Showing posts with label RESIGN. Show all posts
Showing posts with label RESIGN. Show all posts
Friday, January 16, 2015
bismillahirrahmanirrahim...



Ramai mintak aku share pengalaman and camne nak start bisnes. Aku sebenarnya bukan tak nak share, tak tau nak tulis camne. Plak tu, bukannye baguihhh sangat pun aku ni. huhu... segan nak cerita beria. Sape yang follow blog ni dari awal (sejak aku belum kawen) mesti tau betapa ntah ape-ape nya aku ni.... Malu aku nak share citer... Baru 3,4 bulan berkedai kahkah...

Takpela... sebagai catatan peristiwa, meh update ckit...


Ok, first sekali, aku tak pernah bermimpi pun nak ada kedai mahupun menjadikan berniaga tu satu kerjaya. Tak pernah. Cita-cita dari kecik nak jadi cikgu, then engineer, then lecturer. Tu jer.

Tapi sejak bersalinkan anak sulung, segalanya berubah. Ye, betul... murah rezeki bila ada anak. Insya Allah...

Start dari ade Razin, aku berjinak-jinak jual barang2 baby preloved kat FB. Masa tu makan gaji and basic tak sampai 2k. Gaji dapat 2k plus kalau overtime. So, saje la ambil peluang dapat balik duit untuk topup baju baru anak/mainan dia dengan jual balik some of his branded clothes/toys...

Dan waktu ni aku aktif dalam macam-macam group kat FB. Malaysian Cloth Diapering Parents, grup2 Preloved, grup2 Group buy etc... Dari situ kenal kawan-kawan secara maya. At the same time network + friends berkembang and people know me. Standard la kalau ade jual beli mesti orang bagi recommendations or feedbacks etc... so dari situ makin ramai kawan maya dan kenal macam-macam orang.

Start seronok berniaga online. Then started looking for direct resources and from there I registered my own company (5th Oct 2011). Masa ni dah takde hati nak kerja makan gaji dengan Sime Darby Rent a Car dah. So I told hubby I wanted to quit after receiving bonus (HAHA).

Bulan Dec 2011 last month aku keje makan gaji. Then I was on my own. Macam biase jela, berbisnes di FB and start buat website kot by this time... tak ingat sangat.

By middle of 2012 aku memang dah sangat serius and ade target untuk berkedai in 2014. I remember one of the suppliers handed me a questionnaire/form and there was one question on "whether or not I plan to have my own brick and mortar shop in the future?"

I answered yes. "When?" 2014.

Alhamdulillah tercapai.

I guess memang dalam apa benda sekali pun, kena ada TARGET. Masa aku tulis tu aku just tulis je... congak-congak gitu... kalau ade rezeki, ade la... (standard ar mesti pikir camtu je). Tapi sebenarnya dalam kepala otak ni maybe dah tertanam visi and semangat to make that target came true. Syukur tercapai jugak.

Bukan senang. Seriously bukan senang. Ramai orang ingat aku dengan senang dapat apa aku capai sekarang (takde le apa sangat pun sebenarnya cos RAMAI lagi lebih power kot... aku peniaga picisan je huhuhu).

1st sekali, kena jimat. Ade nampak aku travel overseas or beli barang branded before? Takde. Sekali je ke Bandung and another trip to USS Singapore. Itu jelah. Sekali sekala ikut husband out station, dapatla merasa dok hotel sedap-sedap sikit haha...

Bukanla nak kata tak spend langsung, tapi masa awal-awal dulu memang tak. Sekarang je macam tak sedar diri sikit :P

Dari dulu aku tak pernah amik gaji pun dari 'untung' yang dapat jual barang kecil-kecilan tu... kalau perlu baru guna duit. Berniaga ni kena control bab tu cos cash selalu ada... boleh gelap mata. So kena ade tahap resistance to spend money yang tinggi hehehe...

Nak bagi beringat utk tak boros tu aku cepat-cepat sign up takaful for myself n kids. Bulan2 caj kad kredit. Husband and I also spend on 2nd house and some land... So aku slalu beringat "eh takleh belanja lebih dari xx amount cos nanti hujung bulan nak byr xx xx"

Dapat laki pun jenis jimat so kitorang memang takdela berabis duit melancong ke hape... teringin... tapi nanti-nantilah...

I started with only 2k starting fund. Then in 2012 aku mintak husband aku buat loan 13k for my bizz... and aku sendiri buat personal loan 10k - aku dah takde gaji and memang takleh mintak loan tapi kebetulan bank tempat aku buat kad kredit offer 10k loan tanpa apa2 supporting doc melainkan rekod pembayaran kad kredit aku yang cantik. Bulan depan abis la bayar...

