Showing posts with label Cats. Show all posts
Showing posts with label Cats. Show all posts
Friday, July 27, 2018
bismillahirrahmanirrahim




Hai blog. Lamanya tak bukak, tak sign in kahkah.

Busy gile hidupku sekarang.

Tapi nak catat gak la ape yang berlaku recently.


Last weekend aku join kelas grooming by MJMA Cats Motel & Spa.

Saje tambah skill, and memang aku nak belajar pun. Amik kau, bayar la duit kelas RM370. Tapi takpelah, ilmu ni... Lagipun En Jefri tu femes. Ape salahnye bayar untuk ilmu kan hehehe...

Kelasnye di Geli-geli Kucing Taiping (Kamunting).


Beria kan hehehe...
2 wanita di kiri tu adik-beradik and they're opening a new pet shop in Batu Gajah.
The one on the far right is already a pet shop owner in Gerik.

Me?
Saje suke suki kikiki...
Takdela aku nk buka pet shop pulak. haha...
Just maybe kalau dah tua-tua nanti bosan bisnes barang baby, bole la amik upah boarding and grooming kucing kot?
KALAU rajin. =P




Merasa la Red kena groom for 'show'. Hahaha
Nasib baik aku bawak Red. Dia baik je... elok je takde meronta-ronta bila mandi hihi...



So what did I learn?

Well, biasa la benda-benda basic camne nak handle kucing bla bla. Banyak juga benda baru yang dipelajari contohnye macam grooming tools. Ade macam-macam jenis brush/comb... setiap tools lain resultnye. Banyak sangatla. Aku rase 1 day tu memang singkat sangat untuk belajar macam-macam. I wish there were 3 days course.

For example; we did show grooming and basic grooming only. Hanya sempat mandikan 2 cats. Malangnye bawa kucing sama warna! Adoiyai... if only there were other cats yang warna putih, then kita boleh tengok proses whitening macam mana. How the cat transforms... and I also would like to know (and WATCH) how precisely do you groom a persian cat. Yela, tahu-tahu jela Persian ni mata dia tu semedang je kotor. So benda tu tak cover cos no one brought a persian. 

Mine was a mix of scottish fold and persian, and he doesn't have the persian profile much except for the long coat.

So agak rugi sikit la cos we didn't manage to see that.

However, Jefri said we could message him anytime if there's anything we would like to ask. Hopefully he'll be free enough to reply hehe...

Overall, still a beneficial class for me. Ada products knowledge. So I have the gist of what type of shampoo suitable for which cats etc. I just wish the class was longer! 

Shampoo-shampoo yang digunakan semua mahal-mahal weh. Even the scissors, the comb... pergh. Untuk aku yang baru nak berjinak-jinak ni memang aku telan air liur gak la cos barang-barang tu high end products. Mostly made in USA. Tahu-tahu jela bila benda berat, liquid plak tu... bila import ke Malaysia jadi mahal harganya huwaa...

(macam tu la kot bile orang tengok aku jual carseat & strollers harga ribu-ribu kot? Padahal ade yang murah kan... kualiti, brand tu yang buatkan mahal hehe)

Anyway, that's just a little bit on the grooming class I went to. Nak lebih info dan details, silalah join. Boleh contact terus MJMA Cats Motel & Spa untuk kelas seterusnya. Diorang wat tour satu malaysia sekarang. Ada 5 orang untuk satu kelas dah bole dah...


Kat bawah ni aku upload pics dua ekor kucing yang aku groom sendiri selepas pergi kelas grooming. Alah too bad takde before picture. Ah lantakla. Saje nak upload je pun...




Keira, the only female cat in the house.
9 months old.



And today aku mandikan Todd for the first time sejak bela dia.
Fyi, I adopted Todd last April... 29 April to be exact.

Masa dapat tu terus hantar Animal clinic untuk dia groom and bagi ubat cacing, ubat kutu etc. Memang aku tak pernah mandikan cos dia macam 'liar' sikit awal-awal tu. Takut orang, tak leh dipegang... maybe sebelum ni kena kurung je kot that's why dia camtu.

