Showing posts with label Beruas. Show all posts
Showing posts with label Beruas. Show all posts
Sunday, May 31, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip di blog ni lagi.

I'm at the comfort of my mom's house in Beruas. Kejap lagi nak balik Lumut. Tapi bile memikir yang line internet kat Lumut cam siput (pakai YES 4G je), baik aku update blog jap kat kampung.


1. Raul dah setahun pada 14 Mei 2015 yang lepas. Dah boleh jalan dah pada umur setahun. Alhamdulillah... sekarang tengah mabuk kaki. Anak no. 2 ni sensitif kulitnya. Kalau panas and berpeluh, muka naik ruam. Kesian. Selalu digelar pak itam cos kulitnya gelap berbanding abangnye Razin hehe... Now he loves to babble. I guess he's learning to speak. So cute :D






2. Razin pulak first time ade Sports Day anjuran taska dia last 23rd May 2015. Rumah Hijau. Aku, husband, and Raul pagi2 lagi dah sampai kat Dewan Pej Tanah. Pukul 8 lebih. Biase la sukan budak-budak. Nini, Mak, Diyana & Amirul came later around 10-11am. Nasib baik jugak diorg datang cos Raul dah bosan and cranky. Susu lak abis. Diorang datang tengok Razin pastu aku suh balik rumah Lumut bawak Raul. Aku, husband and Amirul stayed sampai sukan abis.

Kelakar gila anak aku yang hati tisu ni.... Main musical chairs yang berebut kerusi tu, 2x dapat kerusi, oklah... Kali ke-3 tak dapat kerusi, dia bantai melalak kat tengah-tengah tu. Wakakaka... nasib baik la bukan the only ones. Ramai gak budak tak dapat kerusi and kena kuar menangis beria. kikiki... aku gelak je :p

Part ibu bapa plak jadi part ayah and anak. Aku memang tak sior le nak join kan, so husband join la race ape tah dengan Razin. Again, Razin melalak cos dia tak biase orang bersorak bising-bising and keadaan berebut-rebut nak menang. Kahkah... lawak betui la anak aku ni. Hati tisuuuu :p

Bila tanya suka tak sukan, dia cakap "TAK SUKA". Oh well, mana jatuhnye kuah kalau tak ke nasi. Your mom hates sports too. And ayah kau pun rasanya bukanla sportsman. Pak Ucu and Pak Uda je gile sukan... tak terikut plak ek. huhuhu


Raul dah mula bosan.




Ayah dan anak.




Budak hati tisu







3. We sold our VW Beetle last week. Ohh sedih gila aku ok. Sedihhh sgt. Itu kereta idaman, kereta kesayangan, kereta paling comel di dunia (bagi aku lah). kikiki... But since anak nak masuk 3, and aku ni plan nak amik maid (kalau ade rezeki. cos sampai sekarang tak dapat2 lagi), maka of cos la kena ada MPV sebijik. CRV tak muat utk 3 kids and 1 adult kat belakang unless la tak pakai carseats. Well, aku ni memang tak boleh kalau anak tak duduk carseat... bahaya ok. So I asked husband to sell jela Beetle tu. Beli MPV senang 3 bijik carseat leh sumbat. Maid pun leh duduk belakang.


The day we sent the car at used cars shop. 25th May. Bye Mr Beetle T_T


Nak jual CRV, masih tak lepas cos loan bank banyak lagi. Kalau jual sekarang, kena topup lagi duit kat bank to pay off the loan. Eh memang tak koser le kan. So jual jela Beetle tu. Dapat jugak 10K plus, buat jadi downpayment MPV so sekupang tak yah topup dah, Senang....

CRV tu plan memang nak jual jugak tahun depan. Tapi tengok le camne... kalau tak jual pun, mekap bagi lawa sikit. Tukar cat ke ape... CRV tu lagi sayang cos sangat-sangat banyak berjasa kepada kami. Walaupun kitorang beli second hand, CRV tu tak pernah rosak melainkan kesilapan driver (bateri kong sebab lupa switch off lampu - adik aku pekak badak tak dengar bunyi amaran lampu masih menyala).

