Showing posts with label Monolog Sepi. Show all posts
Showing posts with label Monolog Sepi. Show all posts
Friday, March 28, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...

Tough week.

Semua tak ikut plan.

Semua lambat.

Semua bagi masalah.

Haih lah... Dugaan Allah untuk ibu mengandung yang sedang gigih mengumpul fulus sampai kadang-kadang lupa untuk bersyukur.

Astaghfirullah...

Lupa untuk bersyukur yang dalam kesibukan aku bererti rezeki masuk... 

Lupa yang dalam keserabutan fikiran aku, anak dan suami sentiasa ada bersamaku.

Lupa.

Ya Allah kuatkanlah semangatku...

Murahkanlah rezeki kami...

Peliharalah anak dalam kandunganku and permudahkanlah keadaan apabila bersalin nanti.

Sesungguhnya, sekarang ini, aku penat. Tak larat sangat dibebankan dengan benda-benda menyesakkan fikiran.

Lelah dengan perlumbaan yang hanya tamat bila aku putus asa. No, i will not give up.

I will not.

Aku cuma mohon permudahkan jalan...

Moga di hujung nanti akan dapat ku rasa kemanisannya.

KepadaMu aku berserah ya Allah...



Alhamdulillah...

Monday, February 7, 2011
bismIllah...


My husband TAK JADI SAILING!!!


Syukur alhamdulillah... (please refer to this entry)

Aku dah agak lega sikit cos kebarangkalian untuk aku beranak tanpa suami di sisi adalah sikit.

Insya Allah, he will be within reach. Takdelah di tengah laut atau di kepulauan lain....

Dahle anak pertama... tak tau apa nak expect... kalau suami pun takde, sedihnye la rase...

Syukur ya Allah...

Tak tergambar betapa leganya hatiku ini...

:)


Anyway, blog ni tak berupdate+bercuti sempena raya cina cos tuan blog balik kampung umah mertua di Felda Lakum, Pahang since Khamis. Then ke Muadzam Shah pula pada hari Jumaat... parents in laws aku pun ikut. Stay sana sampai Ahad. Kat Muadzam Shah tu umah kakak iparku (Kak Ngah)... first time la merasa dok dalam ladang kelapa sawit. Wawawawa... (takde line maxis oke)

Ahad gerak ke Kajang... tidur umah kakak iparku (Kak Lang) di sana. Sebelum tu sempat jugak singgah umah Mak Yang di Bandar Seri Putra untuk melantak. Hehe... (biase la... pergi umah mak yang cos nak makan sedap-sedap..). Lagipun aku rasa macam dah lame benor tak jumpa Mak Yang and Abah. Dulu masa masih dok KL, weekend je mesti merayap umah Mak Yang. So bila memikirkan Mak Yang+Abah susah nak balik Beruas and aku pun nanti lamaaaa lagi baru leh ke umah diorang (kan kena berpantang plak), so singgah le kejap... Makan and sembang-sembang, baru ke Kajang...

Same jugak la kes balik ke Pahang ni... cos aku dok mikir nanti dah nak beranak, pastu berpantang, mesti lambat lagi la baru dapat balik Pahang... that's why balik jugak la time raya cina ni... sian lak kat laki aku nanti berapa bulan tak jenguk mak pak dia di kampung...

Ehem... Encik suami, baik kan isterimu ini? Walaupun dah sarat and penat gile travel jauh-jauh dengan perut boyot, sanggup dia buat camtu untuk suami dia. Uhuk uhuk... (panggggg sedas)


Arini (Isnin) baru balik Perak.

Esok aku and hubby masih cuti lagi... nak ke A10 plak esok untuk uruskan pendaftaran beranak di hospital dalam base tu.

Rabu baru kerja. Ahhh... bila dah cuti lama, malas betul rasenya nak kerja. huhu...

Rase macam banyak gila benda nak citer ketika berada di Pahang... tapi maleh nak menaip la plak. Cukup la aku rumuskan, aku dah naik jemu asyik dok tengok ladang kelapa sawit ke kerjanya... Nak pergi ke satu tempat dari satu tempat pun punyalah jauh. Letih gile walaupun dok dalam kereta je. huhu...