And today baru berani handle Todd. Mandi air panas... tapi sempat guna satu shampoo je. Aku nak guna dua, tapi takleh cos dia tak bekerjasama. Maybe next time.


Todd, 8 months 22 days.

1st time aku turn on blower tu dia berlari ke sana sini dalam sangkar. Takut sangat-sangat.
So aku stop. Then aku tengok muka dia n cakap slow-slow that I just wanted to dry him off, the 2nd time aku turn on blower dia tak lari-lari dah. Just dok diam biar aku keringkan. Bagus betul Todd!






Tak sempat kering bagi abis jugak cos lama gile weh nak keringkan bulu dia ni. Tebal semacam. Kat bahagian kaki ade lembab-lembab sikit.


Anyway, that's all for now.

Bye


p/s: I made a new instagram account for my furbabies. Follow us at @ryesfurbabies

Thanks!




Written By Ryehana
alhamdulillah...
Tuesday, March 13, 2018
bismillah...



Well well well...

Who would've thought at this hour (12.46am), I've just finished boiling some meat with pumpkin and then blending those up and feed my cats that.

I slept since lepas Maghrib around 7.45pm and woke up around 11pm. Ngantok and penat cos period day 2. Bangun-bangun terus check daging yang aku defrost... Diyana dh masukkan dalam peti ais rupanya. Nasibaik bahagian bawah so no need to thaw em back.

Rebus daging with pumpkin sebab risau ade yang cirit. But so far ok je...

Anyway, tahukah kamu wahai dear blog bahawa aku sekarang dah ambil service boarding and grooming?

Hell yeah!

I don't know what makes me want to do that but I did anyway. I enjoy seeing comot cats became cleaner and smell good!

1st customer aku was Kak Iezan. Dia tanya price nak hantar pet shop berapa etc then aku offer hantar kat aku jelah. Plus, kucing dia sekor je... si Callie. I won't cage her. So it's better if she just send the cat to me. So there. My 1st experience terima boarding and grooming kucing.

Though on the grooming part, aku nak improve myself and nak join kelas grooming. However the soonest class was on 18th March, which of course I couldn't attend. Aku nak pergi Perhentian, yeay!

So hopefully another opportunity opens up later. The dates that I can come. Ni pun satu hal jugak cos kelas etc semua kat KL. Aku ni lak kat Lumut, Perak. Nak drive sesorang tu memang susah le kan. Next option just maybe naik train or bas... or suruh laki aku hantar. Tapi nak suruh laki aku hantar pun susah cos dia keje kat Klang and balik pun Jumaat... kalau kelas weekend okla. If weekdays memang susah le. Tu pun if weekend, jenuh gak dia ulang alik. Balik Perak, pergi KL... then balik Perak again and dia pun balik Klang semula. Gile penat. lmao

I have a new cat by the way. The name's Red.

He's a mix of Scottish fold and Persian. Tapi paham-paham jela bila dah mix ni, takdela nampak sangat the fold of his ears. He took after the mother though. The color, the fur... and he is the most adorable chubby kitten! Geram sangat cos very playful, chubby (kuat makan!) and comel <3 p="">


Red
Male, 4 months plus
DOB 22/10/2017
Scottish Fold + Persian



I don't know why... now rase macam gile nak bela kucing-kucing berbaka pulak. Definitely berbeza dari kucing biasa dari segi fur, temperament and body structure. And it amazed me how different they are... same species but different breed. Rase nak bela semua breed kucing yang comel-comel.

Yes, aku suke yang comel and rare. Who doesn't kan? Doesn't mean I don't like strays though. Kat porch aku memang dah get ready bekas makanan and air untuk mana-mana kucing yang lapar. Siap tong makanan pun kat porch. Bagi Royal Canin lagi kahkah... 

Sebab kucing-kucing aku suka tukar selera... kejap2 makan Hair & Skin, pastu tak habis lagi dah taknak... aku bagi Keira makan yg BSH Kitten, yang lain-lain pun makan tu jugak so mana yang tak habis memang bagi strays je. Amazingly kan, sekor pun tak penah buat hal berak depan rumah. Alhamdulillah... aku memang ade get ready jugak satu litter box dalam sangkar depan and the cage's door memang biar terbuka je. Sometimes ade kucing pee... tapi tak penah nampak poop lagi dalam tu. Heee... so if nak elakkan kucing2 stray poop depan rumah, sila sediakan pasir/litterbox. At least senang nak buang. Just scoop je. Berbanding nak kena basuh everyday. =D

Oh.Aku takde cerita tentang Keira kat blog ni.

