Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts
Monday, August 21, 2017
bismillah...




So I'm officially a 32 year olds now! Oh my.. tuanya...

My birthday was last week, didn't do nothing much. Tempah cupcakes and went back to Beruas on Thursday with the kids.

Why cupcakes? Sebab dah jemu makan kek biasa since bulan July aritu dah 2x celebrate birthday July babies; Mak & Hanis masa awal bulan July... Raiq masa 29 July. Dua-dua beli kek.

So kali ni cupcakes dari favorite baker, kak Iezan Woods (check out her instagram @thelilsweet)



4 biji yang ada decoration fondant tu dia bagi hadiah... Hihi..
Thank you!





Tempah 2 dozens. 12 bijik choc cupcakes and 12 bijik lagi red velvet ones.
Yummm... sedap!



Hari Jumaat just melepak jela kat Beruas...

Went back to Lumut on Saturday cos nak pergi tengok wayang. Dapat tiket free for 2 sempena birthday kan, so ajak Nini tengok cite baru; The Hitman's Bodyguard. Aku nak tengok sebab ade Samuel Jackson and Ryan Reynolds. Diyana & Hanis pun ikut.

Seperti yang dijangka, cerita dia best and kelakar... macam citer The Hateful Eight juga. hehe... Balik tu singgah Popular, beli novel. Tetiba rasa nak baca chick flick... bought a Sophie Kinsella's. Belum habis baca lagi. Semoga bila anak-anak tengok Mak diorang ni membaca, diorang pun ade rase nak baca buku plak.

Razin and Raul always ask me "Kenapa Mak? Kenapa Mak?" whenever I cried or laughed out loud while reading books.

Aku kan emotional. If aku hepi aku tunjuk, if aku sedih pun orang boleh nampak. Bukan mcm laki aku yang naik roller coaster pun tak berbunyi ape... -___-


Sophie Kinsella and Teme.



Oh and did you know I've taken up gardening as my new hobby? Hahahaha... never thought the day would come. XP


Beli online okeh. First time aku beli pokok bunga secara online. kahkah
6 pokok RM100. Semua ada nama-nama dia... sebab memang beli dari pakar rose. =P





Ni Mary Rose namanya. Aku beli dua. Satu dah tanam dalam pasu kat belakang rumah di Lumut.
Satu lagi ni aku bawa balik Beruas nak tanam kat rumah Mamito.




Seronok sangat bila tengok bunga tu berkembang esoknya! Hepi gila haha...
Ade dua pokok ros yang aku tanam kat Beruas ni. 1 dalam pasu, satu lagi kat taman Nini...


So terus la melekat rase seronok tu sampai dua hari lepas tu aku pergi beli lagi pokok bunga ros dekat nursery depan Aeon manjung hehe...




My lil garden hehe...

2 pasu besar kat bawah tu ada 2 pokok rose;
The Ingenious Mr Fairchild and Lord Byron

Dekat rak putih tu yang depan sekali daun cenohom orang perak panggil... or nama lain daun kesum, daun laksa...

Middle one; bunga ros beli kat Abon Nursery depan Aeon. Tak tahu nama apa. Tanya nyonya tu pun dia tak tahu hahaha... 

Belakang sekali aku saje semai benih pak choy...



Benih pak choy... main campak je...



Tangan nak runaih bunga ros Mak... tapi tengok Mak dulu takut kena marah. huh


Ade lagi dua pasu kat belakang rumah. Yang tu Mary Rose and Lady of Megginch (LOM).

Tapi yang LOM tu macam nak mati je aku tengok. 

Dahla lawa... kalau menjadi, bunga dia macam kat bawah ni:


Bestnya kalau tanam kat tanah kan... 
Rumah Lumut takde tanah. Kena pergi homestay.. tapi mana ade sape nak pergi rumah manjung tu hari-hari. Koser ah. Dahla jauh...




Ni pak choy dalam pot kat tingkap dekat sinki dapur rumah. hehe...




Seronok plak bercucuk tanam.
Tak tahu la sampai bila semangatnye ni... hopefully bertahan lama.

