Showing posts with label Warded. Show all posts
Showing posts with label Warded. Show all posts
Friday, May 9, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...




Pagi tadi, lepas Subuh terus gerak ke HAT (Hospital Angkatan Tentera) dalam Pangkalan TLDM Lumut.

Husband ambil cuti and teman aku. Pergi kat Unit Hasil cos kena admit untuk jumpa Dr Sharifah (admit sebab nak jumpa doc je pun huhu). Aku tersalah faham dengan info yang nurse kat A10 bagitau Isnin lepas. Tak tau plak kena admit, ingatkan just tunggu je sampai doktor buat round... Rupanya kena admit jugak. Huhuh

Rasa risau cos ade sebijik Medela Freestyle yang customer order belum pos. Dalam keadaan ade benda tak settle ni memang tak tenang dibuatnya.

Anyway, naik le aku ke Wad Bersalin di tingkat 2. Pehhh deja vu betul. Teringat time beranakkan Razin dulu hehe...

Kena salin baju and pakai baju hospital yang warna purple, ditimbang berat and rekod CTG diambil. Alhamdulillah baby ok je despite the look on the nurses' faces when they read my pink book on "Cord around neck 2x" - dicatat oleh Dr Goh. Huhu... 

Then tunggu jelah kat bilik sementara tunggu doctor datang round. Bosan giler time ni. Mati kutu aku. Dahla bateri phone nak kong, then line 3G untuk Maxis pun hampeh kat HAT ni. Tak tau nak buat ape!


Bilik aku... Dok sesorang je. Ini lah bilik yang sama aku duduk lepas beranakkan Razin masa 2011 dulu hehe...





Tapi dulu aku duduk katil sebelah tingkap tu. Dulu ade tv petak atas meja depan tu... Sekarang tv gantung kat dinding plak.


Sementara nak tunggu doktor datang, aku bantai membuta. Sempat jugak suruh laki aku datang hantar breakfast cos lapar gila. Keluar pepagi tak sempat makan pun...

Around 9-10am, Dr Sharifah datang buat round with her entourage of staff nurse and other nurses... Check2 perut (dah berapa orang cakap baby aku kecik huhu) and she said, Isnin ni aku akan dibedah. Was told "jangan urut-urut ya". Hehe... Of cos i won't. Dr Goh has already warned me about that too. Dah pasrah dah perut nak dibelah... :|

Amik Hb pulak cos the last time my Hb taken was a month ago. Alhamdulillah ok je takde ape. 

Then scan ultrasound. Again, doktor yang buat ultrasound commented that my baby is small. Approximately around 2.3kg? Hmmmm.. Aku doa sangat baby sihat... masa scan tu doc cakap bahagian bawah tu kosong je... kaki baby and bontot sume kat atas jugak. huhuhu... camne la dia berpusing-pusing... (maybe sebab kecik?)

Lepas scan, lepak bilik. Buka tv. Main ipad (husband bagi masa hantar breakfast cos aku bising boring tak abis2). Lama gak la dok bilik... Sempat lunch kat hospital... Huahua


Ni la lunch aku kat hospital arini. Ngap je cos kebulur (laki aku beli sebungkus je nasi lemak size kecik! Mana cukup T.T)


Then dah pukul 2 aku tanya kat kaunter bila leh kuar. Kebetulan Dr Sharifah kat kaunter. She said boleh balik dah. Tunggu nurse hand over buku pink aku. Yeayyy lega... Xtau nak buat ape dah kat bilik tu. Kawan pun takde nak nyembang (nak online pun takleh cos xdapat line 3g). 

Terus sms husband suruh datang amik. Alhamdulillah by 2.30 dah blah dari hospital. 

Settlekan hutang-hutang Corelle then balik rumah pack order customer. Gerak ke Airpak Express untuk pos barang and bayar bil courier. Alhamdulillah settle.

Esok nak balik Beruas makan laksa and makan benda2 lain yang aku bakal takleh makan time pantang. Hehehe...

Razin bakal ditinggal di Beruas la cos Isnin pepagi tu dah kena serah diri kat hospital. Ya Allah takut sebenarnya aku ni... Tapi tawakal jelah. Moga baik-baik sahaja nanti. Doakan ye! Mudah-mudahan tiada apa-apa komplikasi dan baby pun sihat sahaja. 

Sekian.... Assalamualaikum.


Alhamdulillah...
Thursday, March 10, 2011


bismIllah...