Sebab adopt her masa bulan 1. Bulan 1 standard le busy anak-anak masuk sekolah etc kan... 8th Jan 2018 to be exact. 




Keira
4 months plus
Female, British shorthair
DOB 10/10/2017





Red, Ken (the white one, Lola's son) and Keira 



Anak-anak Lola yang lain dah kena rehome. So kat rumah ada 5 cats. Lola, Boboi, Keira, Ken and Red. 

Boboi and Ken bakal rehome to Beruas sebab Mamito nak jaga katanya. Boboi dah neutered so aku ok je... Ken tu nanti aku akan neuter jugak lepas cukup umur and berat. Memang tak nak bagi beranak pinak kat kampung tu. Dah sterile, lega sikit if lepas kat luar pun.

All my cats are indoor. Lola je sometimes keluar sebab dia tahu nak balik. Dari dia ade anak banyak-banyak tu pun dia asyik nak keluar je so I let her. Then she returned back for her kids. So ok la. Kesian gak actually terperuk je dalam rumah. 

But aku kurung sebab 
1) Takut orang curi
2) Takut berak kencing rumah orang

I don't think Lola does that though. Sebab lepas pun kejap-kejap je... She wanted to be under the sun and biting the grass etc. Well... hopefully memang takdela buat hal. Huhuh...

See?

Officially a crazy cat lady. Blogging about cats!


Till next time. Bye

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, December 13, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Ya Allah... the last post was in October, now dah 13 December 2017 dah.

That means I haven't written anything in November. Hahaha.. busy nak mampos ke? Ke dah mampos? Muahahaha... kalau dah mampos takde la leh menaip lagi ye dak?


Anyway, yes... macam biasa ah, alasan mak anak ramai... sibuk le, ape lagi.

Aku private kejap blog ni aritu sebab macam tak best, takde update pastu open je. haha... biar open masa aku ade menulis ok le.


1. Aku busy jaga kucing.

- Kak Lang pass kucing dia untuk aku jaga sebab dia nak pergi Algeria last month. Dia pergi 3 minggu, then maybe nak jimat duit hostel and risau Pappy kena kurung je, maka hantar kat aku. Ok la aku jaga walaupun keberatan jugak since aku dah ade 2 ekor kat umah then Lola masa tu tunggu masa nak beranak je.



- Lola beranak pada 16 November yang lepas. Pappy plak (kucing Kak Lang) laki aku bawa balik Lumut pada 17 November. Sampai-sampai je Boboi marah le kan cos another male cat lain dalam rumah... udah satu keje pulak nak asingkan diorg dua ekor. Dengan si Lola baru beranaknye... dengan anak dia mati sekornye (more on that in next post)











- Kak Lang dah balik Malaysia Isnin lepas. Elok la laki aku cuti Isnin tu cos Selangor cuti birthday Sultan. So pagi2 Selasa baru balik Klang, angkut Pappy sekali. Belayar dah la sekor tu. Tinggal Boboi, Lola and the kittens je lagi kat rumah ni.

- Now aku agak serabut cos Lola and Boboi kena ringworm (sejenis fungal infection). Senang citer kena fungus la... Kulat kat kulit. Macam kurap tapi bukan kurap?

- Stress le jugak cos takut berjangkit kat kittens. Though I think diorang dah infected by now. Haihhh

- Now Lola and the kittens reside in one of more room upstairs. The guest room actually. Tapi now the kittens dah besar sikit and mula aktif asyik merayap and pee (belum poo lagi btw). So maybe nak kena letak dalam sangkar gak kot kat atas tu. Balik ni kang aku nak mengemas nak disinfect all the cat stuff upstairs.