Oh mai... makcik-makcik sangat! LOL


K lah.. adios.


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, September 13, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...



Alas, i finally finished reading the 1st book! Malam kang start baca 2nd book: The Scorch Trials.

All these books arrived last Tuesday. Lambat cos buku baby takde stock and tunggu stock sampai.. Nak abiskan 1 buku amik masa 5 hari nampaknya. Huahua... Camni le ade anak kecik. 


Ya... Aku sangat gemok sekarang. 84 kg wei! What to do, nak berbengkung tak boleh cos luka lambat baik... Tapi aku target after 3 months dah bole dah kot berbengkung or pakai corset? Benda ni bukan tolong bagi kurus terus ye. Tak. Tapi since perut kena compress, maka takleh melantak banyak2 sangat hahaha.. So dari situ selalunye akan start turun berat sikit... Aku tak target banyak, dapat turun 70 kg pn jadi le... Now 84 tu gile la besar sgt! Sedih aku... Berat ideal 58-60kg btw :'(

Ni gambar selfie time laki aku singgah Kosmos beli barang. 


Kami keluar ke Aeon tadi... Raiq belum biase duduk dalam carseat. Marah je kerjanya. Get use to it lah baby

Ni carseat Maxi Cosi Pebble Plus by the way. See the extra newborn support? Bestttt! dah jual carseat Pebble Raul yang lama... Nampaknya setiap baby semua dapat carseat baru. Err kecuali Razin dulu. Dulu mak tak mampu so Razin pakai preloved Maxi Cosi Cabriofix je... Tapi lepas2 tu dia la rasmi segala benda 😄

Maxi Cosi Pebble Plus ni baru kuar tahun ni. Aku suka sangat! Nanti free aku review and compare Pebble lama dgn Pebble Plus.



Cradle cap on Raiq's head detected!

Actually time dalam kete berselfie2 ni baru perasan. Berkerak gile gile. Geram aku... Balik tadi aku mandikan and tonyoh tapi masih tak hilang semua lagi. Nak buat lebih2 takleh cos Raiq melalak.. Dia slalu suke je mandi.. Tp kali ni dapat rasa something wrong kot cos lama mak dia gonyoh kepala huhu... esoklah try lagi...



Lagi gambar... Hmmm..



Gambar malam tadi. Raiq senyum!

Baju ni size 0-3months sleepsuit Next UK. Dah besar dah budak ni.. Dari lahir dulu dia pakai size "up to 1 month", now dah boleh upgrade ke "up to 3 months" walaupn kaki sleepsuit masih banyak berlebih hehehe..

Kalau jual preloved baju newborn Raiq ni laku ke ek.. Mls nk simpan cos lambattttt lagi nak beranak lagi (if ever). Mmmm tunggu jela dia tak muat semua baju newborn, nanti jual sekali. Dapat Mak kaki shopping gini lah.. Padahal dah 3 boys, bole je pakai baju lama Raul.. Ni tak, beli jugak! Huahua


K lah.. Bakal bersambung bile free.

Bye



Alhamdulillah...

Sunday, June 14, 2015
Bismillahirrahmanirrahim



I bought this book agessss ago. Before ade Raul, I think.

Baru baca few days ago tu pun belum habis and I skipped chapters. Politics bored me to death.

But I was fascinated with his stories. His early life. A truly eye opener.

Let's hope I could finish this book soon.


By the way, selamat menyambut bulan puasa!



Alhamdulillah...
Tuesday, August 12, 2014
Bismillahirrahmanirrahim

Been meaning to write since last week but I was so busy with Raya (balik Pahang) and other things... So this blog was ignored for quite some time eh?

Anyway, i just bought The Hunger Games trilogy books... Tertinggal keretapi. Movie dah tgk sampai no.2, tapi buku tak baca.

I was such an avid reader (well, depends buku jgkla) once upon a time... So it was good to finally been able to read again.

I finished The Hunger Games book in several hours last Saturday... Pegi Popular petabg, lepas Maghrib start baca sanpai la pukul 2.30 pagi huhu...

Then the second book Catching Fire on Sunday. Abis dalam satu hari...

