Friday, July 28, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Have you ever had your hopes up and then just having it crushed cos people lied and didn't meet your expectations?

Kekadang tak faham kenapa susah sangat nak straight to the point or berlaku jujur. Kenapa nak kena buat orang berharap?

Aku tak reti pulak berpura-pura camtu.

Kalau aku dah tak nak, tak suka, or ape-ape jelah, I will say it.

Yes, sometimes we said things we didn't mean. But if I said it over and over, dalam amarah dan juga dalam senyuman, it means I really meant what I said.

I walk the talk.

Tak faham dengan orang yang senang betul menipu. bohong. tipu lah senang citer. grrr

Especially bila kita sangat jujur dengan semua benda. End up, eh... ko temberang aku rupanya. Wth.





Ada orang plak dah kita cakap banyak kali tak faham-faham juga or memang sengaja tak nak dengar?

People who really listens is different that people who heard you.

Haih penat kekadang...

Sakit hati pun ye...

Camni la ek... asyik orang ambil kesempatan.







It's payday week so kalau nak bayar duit barang tu dah janji nak bayar 27hb, bayarla tarikh tu okeh!!

Ni dok tunggu punya tunggu... senyap je... ni masalah kalau orang order guna air liur




Jangan speku. BYE



Written By Ryehana
alhamdulillah...
bismillahirrahmanirrahim...












Sejak semalam aku perasan food bowl dia tak susut sangat. Selalunya bila dah pagi, abis makanan dia or at least tinggal sikit je... berak pun tak... 

Then petang semalam and pagi ni dia duduk tidur je dalam litter box dia tu. Selalunye dia duduk kat jaring-jaring tu la.. sama ada kat tingkat atas sekali or bahagian tengah. Mata pun bertaik mata and macam lesu je. So around pukul 10 lebih tadi aku bawak dia pergi Animal Clinic.

Sepatutnya it's time for her vaccination, but now aku bawa dia untuk check cos macam tak sihat je.

Indeed, she has a fever. 40 degrees. Then when the doc checked her mouth, she was shocked to see Lola's gums were red. (Seriously aku takde la sampai nak belek mulut dia, biasa la noob)

The inflamed gums could be a sign of being contracted with a virus. Though we don't know what yet.

So Lola's on antibiotics now.

Patut la dia tak nak makan dry food dia kan. Sakit gusi rupanya. So balik dari jumpa vet tadi aku bagi setin wet food. Sedap dia makan. Sian...


While she ate, aku bersihkan litter box dia. Buang semua kristal-kristal tu (eventho belum sebulan lagi) and letak pasir baru. Not really pasir la... this time aku try Cat's Best öko plus pulak.

Sebab utama;

1) Kristal tu bersepah. I mean, dia melekat kat kaki Lola and bila Lola merayap satu rumah, ade jela saki baki kristal kat lantai. Datang Raiq pergi main (worse, masuk mulut! tapi aku tak nampak lagi la)

2) Air kencing tak clump... means, cat's pee diserap oleh kristal tu. For one week ok la, dah lebih seminggu berbau ler... but I must say, baunye takdelah kuat sangat cos kristal ni serap bau juga. Cuma... ntah. Kotor la bagi aku cos air kencing kucing dalam kristal tu masih ada. Si Lola plak bila tak sihat ni dok tido dalam tu lak.

3) Saje nak try Cat's Best öko plus cos katanya boleh flush je. So we'll see...




Aku dah ada a few other brands nak dicuba lepas abis pakai öko plus ni. 

Till then.

Adios


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, July 26, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


Masa mengemas stor last weekend, aku decided untuk let go some of the kids' stuff macam high chair, walker and baby nest.

Then, ternampak stroller Babyzen Yoyo MILK Limited Edition aku yang jarang berpakai tu. Rasa macam nak let go. Tapi sayang... so, takpela... jom bawak stroller ni berjalan jap haha...

So last Sunday lepas breakfast roti canai kat Lumut, kitorang saje la stroll dekat tepi laut. If decide nak jual, at least ade gambar kenang-kenangan.


See how pretty my stroller is?
Elegant black and white. Limited edition print.