- Nak litter trained the kittens dari awal. Aku dah siap beli tofu litter for them. Hopefully berjaya lah. Diorang baru nak masuk sebulan and still haven't eaten yet. Asyik menyusu je. Lola dah kurus kering and dah tak cantik dah body... kesian... sebijik sama mcm mak orang. Masa anak dara badan solid molid, dah beranak and menyusukan abis kendur semua. kahkahkah

- Anyway aku plan nak mandulkan both Lola and Boboi. Tapi Boboi tu cam sayang plak takde baka. Dia tu aku beli. Lola pn aku beli. Anak-anak Lola so far memang ade orang book nak beli. Yela, kucing cantik bulu kembang kan... so... ntah la. Masih dilema nak biar Lola mating lagi skali ke or mandulkan je terus. The kittens bukan anak Boboi btw. Kucing jantannye dari kawan dalam group kucing yang duduk kat Bukit Permata. DLH je. Oh well... nanti lah cite hal kucing lagi.




2. Razin dah nak masuk Darjah 1 tahun depan. Aku masih risau and sedikit susah hati cos Razin agak slow jugak la bab membaca. Sangatla berbeza dengan aku masa kecik. Aku pergi tadika umur 6 tahun. And tak lama lepas tu aku dah boleh membaca and been reading storybooks sejak kecik. Memang hobi aku membaca. I fucking love books. Tapi anak aku...? Suruh membaca kena paksa. And dia kekadang macam lupa ape dia belajar. Stress gile and serius rase down masa menunggu dia habiskan baca certain2 paragraphs. Allah... dugaan kan? tapi depan dia takleh la nak marah-marah or tunjuk aku kecewa cos kang lagi la dia rase tak best kan? Maka aku pura-pura jelah happy and tak marah dia terhegeh2 baca.... walaupun kekadang terlepas juga. :(




3. Razin ada benda-benda yang dia fobia sekarang.

- Escalator/travelator. Sangat-sangat takut naik benda ni especially yang travelator macam kat Tesco tu. Dia marah and tak bagi aku pergi Tesco and siap suggest suruh pergi tempat lain (Aeon) sebab nak elak naik travelator tu. I wondered, did he saw any accidents videos involving those things? bila tanya, dia cakap takde tengok. But 'teacher said to be extra careful bila naik escalator', he said.

- Afraid of the sea. Tak nak mandi laut. Tak suke kena air laut.


4. Raul dah nak masuk 4 years tahun depan. Dia ni pun ada isu speech delay sikit. I mean, at first aku suspect jugak anak aku ni ade mild autism ke cos dia lambat bercakap, orang tak paham dia cakap ape and ade jugakla actions yang buat aku suspect camtu. Tapi bila bawa jumpa doctor, doctor cakap he's ok. Ada eye contact when talk, he loves being cuddled and he's active. Pertuturan jelah maybe a late talker? I don't know. I hope he can talk properly and CLEARLY soon. :(

5. Raiq... well, he's 2. 28 months. Terrible two phase, YES! Tak reti duduk diam, ade je benda yang dia nak sentuh dan main, Very very curious and full of mischief. Asyik jatuh and involved in accidents. The last one was last 2 weeks. A wood fell on his head masa dia tengok orang bertukang. His head was bleeding a lot and I panicked. Went to emergency in KK Beruas and luckily tak kena jahit. Maybe darah banyak cos head injury and it was noon? Risau gile aku. Dia dah penah juga berdarah kat kepala masa jatuh bilik air kat Lexis Penang last Feb dulu. Sangatla merisaukan...

6. But Raiq also penyejuk hati. Budak yang pandai sejukkan hati aku, budak ni lah. Suka peluk and cium2 Mak... siap cakap "Sayangggg Mak". Cair semua orang dengan dia ni. Kejap-kejap "Sayang Opah", "Sayang Ayah", "Sayang Ibu" huhu. He's also very talkative and seemed very bright. Ape yang diajar cepat je tangkap. Lagi banyak cakap dari Raul. Of course, kalau nak banding vocab, aku rase Raiq has more vocab than Raul. He speaks clearly too. Kiranya ape dia cakap lebih senang nak paham dari ape Raul cakap.

7. Raiq dah stop nyusu badan since a few months ago tapi sometime he missed it, I think. Kesian bila mengingatkan Raul tak sempat nyusu badan lama-lama.



