Showing posts with label OS Pocket CD. Show all posts
Showing posts with label OS Pocket CD. Show all posts
Saturday, June 4, 2011
bismIllah...

Gambar hiasan.


Entry ni nak share tentang perbelanjaan duit untuk disposable diapers dan cloth diapers.

Secara asasnya, diaper kena tukar sekurang-kurangnya 4 jam sekali. Tapi aku selalunya tukar selepas 2 1/2 jam or 3 jam. 4 jam pun ada jugak le kalau terlajak tapi sangat jarang berlaku.. Paling lama Razin tak bertukar diapers adalah waktu malam time tido. Tu pun kalau dia jaga malam nak susu, memang aku akan tukar la since dah terjaga kan...

Starting dari bangun tido waktu pagi sampaila ke waktu pagi esoknye, Razin akan pakai diaper sebanyak 7 keping (give and take... cos kalau kena berak, of cos terus tukar kan walau tak sampai setengah jam. hehe)

1 pack PetPet size S yang hubby selalu beli ada 60 pcs disposable diapers (DD). Harganya dalam RM25 (kot?). Tak ingat harga berapa cos laki aku yang beli tapi rasenya dalam RM25.

Kalau sehari pakai 7 keping DD (start dari pagi hari ni sampai pagi esok), sebulan aku akan pakai dalam 210 keping DD.

210 keping DD bersamaan 3.5 pack PetPet.

Kena beli 4 packs PetPet.

Which equals to RM100

Mmmm sebulan RM100!!

Setahun= RM100 x 12
= RM1200

Hmmm... banyak tu.

Sekarang ni aku masih lagi campur-campur tapi alhamdulillah la aku dapat cut down pembelian PetPet.

Sudah 2 minggu berlalu tapi PetPet yang 1 pack 60 pcs tu masih ada balance dalam 10 keping. Ok la kan??

At least sebulan aku pakai less than 2 packs. Pakai DD time nak tidur waktu malam and kalau keluar rumah.

Tapi aku dah berazam nak FULLY cloth diaper Razin bila di rumah. Meaning, malam-malam pun Razin kena pakai CD. Mesti lagi leh jimat kan?

Kalau keluar pergi mana-mana, aku rasa lebih mudah pakai DD. Campak je kalau kotor. Cos Mak Razin maleh nak angkut-angkut wetbag berisi soiled CDs. haha.. well, buat masa ni aku tak ready lagi kot nak bagi Razin pakai CD kalau kuar. Kalau kuar kejap-kejap takpe lagi (macam masa kuar pergi Teluk Senangin tu... time tu pakai CD je, tak bawak DD pun). Tapi kalau lama and Razin akan poo-poo, ohhh memang tak koser la aku nak angkut CD bertaik ke hulu ke hilir dalam mall (walaupun letak dalam wetbag). uhuk uhuk...

Oh..

btw, ni aku tak tulis lagi duit yang aku dah abiskan dengan beli CD. Malu ler nak letak... Tapi.....
well... errrr... dalam RM885... Masih less dari RM900 kan? :P

*Aku start beli CD since pregnant. Sebelum baby lahir, aku dah ada 15 keping CD aku standby...

Don't worry, from what cloth diapering parents shared, CD yang mahal berkualiti dan boleh pakai lama... Memang dari baby sampai anak dah umur 3,4 tahun masih muat OS CD. CD ni dah confirm boleh dipakai semula kan? So leh pass down kat adik-adik dia lagi... So, pelaburan yang baik juga kan? Sebab boleh pakai lama... Insya Allah...

Yang penting, pikir sendiri la berbaloi ke tak nak invest kat cd-cd yang pelbagai brand dan fungsi ni... Kalau rasa fungsi sama cuma harga nyer mahal sebab brand, itu nafsu yang buat keputusan. Bukan otak (ingatan untuk diri sendiri ni. huhu...)

CD Blueberry yang aku beli mahal tu memang nafsu yang buat decision. Padahal pocket je macam Babyland and the rest. Bezanya pada insert dia jela kot...cos insert Blueberry ni sangat menyerap. Baby pee tak rasa basah pun pada inner cd. :)


Ingatan untuk diri sendiri, pasni kalau nak beli CD berharga lebih dari RM30, HANYA UNTUK CD YANG SELAIN DARI YANG ADA. Cam weehuggers ke, fitted ke... tapi aku macam lebih suka pocket cds. So, maybe beli pocket cd murah-murah jela pasni kalau nak tambah koleksi. Actually 20 keping CD dah cukup. Tapi kena cuci cd-cd tu semua 2 hari sekali. Kalau hujan and cd tak kering? well... beli ler lagi kalau nak selamat... haha...

Sekian.


alhamdulIllah...
Monday, May 16, 2011
bismIllah...

Saje je nak up entry mengenal cloth diaper (CD) ni... cos I'm sure sesape yang tak nah jumpa/pegang mesti nak tau dengan lebih detail ape kebenda CD ni... Aku dulu pun camtu.. hehehe... So, borink-borink... update blog tentang CD lah.. :P

Bagi yang tak tau cloth diaper tu ape, secara asasnya ianya lampin (diaper/nappy). Diperbuat daripada kain (cloth) and boleh dicuci. Materialnyer macam-macam. Bahagian luar kena la ada material waterproof supaya kalau kencing or baby poo-poo takdela bocor. Yang penting, ianya boleh dicuci dan digunakan semula... Bezanya cloth diaper (CD) ni dengan lampin putih yang Mak kita pakai dulu (lampin putih=flat) ialah rupanya macam disposable diapers. But it's washable and reusable! :D

Contoh material pada CD Babyland...



One Size (OS) CD.

One Size bermaksud satu CD tu leh di'adjust' buttonnyer kepada saiz yang sesuai dengan baby dari saiz kecil sampai saiz besar. This is what I love about OS CDs. Dari baby kecik sampai baby dah besar still leh pakai lagi... And memang OS CDs sangat popular... :)



Senang kan? Butangkan je... hehehe...
Buat masa ni Razin pakai saiz 'S'



Pocket CD

Namanya Pocket CD cos kat bahagian dalam (inner) CD tu ada pocket! hehehe...
Pocket pada CD tu adalah tempat untuk masukkan 'insert' iaitu sehelai kain yang selalunya diperbuat dari material yang 'absorbent' or menyerap untuk menyerap cecair (air kencing) supaya baby tak basah. Selalunya insert ni dijahit berlapis-lapis... material common untuk insert adalah microfiber... tu insert yang biasa and paling murah la tu...


Siap untuk disimpan dalam drawer.
Time melipat kain selalu excited nak masukkan insert dalam cd.. tah ape2.. haha




Ni rupa Razin pakai CD Babyland. hehe


For those yang plan nak berCD, leh mula beli sikit-sikit.
Babyland adalah antara yang paling murah... Same jela ngan Sunnybaby dan Rainbow. Average dalam RM25 per piece (kalau jumpa orang jual CD Babyland lebih dari RM29, rentikan la.. cari le kedai lain). Tapi CD Babyland yang ku beli di atas adalah secara borong sebanyak 8 keping... So sekeping CD dalam harga RM21 camtu. They were the 1st batch of CDs that I bought. :)

Aku ni pun baru nak berjinak-jinak dengan CD... hopefully dah lama-lama nanti leh full time CDing.

Towards a greener earth (disposable diapers contribute to landfill sites!) and saving money, insya Allah. :)

Salam.


alhamdulIllah...