Balik tu fikir-fikir lagi and rasa macam kena jual juga cos next month nak merayap bawak budak-budak ni semua pergi Langkawi. And aku plan nak rembat satu Pockit stroller kat kedai. Since nak amik new stroller, kena la jual sebijik stroller lama aku.

Buat masa ni kitorang ada dua stroller. Babyzen Yoyo and Phil & Teds Verve V3. Yang Phil & Teds tu belum rasa nak jual lagi walaupun JARANG pakai huhu... lagipun if nak jual, aku nak jual RM2900. lambat la lakunye kan... so rilek dulu. Jual jela Babyzen ni huhu...




Serius sayang gile nak jual weh.
Aku takkan dapat dah harga Babyzen BARU range dalam RM1xxx lagi.
Now Babyzen Yoyo semuanya RM2499 ke atas. Warna biasa je pun...
Ni dah la Limited Edition!



Tapi bila memikirkan aku dah tak jual brand Babyzen ni, if orang nampak aku pakai and tanya mana nak beli, rugi dah marketing kat situ wakakakaka...
So baik aku pakai stroller yang aku jual =P

By the way, masa kuar outing ni si Raiq tak nak turun dari stroller. errr...




Listed the stroller on Shopee petang semalam.

Tak sampai 5 jam dah sold.

Pastu now rasa menyesal cos aku jual harga less la lagi dari RM1149 tu hehe...

Nyesal sebab... sayang sangat-sangat weh.

Tak dinafikan Yoyo ni lagi comfy dari Pockit.

CUMA, aku rasa Pockit lagi compact. Tu je. And I need its compactness.

Argh lantak lah. Dah sold dah pun.

Esok nak pos :'(


Selamat tinggal kesayanganku...

Semoga berbakti dengan baik pada tuan barumu.

Pls know I'm letting you go with a very heavy heart.

I will always love youuuuuu....


Huwaaaaaaaaaaaaa





Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, July 14, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Lama tak update. Nak update hal raya pun tak sempat. Nanti lah.

Today nak update hal Lola.

Who is Lola?

Lola is our new pet cat!


Meet Lola!

She's 5,6 months (I'm not sure) and she's a mix of Persian + DLH breed.



Been hunting for a cat since last week sebab my children love cats. So aku decide nak bela sekor. Memandangkan before this memang kitorang ade je bela kucing and bagi makan cats that came to the house, bela jela sekor betul-betul.

Aku start dengan beli sangkar dulu. Beli online cos tengok kat pet shop di Manjung ni cam mahal (masa ni tak tau pet shop yang murah).

Lepas sangkar dah sampai, aku beli litter box. Beli crystal instead of sand cos orang kedai tu kata lebih serap bau and can be cleaned (?) and reused (?) - of course yang poop tu kena buang la

So I bought the crystal thingy.

Then baru la cari kucing hahaha...

To cut story short (cos banyak citernya masa mencari kucing ni), I bought Lola.

Ade 2 orang yang aku tanya-tanya, nak jual sepasang. Tapi tak mampu la nak bela sampai dua. Sekor je dulu. So far I don't regret it. 




The first night I brought Lola to the house. 
Rabu, 12th July 2017.

Masa ni tak decide nak beli lagi. 
Owner tu pun cakap, bawak la balik dulu tengok ok ke tak.
So bawak balik... the kids loved her, and I decided to keep her.

Esoknye (semalam, 13th July) settled payment, pegi beli carrier, cat food and a few other stuff kat My Pet Zone shop near Giant Manjung (opposite Old Town White Coffee).
Murah la jugak carrier kat situ cos only RM60.
Before this pergi pet shop lain rata-rata jual RM70-80.

Ala, pakai nak angkut balik Beruas or pergi animal clinic je pun.


So semalam abis gak around RM1xx.



Masa first night aku letak dalam rumah lagi. 
Tolak cage ni kat area dapur.

Tapi laki aku suruh letak kat luar, so I moved the cage to outside. 
Area tempat sidai baju...



She's beautiful, right? <3





Anyway, since dah amik Lola ni aku mesej la kawan baikku si Baydah who is also a vet on what to do now that I got her.

Was told to vacc, deworm and letak ubat kutu.

So today, I went to see the vet. (kawanku si Bedah ni dok Kajang btw)


So I told the cat history.

Baru beli 2 hari lepas bla bla...

And was advised not to vaccinate the cat yet. Sebab Lola is still in adapting mood.

