Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts
Friday, February 11, 2011
bismIllah...


Amaran: Entry ni aku nak citer hal rumah. Panjang gile ok. Kalau tak minat hal rumah, better stop bace. Saya tulis ni untuk catatan yer (and maybe rujukan untuk golongan yang rasa entry ni berinformasi).



Semalam, balik je kerja, tengok motor hubby takde kat umah. Kipas pasang... heran aku... So sms ler...

"Abang gi mane?"
"Kat umah Danial... Danial pun nak pasang kabinet. Nak suruh Ah Seng buat"
"Bukan nak gitau... Tak ajak pun"
"Meh la datang"

So aku pun vrooom ke umah Danial. Ala, yang kat entry INI...

Dah pasang grill... so next week, giliran umah kitorang lak pasang grill... akhirnye.

And btw, kitorang dah upah orang iaitu Mr Ah Seng untuk pasang kabinet dapur. Senang nanti bila baby dah kuar, rumah takde la tunggang-langgang and baru nak tambah itu ini... Paham-paham jela bila dah ada baby nanti, leceh le nak supervise renovation ngan anak kecik. huhu...

So, since Danial (kawan hubby) pun nak guna khidmat Ah Seng untuk buat kabinet dapur and wardrobe umah dia, laki aku pun menyebok dan bodek-bodek Ah Seng... Dapatle kepala paip sinki free... :P



Danial pilih design grill camni.
Simple tapi ok! aku suka gak...
Err... grill umah aku design agak serabut sikit.
Hmm... risau la plak jadi macamane nanti.
Ahh lantak la...

By the way, kos pemasangan grill di rumah Danial ni dalam RM2.7K kalau xsilap.



Kipas ngan lampu dah pasang... lawa je...
rumah aku nyer lampu just lampu kalimantang biase tu je.
Kipas pun biase.
Jimat! (takde bajet sebenarnye.. uhuk uhuk)


Semalam dah bagi duit pendahuluan kat Ah Seng sebanyak RM2K untuk buat kabinet dapur. Total yang dia caj almost RM6K tak campur dapur(stove) dan hud. Bagi kami, harga ni memang mempokaikan kami... tapi sebab dia je kontraktor yang leh bagi rate murah dengan permintaan-permintaan kami, so kami pun pasrah jelah. Kitorang pun banyak songeh gak... nak itu ini kan... so amik ko... (Ah Seng was recommended by Ms Wong... my Mom's bestfriend who teaches English in Sitiawan)

Ini dapur kami... (gambar diambil dari post-post sebelum ni... lupe nak snap baru)

Kat tepi sinki tu la kami memasak.
Semak kan bawah sinki tu? Sakit mata aku!


Ruang tempat kami makan.
Tapi ruang ni nak diubahsuai jadi tempat memasak.



Nak ubah tempat makan ke bahagian yang bertanda bulatan merah tu.
Lagipun area tu kosong... TV dan drawers tu dah alih tempat lain...


Sebelum decide untuk hire Ah Seng, kami dah tengok renovation rumah jiran kami...
Kos renovate dalam RM3K (tak campur stove and hood).
Kontraktornyer Ah Seng gak (kalau tak silap).
Rumahnye corner lot, so here's what he did.

Gambar 1



Gambar 2


Gambar 3

Beza design dia ngan kitorang adalah:

1. Kami nak masak kat area tingkap pada gambar no. 2
Cos kami takde tingkap, just dinding je kat situ (umah di atas adalah corner lot)

2. Kat tempat dia masak tu, kami nak letak sinki 2 unit di situ (sinki yang kembar dua tu). So kena tarik air la kat situ)

3. Design tabletop di atas (Gambar 2) adalah dari material kayu. As for our preference plak, kami nak Ah Seng ni buat tabletop nyer mozek. Berjubin. So kena la bersimen dan berbata bagai.

Yang kabinet-kabinet tu still same la lebih kurang... Guna kayu biase...

And yes, bawah sinki yang menyemakkan mata tu pun nak ditutup jugak la kan...(rujuk gambar yang ada suamiku berdiri di sinki tu)

So, dalam RM6K. What do you think?

Mahal ke tak?

Aku dah malas nak pikio... aku rasa ok. Hubby ku yang kedekut tu pun rasa dah ok. Tu pun lepas kurang tau. First estimation yang Ah Seng ni bagi is around RM7.5K. Mahal dowh... so lepas potong sana, alter sini... lastly around 6K.

Duit pun dah bayar 2K so hopefully semuanya berjalan lancar jelah.

Harga quoted tu tak campur stove and hud yer... So semalam aku, hubby dan Danial dok pergi survey stove+hood kat Tesco, Giant dan kedai-kedai biase. Beli yang biase-biase je... Stove RM258 (Tesco) and hood harga RM239 (Giant). Dua-dua jenama Elba. Settle. Tunggu Ah Seng pasang jelah nanti.

Then hubby beli rak nak letak TV sekali di Tesco. Rabak dalam RM190. Almaklum, dah ada tv 2 bijik la katakan.

Citernya begini... (bukan saja2 nak pakai sampai 2 bijik tv oke).
Mulanya TV kami rosak, takleh ON. Try banyak-banyak kali still takleh ON. Menggelupur la laki aku cos dah 3,4 kali TV tu direpair. Sakit hati la bila rosak balik. Dia taknak hantar repair dah cos ngabih duit je so beli terus ler tv baru)

TV lame letak kat bilik bawah. Ntah camne, dua tiga hari lepas suamiku sesaje la ON TV tu.. BOLEH PLAK ON!! Cam hampeh kan... So, kitorang pun decide nak angkut TV lame tu bawak ke bilik kami. Tapi pasang aerial je lah. Takde makna nak 2nd decoder Astro lak. huhuh

Duit elaun transfer aku sebanyak RM1.5K yang aku dapat ngan gaji bulan Januari dah licin. Hutang kad kredit pun ada dalam RM1K. Tapi untuk bulan ni dah bayar. Lagi 2 minggu baru gaji. Wawawawa...