Beetle sayang sebab comel je. Tapi sejak beli memang banyak gak abis duit repair itu ini. Almaklum le kereta antik kan... kuikuikui. So elok le jual. Tunggu la dah tua nanti kot-kot ade rezeki beli yang baru. huk huk...


Depan kedai,

Hanya tinggal kenangan. Huahuahua





4. Aku sekarang dah minggu ke-31 pregnant. Well, baby aktif dalam perut. Alhamdulillah kesihatan ok... cuma biase la dah gemok gila ni asyik sakit pinggang kalau baring lama-lama. Berat ntah berapa kilo... dekat 90kg dah kot? KAHKAH. Lantak lah kat situ, malas nak mikir. Esok lusa ni ade checkup kat Sejati. Tak sabar nak tau update baby.



5. Next weekend 6-7 Jun kitorang akan ke Terengganu cos adik aku si Afnan nak bertunang. Kereta baru tak dapat lagi ni. Patutnye dapat esok lusa... Moga-moga by Rabu dapat dah la. Boleh rasmi pergi Terengganu. A

Awalnye aku maleh nak pergi cos tak larat gila. Dah nak masuk 8 months kan, nak bawak badan pun tak larat. Pastu nak kena bawak Raul yang kuat meragam tu plak (seriously dia tak macam Razin yang baik je kalau bawak berjalan). Tapi bila fikir nak dapat kereta baru, MPV lak tu, terus semangat. kakakkaka.... ala lagipun aku leh rileks sikit cos Mak and Nini leh naik sekali. Haaa tolong jaga Raul =P

Dalam kepala otak aku pikir nak makan je. Keropok lekor, satar bla bla... hehehe....


Oklah. Tu je update kali ni. Esok baru aku add gambo-gambo untuk entry ni.


Ciao.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, January 11, 2013
BismIllahirrahmanirrahim...


I'm in Beruas now. It's very lonely in Lumut without Razin. Yes, I left him in Beruas since Monday... Cos he was happy there. Plus, i need some time alone.

But today i'm back cos nak ambil dia and balik Lumut tomorrow.

I need to get more organized... But i still haven't managed to do that.

I miss my husband dearly... But i know i have to be strong. I chose this. Might as well toughen myself up. I'm still lucky cos i have my family close by.

- new laptop
- new treadmill ( haha... Yes, i bought one!)
- new handbag
- new sofa for the soho

Need a new laptop since hubby's acer laptop of 8 years is currently showing signs of age. It's slow and has problems with its touchpad. Have to wait for hubby to get back since he insisted we buy the gadget together. My budget was only 1.5k. But since hubby is getting his bonus again this month, bolelah dia topup sikit kalau nak lappy best2. Hehehe...

Treadmill... Hmmm, bought one preloved from an online friend. Always wanted one of those but it's so freaking pricey! All the treadmills i've surveyed are around 3-4k. And no, i dont have that much of a money to spend on a threadmill. So, when a friend is letting go hers, i grabbed it! Ok... I know what u're thinking... Maybe it'll be a display unit? Haha... Well, let's hope not k!

A handbag? Hmmm... I don't need it. But i found i cant resist the temptation. What's wrong with me? I was never a woman who loves handbags! Yet, last month i found myself buying 3 Coach handbags! And i just bought another one. Urghhh... Crazy. This is so not me. Tapi tu la... Dulu dok kata tak beli handbag, sekarang amik kau.... Meroyan handbag pulak. Nasib baik Coach je... Kalau nak LV, Gucci, Prada or Chanel, sila sepak aku kuat2 supaya sedar diri. Hahaha...

Sofa for my little office? Yes, it's a must. But i just dont have the money yet. Takpelah... Lagipun i dont stay inside my 'office' anyway. Tu tempat letak stok jer.... Malangnye, i found myself always perched on a coffee table in front of the telly. So unprofessional of me... But what can i do? It's quite lonely without the tv on. I dont watch much tv, i always turn it on however for the sound of it to drone on.... Heh. Takkan nak bwk tv masuk ofis gak kot. Poyo je... Lagipun i have to keep an eye on Razin... So takkan la nak dok dalam bilik and biar dia main sorang2 kan...