Cepat dapat abiskan cos I was at my mom's! Heheheh

Giler la mana dapat nak bace buku bersenang2 kalau kat rumah sendiri. Usah harap. Ni sebab ramai org tlg jaga Raul and melayan Razin, okla... Aku rilek je. Time makan, makan... Pinggan pun tak basuh wakakaka.. Keji btl. Lepas geram sungguh 😝

Anyway, arini Isnin and now dah pukul 1pagi (Selasa) and aku belum lagi abiskan the final book; Mockingjay

Biasela banyak benda yang kacau huahua

Well bateri phone nak kong (kat phone baru leh update, kalau kat lappy confirm terbuat keje lain)

Till then and selamat hari raya.


Gambar hari Sabtu masa singgah Eco park (tmn botani ipoh)...

Omg i am so fattttt 😭

*nangisjelatapiexercisenyeridak*


Alhamdulillah....
Bismillahirrahmanirrahim

Been meaning to write since last week but I was so busy with Raya (balik Pahang) and other things... So this blog was ignored for quite some time eh?

Anyway, i just bought The Hunger Games trilogy books... Tertinggal keretapi. Movie dah tgk sampai no.2, tapi buku tak baca.

I was such an avid reader (well, depends buku jgkla) once upon a time... So it was good to finally been able to read again.

I finished The Hunger Games book in several hours last Saturday... Pegi Popular petabg, lepas Maghrib start baca sanpai la pukul 2.30 pagi huhu...

Then the second book Catching Fire on Sunday. Abis dalam satu hari...

Cepat dapat abiskan cos I was at my mom's! Heheheh

Giler la mana dapat nak bace buku bersenang2 kalau kat rumah sendiri. Usah harap. Ni sebab ramai org tlg jaga Raul and melayan Razin, okla... Aku rilek je. Time makan, makan... Pinggan pun tak basuh wakakaka.. Keji btl. Lepas geram sungguh 😝

Anyway, arini Isnin and now dah pukul 1pagi (Selasa) and aku belum lagi abiskan the final book; Mockingjay

Biasela banyak benda yang kacau huahua

Well bateri phone nak kong (kat phone baru leh update, kalau kat lappy confirm terbuat keje lain)

Till then and selamat hari raya.


Gambar hari Sabtu masa singgah Eco park (tmn botani ipoh)...

Omg i am so fattttt 😭

*nangisjelatapiexercisenyeridak*


Alhamdulillah....
Wednesday, July 24, 2013
bismIllah...


Sejak semalam nak update blog tapi asyik terbantut.

Malamku serasa begitu pendek kebelakangan ni. Tatkala menidurkan Razin, aku pun tertidur sekali. Ahh pedulilah. Asal cukup tidur.

Sekarang dah jam 3.48 am tapi aku masih belum boleh tidur. Penat dan mengantuk, ya... tapi entah kenapa mata aku masih segar lagi. Padahal hari ni takde pun berehat atau tidur siang.

Oh well...

Rindu pada suami. Jumaat ni beliau pulang... :)

Aku baru selesai mengadap Facebook. Rutin harian. Rutin setiap malam...

I miss reading books. Before, when I'm single or when I was pregnant, I spent my sleepless nights by reading. Ya Allah I don't know how to describe this feeling. I really miss reading a good book. Hours lying on bed... lost in the book.

Like right now, I  would usually be reading if I can't sleep. But no, not now. I can't switch on the lights cos Razin is sleeping... dia akan bangun or tido tak lena kalau lampu pasang... And frankly, aku rasa aku dah hilang minat membaca tu. Dah banyak kali sangat aku beli buku tapi baru baca 4,5 muka surat, aku give up dan tinggalkan buku tu. Now I have 2 magazines and 1 newspaper (semalam punyer) I haven't read.

Aku dah setahun tak beli paper kot. Semalam saje je beli newspaper cos umah aku xde surat khabar lama untuk buat sendal barang2 dalam kotak untuk dipos pada customer. huhu...

Sebab dah ada anak ke jadi malas baca buku?

Tapi Mak aku tak pun. Sampai sekarang she still read books.