Masa nak buka kedai ni aku jenuh timbang-timbangkan. Kalau boleh mesti nak modal 100k paling koman. Tapi duit simpanan (capital utk berbisnes) xsampai 100k. Oh wait, mak aku nak pencen so nanti dapat duit pencen kakakakaka (hampeh punye anak LOL) so yeah I asked my mom to invest 30K for my bizz. She agreed. But for the record she only gave 25K. Jadilah. =P

I didn't asked for Tekun loan, Mara or even PUNB. Lack of info and help (plus takde masa jugak nak research)... and deep in my heart, I think we could do just fine without it. And yes, alhamdulillah ok la lagi... dah nak masuk 4 bulan beroperasi, things looked ok. Boleh gajikan adik sendiri hehehe... Moga berterusan and lebih baik.

Lagi ape nak citer? Tu je kot. Takde ape sangat kan...

Cuma aku nak catat yang aku sangat lega cos dapat asingkan kerja dari rumah.

Sebelum ni Work At Home Mom kan, now dah tak kerja di rumah lagi.

Bezanya?
- anak hantar babysitter
- tak duduk di rumah lagi... tak masak :P (i hate cooking)
- customers pun tak datang rumah dah (privacy babeh!)

Part hantar anak ke babysitter tu sedih gak... tapi nak wat camne kan, takleh nak wat kerja... Raul dok kat babysitter till Thursday je. Friday aku angkut ke kedai (like today... I'm writing this with Raul in my lap)... Razin pulak dah start sekolah so petang dalam pukul 5 amik Razin and terus balik rumah.

Lega dan lebih teratur hidup aku bila bole pass some of the work to other people... to Hanis (my brother who helped at the shop) and to the babysitter.

Salute WAHM out there. Penat kan.... kerja tak stop.

My job pun tak stop lepas balik rumah. Cuma lega cos ade gak masa 'alone' kat ofis/shop where I dont have to worry about cooking, feeding the baby and cleaning up the mess he made.

Banyak plak bebel.

Sambung lagi bebila free.

Adios.

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, December 19, 2011
bismIllah...


Yes, today is my last day working. Dah abis kerja dah pun...

Perasaan??

LEGA sangat-sangat.

And happy.

Takde langsung rasa sedih ke ape... I was totally excited and can't wait for the day to end.

Aku balik tadi kul 8 lebih... dekat 8 setengah gak la baru balik umah. Settlekan ape yang patut.

Puas hati dapat cuti awal since balance annual leave aku ada 8 hari lagi... so memang aku utilise la... I don't want compensation since I don't want to work until end of month, so arini last aku keje.

Actually my superior mati-mati nak suh aku kerja lagi until 24th. But no la... I really can't. Do I really have to consider that Lumut's branch is understaffed when he already knew that monthssss ago?? I've been telling him time and time again that we don't have enough staff... that's why many flaws happened etc... tapi tengok la... everything still the same. We only have 1 computer, ok... And this is why I cannot take it anymore.

I made it clear that I really want to leave early but he still wants me to work... so sorry. I don't think I should... Kerja yang takde kualiti nanti, nak watpe?

Enuff about that.

Let's focus on me being free.

Yes, FREE!!!
:pandaGeli_05::pandaGeli_14::pandaGeli_27:

I don't have anyone breathing down my neck anymore... no backstabber, no more arguments and emails that'll make my heart boils... and last but not least, no more worries on pending paperwork! (That will definitely ruin my day)

I am now officially UNEMPLOYED.

Whatever...

Ramai la dok bising tak sayang ke tak rugi ke tak itu tak ini.... Mannn... I don't feel any loss whatsoever with my decision. Yes, memang duit tak masuk tiap hujung bulan dah pasni tapi aku percaya dengan rezeki dari Allah SWT. Insya Allah... I'll make do. Mungkin akan dapat kerja lain yang lebih elok lepas ni or bizz kecil-kecilan aku makin berkembang ke ape ke... We never know, right?

Yang aku tau, keputusan untuk berhenti ni adalah yang terbaik buat masa ni.

Secara jujurnya, sudah lama aku nak resign. Tapi bila memikirkan wang yang tak cukup, aku asyik hold je idea tu.