Well... I gotta sleep. Bye


Alhamdulillah...

Monday, August 27, 2012
bismIllah...


Perasaan berbelah bagi nak balik Johor. Aku seboleh-bolehnya tak nak balik Johor... sebab?

- Selesa dok Perak. Of course la kan... since umah sendiri dok sewa kat orang, aku dok di rumah Mak. Gile best takde masak sangat (hahaha) and yang penting, Razin ramai orang melayan. Ni kalau balik Johor, bertempik lagi la aku hari-hari ngan dia...

- Suka POSLAJU kat sini. Walaupun bila dok Beruas aku kena rush pos barang sebelum 3 petang (sebab ade pejabat pos je), aku tak kisah sebab tak banyak songeh and tak ramai orang kat pejabat pos. Poslaju Sitiawan pun ok sangat-sangat, tak penah lagi la aku kena balik tanpa pos barang sebab kotak tak dibalut brown paper! (Damn you, PPL Pasir Gudang!)

- Senang kalau nak order barang kat supplier. Diorang pos alamat Beruas je. Takde la kejap-kejap alamat Johor... yer, diorang pun dah pening cos kejap-kejap alamat lain. Aku ada 3 alamat yang selalu digunakan untuk pengeposan barang: Lumut, Beruas and Johor. So kalau satu alamat je kan senang... takdela risiko barang aku dipos ke alamat lain (dah penah jadi, aku kat Perak tapi barang dipos ke Johor. Nasib baik bukan barang orang nak pakai urgent)

- Rumah sewa kat Johor tak best. Aku syak ber'penunggu' cos aku kan selalu online memalam buta (dah itu je time yang leh online... kena tunggu Razin tido) and selalu dengar bunyi-bunyi yang kurang enak. Selain dari tu, umah tu sempit sangat... semak gila bila barang-barang order sampai... Bila jadi camtu, aku tak senang nak ajak orang ke rumah maka dah kurang bizz opportunity (bila orang datang rumah nak amik barang/COD, selalunya diorang akan dapat tengok barang-barang lain and SELALUNYA end up beli barang-barang lain jugak. Muahahahahaha). So bila aku tak berapa kenan orang datang umah (umah bersepah cos sempit and penuh barang-barang bizz), kan dah rugi peluang tu... uhuk uhuk

- Aku tak suka nak pegi pos barang kat Poslaju Pasir Gudang sebab kena bayar 60 sen setiap kali masuk untuk parking dalam tu. Selalunya parking kat luar, tepi jalan... tapi kalau pos barang banyak gile, nak taknak kena masuk dalam gak... Pulak tu, banyak songeh gak la PPL tu... aritu aku dah terkena sekali. Aku dah beratur punye lama (1 kaunter je bukak ok! Kata gred A, kat bandar besar and kutuk yang Sitiawan gred B ke C ntah... tapi Poslaju Sitiawan tu koman2 ade gak buka 2 kaunter ok!), tetiba bila turn aku sampai dia kata kotak yang aku nak pos tu kena balut cos banyak tulisan-tulisan. Tulisan ape je pun... tu gambar and label + description apa dalam kotak tu! Bengang betui aku. Sia-sia je beratur. Dahla satu kotak tu je aku nak pos. Mencarut-carut aku (dalam hati) masa blah. The same box aku pos beberapa minggu lepas (kotak Trunki btw) elok je diterima kat kaunter Poslaju Sitiawan. Takde hal pun. Bertambah meluat aku nak balik Johor. Hmph.

Tu jela dilema aku nak balik Johor.

Kalau leh, memang takmo balik sana... Plus, banyak gile barang aku nak order sekarang ni... so aku tak tau nak bagi alamat Perak ke Johor... Rase-rase macam kena bagi alamat Johor la kan... Cuma risau kalau tengah-tengah bulan 10 ke 11 nanti tetiba nak balik Perak memang mati la nak angkut barang banyak-banyak. Haihhhh i hate nomad life.