So bile gerak dari Pahang and masuk Selangor, rase lega sikit... lagi-lagi bila tengok area yang familiar macam MRR2, Tesco Ampang etc... Syahdu rasa hati cos area tu la aku selalu lalu dulu...

Oh well, that's all for now.

Mahu rehat-rehat dulu.

Salam....

p/s: by the way, ada sesiapa pernah alami kredit limit untuk kredit kad dinaikkan? Aku baru peh bayar hutang kad kredit and check available credit ada berapa... then terkejut cos amount 'available credit'nyer banyak le plak. Bahaya ni... credit limit c.card aku memang sikit je cos guna untuk emergency shj. Kalau limit banyak, aiiii... kang tangan pun gatal nak meng'swipe'. Oh... bahaya! Kenape eh tetiba CL aku banyak?? konfius nih... maleh tol aku nak call diorang.... :|



alhamdulIllah...
Monday, August 9, 2010
bismIllah...


When my heart is in pain, I cry and cry...

Haih... Entah kenapa hari ni tetiba aku emo. Mata dah bengkak. Apa taknya, sejak nak balik dari ofis tadi tetiba aku rase sedih dan sayu. Nangis je..

The truth is, aku letih bawak motor. Especially bila jalan jem di KL ni. Aku tak larat. And aku rasa kesian pada diri aku sendiri. pathetic kan..

Rasa jeles je ngan colleagues yang ada husband or boyfriend pickup diorang. Aku? Kena meredah jalan raya tu sorang-sorang [kebetulan Nini MC arini]

And balik tadi nyaris nak eksiden. Kereta yang bangang tak bagi signal memang menyusahkan orang. Lagi la hati aku sayu... Terfikir yang bukan-bukan.

Sampai umah aku menangis. Dan menangis. Aku tau setan je dok bisik benda bukan-bukan... so aku cuba bertenang...

Pas Maghrib, sekali lagi rasa sayu dan sedih sebab suami tiada di sisi untuk bersama aku. Takde orang nak peluk dan tenangkan aku, takde orang nak sayang aku... And I cried myself to sleep. Sedihnya tak tau nak cakap.. I felt so alone.

Kul 9 terjaga.
Perut lapar tapi takde selera. Taknak makan kang sian baby aku... Nangis lagi...
Nini plak ingat aku nangis sebab lapar. Tanya aku nak makan nasik ke... Taknak. Takde selera. Nak makan megi je. So dia masakkan megi. Makan jela... aku memang takde hati nak makan nasi.

Kenapa tetiba aku depressed camni?

Menangis je kerjanya...

Hati sedih je...

Mr CC tak bagi aku nangis-nangis ni. Tak elok cos sedang mengandung kan... Tapi tahla... aku tak hepi. Takde benda or orang yang bagi aku hepi sekarang ni. So aku bersedih sebab aku sunyi.... Bunyi yang sangat tak bersyukur kan?

Oh God...

I miss his presence.

I miss his hugs and kisses.

:'(


alhamdulIllah...
Monday, May 10, 2010
bismIllah...


I was supposed to go to work yesterday (Sunday) but didn't cos I was down with sore throat and running nose. Nasibaik tak demam jugak. Alhamdulillah. So, terpaksa la aku mencari klinik 24jam kat Pandan Jaya... boleh tak aku dah lalu depan Klinik Kita tapi tak nampak klinik tu?? bengong... bawak Nini pun setakat peneman jela. Bukan nak tengok-tengokkan... hampeh. Serius, semalam memang tak larat gile tapi terpaksa gagahkan jugak untuk ke klinik cos nak amik MC. MC ari Ahad... Doc pun muka semacam je bila aku mintak mc... adehhh..

Sebelum semalam, aku kuar dengan Mr CC mencari barang-barang yang tak lengkap lagi... So, dah beli kemeja and wallet+belt untuk dia. For me, just shoes. Itu je yang sempat dibeli... Maknanya aku ni tinggal lagi satu barang tak beli lagi... sama ada jam tangan atau handbag. Tapi aku more ke arah jam tangan sebab aku bukan jenis pakai handbag sangat pun. Takde maknanya nak bertukar-tukar handbag setiap kali kuar... oh tidak... aku jenis yang kalau ada handbag, itu jela aku pakai sampai nak jahanam. hehe... So, just kena beli jam jela...