Or could it be because I have other passion? my online business yang aku sangat fokus? hmph. Fokus la sangat. :P

Tah la...

Tapi having Razin memang buat aku busy pun. Kesian dekat dia cos aku busy mengadap FB (cari duit) sampai dia main sorang-sorang je.

Sejak last week, dah tak tinggal dia di kampung. Mak plak yang suruh tinggalkan Razin cos they miss him. Aku lak bosan kalau Razin takde... sunyi sangat. Yer. aku busy dengan kerja. Tapi siang je... petang bila dah settle sume pos2 barang, aku ok. Malam pun sama. Bosan kalau takde Razin.

Razin sekarang tengah fasa yang sangat comel.

He loves being close to his mother. And nampaknya dia dah boleh paham dah sekarang yang "Mak buat kerja" bila mengadap FB 24 jam. Kalau aku cakap "Mak busy la razin... buat kerja ni...", he would back away and went back to his Upin Ipin or toys.

He's currently obsessed with 'Peek a boo' game. Tengah seronok sangat menyorok dalam selimut or towel. Kalau aku bangun pergi toilet, bila back on bed, dia bawah selimut and senyap tak gerak.

When I asked, "Eh, mana Razin??", dia akan tergelak-gelak sambil cari jalan keluar dari bawah selimut untuk 'Tadaaaa!' kan aku.

Seriously, VERY cute moments.

Tersenyum bila ingat balik. A child is really an angel, kan... :)

Sikit lagi Razin akan pandai membebel dah rasanya. Sekarang pun dia tengah dalam proses nak bercakap dengan ayat-ayat yang lebih panjang dari biasa. Excited nak bersembang dengan anak bujang aku ni.

Dia lah madu... dia lah racun.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, December 23, 2012
bismIllah...


Rindu nak berblogging dengan rancak seperti dulu. Tapi apakan daya... sudah jadi mak orang ni banyak tanggungjawab, masa dan kesibukan melanda.

Aku rindu nak baca buku cerita wei. Last weekend Nyda pergi Big Bad Wolf punyer sale and berjaya merembat beberapa ketul buku. Sungguh aku kejelesan tahap gaban cos buku novel (what else yang aku bace lagi kan...) murah je! iskk... sebab jauh je. Kalau tak, memang aku dah sampai! Tak dulik... huhu

Hilangkan rindu bace buku dengan bace blog. Ceria sekejap hidupku membace blog si Pokapola. Sebelum kenal blog dia, dulu aku bace blog si Kahuna. Tapi sebab lambat benor berupdate blog Kahuna tu, now beralih arah ke Pokapola. haha... blog2 mereka ni sangat menceriakan hari aku. =p

Aku ade banyak benda nak settlekan tapi tak settle-settle.

Aku nak gunting rambut sejak sebelum pergi Indon lagi. Tapi belum buat.

Aku nak tengok wayang... pun belum jugak tengok. Sekarang ni nak sangat-sangat menonton cerita Life of Pi. Damn it, semua review kata cerita ni MESTI TONTON. Arghh...

Luckily, aku dah sempat settle hantar lukisan yang dibeli di Indon untuk diframekan. Dok husung lukisan tu ke sana sini dalam kereta, at last, last Friday aku berjaya hantar kat kedai sebelah Hong Leong Bank Sitiawan. Kerana lukisan tu besor (aku beli kat Cianpur dengan harga 200 ribu rupiah = lebih kurang RM60 which is cheap la jugak cos size dia memang besar gedabak. Bila frame, kena caj RM128. wakakaa... frame lagi mahal dari lukisan. Lukisan tu pemandangan di Cianpur... bukit bukau and sawah padi etc. Aku kan suka panorama camtu... hehe...

Mamito bought a painting too... but smaller than mine. And she chose scenery waterfall... suke benor gambar air... Padahal kat umah dah ade scenery waterfall gak.

Anywayyy....

Berbalik kepada things I need to settle... I wish I could do them next week. Laki aku ada balik ni, tapi so far dia dok busy gak. Ade jugak kerja dalam base siang tadi (Sabtu)... Isnin pun ade kerja.. Selasa dia balik Johor semula. Mati-mati aku ingat dia cuti seminggu... rupanya sampai Selasa je. heh.