Tapi kena la balik jugak. Sian laki aku sorang-sorang kat sana. Aritu bulan puasa dia dah bagi aku spend almost sebulan kat Perak (sebab raya kat Pahang, kampung dia), naik lemak ke takmo balik Johor? Huhuhu... Ni pun dia dah baik hati bagi aku dok Perak lama-lama pas raya and nak amik aku semula cuti 31 Ogos nanti. hmmm...

Semalam dok BBM kata dah sebulan lebih dok bujang je... aku pun risau la kan... kang pasang bini lagi sorang kat Johor naya je... kwang3

Kena settlekan macam-macam before balik Johor especially Razin's checkup. Nasib baik la ex-tenant aku dulu ade sorang doktor dari Penang yang bertugas kt KKIA Sitiawan... Semalam aku call dia tanya leh ke Razin cucuk 18 bulan minggu ni walaupun Razin belum 18 bulan? And she said ok. Siap nak amikkan no.giliran untuk aku siap-siap so that takyah tunggu lama. Haaaa bagus. Jumpa doktor terus. Selalu jumpa nurse je kat klinik tu.. and kena tunggu lama gak la. Kali ni nampaknye takyah tunggu lame. Hehe... sukenya teman! =P

Razin ni last checkup bulan 4 aritu. Patut ade lagi checkup bulan 6 untuk makan ubat cacing tapi tak pergi cos kat Johor. Maka, sebab tu nak settlekan semua hal Razin before balik Johor. Moga-moga Razin tak demam Rabu ni... cos kalau demam memang takkan kena cucuk ar...

Ape lagi aku nak membebel ntah.

Hmmm... banyak dilema berkaitan bisnes je. Ate, dah itu je sumber pendapatan aku sekarang... nak wat camne kan... nak bizz, buat betul-betul and bukan hot-hot chicken poop. Nak tak nak kena rasa 'tak selesa' gak la...

Tak sabar nak duduk Lumut semula. Tapi kapal hubby delay bab repair... Patut hujung tahun settle, tapi delay sampai Jun tahun depan. matikkk... aku dah meroyan dah masa dia mula-mula gitau. Gile ah... Tak nak la dok Johor lelama... kalau umah cun, suasana best takpe... ni neighborhood pun tak best, umah pun kecik n tak best.

Aku ni bukan ape... aku ni jenis manusia yang organized jugak sebenarnye (ekekeke). Tapi bila kejap-kejap kat sana, kejap-kejap kat sini, aku jadi malas nak organized things betul-betul.

Now benda utama yang aku target once balik Lumut adalah untuk upah Ah Seng buat display cabinet/storage cabinet kat umah tu untuk senang aku check stock and inventory barang. Sekarang sangat hampeh sistemnya iaitu aku amik dari kotak je. Tak best la wehhhh... =(

Pastu nak pasang wifi kat umah Lumut. Best gile ok ade wifi dalam umah. Unifi ke or streamyx tu tak tau la lagi... tengok la mana yang ok nanti. Tapi yang pasti kena ade wifi. Senang sikit. Tak payah nak cari-cari modem cucuk lappy etc. hehe...

Pas settle bab tu baru nak hias-hias rumah sikit. Razin bakal duduk bilik asing (maybe). Tengok la camne kan... Aku dah bengang ni nak tunggu sampai tengah tahun depan. Rasa macam lama gilaaaaaa je.

K la... that's all for now.

Nanti free membebel lagi...

Selamat hari raya, everyone! (gile lambat wish kat blog)

Serik dah letak gambo kat blog banyak-banyak cos gambar asyik kena curi je (aku kan hot! *muntahhhh*)

So tu je. Bye.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, August 1, 2012
bismIllah...






Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, July 23, 2012
bismIllah...


2 hari berpuasa, and I haven't been to the bazaar Ramadhan yet. Good! hehehe... That's an accomplishment. :)

This year's fasting month is an easier one for me despite the fact that I've been having sore throat since Friday. Easier why? Well... because my son is no longer breastfed. Actually, ade jugak la dia menyusu... tapi kadang-kadang and sangat jarang dah. Maka, takdela aku lembik macam sebelum2 ni. hehe...

