Wednesday, July 1, 2026

Artikah 2

bismillahirrahmanirrahim...


It's 8.04 am and I didn't go to my morning walk today as usual. I was tired since dawn. Woke up around 4 am to pee and might as well solat sunat then I went back to sleep. Woke up again at 6 am for our usual morning routine. Waking up the kids (I am so grateful to Allah that my three older boys can wake up on their own and getting ready by themselves) and getting ready to send them to school.

Yesterday I met Saiful, suami arwah Ika bersama Kak Shima. Of course I asked Kak Shima to accompany me. Now that Ika is gone, aku pula macam diamanahkan untuk jadi ketua trip (geng Manjung) and tolong settlekan bab-bab flights, itinerary etc etc. Since Ika booked most of our flights, aku nak check dengan suami dia bab email etc etc.

Anyway, we chatted about my late friend.

In her death certificate, the "Pulmonary Embolism" was the cause of death.

Pulmonary embolism (PE) bermaksud paru-paru tersumbat akibat darah beku. Gumpalan darah ini biasanya terbentuk di bahagian kaki (dipanggil DVT), kemudian bergerak melalui saluran darah dan tersangkut di dalam paru-paru. Keadaan ini sangat berbahaya dan merupakan kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera. [1, 2, 3, 4]
Untuk lebih mudah faham, anda boleh bayangkan saluran darah adalah seperti paip air di rumah. Jika ada gumpalan lumut (darah beku) yang menyumbat paip tersebut, air (darah) tidak akan sampai ke destinasi. Akibatnya, paru-paru tidak mendapat oksigen yang cukup dan jantung terpaksa bekerja terlalu keras.

Arwah dah terlantar di hospital since early April 2026 lagi.

Darah beku di kaki semestinya banyak. Sedih mengingatkan... she was still young...

Saiful commented and thanked us for being a good friends to her. He said he was surprised to see so many people came to the hospital the morning she passed. Aku memang ada pergi pagi tu and masa sampai, arwah tengah dimandikan di unit forensik. Memang ramai ada tunggu and aku bukanlah kenal semua kawan-kawan Ika yang lain. I saw Qaseh, the daughter, and she was calm.

But then Saiful said, tahu tak masa bila Qaseh sedih and macam tersedar umi dia dah takde?

Lepas keluar dari dimandikan dan dah siap dikafankan.

Aku pun masa ni terus rasa sakit dada seeing her like that. I bawled my eyes out. Typing these already made my eyes cloud.

Masa dalam van jenazah nak bawak balik ke rumah parents Saiful tu, Qaseh nangis tak henti-henti... Allah... 

Aku ingat nak tulis tentang trip-trip yang aku pergi dengan Ika but yesterday's meet was still fresh so I wanna write about that.

Saiful also commented that he's glad that Ika was friends with us, (with me) cos he said we gave good influence on her. Dia cite alhamdulillah masa kat hospital bila dia sedar tu ada dia mintak nak solat. Masa meninggal pun dekat rumah, Saiful cakap jenazah ada terbuka mata sekejap and then smiled. Wallahualam. Kita sendiri tak tahu pengakhiran kita ni macam mana kan? sempat ke aku nak bertaubat?
Ada ke orang nak tengok/ziarah aku one last time kalau aku mati nanti... 

For Ika, time solat jenazah ramai hadir kat masjid sebab diorang solatkan selepas solat Asar. Kat kubur pun ramai temankan. 

Aku sendiri first time ke kubur tengok pengebumian hari tu.

Death makes you self reflect.

Ika was healthy, active and living her life planning trips with family, friends... tapi kalau dah rezeki Allah setakat itu sahaja, ajal dah sampai, tamat lah sudah perjalanan kita dalam dunia ni.

Ada orang kerja dan kerja sampai tak enjoy life, tahu-tahu sakit and die.

Harta banyak mana di dunia ni pun, bukan boleh bawa mati. 

In my age right now (I'll be 41 in August), aku selalu juga risau what future holds. I don't have a steady job, a steady income - well how can I when I am the one yang kena uruskan anak 4 orang ke sekolah setiap pagi, urus rumah, amik budak dari sekolah, hantar sekolah agama, hantar mengaji, hantar tuisyen and at the same time nak bagi makan, urus rumah hal kain baju and mencuci itu ini.

So of course I am always scared of what future holds. Kalau aku sakit macam mana, sape nak urus anak-anak?  kalau jodoh tak panjang, mana aku nak merempat? Aku takde kerja, takde harta, takde savings pun. Aku cuma ada anak-anak aku jer. 

Suami dah 11 tahun PJJ and balik weekends je. Tu pun ada je setahun dia duduk Sandakan. Imagine how aku urus rumah dan anak-anak?dengan kekucing lagi. So memang aku takde kerja tetap. 
But alhamdulillah last year since ade beli kete baru, boleh daftar Grab and buat part time. Dapatla duit belanje. Terima kasih Allah Maha Baik.

And arwah Ika sign up Grab jugak under referral aku.

Which was why kitorang sangatlah rapat. Almost everyday ada je call/mesej sembang tentang kerja Grab... harga tambang berbaloi ke tak... share and compare earning hari-hari, update kalau ada roadblock ke, kalau customer teruk ke ape... now takde dah aku tempat nak merentan hari-hari bila buat Grab

To be honest, sejak Ika masuk hospital awal April tu, memang aku tak buat Grab dah. Aku cuma terima offline jobs dari customers yang ada no fon aku. That was it. Tak semangat langsung sebab dah takde kawan.

Aku sedih and memang sangat terkesan sangat dengan kehilangan kawan aku yang sorang ni. I am still so freaking sad... :(




Aku nak attach pictures but it's a hassle. Later lah kalau free


Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: