Showing posts with label Help needed. Show all posts
Showing posts with label Help needed. Show all posts
Tuesday, March 10, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...


Yeah well. Need help at home and need help at the shop.

Semalam up iklan mencari pembantu rumah FULL TIME. Kat Manjung ni banyak daily helper je... takde yang nak duduk sekali. Aku mencari yang boleh duduk sekali sebab nak yang leh jaga anak and uruskan rumah.

Indon pun boleh tapi masalahnye down payment mahal bebenor... Pastu tak tau lagi ade guarantee ke idak untuk dia STAY and tak lari. Paham2 jelah memang banyak masalah maid ni kan... So cuak jugak. But I don't have other solutions.

Sebab melihatkan keadaan sekarang yang agak tenat (rumah aku macam tongkang pecah dengan kain2 tak berlipat, lantai tak bermop/sapu etc... sakit mata oiii), aku terpaksa la cari pembantu rumah. Tapi susahnyaaaa... mana nak cari? Mana nak harap ek? Sesapa ada info please lah emel aku...

Sebolehnya nak cari orang tempatan, tapi macam susah je... yela, zaman sekarang orang Melayu kita ni mana nak kerja jadi pembantu rumah kan... Time aku kecik2 dulu senang je mak aku dapat orang gaji. Bersilih ganti tapi tempatan. Orang yang dari keluarga susah. Mana nak cari ekkk... I need a maid cos aku ni dah le nak beranak lagi bulan 7 nanti. Pengsan kalau takde orang nak tolong kat umah. Pergh dah nak beranak 3 dah aku ni. Kalau takde pembantu memang aku kena stop production sekejap... HAHA... camne nak capai target beranak lima kalau gitu? LOL

Mak aku dulu bole la beranak sampai 6 orang.. ade orang gaji. Rilek je. huhuhuhu... Aku ni dah le kerja sendiri. Susah oi nak bawak anak ke kedai especially kalau beranak kecik. Tak jadi kerja la aku.... Aku bukan nak lepas terus dari 8-5 kat maid, NO. Aku ni jenisnya akan balik rumah kejap-kejap tengok anak etc... Macam masa adik aku duduk sekali dulu. Camtu la... cuma sekarang ni lebih kepada uruskan hal rumah cos aku balik kerja dah penat tak larat nak mengemas and LIPAT BAJU. Anak2 makin ramai, makin bertambah baju bajan. Huhuhu... tensen tengok gunung-ganang baju tak berlipat.


Next, our shop.

We're hiring!!

Mencari pekerja/pembantu kedai yang boleh standby, layan customer, and kerja time WEEKEND. Ni masalah aku sekarang, Takleh nak buka kedai lama-lama time weekend cos aku pun nak cuti gak hehehehe... So semoga dengan ada pembantu ni, boleh ada masa untuk be more creative etc?

Some of the suppliers even called and texted why I didn't order bla bla bla... haha... Masalahnya aku takde masa nak promote!! So sebab tu la... busy doing admin stuff je. T_T

Dah lama nak hire orang tapi sebab Hanis dah takde ni baru nak iklan. Hanis, Mak aku, Nini and Nan nak pergi umrah esok... Esok flight diorg... So Jumaat lepas la Hanis last kerja utk bulan ni. Tak ke pengsan aku??

Bayangkan semalam plak babysitter sakit, takleh jaga Raul. Lagila rasa macam kena hempap batu sekejap. Seksa weh... camane nak bawak anak ke kedai.. Memang takleh lagi... T_T

Kerja Hanis pun bukannya teruk sangat. Mostly layan customer datang (kedai aku tak banyak walk in pun kalau weekdays... ade je langsung takde customer masuk... tapi weekend la kekadang busy sikit orang datang... tu pun tutup awal. kalau tutup lambat? insya Allah lagi masyuk? hehe), packing barang orang order online and kemas-kemas kedai. Tu je.

Tu pun dia bukan kemas sangat. Tahu jelah orang lelaki kan.... Memang bersepah je belakang kedai dengan kotak tak bersusun etc...

Tadi iklan kat group komuniti, and dah ada yang nak datang kedai esok. Interview le dulu serba sedikit... Oh well, takde helper umah, at least dpt helper kedai dulu pun ok.

Nini even told me yesterday yang dia plan nak amik unpaid leave for a month during my confinement period to help me manage the shop. It's a great idea. I was planning to hire her anyway, to make this a family business but biasa la mintak gaji mahal sangat mana aku mampu lagi :p

Well, we'll see...

Semoga semuanya baik-baik sahaja.


Till then.

Diakhiri dengan gambar cheeky Raul.


My precious Raul. <3 p="">





Written By Ryehana
alhamdulillah...
Saturday, April 2, 2011
bismIllah...


