Showing posts with label Wall deco. Show all posts
Showing posts with label Wall deco. Show all posts
Thursday, May 18, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


Memula pasang wallpaper kat bilik budak-budak dulu since the wallpaper that I chose for guestroom takde stock pulak.


Pasang pada hari Isnin lepas, 15hb Mei 2017.
Ok gak stripes nih kat bilik budak-budak. Ceria gak la...

Of course, kalau nak jimat, leh cat sendiri.
Tapi aku malehhhh

2 walls letak wallpaper corak stripes, 2 walls lagi wallpaper plain hijau.
Ade banyak gile balance wallpaper hijau tu. If rajin nanti aku pasang kat homestay =D




Langsir baru jugak. hehehe...




Abaikan kotak oven atas lemari. tak tau nak humban mana (biasa le jenis sayang nak buang kotak cos leh guna untuk packaging barang haha)

Actually lemari tu aku nak balut dgn balance wallpaper warna hijau, tapi brother tu kata tak boleh cos nanti gam tak melekat cos permukaan almari tu licin.

If aku nak balut, aku kena cari wallpaper sticker (yang dah ada pelekat/self adhesive) baru boleh.

Gitu rupanya... baru aku tau =P





Sorry kualiti 'fish eye' lima ringgit lol.


Overall aku sangat puas hati dengan how the kids' room turned out.

and know what? dah 3 malam Razin slept in his room ALONE. 

Alhamdulillah. Lega sangat. Tak sesia Mak hias bilik lawa-lawa haha




On the other hand, guest room aku pulak....

FYI, aku TAK PUAS HATI with how it turned out.

Tengok le sendiri...


Masa diorang pasang, aku amik pic and was surprised to see "eh apesal macam berbelak-belak je wallpaper nih??"

*berbelak/bertompok/x sekata*

Alamak... tak lawa la... sedih tapi takleh watpe, dah ko pilih yang tu kan... T_T





Abaikan semak-semak tu... takde masa nak kemas lagi




See? Berbelak-belak bila amik gambar. Tak cunnnnn :(





Sebab ape nampak macam tu?
Sebab ade shiny-shiny benda alah ni!!!
Oh menyesal haku. Kalau aku tau, aku tak pilih yang ade berkilat-kilat ni.
 Hampeh tol...




Without lights on. 




Hmm.. memang ok je actually, tapi bila kena cahaya, tak cantik.
Tah la... yang ni aku kurang puas hati sikit. Nasib baik la kos tak sampai RM500.
Redha jelah. Nasib baik just bilik tetamu.

But aku belajar sesuatu, jangan pilih wallpaper berkilat-kilat dah pasni! Hahaha



Ni sebenarnya wallpaper asal yang aku pilih.

Suke gile yang 1st tu, tapi rupa-rupanya bila check, takde offer.
Mahal gile.. koser le kan...

2nd tu plak, aku pilih corak camtu tapi warna lain... biru/hijau. Tapi takde stock.

Lastnye pilih yang macam dipasang cos aku tak larat dah nak check sehelai-sehelai album tu...
huhuhu...


Dah selesai. Duit balance tak bayar lagi ni wakakakaka...

Sebab blinds kat bilik aku belum pasang, barangnye tak sampai lagi.

Hopefull by esok leh settle la.

Till then.

Bye!





Updates!!

Dah siap pasang blinds kat master bedroom. Warna purple hehehe... biase la aku memang suke purple.. future theme would be 'purple bedroom'



Langsir sebelah tu purple jugak actually. Dark purple.

K tu je. bye



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, May 11, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


Biar gambar dan video berbicara.





I tried to clean the 'artwork' but in vain.






'artwork' yang sempat dicuci







The culprit. Caught RED handed. Pun intended






His partner in crime, Raiq.




Muka lepas mandi and kena lecture.



Total damage: 2 of Mak's lipsticks.

-__-"





Written By Ryehana
Friday, January 7, 2011
bismIllah...


Semalam dah dapat 2nd order wall sticker... so malam tadi aku dan suami gigih menampal-nampal dinding. Dah macam rupe nursery pun ada umah aku tu... muahaha...

Apa-apa pun, mari kita lihat hasilnya!

SEBELUM...