Grill nak kena bayar lagi RM3100 dan kabinet dalam RM4K. So RM7K la...

Grill bukan Ah Seng buat yer... Tapi kami upah orang dari Lekir buatkan.

Duit yang hubby kuarkan untuk kabinet dapur dan grill memang cukup-cukup je. As for barang-barang baby, insya Allah semua yang penting dah ada. Stroller dan baby cot tu nanti-nanti la yer... Time abis pantang baru beli... Tu tak kisah sangat cos takde la costly macam nak renovate dapur kan...

Ape-ape pun aku lega...
Yang penting sekali, takde hutang.

Nasib baik la laki aku tak bagi aku buat personal loan ke ape ke (giler tempted nak mampus oke!). Dia kuarkan duit savings dia je... takpela, pasni simpan la balik. Hehe.. Ala, lagipun untuk rumah sendiri kan... Bukan rumah sewa. So takpelah (sedapkan hati)

Esok hubby berlayar seminggu. Did I tell you yang dia still kena berlayar?
Nasib baik seminggu je.

Kenduri doa selamat pun postpone ke next weekend.

So yes Nyda, do come next weekend k!!

Esok pas kerja nak ke Beruas amik Diyana teman aku tidur di Lumut. Takleh nak tidur di Beruas cos hari Ahad still kena kerja... Ada delivery ke Lumut's Yacht Club (kat mane ek?)

That's all for now.



Updates**

If you want Ah Seng's number (cos tetiba cam ramai plak mintak no fon dia), kindly leave your email in the comment section. I'll email his number... Tak nak ah aku publish no fon dia kat internet. Har har har




Salam.


alhamdulIllah...
Sunday, July 4, 2010
bismIllah...


I'm at Lumut right now. First time tidur rumah 'kami'. Petang kang dah nak balik KL... adehh, rasa sangat tak best nak balik KL. T__T

Rumah ni kosong je... and rasa sunyi bila hanya ada aku dan Mr CC. So kami invite Mamito, Nini dan lain-lain yang ada kat umah Beruas untuk tidur sini last night. Saje la nak bagi merasa... Hanis tak pernah datang sini lagi.

Overall, aku agak lega cos dapat kemas dapur sikit-sikit. Yela, rumah baru kan, ape pun takde sangat. Nasibaik la ada perabot-perabot tentera... lega sangat-sangat! Setakat ni dah ada almari lauk (yang kami letak pinggan mangkuk gak), meja makan bulat untuk 5 orang, sofa, 4 buah katil (semuanya single!) beserta almari baju dan nightstand (dapat set), meja menulis (tempat aku mengupdate blog ni la) dan... almari berlaci yang jadi tempat letak TV. hehe...

Jadila...

Semalam kami beli peti sejuk dan dvd player di SenHeng. Settle.

Sebabnyer, selama ni Mr CC and friends (kawan-kawan dia yang dah kahwin tapi isteri jauh a.k.a married bachelor ada 2 orang tumpang duduk situ sekali) just hidup guna satu peti ais kecik yang macam dalam bilik hotel tu. Aku tak puas hati. So beli baru. Peti ais Panasonic yang tak sampai seribu. Okla...

As for the mini fridge, tempatnye adalah di master bedroom! hehe...


Oh well, banyak lagi benda yang takde dalam rumah ni. Antaranya adalah mesin basuh, display kabinet (untuk separatekan bahagian living room dengan tempat nak tgk tv), tempat letak pinggan mangkuk yang dapat time wedding (giler banyak gelassssss) dan juga kena buat kabinet dekat bawah sinki untuk letak periuk belanga semua. Sangatla menyakitkan mata bile tengok bawah sinki tu ada macam-macam benda... nak tutup ngan kain, tak tahan lame... so bawah sink tu memang kena buat berkabinet. Sorok sikit jerubun mak bun (sure orang tak faham).

As much as I want to quit my job and just be a housewife to take of my husband, aku tau aku takleh buat macam tu sekarang... Semua benda nak duit. Mane nak cekau duit kalau tak keje kan? Lainla kalau laki aku keje gaji 10K... haaa kalau camtu memang aku dok umah goyang kaki jela... Ni tak... dia jugak nak bayar duit kereta, duit rumah, bil internet aku, bil telefon aku bla bla bla... So... setakat ni I can't afford to be jobless.

Dahla aku ni kejap-kejap nak beli itu, beli ini... Lebih-lebih lagi bila dah ada rumah sendiri ni.. gatal je tangan nak beli perabot dan macam-macam lagi untuk penuhkan rumah. huhu... sangat jeles dengan wanita-wanita yang tak perlu bekerja lepas kahwin... :(

Takpela... kita slow-slow... Biasela, lepas kahwin lagi banyak nak guna duit cos nak setup rumah...

Buat masa ni, it's still okay takde washing machine cos Mr CC basuh baju kat kapal. Haha.. and aku bukan dok umah ni pun. So takpela... :P

Oh well.... I'm happy. Let's pray that our life is blessed by Allah.

Entry ni takde gambar sebab umah Mr CC takde usb cable untuk transfer gambar dari hp Sonyku.

Lenkali la...

Okeh... that's all...





alhamdulIllah...