Razin was a bit under the weather since last Friday... tapi alhamdulillah hari ni dah ok. Pagi tadi badan dia panas kejap... then ok balik. Yang tak ok adalah selsema and batuk (kadang-kadang).

Insya Allah esok nak bawak dia ke klinik...

I miss dear husband...

He dropped us at Beruas cos he knew I have tonnes of things to settle before Raya. And it is best for me and Razin to stay in Perak where there will be my other siblings to look after Razin when I'm busy.

Thanks for being an understanding husband. Love u so much!

Can't wait to see you again... no matter when that'll be... hopefully dalam beberapa minggu lagi...

My this Ramadhan will give us lots of blessings and lessons... and also for us to be more grateful in life.

That's all for now.

Wassalam...
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, July 16, 2012
bismIllah...
.

Yeeehaaa...

Bestnye dok rumah Mak. Bestnye dok ngan adik-beradikku yang lain... Bestnye leh rehat-rehat sikit cos ramai orang nak tengok-tengokkan Razin, masak pun aku rileks sikit (huahua) and I found that I am more relaxed since yesterday. :)

Bagus jugak Nini masukkan HBO dalam pakej Astro kat Beruas ni. Best layan movies! Especially I haven't been watching my-kind-of-movies in Johor.

But I do miss Singapore's tv channels especially Okto! (ke Octo? xtau eja camne... but it's for kids)

Tonight, I watched Red Riding Hood lakonan Amanda Seyfried, Shiloh Fernandez etc. Best jugak citernya... Okla, lama tak tengok citer omputeh la katakan... And now, my sisters are watching The Rite while I'm online. The Rite tu aku dah tengok dah aritu... so xkisah sangat.

I miss watching True Blood, Pretty Little Liars and Vampire Diaries. Oh yes I do. I miss the old times... Nini ada download dalam lappy, tapi aku tak tengok-tengok lagi.

Aku jugak dah macam malas nak online these days. Ade insiden-insiden yang buatkan aku macam fobia nak online. huhuhu... But life has to go on. Nama lagi online business, tak online susah la sikit mau cari makan... Boleh tu boleh, lagipun Allah kan Maha Pemberi Rezeki... tapi susah jugak nak maintain after sale services kalau customers nak cari aku takde kan... Hmmm...


Ape-ape pun, tadi aku baru discover new handsome actor to drool on. hahahaha...

Shiloh Fernandez.... hensem gak le tapi muka cam jahat sikit. :p


^___^

Dok tweet2 tentang how handsome he is.

TAPI!!!


Still, takleh lawan my biggest, bigger crush:


Channing Tatum!

Love his voice too. ;)

Bagi aku, dia takdela hensem mana pun, tapi sangat-sangat talented.
He can dance and very natural in his acting.
I'm always attached with his character he played in movies. 



Another one,


Ian Somerhalder a.k.a Damon Salvatore.

 (i follow his twitter!)

Fell in love with his looks and character in Vampire Diaries.

Oh yes, I favor Damon than Stefan.

So handsome! uhuhuhu....

And I think I've blogged before on how I cried when Damon told Elena he loved her.
And then he made her forget he told her that.
Touching gile babi.


Ok, malam ni merempan tentang handsome actors.

Better la dari merempan about things that could make my heart aches kan?





Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, May 16, 2012
bismIllah...


Another thing yang aku dah lama tak buat sejak beranak is watching movies on the telly. CSI ke, House ke... (my kind of show) memang lama gila tak tengok.

Selain dari takde masa, antara sebab lain yang utama ialah my husband does not watch that kind of show. Dia tak tengok citer-citer omputeh ni sangat... tak abis-abis drama melayu kat TV3, cerekarama, Naruto, Doraemon, Shin Chan...

Maka? Aku pun layan jela citer-citer yang husbandku tengok. Dia memang giler tv. Takde tv udah macam orang pompuan PMS. Semua tak kena... aku lak jenis tak kisah sangat bab tv AS LONG AS I HAVE INTERNET CONNECTION. hehe...