Ade banyak lagi nak tulis tapi cam malas dah. K la... till then. Bye



Written By Ryehana
Wednesday, September 27, 2017

bismillahirrahmanirrahim...


Dah lama nak update hal kucing-kucingan, tapi busy manjang... now tengah free jap, anak-anak dah tidur, dah minum kopi secawan, mood pun datang untuk update blog hehehe...

So Lola was adopted last July, then aku ada juga menjaga stray cat for 3 weeks before dia melarikan diri.


The stray cat was Snowbell.

Tak tahu kucing siapa, tapi obviously kucing tu kucing baka cos mukanya penyet. Semi flat face or flat face ntah tak tau la aku. Bulu dia memang panjang tapi tak berjaga. Kesian sangat... bagi makan je before cos dia macam liar, then balik dari Langkawi last month, aku tangkap and jaga.



Video pertama Snowbell. 

Dah selalu nampak dia kat taman perumahan tapi tak amik cos macam bertuan. Dia akan duduk kat depan rumah jiran yang bertentang rumah kami.

She was so filthy. Aku sendiri geli nak pegang sebenarnya. Tapi aku kesian, I know she was beautiful before. She must be. Muka dia memang bukan muka kucing kampung. Plus, she's a long haired cat.





Kotor gila kan?

Dengan busuknye... huhu...



Tak sempat aku nak mandikan, laki aku dah mandikan Snowbell dulu.
Tapi tak puas hati cos hitam-hitam kat kaki takleh hilang. Kena cukur buang, so aku bawak terus Snowbell pergi jumpa vet.



Animal Clinic kat Seri Manjung (near Giant)

Masa ni aku datang time klinik dah nak tutup. So tak lama la consultation nyer.
Bagi makan ubat cacing, letak ubat kutu and aku mintak diorang tolong trim and buang bulu-bulu yang dah rosak/hitam/melekat tu.

Found out her gender (masa tu tak tau jantan ke betina), how old she was (vet said she's old), she has eczema at her front legs, and her tongue ada masalah... and also mouth ulcer. Sebab tu mulut dia berair je... kesian sangat :'(


Rupa Snowbell lepas balik klinik.

Ekor dah kena cukur. Bulu-bulu area bontot, kaki pun kena cukur...


Muka garang.


Caged.


Then aku hantar dia pergi grooming pulak. Sebab tak puas hati tengok rupa dia macam tu.
Aku pergi DJ Pet House kat Venice, saje usya-usya cat food and then owner dia ramah so aku tunjuk gambar Snowbell and tanya pendapat dia camne nak bagi elok... dia suruh aku bawak untuk grooming and treatment.

Bila bawak, he said bulu Snowbell ada hama (yela dia lama terbiar kan) so better aku cukur habis or buat lion cut.

Tanya berapa kena, RM120. Gulp. Tapi buat jelah cos kesian menengok rupe Snowbell tu.


With Mr Addy Ong, owner DJ Pet House yang telah groomed Snowbell.


She did look better, didn't she?

Bersih dah. Baru la aku lega nak pegang-pegang. Haha



Blah je dari pet shop tu aku terus ke klinik haiwan lagi satu kat Taman Samudera. Tak pernah pergi sini, tapi sebab Mr Addy tu rekemen sesangat untuk ke sini to treat Snowbell's ulser, aku pun pergi la.


Vet dia melayu, Dr Hidayah (not the one in pic)



Ubat Snowbell... was charged RM40.

Tapi seksanya la nak bagi dia makan ubat oiiii...

Tak baik-baik sudahnye... sebab dia tak makan ubat/luahkan semula. Bengang je aku...


Beza sangat rupanya kan... Bersih je. Suke betul aku time ni hehehe


Balik dari klinik macam gatal badan/nak mating. Ntah le... asyik bergolek... tapi malas layan.



Kalau jaga elok-elok, memang lawa dia ni... tapi aku fail bab bagi makan ubat.

Dah bersih baru la aku lepas dia masuk rumah. Tu pun dia takut-takut....

Oh btw, rumah bertambah jaring untuk elakkan kucing lari huahuahua...