Seperti yang telah ku catatkan di blog ini semalam, aku mengalami turun darah sejak semalam. Berlanjutan sampai malam tadi... then subuh tadi.

Dan aku masih tidak merasa sakit ataupun apa-apa kontraksi. The occasional pain tu biase le... macam sebelum-sebelum ni... tapi sakit yang kuat macam nak beranak tu takde...

Aku malas nak ke hospital cos... mengikut pengalaman orang, mesti aku admitted punyer. Camne kalau belum nak beranak lagi? Berapa lama nak dok hospital?

But then, Miss V still bleeding... still kuar lendir berdarah tu... so risau la jugak. Apatah lagi ni my first baby kan... Then hubby pun suggest aku pergi jugak check kat klinik kerajaan. Aku pun setuju cos frankly, I was worried too.

Around 9ish am, hubby bawak ke Klinik A10 walaupun aku dah suruh dia pergi hospital je terus... Takpela, ikut jela. Then sampai klinik di A10 tu aku gitau la aku dah turun darah. Nurse terus suruh pergi HAT (Hosp. Angkatan Tentera). So, smirking to my hubby, we went to HAT.

Terus pergi kat bahagian kecemasan. Then, dibawak ke wad bersalin terus. Terus kena admit macam yang ku agak cos aku dah 38 minggu. Diberi baju hospital yang berwarna purple untuk dipakai.

Kena bagi sampel air kencing and my blood pressure diambil. CTG pun dibuat... basically CTG tu untuk tengok heartbeat baby... lame jugak dok tunggu... and aku jugak di'seluk' for the first time untuk check jalan. Sakit gilebabi kena seluk... nak menangis rasanya. It was worst than 'my first time' with hubby. T___T

Bukaan rahim baru 2 cm. Lambat lagi le kan? Orang beranak selalu 8-10 cm kan? But the nurse yang seluk tu commented yang aku punyer serviks(?) ke ape tah nipis je, tak tebal. Bagus katanya. Tak tau kenapa cos aku bukan belajar perbidanan. Kalau bagus, lega jela aku dengar...


Anyway... baby's heartbeat was fine. The nurse even said the graph was beautiful. And I recovered from the 'seluk-menyeluk' after several minutes...

So dalam kul 11 lebih camtu aku dah dok kat katil di wad.

Sampai ke malam ni, still takde ape-ape tanda sakit or nak bersalin.

Doctor siap dah gitau kalau sakit ke ape ke, cepat-cepat bagitau... diorang taknak le seluk je kerjanya cos buat benda tu kan sakit (to me)... and taknak jugak risk infection. Well, lega la aku. Cos yang aku takut sangat bila admitted ni adalah Miss V akan diseluk je kerjanya. Kalau tak kena seluk, aku ok jelah.. so here I am... In a ward... waiting for the impending pain.

Jiran sebelah katil baru kuar OT. Comel baby boy dia... alahai, tak sabar dah aku ni... Aku rasa, aku dah ready nak beranak. Chayok chayok...

Tapi, aku jugak rasa yang macam lambat lagi je nak beranak... sebab tak sakit. Tu yang aku agak pelik... but why the bleeding eh? Merisaukan betul...

Mungkinkah aku akan beranak macam Kourtney Kardashian? Masa dia lahirkan baby Mason, giler rilek jer... Korang tengok tak show tu? Well... Mak aku pun heran kenapa Kourtney rilek je... air ketuban dah kuar pun dia langsung tak tunjuk dia sakit. Siap time beranak dia lak yang TARIK baby dia kuar dari vagina. Gile x? haha... maybe kena cucuk epidural ke ape kot? cos macam pelik je tengok dia tak sakit.

Oh anyway...

I'm missing my husband. Tidur sorang di hospital malam ni. Tak best tol... Tetiba teringat perbualan tadi...

"Abang, ana mintak maaf yer..."
"Yer..."
"Abang maafkan semua dosa-dosa Ana kat abang tak?"
"Yer sayang..."
"Dosa-dosa yang abang tau dan abang tak tau sekali?"
"Ape yang abang tak tau?"
"Ade ar... Redha ke tak?"
"Yer sayang..."

I love you hubby...

Time-time macam ni mula rasa menyesal admitted awal sangat kat hospital. At least kalau masih di rumah, ada orang peluk time tido. Haihhh...

Rindu pada suami. :'(



alhamdulIllah...