(Dia tak makan sangat and she haven't pooped yet)

So vet tu just bagi ubat cacing and letak ubat kutu.

Oh my, ade kutu banyak jugak rupanya. Aku tak perasan before this.

Then vet checked telinga dia, lagi la... fuh ade kutu telinga and the ear was dirty inside.

Aku memang idak le nak membelek telinga kucing. almaklum noob...

Lama gak vet tu cuci, memang kotor gila hahaha... geli haku menengok kotoran yang melekat kat kapas... 

Settle semua, bayar bil. Was charged RM105.

haa amik kau.. nak bela kucing sangat kan kikiki...

Anyway, it's a new experience.

I hope we could really take good care of her.

I can't wait till she's stable and familiar with her new surrounding.

Nak bagi mandi! (oh tapi hantar groom kat kedai la btw)

Was told to wait for her to be stable first... then baru leh grooming...

Well, banyak ilmu baru aku belajar today.

Now baru la faham kenapa orang jual kucing yang lawa-lawa ni mahal. 

Kos makan, kos vet, kos ubat, rumah bla bla... hmmm.. no wonder la kan...

Oklah, that's all for now.


Adios.




Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, June 23, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Yeay, lusa insya Allah kita Raya.

Aku baru balik dari mengepos barang ke Airpak Express and Poslaju. Malas nak call diorang suruh pick up kat kedai since kitorang pun nak tutup kedai awal today.

Lega sangat-sangat cos stock Pockit Plus strollers aku dah sampai semalam. Semalam jugak aku pos kat customer yang dah order sesiap di Shopee. Harini dah sampai barangnye kat customer. Alhamdulillah...


Pockit Plus strollers je ada.

Pockit Regular yang RM899 tu takde masuk dalam shipment kali ni.

Beza Pockit Plus ni ada recline sikit...






Warna Capri Blue. Cantik kan?
Kat dalam kotak disertakan resit and FREE RuMe Macro bag yang boleh jadi shopping bag or #PockitBag cos muat je stroller Pockit dalam bag tu... bag tu leh lipat-lipat jadi kecik macam dalam gambar. Senang nak sumbat dalam handbag or purse. Hehe...

Link if nak beli:




I have one of those RuMe bag myself walaupun aku takde Pockit stroller...
Sebab bag ni best!


Beg ni besar and tempat nak sandang kat bahu tu pun lebar, tak sakit bahu... selesa pakai.
Yang membezakan RuMe bag ni dengan other foldable nylon bag yang lain adalah material dia. 
Tahan and tak mudah tetas la jahitan dia...

Though I guess if lama-lama angkat benda berat memang akan dig shoulder la kan... tu normal...



Mine is in brown. I love it. 

RuMe bag ni made in korea tapi actually brand dari US.

The macro bag retails at RM45 a piece. Tapi Mama Panda bagi free if beli Pockit strollers secara cash/lumpsum! (if 2,3 bayar or kutu ada free travel bag jugak cuma bukan brand ni la hehe)



Ok enough about work.


Harini dah Jumaat and jalan memang sesak dengan kereta, orang balik beraya. Aku balik Beruas esok. Plannya nak balik petang ni, tapi aku busy kerja tak habis-habis... nak kemas homestay untuk orang masuk esok lagi bla bla bla... maka, esok pagi jela kita balik.

Tahun ni raya kat Beruas dulu then baru balik Pahang.

Aku pun tak sure balik Pahang hari raya ke berapa. Yang pasti, balik Lumut semula pada 30hb Jun. 3hb July dah kerja semula.



Blog post diakhiri dengan gambar dari luar jendela 'work station' aku pagi tadi.
Nampak berkabus bukit belakang rumah ni.
oh home sweet home =)


Well, that's all for now.

Laters baby. Ciao.







Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, June 18, 2017
bismillahirrahmanirrahim...




Yeay! Finally a new desktop PC for home use!

Punye la lama aku tunggu nak dapat PC (a.k.a Personal Computer) ni... banyak cerita sebenonye nak cerita...

Ok... sejak makeover guest room ni dah siap, memang aku nak sangat-sangat ade PC untuk bilik guest sebab aku nak buat kerja dari rumah.