Aku nak resign sebab aku rasa hidup aku takde kualiti bila bekerja di Lumut ni. Kalau di KL dulu at least ramai kawan and orang yang leh backup kalau aku cuti ke ape... ni kat Lumut kitorang memang tak cukup staff. Bayangkanlah there's just Ganesh and I. Seriously memang aku penat. Physically and emotionally... Sebab aku kena ke sana ke mari.. Tak macam kat KL, duduk je kat ofis angkat tefon and balas email. Bawa keta sampai ke Ipoh la and lama sangat on the road. Penat!!

Kalau itu je kerja aku takpe lagi... ni balik ofis kena settlekan la segala mak nenek paperwork bagai. Emel yang tak ber'reply' etc. Then bila ada benda yang mislook kena marah. weiii fedap la weii... aku ni asyik balik lambat je... kul 8, kul 9 malam kekadang tu...

So camne ngan anak and laki aku? Since aku masuk keje lepas pantang dulu, memang aku jarangggg masak. Kalau dinner on weekdays memang laki aku yang masak. Makanan untuk Razin pun aku tak sempat nak prepare selalu. Adik aku (my babysitter) yang sediakan... Nasib baik la Diyana duduk sekali ngan aku.

Then hubungan aku ngan suami pun dingin je... cos aku penat. And aku kalau balik je mesti tension. Kepala otak ni bengang je rase cos rasa marah pada diri sendiri pun ada... kenapa aku takleh nak layan suami and anak etc... Memang tension ok. Terapi stress aku ialah membasuh, menyidai dan melipat lampin-lampin Razin yang comel-comel tu. Tu jelah... Nasib baik la suami aku memahami. Dia takdela nak suruh-suruh aku masak ke ape... and nasib baik jugak le dapat suami pandai memasak. huhu

So bila dapat bonus last September, aku laburkan sikit untuk start bisnes online. Ala, modal pun kecik je... jadila saje gatal nak berjual-jual... Then aku rasa seronok pulak berbizz... and memang aku minat pun benda-benda berkaitan baby ni. Alhamdulillah... Hubby and Mamito yang tak yakin dengan bizz aku pada mula-mula dulu akhirnya dah mula terima. Baru-baru ni Mamito siap loankan duit dia untuk modal stroller aku (Quinny mahal oke!!)

So ok la...

Hubby pun dah bagi green light for me to quit my job. Masa mula-mula dulu dia tak bagi... risau tak cukup duit... Yela, nak bayar duit umah, kereta, bil-bil segala bagai... tapi since last November hubby bagi kebenaran untuk quit. Lega sesangat aku... huhu

Memang... memang ultimate dream for me is to be a fulltime housewife. Tak caya tanya lah sesapa yang rapat dengan aku since zaman study. But you couldn't get all you want in life. So do I... No, I'm not a fulltime housewife. Aku lebih suka consider diri aku Work At Home Mommy (WAHM) because I do work from home. Aku still earn money at home... walaupun tak sebanyak gaji yang ku dapat sebelum ni, but still... jadila kan... haha...

So kalau orang kata and tanya (or trying to saiko me) "Tak sayang ke kerja dah 2 tahun..." etc, well, my answer is NO. Baik la berhenti kerja dari teruskan sesuatu yang berkemungkinan membuahkan barah dalam keluarga aku. Memang aku sayang kerja aku... tapi aku tak boleh tahan lagi bekerja di Lumut ni. Under different people than I'm used to. Seriously aku takleh. Aku dah bertahan setakat mana mampu... tapi bila bekerja tanpa rasa diri ini dihargai rasanya memang patut aku blah jelah. Lapang sikit dada aku... Nah korang carilah orang lain untuk ganti aku.

Orang lain takkan paham. Hanya aku je tahu ape yang aku lalui...

----------------------------------------

Okay.

Benda ni memang buat aku tersentuh.

Aku nak buat macho je takmo feeling2... tapi si Ganesh ni buat aku sebak la pulak...

Aku baru kena cc dengan dia... Dia emel kat other branches yang under Northern region on my resignation.


Subject: Farewell Note - Raihana
From: lumut@hertz.simedarby.com
Date: Mon, 19 Dec 2011 22:28:51 +0800


Dear Colleagues,

Today is the last day for Raihana at Hertz (RR SDARC LUMUT).I would like to take this opportunity to thank her for her full support
and commitment during her presence at Hertz Lumut.Wish her a very success for her future carrier.Year end is just at the corner and hope we will grow together to achieve the company target and goal.


With Best Regards,
Ganesh
Rental Assistant
Hertz Lumut


Bak sini tissue...

As you all can see, this email came from my colleague (or anak buah aku) rather than my own superior.

So now you know la kan... ;)

Awww Ganesh... uhuhuhuhu... :pandaGeli_26:



Salam sayang,


alhamdulIllah...