidak bekerja' ni??

T___T

Balik tadi terima parcel Baby Cubes aku. Lega... rebus sambil kukus buah epal+broccoli untuk buat puree Razin. Siap dah puree epal+broccoli dalam fridge.

Angkat cd-cd di jemuran untuk dilipat (tapi tak lipat pun lagi.. ada dalam bakul sebelah ni)

Hubby masak lagi arini. Ikan pari bakar... bebudak kapal mancing masa sailing. :)
.
.
.
.

Ade tak kerja-kerja yang senang dan dapat income best dengan duduk di rumah saje?? Suggestions pls.... huhu

Comments are closed.

Terfikir gak nak private je blog ni. Tapi kang lagi sakit pala otak aku simpan je sume yang terpendam...


Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!


Salam.



alhamdulIllah...
Wednesday, September 7, 2011

bismIllah...


Dah 2 hari aku mc. Isnin dan Selasa.

Isnin sebab cirit-birit... ni kes hari Sabtu nyer pasal. Masa pergi jumpa Abah kat Negeri Sembilan (oh.. jumpa mak tiri juga) ada hidang kopi barley SmartHerbs. Aku pun minum la... Alih-alih cirit-birit tak renti-renti sejak subuh Ahad sampai la ke Isnin.

Orang lain just 2,3 kali je ke jamban tapi aku?? Dalam sehari lebih 10 kali tau! Pedih bontot asyik berak je. Gile... Dehydrated sangat2. Razin lak just kentut-kentut je (still breastfeeding). tapi dia bantai berak gak masa kat umah Mak Yang malam Sabtu tu. Nasibaik sekali je. huhu

Pergi klinik Dr Saadiah amik mc and ubat cirit-birit pada pagi Isnin. Hubby masih cuti until Rabu so dia temankan. Kitorang tak amik lagi Diyana sebab hubby cuti kan... so biar hubby jaga baby. ;)

Makan ubat, ok la.. takdela cirit-birit dah. Lega... tapi nak ke malam, aku kena selsema pulakkkk...

Tak demam, tapi sakit tekak and selsema melampau. Meleleh je hidung. Tekak tak yah cakapla... nak telan air liur pun takleh. Perghhh perit gak le dugaan aku. Banyak benar dosa aku yer... asyik sakit je.. huhu... ape-ape pun, alhamdulillah...

Sempat masuk ofis semalam check ape yang patut tapi memang takleh lame-lame la... kepala berat, hidung menitik-nitik air, tekak pun macam kertas pasir... Dahle ade delivery ke Ipoh. Matiiii nak drive! So I told Ganesh I couldn't drive for long (nak drive apenye kalo mata and hidung berair2?). Nasibaik hubby cuti lagi so dia ber'part time' pickup Ganesh kat Ipoh.

Aku lak? Kena ar amik MC lagi...

Jumpa Dr Saadiah lagi. Senyum je doktor tu tengok aku hahaha... tapi memang betul aku sakit pun. Sekali check, rupanya tengkak aku dah bengkak dah. huhu... Nasibaik la tak jangkit ngan Razin. (Razin pun aku angkut ke klinik. Itu la bagusnya ada carseat :D)

Dapat lagi MC and ubat-ubatan yang perlu dimakan.

Alhamdulillah hari ni dah ok sikit walaupun kepala masih sakit. Yang penting, tekak tak bengkak lagi so dapat la aku membaham banyak sikit (kalo tak, nak makan pun susah).

Hubby lak, sepanjang aku tak berapa sihat and ke ofis ni, dia yang jaga Razin.

Cuak gak untuk biar dia jaga sebab Diyana tak ada...tapi since Isnin aritu aku dah ajar dia mandikan, pakaikan cd, cam ok la... Arini aku balik dari ofis tengok Razin dah siap mandi, minum susu and sedang tidur dalam buaian. Fuhhh legaaaa...


Since nak raya dulu (or earlier? ntah xperasan), Razin dah mula isap ibu kaki.
Orang tua kata nak adik?
Ahh.. mitos je tu! hehehe



Bukan ape, suami aku ni tak pernah langsung mandikan Razin sebelum ni. Tukarkan pampers pun adala sekali... tu pun masa aku dalam pantang kot? Pakai disposable diapers, bukan cd.