Apa pun, banyak barang dari Johor dah diangkut sikit-sikit ke sini. Aritu hubby tumpang kereta orang, so leh la angkut barang... Malas bawak motor cos selalu hujan kot. huhu...

K lah... sekian sahaja cerita kali ni.

Diakhiri gambar poyo masa kat Bandung. Terima kasih.


Bulat kan pipi aku?
Pedulikkkk!


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, October 3, 2012
bismIllah...


I've blogged before that I haven't read much books/novels once I given birth to Razin.

Takde masa (time management yang hampeh sebenarnye) and buku aku selalu hilang. Well, not really lost la... tapi kejap-kejap letak sini, kejap-kejap letak sana.... and mood nak sambung baca semula selalu terbantut.

Dah lama giler jugak tak membeli buku baru...

Memang aku rindu gile the times I could spend engrossed in books...

Did I mention I bought an iPad? 2nd hand iPad 2 jer... sesaje gatal cos senang nak online especially when I bought it, I was at my mom's house in Beruas. Kat Beruas ade wifi (streamyx) so memang best la kan...

Now dah balik Johor, the iPad was underutilised except for playing games. Ade 3G, tapi aku belum beli-beli lagi simkad nyer. Maleh pun ada cos aku kan ade YES 4G bila balik Johor.. huhu.. so iPad tu memang tak pakai untuk online.

However, masa aku dok Beruas aritu, Nini and Mamito yang guna iPad aku. Since ade wifi, so paham-paham la kan... Me with hubby's laptop, Hubby use the Asus notebook, Nini pakai laptop dia yang selang-seli guna dengan Mak and Diyana. And kalau Hanis, Nan and Yong balik, each using their own laptops. Bayangkan masa raya dulu... udah macam hape je sume laptop terbuka bagai.

Nini adela donlod beberapa apps kat iPad tu. Aku tak amik pusing sangat cos aku guna iPad tu semata-mata untuk FB, emails, chats and main game sikit-sikit. Still tak puas guna tablet untuk buat kerja hehe...

Anyway, one of the apps Nini downloaded was iBooks (siyes, ni basic and free je kan.. tapi aku tak pernah nak amik tau pun). Dia mendonlod novels for Mamito. Maka, mak aku dok ngadap iPad sampai ke tengah-tengah malam and subuh (biase la... mak aku, aku, adik beradik pompuan yang lain kalau dapat bace buku citer mesti kena abiskan jugak! Tak kira masa dah)

Banyak jugak la citer dia donlod. Aku baru abis bace 1 novel: Sandra Brown punyer citer. Lupe dah tajuk dia. Cos now tengah bace Linda Howard's The Complete Mackenzie series.

Bagi yang tak tau, these two authors are my favorite kalau bab-bab love & romance. Hehehehe...

So now, I'm back to reading!

Sangat seronok!
Baru abis satu buku..
Lagi satu on the way... one more to go (4 stories in 1 book)


But Nini complained that she dan Mamito asyik berebut laptop. Mak guna laptop untuk membace je pun. =p

Oh, by the way... I just bought myself a 'Pemanggang Ajaib'! Kahkah... kelakar ok nama tu. ala, yang cap Ikan tu... sebenonye deme ni niru Happycall. Aku cari brand Happycall tak jumpa lak murah-murah, amik jela cap ikan ni. same je sebenonye. hehe...

Maka, sejak barang tu sampai semalam, aku dah keje nak memanggang je... I roast chicken and sausages (tu je yang ada). And today I made pancakes! Muahaha... cambest pulak. Petang tadi pergi Kipmart Masai beli ikan pari and ayam (lagi).

Kali ni nak roast ayam tu bagi sedap cos aritu takde perap lama-lama pun, so takde la sedap sangat. Ni aku baru lepas masukkan ayam yang diperap dalam peti ais. Esok mau panggang lagi.

Bertambah bulat la wehhhh... tapi pedulik la... aku kan nak preggy, takleh nak kurus/makan ubat kurus pun. :p

So long... mau google resepi-resepi lagi...