Using laptop sucks, plus laptop aku banyak rosaknye. So I need something yang tak bergerak (not portable like laptop), tak mudah jatuh and tetap satu tempat je. A new desktop PC :)

So being seorang manusia yang tak sabar, aku just survey online je kat Shopee for refurbished PC. Jumpa la... harga around RM900 lebih.

Setelah chat ngan seller bla bla, aku decide, hmmm beli jelah. Sebelum tu aku survey jugak yang kat Lazada etc. Aku nak specs similar macam desktop kat kedai, laju la jugak... takmo lembab.

So lastly I bought online in Shopee.

Tapi tahukah anda bila barang sampai CPU nye jahanam and almost terburai? Tahu tak seller tu pos CPU just letak dalam kotak diorang (lembik je kotaknye) and takde sendal ape-ape cebisan kotak untuk make sure CPU tu tak gerak-gerak? Takde ok. No wonder la jahanam CPU nyer... sampai kat aku, dia punye cover untuk bhgn DVD Rom tu tercabut. Dengan lekangnye... nak tekan ON pun takleh, siap aku kena shot current lagi. Hampeh gile.

I mean, it's stupid really. Memang sah la salah courier, tapi seller tu pun bukan first time berjual online! dah memang kompeni korang jual refurbished pc kot tapi ade ke post cmtu? sticker fragile pun takde.

Aku ni kalau pos handbag jenama Storksak yang mahal-mahal tu (6, 7 ratus) memang aku guna kotak ok. Handbag je pun. Bukan benda elektronik. Gile...

To make things worse, aku plak TERTEKAN "Order Received" kat Shopee. Gileee... camne leh tertekan ni?? Padahal aku nak Request Refund. Adoi, memang stress gila aku waktu tu.

Tanya Shopee, camne nak buat if TERTEKAN "Order Received" walaupun sebenonye nak Refund, diorang cakap takleh buat ape. Memang duit akan release terus kat seller. Aku le plak kena mintak dengan seller...

Oh nak mintak bukan senang wehhhh... Jenuh la aku mesej-mesej, hantar gambar, video semua nak tunjuk CPU tu jahanam.


Bayangkan aku dapat barangnye camni je?
Letak bubble wrap camtu je? dengan CPU nyer tergoyang sana-sini dalam kotak tu.
Dahle kotaknye lembik je, bukan jenis keras.





See what I mean?


Sabo jelah kan...




Bila aku bising kat seller, dia nak send replacement. Tapi aku fikir-fikir balik, aku tak nak ah. Aku nak refund duit je senang. Sebabnye masa deal kat Shopee aku mintak less and mintak free gift speakers. Tapi haram tak dapat pun speakernye. So aku dah tak percaya.

Maka, esoknye aku pos semua items; monitor, laptop/mouse, CPU guna KTMD. Kena RM25 okeh, 13kg semuanya. Ni pun aku claim mintak diorang bayar balik.

Jenuh aku follow up dengan KTMD cos nak tau diorang dapat bile barang tu. Alhamdulillah esoknye sampai and aku terus mintak diorang refund. Yang agak bengang tu, seller kata technician dah check tapi TAKDE MASALAH apa-apa and boleh je ON. Gile ke ape, aku dah tunjuk video aku nak on takleh siap kena shot current lagi ada. Tengok sendiri gambo kat atas tu pun leh nampak lekang tu kan... so aku bebel-bebel tak duli tak nak replacement, nak REFUND. Dahla say sorry pun idak masa aku complaint2 nih.

Tapi biasa la kan, bab refund ni slow sikit and macam-macam alasan. Maka terpaksa main taktik kotor sikit, ugut nak bagi bad rating bla bla then baru lah dia cakap, OK, management kata boleh refund, akan refund via cheque minggu seterusnya. Lega aku. 

So alhamdulillah dapat la balik duit aku RM9xx tu.

Bile jadi camni baru la laki aku nak tolong carikan desktop PC. Selama ni aku suh cari dia buat bodo je... -__-

Dia search kat Mudah je, yang boleh COD kat tempat dia keje now di Selangor. Senang, takyah pos-pos. Harga under RM600. Genuine Microsoft Windows 7. Deal.