SELEPAS.
Hehe...
I kinda like it.
^___^

Jangan tak tau, sebenarnya initial plan aku adalah letak wallpaper warna bright kat dinding ni...
And then dihiasi ngan frame-frame gambar...
Tapi sebab bajet takde, so tempek wall sticker ni pun jadi la...
Yang part frame gambar plak, ermmm tunggu ada anak la kot. :p


As for the 2nd sticker that I bought in my first order, akhirnya kami tampal jugak...

Sorry gambar agak blur... guna kamera phone cikai, biase ar...

Ini laki aku yang insist tampal kat sini... so layankan je...
(kalo ikutkan aku, aku tak kenan sangat tampal kat situ)


Selain daripada 2 designs yang korang dah pernah nampak di blog ni, aku juga sempat membeli dua lagi design lain untuk 2nd order aku...


1. Flowerpots and Tree



2. Birdcage




Tapi aku takdela tampal kat dalam bilik dan ruang tamu.

Sebaliknya... aku tampal kat tempat yang... well, agak tersorok sikit... hehehe


Rase-rase, aku tampal katne?


well... nampak ber'tiled' kan dinding tu...
so sama ada dapur or bilik air jela pilihannye...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yeah...

I put them on my bathroom's walls! XP

Di bilik air bawah...
(bilik air yang selalu tetamu masuk)


Ni plak bilik air di bilik aku!
Irony tak perkataan 'the perfume of love' tu?
Letak kat bilik air! haha!
^___^


So what do you guys think about this second post?
Is it too much?
Ahaks...


If you like to buy these stickers, just order from IR Korea Deco.
You'll get your package on the 3rd day after you made your payment.
(hari ni order+bayar, lusa dah dapat)

Salam...

alhamdulIllah...
Wednesday, January 5, 2011
bismIllah...


Inilah akibatnya kalau dah bosan sampai bila online pun dah tak tau nak watpe...
Aku pun tak tahu kenapa tetiba aku leh search 'wall sticker' dan 'ter'beli wall sticker secara online.

Memang rumah aku kosong je... so sebab tu la gatal tangan nak menambah-nambah hiasan. Tapi aku bukanlah seorang yang berani dan tekad dalam bab menghias... Dalam kepala otak asyik risau kalau rumah nampak macam overdose or sarat (I'm a simple person really!). So I start with something simple...

A wall sticker to decorate the wall near the stairs.

Just wanna share with you, I bought 2 wall stickers from Irkoreadeco online. Hari ni bayar, lusa dah dapat (insya Allah). I got mine yesterday btw.

Aku beli design 'Poppies Flower' ni cos I love the bright red. Dinding kat tangga tu warna putih, so naik la serinya...


Ini aku beli saje-saje.
Tak tau lagi nak lekat kat mane... cos warna bunganya pudar je..

(gatal nak beli jugak)




So, semalam aku dah dapat benda alah ni...

This was what they looked like.
Digulung dalam bekas silinder macam bekas bulu tangkis badminton tu.
Ade sepeket gula-gula disertakan sekali! haha


Memang dah target bunga poppi ni nak letak kat dinding tangga...
Ok la kot...

So, malam tadi, proses menampal dimulakan...
tapi takdela snap gambar cos takde sape nak tolong snap.
Husbandku pun kena tolong menampal gak. hehe..

Kena pandai-pandai adjust sendiri cos batang ada 14, bunga ada 11 kuntum.
So, blasah jela mane yang korang nak bagi bersilang, mane yang korang nak bagi satu batang, satu bunga... errr...


The result:


Siap sudey... simple jer...


Dari jauh...

So what do you guys think?

Aku rasa macam dah ok dah.
Tapi semalam aku baru order lagi 2 set bunga poppi yang sama untuk penuhkan dinding tu.
So that takdela bunga tu kat situ serumpun kecik je.

Nak susun macam kat bawah ni...
Tapi akan susun menaik la... cos ada tangga kan... heheh...

Oh well!

Can't wait for the my orders to arrive!

Seronok plak nak menampal-nampal... haha

Tapi yang lagi satu bunga tu (pink) masih takde idea nak letak mane...

Hmmmm....

Aku takkan letak kat ruang tamu cos bahagian tu takleh ditampal-tampal.
At least not yet. Cos nanti bila dah pasang Astro, nak ubah kedudukan tv.
So set sofa pun bakal berubah tempat.
Tempat tengok tv sekarang pun akan diubah menjadi dining room.
So... no. No 'tampal-tampal' kat bawah...

That leaves the rooms upstairs then. :)

Well, that's all for now.

Nantikan sambungan seterusnya...

Salam.

alhamdulIllah...