At times like this, rasa cambest jadi SAHM je. Fokus jaga anak, kemas rumah and memasak! Tak dok nak pening pikir ade barang customer belum bungkus, payment pending or... supplier lembab hantar barang. (which was stressing me out these past few weeks)

Till then.

Wasssalam...

p/s: sape ade resepi-resepi best guna pemanggang ajaib ni jemputla share... HEHE

p/p/s: Aku baru perasan ini lah 1st entry berlabel 'Cooking'. wakakakaka...


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, May 15, 2012
bismIllah...



I read this book a few days ago.
Nini yang beli...

Kalau nak tau, dah LAMAAAAAAAA giler aku tak baca buku cerita.
Sangat-sangat lama ok.

Since dah ada anak, ntah.. rasa macam tak cukup masa untuk diluangkan dengan membaca. 
I prefer to go online than reading books.

So, bila dah lama tak baca buku, slow sikit nak melekat.
Baru 14 muka surat dah ngantok.

Then baca lagi...

Pastu anak jaga nak susu+terberak+nak Mak, aku letak kejap buku.


Sampai hari ni aku tak jumpa buku tu dah.

Mana pergi eh???

Geram tau.

Aku nak bace!

Dah memalam buta takleh tido ni elokla baca novel kan?

Razin pun dah tido...

But, I couldn't find it!

=(


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, January 27, 2011
bismIllah...


Semalam memang tak lekat di ofis. Me and my colleague kena pergi Ipoh sebab 2 perkara. Satu, nak tukar Ford Ranger Sime Darby Industrial cos keta diorang dah nak due service. Kedua, nak collect kereta Waja yang customer nak return kat Taman Chateu, Ipoh.

Kitorang gerak lepas Zohor camtu... Sian lak kat my colleague, Ganesh (aku dah tak kerja sorang-sorang lagi) cos dia tak berapa sihat tapi kena jugak kerja. Nak wat camne kan... (arini dia MC. nasibaik la arini takde ape sangat). Aku lak ajak Nini ikut sekali (kan dia ada kat umah aku) cos nanti takdela aku kena drive Waja tu sorang-sorang dari Ipoh. Oh.. aku tak berapa pakar jalan Ipoh. Serabut otak. Jalan kat Ipoh tu lebih kurang macam KL je aku rasa... So, better aku bawak Nini teman aku. Hehehe...

Singgah Sime Darby Industrial di Jalan Lahat, Bukit Merah untuk tukar kereta... Bagi kereta Ranger yang kami bawak dari Lumut and amik Ranger diorang (swapping) untuk hantar pergi servis... ermmm nasib baik la bukan aku yang kena buat benda alah ni... Aku tak reti bawak manual!

Kalau auto tu aku reti la...
Sebelum ni taknah drive langsung Ford Ranger cos gedabak sangat, tapi bila dah tukar kat Lumut ni, aku bawak le jugak... tapi auto ok...
Yang macam atas ni memang aku surrender. huhu


Next, Ganesh hantar aku pergi collect kereta lak... kena rush cos nak elak jammed orang balik kerja... And then hujan plak tu... Paham-paham jela... Takut customer tu ngamuk lak kalau sampai lambat. Alhamdulillah sampai on time.

Lepas collect, aku suruh Nini drive cos dia lebih tau jalan kat Ipoh ni. Hehe... Ganesh lak, pas hantar kami amik kereta, dia gerak pergi workshop and ke Penang...

Well, aku sempat singgah Ipoh Parade! (it's late, kalo terus balik Lumut memang still lambat cos hujan dan jalan jem)

Singgah pun bukan sebab ape, nak amik/beli buku cerita je pun.

Novelhut, Ipoh Parade.
My favorite place in Ipoh. =)


This is my favorite section, by the way.


What I love about this store were the cheap price and the varieties of books they have.

Ada novel (english, malay, chinese), ada buku teks sekolah, ada buku-buku rujukan untuk budak-budak U, majalah etc...

Kedai buku ni jual buku-buku/majalah-majalah terpakai dan edisi lama sahaja. Tak perasan lak ada majalah yang baru ke tak... tapi rasa macam takde...