So laki aku baru je bawak balik kelmarin. So happy! Ni aku tengah blogging guna PC aku le ni hehehe... Refurbished je. Murah. Jimat. Kitar semula ;)




Jadilah.
Meja komputer zaman dulu kala aku beli time sale. ade slot cd bawah tu.
Kerusi pun kerusi murah, Rm20 lebih

Senang nak buat kerja sikit...
Senang nak blogging (yeay!) yang paling penting hahaha...

Aku ni dahla mood blogging time 2,3 pagi.

Oh well... Very happy to finally have this =D





Complete dah guest room/escape room 

Ok, I should've moved that white blanket. -_-
rosak gambar




Pengajaran dari insiden ini adalah:-

a) Jangan beli computer ONLINE. Ni pengajaran untuk aku jela. Cos aku dah serik. Aku penah beli Smart TV online and dipos oleh Gdex, it was fine. Laptop pun penah beli online. Cuma kali ni maybe takde luck kot.

b) Check sebelum click. Jangan click "ORDER RECEIVED" kat Shopee selagi tak check barang betul-betul. Ok actually ni aku dah check and memang nak refund tapi TERTEKAN "Order Received" instead of "Request Refund/Return". Hai jari gemuk. Or self consciously tekan kot? Entahlah.


But jom kita pandang dari segi positif pula:-

a) Dapat beli PC baru dengan harga lebih murah.

b) Dapat voucher RM30 dari Shopee cos diorang feel bad aku punye pengalaman pembelian cam hampeh and diorang takleh watpe. Kahkah....


So there.

Adios.




Written By Ryehana
Thursday, June 15, 2017
bismillahirrahmanirrahim...




So yeah... today my free Netflix subscriptions dah expired.

Menung tak tau nak tengok ape....



Aku dah beli dari kawan untuk subscription RM150 setahun. Tapi dia tak buat lagi.

We'll see...

Murah dah RM150 setahun... kalau tak, RM40 ish sebulan. Setahun dah almost RM500. koser...

iFlix aku nasib baik lambat lagi expired since new unifi subscriber leh tengok free setahun.

Tapi dah tak buka iflix since ada netflix account tu huhu...

K la... saje bebel. Bye


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Saturday, June 10, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Sejak masuk unifi ni, aku makin gile streaming movie. If before this layan The Vampire Diaries (sebab tak tau lagi tentang movie baru) and Gossip Girl kat iflix, now aku layan Netflix pulak.

First time sign up for Netflix, aku tengok 13 Reasons Why cos macam ramai je cakap tentang citer ni... aku lak tak penah tengok.. so layan...


Best ah gak...


Pastu layan Riverdale... tapi aku rasa Riverdale cam boring, nampak iklan "Anne with an E", terus aku tengok citer tu... Nostalgic gile cos teringat cerita Anne of Green Gables dulu-dulu... citer favorite Mak aku nih...

But of course Anne with an E ni dia punye style beza sikit dari yang tahun 80an tu... still, layan je...



Sekejap je habis season 1. Tunggu season 2 plak kuar....

So aku sambung balik tengok Riverdale.


Bagi aku citer ni tak best sangat. Tengok le sampai sekarang tak habis lagi aku tengok. Padahal start tengok sama dengan 13 Reasons Why tu... nasibaik Archie hensem. tu je sebab aku tengok. wakakaka


Pastu sambil-sambil tengok Riverdale, usya-usya Netflix nampak plak Stranger Things. Bukak, tengok... wah best gak... abis la satu season aku tengok...


Layan gak citer periodic nih.

Tunggu season 2 keluar bln 10 nanti...


Abis je Stranger Things, layan Riverdale balik.... haa tengok, tak habis-habis... tak best sangat kahkah. still xtau sape bunuh Jason Bloom...

Browse lagi Netflix, jumpa lak citer Orange is the New Black. Cite dalam penjara. Nini kata best tapi ade lesbianism (padahal dia pun tak tengok lagi)

So layan la cite tu...


Pendapat aku? Now tengah tengok season 2... Best gak

But of course not for kids ler... huhu



Now layan Orange is the New Black je sampai season latest.

Pasni who knows what else I watch?

By the way, if sesiapa nak cheap subscription for Netflix leh contact my friend... err, contact me first la nanti I redirect. Nak langgan Myiptv dengan dia, beli smart tv box ke hape pun boleh. Murah je dia jual... ape-ape nanti just contact je saya dari FB page Mama Panda Store.