Ok, dipendekkan citer, malam ni aku baru dapat layan citer 'I am Number Four'. Petang tadi layan citer 'Ramona and Beezus' (yer ke camtu tajuknye... lupe dah). Almaklum, umah kat Beruas ni ada channel movies cam HBO tu (thanks to Nini). So melayan la...

Seronok.

I was really engrossed. Huhu... lama gile tak spend masa tengok citer kat tv yang menarik. Rasa pathetic pun ada jugak. Sampai Nini heran tetiba aku melekat depan tv (selalunya ngadap laptop je 24jam) and tanya, "Ko tengok citer ape ni?". hehe... heran dia. Cos aku memang jarang tengok tv. :)

Razin tido awal malam ni. Dari sejak lepas Maghrib dah macam ngantok tapi dia lawan... main-main dengan Amirul. Aku lak pas Maghrib sempat membuta kejap. Kekonon nak bagi Razin tido sambil breastfeed dia, tapi aku yang padam. Razin elok je lepas main-main menyusu, bangun berkejar-kejar.

Hmmm...

Risaunye time nak balik Johor nanti. Mati la aku nak melayan ke'clingy'an Razin nanti. Dah biase ramai orang, tetiba nanti just dia ngan aku je kalau hubby pergi keje. Aiyoooo...

Doa cepat-cepat dapat adik yer Razin. =P

Macam biase, dah menyimpang dari tajuk entry.

Saje je nak citer tengok tv. tu je. Hihihihi...

Eh, alang-alang dah citer tentang Razin and Amirul meh nak tempek gambo sikit...


Razin with his cousin (cousin la kan kalau Amirul ni anak sepupu aku?) seronok main!


Wilcha Opah.

(their great grandmother's wheelchair)


Seronok sangat dok Beruas yer Razin...
 

Sekian.
Written By Ryehana 
alhamdulIllah...
Monday, April 16, 2012
bismIllah...


We're back in Lumut last night. Pagi tadi before hubby pergi masuk base untuk meeting ke ape tah, kitorang pergi breakfast jap kat Nasi Kandar d'era dekat Billion. Memang port feveret kalau nak makan roti canai.

Sembang-sembang about our house in Lumut and our plan to purchase another house... tapi sebab budget tu belum ada, angan-angan jela dulu... We talked about the sky rocketing price of houses in Manjung mostly. And we're considering a house in Sri Iskandar. We think it'll be a good investment as the price there belum mahal lagi... berangan tak kena duit kan. ;p

Then sembang bab anak.

Razin seems happier when we got back in Beruas. Ramai orang nak melayan dia... he only came to me when he's sleepy... crying or when he just want to breastfeed. He seems very active and so different. In a good way.

Me and hubby were contemplating on whether we should go back to Johor together. I know hubby was reluctant to leave us, but... of all the trouble we went through to pack all my stuff and brought it here, takkan nak balik Johor semula dengan barang-barang tu unpack? HAHA...

Tapi tadi tersentap jugak i uols...

Hubby said, "Abang kesian kat Razin kalau kat Johor"
"Kenape? Sebab takde kawan?"
"Yela... pastu Ayang asyik marah-marah dia... sian dia. Bukan dia tau ape pun"

Terkedu aku.

"Abis... orang penat. Pastu dia asyik nak berkepit je 24 jam. Letih la... nak buat kerja pun susah" I said, defending myself.

"Ala...kerja malam-malam boleh buat" jawab suamiku.

"Memang selama ni Ana online malam-malam kan... pastu kang kalau asyik tido lambat, ade lak orang tu komplen tido takde orang teman plak. Bluekkk" I replied, sticking out my tongue at him.

And hubby laughed. Tau pun terkena balik. It's not easy to maintain an online business. Lagi-lagi plak I'm still new. Small biz je pun... But, aku tak nak la hangat-hangat tahi ayam... benda kena ade sacrifice at the beginning, then only you can enjoy the sweet taste of fruitful result later. Ececeh... beria je aku bermadah-madah...


 These are the pictures (yang sempat snap) of my clingy son.
He wants only Mommy, not Daddy.
huhu...