Penat jaga kang lari, sia-sia je usaha...





Anyway, Snowbell dah takde dalam rumah ni.

Dia lari lepas aku mandikan dia beberapa hari lepas. Elok mandi and dah keringkan, saje la aku lepas dalam rumah. Rupanya Umi lupe tutup pintu depan. Ape lagi, mencicit dia lari... tapi dia lari pergi rumah bertentang ni je... dekat je... so I guess maybe tu rumah dia/tuan dia?
Tapi kenapa la tak jaga leklok... sian Snowbell...

Now dia ada juga datang kejap-kejap ke rumah ni tapi luar pagar je.
Datang cos nak makan kot?

Husband dah pesan suruh tangkap kalau dapat cos ade kawan dia nak jaga.

We'll see... kalau dapat la cos dia jinak-jinak merpati.

Aku dah jaga 3 minggu dalam rumah pun dia still distant. Sabo jelah.

Lola hates her by the way =P





Video and gambar terakhir Snowbell yang aku ada.
Right before dia larikan diri...


First time aku mandikan dia.

Sekarang dah comot balik dah bila ternampak kat luar. Sabar jelah Snowbell oiii



Oklah tu je nak cerita hal Snowbell si kucing jalanan, the free cat. 


Since she's gone, I have adopted another cat.

That one will be in another post.

Till then. Toodles!







Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, August 2, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Bought the 10L ones at RM46. 
Beli di Kedai My Pet Zone Sri Manjung
Aku rasa kedai ni je ade jual kat Manjung cos Top Pet Shop yang besar kat Sitiawan pun takde brand ni. Ade jual wood pallet lain...





Lola's pee. huahua
Jadi ball, senang nak remove.




Boleh terus humban masuk toilet and flushed it down.





Dah pakai almost a week now and I really like it! Tak berbau, mudah dikompos and paling penting, boleh flush masuk toilet. Kurang sampah. Though ada orang review diorang still buang cos takut toilet sumbat, but believe me, I don't think so. Sebab material dia dari serbuk kayu yang mengembang bila kena air. Memang senang hancur. Lagipun ni teknologi Jerman kot. Import dari Jerman. So aku yakin diorang dah buat research and study yang terbaik.

The downside?

1) BERSEPAH. Hahaha... sama jelah macam pakai kristal kot. Or maybe much worse? Sebab ni kepingan kayu... lagi sakit mata tengok dari butiran kristal. Haha... Sehari kena sapu 3x kat sangkar tempat dia melepas ni... 

2) COSTLY. Well, for me... a bit costly lah. Selalu pasir leh dapat dalam RM20 gitu seguni kecik...lasts for a month I think? Tapi ni 10L dah RM46 and aku tak pasti tahan sebulan ke tak. From the amount of waste yang kucing sepahkan, macam tak sampai sebulan abis 10L. Tu sekor kucing ye... Lola is 6 months old. Kalau kucing banyak, banyak taik? haaa jenuh hahahaha... 

Ape pun, we'll see berapa lama 'mampu' nak pakai benda alah ni. I hope for long. Cos aku suka kemudahan flush masuk jamban tu. Tak pening nak buang taik masuk plastik, pastu masuk tong sampah... Berbau gile tong sampah walaupun taiknye majlis bandaran dah angkut. Tau-tau jela taik kucing kan... busuk gile...

If flush masuk jamban memang settle la. Takde pencemaran bau langsung. Sangat kagum jugak dengan Ã–ko Plus ni cos walaupn ada cebis-cebis kepingan kayu bertaik yang jatuh dari scoop (haritu Lola sakit, cirit-birit), still... the litterbox tak berbau langsung. ODORLESS. Ok, not exactly odorless.. ade bau kayu la... tapi of cos la better bau kayu dari bau tahi kucing kannnn... hahahaha


Will I recommend this to a friend?

DEFINITELY!




Love you, Lola!

Dah berisi aku tengok dia ni.
Ape taknya, diet RC Hair & Skin...

Pas habis yang trial pack tu nak bagi FIT32. 
Hopefully rasi la... tak sabar nak bagi gemok haha




Written By Ryehana
alhamdulillah...