Thanks





Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, May 19, 2017
bismillahirrahmanirrahim....






"Mak, Mak... Raiq bagi pecah cawan Mak" said Razin, as I approached the door - baru balik dari kerja.

"Cawan mana satu?"

"Cawan Mak warna putih tu"

Pergi dapur, check tong sampah, and yes... there it was. Broken. 

2009-2017.

Hahaha... destroyed by Raiq. Sedih Mak tau... tu cawan kesayangan beli kat Living Cabin, Midvalley masa kuar dengan Nini & colleague masa kerja kat Hertz dulu. They both have one as well... Bulan October. Mak punye jugak yang dah pecah.

17th August - Calm & Gentle. 

NEVER. Lol



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, May 18, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


Memula pasang wallpaper kat bilik budak-budak dulu since the wallpaper that I chose for guestroom takde stock pulak.


Pasang pada hari Isnin lepas, 15hb Mei 2017.
Ok gak stripes nih kat bilik budak-budak. Ceria gak la...

Of course, kalau nak jimat, leh cat sendiri.
Tapi aku malehhhh

2 walls letak wallpaper corak stripes, 2 walls lagi wallpaper plain hijau.
Ade banyak gile balance wallpaper hijau tu. If rajin nanti aku pasang kat homestay =D




Langsir baru jugak. hehehe...




Abaikan kotak oven atas lemari. tak tau nak humban mana (biasa le jenis sayang nak buang kotak cos leh guna untuk packaging barang haha)

Actually lemari tu aku nak balut dgn balance wallpaper warna hijau, tapi brother tu kata tak boleh cos nanti gam tak melekat cos permukaan almari tu licin.

If aku nak balut, aku kena cari wallpaper sticker (yang dah ada pelekat/self adhesive) baru boleh.

Gitu rupanya... baru aku tau =P





Sorry kualiti 'fish eye' lima ringgit lol.


Overall aku sangat puas hati dengan how the kids' room turned out.

and know what? dah 3 malam Razin slept in his room ALONE. 

Alhamdulillah. Lega sangat. Tak sesia Mak hias bilik lawa-lawa haha




On the other hand, guest room aku pulak....

FYI, aku TAK PUAS HATI with how it turned out.

Tengok le sendiri...


Masa diorang pasang, aku amik pic and was surprised to see "eh apesal macam berbelak-belak je wallpaper nih??"

*berbelak/bertompok/x sekata*

Alamak... tak lawa la... sedih tapi takleh watpe, dah ko pilih yang tu kan... T_T





Abaikan semak-semak tu... takde masa nak kemas lagi




See? Berbelak-belak bila amik gambar. Tak cunnnnn :(





Sebab ape nampak macam tu?
Sebab ade shiny-shiny benda alah ni!!!
Oh menyesal haku. Kalau aku tau, aku tak pilih yang ade berkilat-kilat ni.
 Hampeh tol...




Without lights on. 




Hmm.. memang ok je actually, tapi bila kena cahaya, tak cantik.
Tah la... yang ni aku kurang puas hati sikit. Nasib baik la kos tak sampai RM500.
Redha jelah. Nasib baik just bilik tetamu.

But aku belajar sesuatu, jangan pilih wallpaper berkilat-kilat dah pasni! Hahaha



Ni sebenarnya wallpaper asal yang aku pilih.

Suke gile yang 1st tu, tapi rupa-rupanya bila check, takde offer.
Mahal gile.. koser le kan...

2nd tu plak, aku pilih corak camtu tapi warna lain... biru/hijau. Tapi takde stock.

Lastnye pilih yang macam dipasang cos aku tak larat dah nak check sehelai-sehelai album tu...
huhuhu...


Dah selesai. Duit balance tak bayar lagi ni wakakakaka...

Sebab blinds kat bilik aku belum pasang, barangnye tak sampai lagi.

Hopefull by esok leh settle la.

Till then.

Bye!





Updates!!

Dah siap pasang blinds kat master bedroom. Warna purple hehehe... biase la aku memang suke purple.. future theme would be 'purple bedroom'



Langsir sebelah tu purple jugak actually. Dark purple.

K tu je. bye



Written By Ryehana
alhamdulillah...