 
 Ini la gayanya kalau aku baru nak ngadap laptop buat kerja...
Camana nak buat kerja?
Sebab tu Mak tensen uols... hehehe




Anyway, we talked about Razin's development and how he's adapting to things around him.

Masa kat Johor, asyik terperuk dalam rumah je. We do not go out. I do not go out without hubby. Walaupun kat kawasan rumah tu ade la jugak playground, but we stayed in the house. Nak bagi Razin lepas pun aku tak berani and tak larat nak monitor. So dok dalam rumah jela... Bila hubby balik kerja baru la kuar pergi beli barang ke... dinner kat luar ke ape ke...

But the bad thing is, we went out at night la kan... since hubby balik kerja pun petang. Malam je baru kuar. Bagi aku la, budak2 ni tak elok diajar keluar malam. Aku seboleh-bolehnya nak elak bawak Razin kuar malam-malam... tapi apakan daya, bawak la jugak cos nak tinggal kat sape lak kan? Aku pun borink jugak asyik dok umah je... mesti la nak kuar walaupun hanya ke Kipmart Masai. huhu...

Bila kat kampung (yakni di Beruas), of course la takde kuar-kuar malam ni. Siang leh kuar... ade halaman rumah. Berlari lah dikau wahai anakku... tarik-tarik rumput... main kereta sorong etc.
Malam je dok umah jela... nak kuar ke mana pun?? hahaha...

Persekitaran kampung tu lebih baik dari dok pekan... great place to raise kids. Oh tetiba teringat zaman aku kecik-kecik dulu... Lepas zohor je hilang... main pondok-pondok, nyorok-nyorok, polis sentri, tuju kasut... kat pekan mana la nak buat camtu. Nyorok-nyorok kang ko kena culik! Nauzubillah...

And so we decided that I better stay/stationed in Beruas jela sampai hubby came back this May. Good for both of us. Razin will be happy, and Mommy will be happier. hehehe...

Lagipun, dah tak seronok nak balik Lumut cos the house is occupied by strangers. Tak best...

Can't wait to be back in Lumut for good. I have so many things to do the house... starting with my own SOHO. =)

Till then...

Wassalam.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, April 14, 2012

bismIllah...


Oh my! I love this new layout/theme/template (whatever you call it)! More feminine and definitely more me.

Simple, yet sweet. Wah puji blog sendiri tak tahan tu! hahahaha...

Many thanks to Pn Beba yang cantik manis cos meng'make over'kan blog ku ini. Sape rasa-rasa nak buat blog make over tu silalah pm dia yer... Affordable, don't worry ;)

I'm already back in Beruas, Perak.

It was such a long journey yesterday. Jem macam hape kat area berdekatan Putrajaya and PJ. Stress haku dok dalam kereta...

Sebut tentang kereta, mampat gile dengan barang-barang aku. Yelah, nak dok sini sampai bulan 5... baik aku hangkut semua barang-barang niaga. Takkan nak tinggal... kang orang nak beli dah takde kan susah... hehehe...

 Ni gambo malam Selasa lepas kalo xsilap... balik dari makan seafood.

Imagine the back of the car full of boxes etc? hehehe...


Ermm... teringat bulan 8 ni nak kena renew roadtax, insurance and tukar tayar.
Matik. Dear hubs, simpan duit yer...



That's all for now. Esok insya Allah nak pergi bawak Razin jalan-jalan ke Zoo Tepen kot. hihihi...

Salam...




Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, November 7, 2011
bismillah...

I'm bored. Razin tengah tido dalam buaian. Agak bosan juga tak dapat online di lappy ni tapi nak wat camne. No service yang kuar kat Celcom berukband aku! ;(

Aku tengah risau pun ada ni. Carseats tak dapat lagi. Aku riso courier datang time umah takde orang ni.. camne eh? adeiii..

Ishh susahla update dengan phone. Tak best.


Salam aidil adha.

Friday, June 4, 2010
bismIllah...


I'm at home in Beruas.
Reached home around 2.30 pm yesterday. Nyda bawak kereta laju siot. huhu

Hari ni pergi Manjung cari baju sewa. Baju yang Mamito tempah tu memang dah cantik. Cuma simple sangat. So arini aku and Nyda cari baju untuk disewa. Baju yang Mamito tempah tu leh la pakai masa pergi Pahang...