Ini adalah hasil dari 30 minutes pumping of both breasts.
ONLY 1 OZ!

Mane tak bengang dibuatnye?
Serius aku frust giler... arghhhh


Tho I can safely say aku pam ni selepas sejam lebih menyusukan Razin.

Tapi tapi tapi... setakat ni paling banyak yang aku dapat pam adalah 2.5 oz! That's just it. Itu pun baru malam tadi dapat... aku pam time Razin tidur... Selalunya dapat 2 oz jer. Dahle dari dua-dua belah breasts... camne orang dapat 1 botol penuh dari sebelah breast jer?? Giler jeles...

Macam mana nak buat bagi banyak ni? Aku asyik fedup setiap kali pam sampai rasa malas dah nak pam (hampeh kan?).

Tapi takpe... aku akan teruskan jugak mengepam sampai abis pantang. By that time kalau tak cukup stok EBM, memang takleh watpe la... kena beli susu tin gak la kat Razin untuk dihantar ke umah pengasuh. But I still hope I can breastfeed Razin di rumah (at night or bile kuar balik Beruas ke...)

Patutnye dari awal dulu aku pam... masa tu banyak giler sampai kena pakai breast pads. Sekarang biase-biase jela plak. But everytime aku susukan Razin, ada je susu... tak pernah lagi la time dia nyusu tak kuar ape...

Ke pam aku yang problem?? tapi takkan la... orang lain pakai Spectra 3 ok jer...

Haihhh... susah jugak yer... No wonder Mak aku dulu bagi susu tin jer kat anak... Masa pantang lagi dah bagi... ermmm...

Any mommies ada suggestions on how to increase my milk production or maybe share your experience??

Comments are appreciated!

Thanks in advance...



alhamdulIllah...
Tuesday, March 22, 2011
bismIllah...


1. Hubby is currently in Pulau Tioman. He called half an hour ago. I miss him so much! Terasa lebih feeling-feeling since dah ada anak bersama-sama ni. Serius... huhu... Beliau dok bising kata Tioman takde ape.. well, I wouldn't know cos I've never been there. Tapi aku tetap pesan, kalau jumpa fridge magnet Pulau Tioman jangan lupe beli! We're collecting those things... nak tiru cam Mr Penyubiru yang kumpul fridge magnets of places he's been. :)


2. Aku masih belum timbang berat badanku since bersalin. Main reason adalah takut berat tak berubah. Huahuahua... Tapi dari segi fizikal, macam tak banyak berubah je. Perut still buncit. But then, Mak kata awal lagi... Tak sampai 2 minggu pun. Hmm... mintak-mintak laaaa leh kurus balik!


3. Semakin tak selera nak makan lately. Tapi perut sentiasa lapar. Aku makan sebab perut aku sakit... dan juga sebab nak bagi buang air besar. I'm lucky cos baru 2 hari bersalin dah leh buang air besar (bersalin hari Jumaat, membuang hari Isnin). Ada orang sampai seminggu lebih tak berak-berak (aku jumpa masa kat hospital manjung aritu). Uiii giler... Aku ni 2 hari xberak pun dah tak senang duduk... camne ler kalau seminggu tak berak?? Naya!! Aku memang takleh kalau tak membuang setiap hari...


4. I'm thinking of pumping my milk. I think I have too much milk. It's good, right? Tapi leceh gile bila time tidur pun basah baju aku cos susu still keluar eventho tak nyusukan anak. Kalau pam and then bagi Razin EBM thru bottles at this early time, takpe ke?? Eventually still kena ajar dia minum guna botol gak kan? Nipple confusion ni tak berlaku kat semua babies kan.. but of cos, lebih baik mencegah dari menyesal... tapi... hmmm... eh entahlah! konfius...


5. Botol susu jenis ape sesuai untuk baby yang aku nak breastfeed dan jugak bottle-feed at the same time?


6. Ok. Takyah beli pacifier... but... macam kena beli botol susu jer... errr...


7. Hubby berlayar seminggu... which means seminggu jugak la ikan-ikan dalam akuarium kat rumah di Lumut tak makan. Mintak-mintak diorang tak mati laaa... huhuhu


8. Aku kena buat checklist barang yang kena beli laaa... gaji akan dapat hujung minggu ni tapi benda yang nak dibayar cam banyak je... Mintak-mintak la duit cukup!!


9. Aku rasa macam kena buat satu lagi blog special untuk blogging tentang Razin. Tapi cam maleh pun ada... tengok la, kalau rajin aku buat. Bukan ape, aku tak nak 'menjadi orang lain'... a different person that who I used to be. Asyik blog pasal anak jer... well, aku memang nak blog pasal anak, but maybe not here in this blog. Ahh korang tak paham kot, tapi... that's me. Bukanla aku tak nak update langsung pasal Razin kat sini, tapi... another blog is a good idea for me to record his progress and my motherhood experience, no? Tengok laaaa (kalau rajin).