Kedai ni beli buku dari sesiapa yang nak jual buku, then dia akan sewa atau jual balik. That's why berlambak gile buku-buku kat kedai ni.

Ada lagi satu cawangan kat shoplots belakang Jaya Jusco Ipoh. Tapi aku pernah pergi situ dua kali je... tu pun lame dah... Tak tau ada lagi ke tak...

Bookworms' heaven. :)


Harga buku memang MURAH sangat!

Nak kata harga depends atas condition buku, well... ada je aku jumpa buku elok (berbalut plastik lagi) yang harga murah.

Tapi, kalau mahal pun sebab buku tu baru la... Mahal means above Rm20 for a book.

As for Mamito, she always rent the books. Harga lagi murah la... cos mak aku memang banyak giler buku citer... nak simpan kat umah pun buat nyemak je... aku kureng sikit ngan Mamito's choices on books. Asyik-asyik love story... Mak suka amik buku citer keluaran Mills & Boons... Harga dalam Rm1.50-2.50 jer kat sini (tak tebal sangat buku nya). Buku Sandra Brown jela yang kami sama-sama minat. :p

Semalam, aku sempat sambar 3 buah buku dan 1 majalah Impiana edisi lama untuk idea-idea renovate dapur nanti (yang dapur umah Kak Di Green Apple ade di'feature' di dalam majalah Impiana tu) Lupe nak snap gambar buku-buku dan majalah yang kubeli... Tapi buku dari Sandra Brown, Erich Segal dan juga Jackie Collins. Buku Jackie Collins tu RM2 je... tapi patut la RM2, tak best pun! huh... (padahal tak abis baca lagi)

Buku Sandra Brown; RM20 (cos baru) and Erich Segal's book was RM5.

Malam ni aku ingat nak bace buku Sandra Brown tu... hopefully hubby tak marah la...

Tau tak sebab kenapa aku dah jarang blog tentang buku?

Well... sebab suamiku rasa disisihkan bila aku start bace buku... So, rase serba-salah la nak beli novel lagi kan... Nak wat camne, aku ni kalau dah start membace novel, memang I'm in a world of my own. Terpisah dari realiti (that's how focus I'll be if the book's worth it!). Sesapa tegur or cakap ngan aku, memang aku tak perasan. Huhu...

Tapi since dah lama aku tak pegang novel, I think a couple of books (3 bijik je pun!) will do no harm. Lagipun dah tanya hubby awal-awal... nasib baik dia izinkan beli novel (yer, sampai macam tu sekali).

Kadang-kadang, how I wish my hubby loves to read like me too... Ada koleksi buku dia yang tersendiri. Leh share dan discuss...

Tapi, memang impossible. He's not that kind of guy. And setakat sejarah cintan aku dulu-dulu pun, memang aku tak pernah kapel/sangkut ngan lelaki ulat buku (novels lover). Ulat buku dari segi study tu of course la kan... I love men with brains. Tapi, kalau berboifrenkan lelaki yang suka bace novel, buku-buku motivasi, or ape-ape buku cerita la (auto biografi or true story), memang tak pernah ada. KAWAN, yes (tetiba teringat Faizal dak Komander masa Kesatria). But boyfriend, NO.

Opposites attract, I guess.

Oklah, that's all update for today.

Tak sabar nak balik umah bace buku! ^___^



alhamdulIllah...
Monday, December 13, 2010
bismIllah...


Aku tengah elok-elok layan buku cerita... then diganggu oleh bunyi gerudi dari lot sebelah, belakang dan atas. Dah la ofis aku ni kosong je... melantun-lantun bunyi...

Sakit kepala aku!



Tak ke rasa macam nak bakar je bangunan???

Bising gile.... serabut!! Bodooooooo...

Terus mati mood aku nak bace novel Sidney Sheldon yang aku dah beli lame tapi tak bace lagi rupanya... Malam tadi baru start bace...


Anyway, nak update perkembangan pregnancy.