Nini kata kasut hantaran aku macam ganas je. Takde rupa kasut hantaran... Ahhh pedulik hape aku... aku yang nak pakai!

Hantaran kami ni ikut suka-suka hati je nak bagi ape. Lantak... malas nak pikir...

Pagi Ahad, Mamito called. Haram aku wish dia Mother's Day pun. Huahuahua... tapi pelik kan, sejarah hari Ibu ni berkaitan dengan budaya asing jugak. Kalau Valentine's Day haram sambut, Mother's Day....?

"People in many ancient cultures celebrated holidays honoring motherhood, personified as a goddess. Here are just a few of those:
  • ancient Greeks celebrated a holiday in honor of Rhea, the mother of the gods
  • ancient Romans celebrated a holiday in honor of Cybele, a mother goddess, March 22-25 - the celebrations were notorious enough that followers of Cybele were banished from Rome
  • in the British Isles and Celtic Europe, the goddess Brigid, and later her successor St. Brigid, were honored with a spring Mother's Day, connected with the first milk of the ewes"


Bukankah hari-hari kita kena meraikan insan yang melahirkan kita? Takkan nak tunggu Mother's Day jugak baru nak raikan dia?

Hmm... sebelum ni ada gak wish Mak aku Mother's Day... tapi baru hari ni aku terfikir tentang sejarah hari ibu ni... kita tiru orang gak... hmphhh!

Macam orang yang sambut Valentine's Day kita kutuk cos tiru budaya orang kapiaq... tapi, same jela ngan Mother's Day... cuma orang yang diraikan berbeza, so takpe ek?

Takpelah, abaikan ngomelan orang kurang ilmu ni... sejak kecik lagi sambutan Mother's Day ni orang sambut je... so... lantak la. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Anyway....

Mom updated me with what she has prepared for my wedding day. Dia dah chop umah Dato' Anuar di seberang jalan untuk tempat bertanggak mempelai lelaki pada wedding aku nanti. Umah tu jugak tempat saudara-mara aku bermalam cos kalau nak campur umah aku dan umah Mak Yang, memang tak muat. Rumah sewa sebelah rumah pun dah ada orang sewa... so takleh nak watpe dah.

Mak juga kata baju aku dah siap... Nak dihantar kat kawan dia lak untuk dijahit manik. Risaunya toksah cakap la....
:pandaGeli_03::pandaGeli_03::pandaGeli_03:


Mmmm.... lagi ape ek?

Oh yer, Mak juga dah book red carpet wehhhhh! Bior benor! Masa dapat tau, aku tergelak gak la... Giler... aku malu weh. Aku segan la nak bersword barel bagai ni... tapi mak aku cam hepi, so biar....

Mak jugak dah menempah baju kurung untuk aku dan Nini untuk kenduri di sebelah lelaki. Kenala sopan-sopan sikit pegi umah mentua, ye dak? mueheheheh...

Pelamin... ermmm.. pelamin aku tak tau ape cerita.

Takpela, bebila free aku update lagi... ni update pun cos terjaga and takleh tido...

Oh, lupe lak. Aku dah tengok Ironman 2 dan jugak The Losers. Dua-dua best! tapi aku lebih suke citer The Losers kot (sebab ada Chris Evans yang super duper hot!!). Beautiful bod!! hehehe...

Suke watak Jensen yang dilakonkan beliau. SO comel!
:pandaGeli_09::pandaGeli_09::pandaGeli_09:

Walaupun filem The Losers tu kaw-kaw punyer kena kritik, aku peduli hape... yang aku tau, aku suke citer tu. Paling best part Chris Evans nyanyi lagu 'Don't Stop Believing'. haha... Terus nak buat lagu tu jadi ringtone.

Okey. That's all.

Salam.



alhamdulIllah...
Monday, April 26, 2010
bismIllah...


I'm at the office now. Dah 6.30 lebih tapi tak balik lagi... I feel like I need to write down something...

I'm sad...

Hati tak seronok la...

Tak best pergi kerja...

Tak best...

Tak best...


Aku rasa sangat-sangat tak dihargai. T____T

kenapa tak paham-paham....


alhamdulIllah...