10. When is the safest time to have sex after given birth?

........................

Kalau segan nak komen, leh guna Anonymous profile.

Kthanksbai.



alhamdulIllah...
Saturday, February 12, 2011
bismIllah...


Nak mintak pendapat mommy-to-be(s) and hot mommies out there. Please bagi cadangan dan pendapat. Huhu...

Ini ada persoalan yang ku fikir-fikirkan lately and tak tau nak buat decision.


1. Perlu atau tidak untuk membeli barang-barang di bawah ni sebelum melahirkan anak? Or should I wait after given birth baru beli?

a) Baby cot

b) Stroller

c) Breastpump <--- ini aku paling blur...

I got my eyes on Spectra 3.


But then, I stumbled on Spectra DEW 300 plak.


Spectra DEW ni lebih mahal sikit dari Spectra 3.

Which one is better?

And, PERLU ke beli before beranak?
Time pas beranak kan leh direct bf? Especially time berpantang...
So, perlu ke nak pam-pam bagai?
Tu yang aku paling nak tau...

Or should I just buy it time dah nak abis berpantang nanti?

help pls!


d) Cloth pad <--- better pakai pad biase (I use Kotex) or beli cloth pad? Maternity pad tu camne ek? Hmmm... comments please...

Aku taknah tau kewujudan 'cloth pads' ni before pregnant.
Rupanya ada.
Memang jimat kos beli pad... Tapi rajin ke nak mencuci dan mensidai ek...

Kalau pad biase, cuci (of cos) and then buang je. Hehehe...

Well, what do you guys think?


e) Breast pad <--- Perlu ke beli? Errr...



Benda-benda di C, D dan E tu yang teman paling blur...

Bab stroller and baby cot tu... ermmm... rasenya pas beranak baru beli kot. Lagipun aku plan nak beli buaian. Mak aku memang confirm nak belikan buaian time aku duk kampung masa berpantang nanti... Siap cakap, "Kome taknak ajar anak tidur buaian takpela. Aku nak beli jugak buaian letak kat sini (Beruas). Biarla dia tidur buaian. Banyak tidur, senang nak buat kerja!!"

(-___-")


Since kami dulu-dulu pun memang jenis tidur buaian (sepupu-sepupu aku pun), so... buaian pun buaian la... heheheh

Then, still perlu ke baby cot nih? Hmmm...

Bab tidur anak ni biar la dulu. Stroller pun sama... Time berpantang, tak perlu stroller lagi kot... Lagipun kami bukan kuat merayap. So rilek dulu.

Ok tu je.

Menanti feedbacks dari ibu-ibu+bakal ibu di luar sana. Kalau readers yang single tapi ada pengalaman jaga anak saudara or baby sape-sape jelah, you're welcome to give your suggestions too!

Thanks in advance!

Salam...


alhamdulIllah...
Sunday, August 22, 2010
bismIllah...


Seriously I need help. I feel so bloated all the time. Kalau dapat release angin-angin dalam badan ni tak pela jugak... Ini kadang-kadan rasa nak sendawa tapi tak sendawa2 pun.

Apakah makanan/minuman yang buat kita berangin?

Aku tak tau sangat... Please, kepada mane2 mommy yang terer or ada pengalaman, please share. Letih sangat bila rasa macam angin satu badan. Nak kentut pun jenuh teran tapi tak kuar. Kalau dapat kentut tu, lega sangat-sangat. Same goes with burping.

Benda ni tak kelakar tau.

Terseksa ni...

:pandaGeli_21::pandaGeli_21:


Another thing, selamat ke makan kapsul halia? Aku ada beli tapi tak makan pun sebab Mamito cakap tak elok makan takut panas dalam.

Tapi badan aku banyak angin! Rasa kembung je sentiasa... perut rasa tak sedap.

Syukur tak terhingga bila dapat sendawa or kentut. Tapi macam tak cukup. Rase macam tak kuar abis angin dalam badan.

Bila perut rasa tak sedap and tekak rasa macam 'nak sendawa ke tak' ni, mula la rasa mual-mual and nak termuntah.

Tapi aku rasa problem aku adalah angin. Banyak sangat angin... ape yang aku bedal ek.

Sebab minum ais ke? err... hehehe... :">

Help!

If my dear gentle readers can list down food/drinks that I shouldn't consumed, it'll be great!

Thanks in advance.
:pandaGeli_32:


alhamdulIllah...
Wednesday, July 14, 2010
bismIllah...


I had a bad day yesterday.

I was hoping that you would cheer me up, comfort me... but no. You didn't.

'm sad.

:'(

And I feel so down.

Here I am at six am... trying to write something, to pour myself out.

But I can't.


alhamdulIllah...