Sekarang dah 6 bulan lebih. Perut memang makin besar toksah cite la... tapi alhamdulillah takde pecah-pecah di perut yang terbaru. Yang dulu punyer je yang ada... Okla... lega sikit. Tapi jenuh la kena sapu minyak pagi petang siang malam... huhu...

Baby dah jarang kick perut... at least, dah kurang rasa perut ditendang... Instead, I felt like the baby is rolling or rotating her/his position. Kadang-kadang rasa senak. Kadang-kadang rasa geli. Ooops... there he/she goes again. Baru je terasa baby bergerak lagi... Is it because ruang perut makin menyempit? Sebab tu aku rasa baby bergerak cmtu?

Hmmm ape-ape pun, aku harap baby sihat je... Amin.

Hujung bulan ni plan nak scan for baby's gender cos dah nak masuk 7 bulan kan... kena start beli barang-barang baby le kot. Plus, it's easier if we know the gender. Kalo betul dapat girl, leh beli baju cute-cute for her! :D

But for now, I'm looking to buy used books at cheap price.

Does anyone know which blogshop is reliable?

I usually bought used books online at Bangi Bookseller. Cos the price is cheap and the books were all in good condition. But lately the owner is not contactable. Huhu...

Kalau kedai biase, nun di Ipoh Parade sana... Aku selalu beli di Novelhut. Tapi Ipoh tu jauh la.... malas nak pergi. huhu...

Sebab tu plan nak beli secara online je. Jimat minyak kereta. :P

Sesape yang tau, please komen. Really in need of some good books to read. Plus, tengah dalam proses nak penuhkan almari buku ku yang kecik tu...

Okey... sebelum kena kutuk, meh nak gitau... susunan buku memang tak cantik cos ade kecik, ade besar... cam hape je susunannya...

Tapi aku susun buku in alphabetical order... Ikut nama author. huhu

Ini hobi aku... bace buku, kumpul buku (tapi banyak gile dah hilang kat Beruas!).

As for my husband, dia kumpul benda alah ni...

Mini cars!




Macam-macam hal... tapi kereta tu xpela... jangan patung Barbie sudeyyyyy

Daaa...

alhamdulIllah...
Thursday, July 22, 2010
bismIllah...


Today aku dapat emel dari MPHonline yang bagitau buku aku akan dapat today. Selang beberapa jam lepas aku check email, dapat call dari orang courier.. DHL ke ape.. orang tu tanya umah aku katne. huhu...

Tadi baru check ngan Daybab and Daybab dah confirmkan yang buku dah sampai. Bestnye... tak sabar nak bace...



Buku The Lost Symbol ni dah lame kuar di pasaran... tapi version hardback. So mahal la... dalam seratus hengget. Lepas 30% diskaun, still dalam RM70. Bagi aku masih mahal la...

Last few weeks sesaje daftar kat MPHonline and nampak ade pre-order untuk buku ni tapi versi paperback. Murah jela... dalam RM30ish. Ape lagi... terus order. Sekarang dah cukup la semua buku-buku Dan Brown dalam collection! (btw, thanks Azraie cos bagi hadiah the first 2 books! i.e The Da Vinci Code + Angels and Demons. The other books I bought from Bangi Book seller)

Now... yang tak bestnya aku gatal letak alamat umah sebagai delivery address. So terkangkang lah dikau wahai buku di Berueh tu... cos aku tak tau bile yang aku leh balik Beruas dalam masa terdekat. Huhu...

Takpela... next weekend (31st July) Mr CC datang KL and kitorang nak pergi Bukit Tinggi, Pahang. And of cos la aku kena pergi umah mentua... dah dekat... huhu... So nanti ku suruh la Mr CC bawakkan buku itu. Hihi...

Hepi giler dapat buku!!

Tak sabarnye nak bace.... serius, aku dah lame tak pegang novel and spend masa bace buku/novel. I miss those moments!


Till then...

p/s: Update dari Subang Skypark. Aku jaga kaunter kat sini starting today until Monday. Tidur umah sedara di Damansara Damai. Best gak duduk sini... macam-macam ada... yang tak bestnya, jadi tempat pertanyaan ke toilet.

Salam.


alhamdulIllah...