Cari punye cari, jumpa la kat Saiful Design. Sebelum tu pegi Yun Yun tapi baju yang cantik-cantik dan aku nak sumer orang dah chop awal-awal... So tak dapek la. Takpela, baju kat Saiful Design pun okey gak... siap leh nak tambah-tambah manik, jahit lagi itu ini... so, amik la. Yang aku terkejut sekali, NYDA bayarkan. Thanks Nyda... :')

I made a mental note to be there on your wedding day whenever that is! (hopefully time tu aku leh hadirkan diri.huhu) Aku pun tak pernah ke rumah dia di Pasir Putih, Kelantan. Insya Allah Nyda. Hopefully dapat la datang.

Tapi memang pengalaman tak dapat dilupakan betul la masa fitting baju kat kedai tu. Lawak giler cos aku tak muat pakai!

Masuk kot atas tak muat, masuk kot bawah pun tak muat. Sian acik tu kena bukak jahitan baru aku leh pakai. Nak wat camne, aset-asetku besar. Muahahaha...

Dari segan ngan Nyda, sampaikan 'ahh lantak la ko tengok badan aku yang tak cantik ni' cos Nyda kena tolong aku nak pakai and tanggal baju. So ber'two pieve' jela... Memang macam hape je kat dalam fitting room tu. Lawak gile bila ingat balik. XP

Hmm... so baju kahwin aku adalah sehelai gaun. Belasah jela... nasibaik mak aku buat 'bunga tangan' besar... leh la cover-cover perut yang berlemak. (posing letak bunga kat perut kan?) kehkehkeh


Bertuah sape dapat mengorat Nyda ni...
Single lagi ni... hehe




Cari baju jap pastu makan KFC. Nyda belanje gak. Adehhh serba-salah aku kuar ngan minah ni... hmmm kitorang selambe tapir melantak ayam ngan cheezy wedges. tak derdiet hape. dan aku dah merosakkan diet Nyda yang dah lame gile tak makan kfc (semangat tol) sbb nak kurus. Aku?? Nama je nak kahwin tapi makan tak jaga langsung.

Dahi aku naik jerawat malam ni. Hampeh tak??? Geram je aku. :(

Malam ni pelamin dah siap dipasang. Cantik la plak walaupun biase je... i like!! Memang tak salah la aku pilih warna theme warna ungu+white+cream. Very nice... nak je aku upload gambar tapi tak seprais la pulak kan... :P

Ini resit bayaran...

Mahal ke murah?
Or biase-biase je?
Bagi aku, okay la...



Sekarang ni tengah busy nak membungkus goodie bags. Tengah mengumpul benda-benda yang nak diisikan ke dalam goodie bags. Ada yang Mak tempah dan order, ada yang orang sponsor. Antaranya adalah dodol (feveret Mr CC), kuih-muih dan juga surah-surah amalan. Aku pun tak tau ape lagi Mak nak bagi... :P

Semalam kami menampal label pada buku-buku kecil berisi surah-surah amalan. Dibeli oleh Kak Lin di Nilai Putrajaya...

Simple je Kak Lin design. Haha...
Jadilaaa...
kami lekat label sticker tu di bahagian dalam kulit buku tu.



Mmm...
Okayla, aku kena tido awal. Esok nak pergi Ipoh tengok wayang... saje la nak belanje Debab cos dia dok umah je... nak bagi dia seronok2 sikit cos dia tak sabo2 nak tengok LBS.

Esok jugak nak cari tudung nak nikah dan sanding.

Yer...
aku takde tudung lagi.

Tudung ber'awning' yang diberi oleh butik tempat sewa baju tu memang ada tapi aku sangat tak sesuai pakai tudung awning bagai tu. Sangat tak seswai!! Kena pakai tudung biase je.

Wish me luck.



p/s: Today is Friday. Hari terakhir untuk memegang status 'bujang' cos petang Sabtu aku bakal bernikah. huhu.. Cuakkkkkk~




Salam pengantin (ececeh),

alhamdulIllah...