Tapi semalam, kat umah, masa Razin yak-yak dalam cd, aku suruh hubby tukarkan cos nak makan (Hubby belanje Secret Recipe tapi tapau cos Razin yak-yak kat situ hahahaha). Nasib baik ok. Saje je aku menaya dia. hihihi...tapi ok la kan... aku suh tukarkan cd baru je... tak suruh cuci cd pun. Kalau suruh cuci cd penuh poo tu confirm dia reject punye. huh..

Arini lunch hubby nak masak sup. Tak tau sup ape. Bedal jelah.

Aku lak tengah ketensionan sebab susu tak ada pagi tadi. Sian Razin jaga dari Subuh nak nyusu tak kenyang-kenyang... boleh ke susu tetiba takde???

Tapi... let's think positive.

Susu ada. Kurang je kot sebab aku tak berapa sihat.

Yeah... that must be it.
Mmmm cayang Razin!
Want to keep breastfeeding you until you're 2 years, baby...
(picture taken in Pahang masa Raya aritu)

Oklah.

That's all for now.

Salam.


alhamdulIllah...
Sunday, September 4, 2011
bismIllah...


30 Ogos 2011.

Raya tahun ni best.

Sebab raya kat kampung sendiri.

Sebab dah ada anak sendiri.

Sebab semua adik-beradik ada balik. :)

Ni waktu malam raya.
Razin dikelilingi Pak Uda dan Pak Uchu sambil diperhatikan oleh Ayah dan Onyang.
Suke la tu... kena kerumun camtu.



Tema tahun ni HIJAU.
Ni Razin pakai baju melayu yang Opah dia belikan.

VERY BIG.
So memang takleh pakai yang seluarnye...
Tukar pakai seluar Mak Razin beli.

Muka kena censored.
Muka tak mandi lagi. haha...
Dah jadi mak orang ni, ape-ape hal settlekan anak ngan suami dulu baru diri sendiri.
Heh.


Ni muka dah mandi. :)

Our little family...



KAMI.
Yong jer yang lari dari tema.
Tapi takpela... dimaafkan since takde saiz and kain tak cukup nak buat baju dia.







Sehari sebelum raya, hubby duty...
Pagi raya tu pagi-pagi hubby gerak ke Beruas lepas abis duty (kena duty le since tak jadi sailing).
Then esoknye (raya kedua), hubby duty 24hrs lagi. Raya ketiga baru nampak muka... then, gerak ke Pahang pulak.

Tak sampai hati le tak balik kampung dia kan... balik le jugak. hehehe...

Sempat tidur 2 malam di Pahang then pagi Sabtu gerak pergi umah Mak Tam di Taman Ehsan, Kepong cos Ijah bertunang.

Ni kat umah Mak Tam.
Abaikan muka kembang aku tu.. tu sebab tudung cenggitu tu... :P

Famous betul Razin kat sana.
Asyik hilang je... syok betul asyik kena dukung. huhu

Lepas abis majlis di rumah Mak Tam, aku follow Yong+Abg Wan ke Negeri Sembilan.
Bawak Razin jumpa Tok dia
(yang belah aku la.. Tok belah Pahang dah banyak kali jumpa da)


Pandai senyum tengok kamera...
Romper Auntie @chokilala bagi. :)

Err.. bapak aku kata muka Razin macam muka aku.
Apekah??
Sume orang dok kata Razin ikut muka bapak dia sebijik.
Hmmm...



Lepas tu, kami sume gerak ke rumah Mak Yang di Bangi.
Tido sana.

Ahad (hari ni) gerak balik Perak.

Details of each events nanti-nanti kalau free and rasa nak share, aku update blog.

That's all for now... Salam Aidilfitri!

p/s: Tak sabar nak update blog Razin. Banyak sangat benda yang perlu direkod...


alhamdulIllah...
bismIllah...


Busy nyer aku sampaikan last post adalah tentang cd dan bukannye wish raya. huahuahua...

Now dah balik dari cuti raya baru ada masa nak bukak blog.

Selamat Hari Raya semua!! :P

Rayaku sangat-sangat bermakna cos kali ni beraya sebagai seorang ibu!

Will update later cos still penat.

Salam!


alhamdulIllah