Showing posts with label mood. Show all posts
Showing posts with label mood. Show all posts
Monday, January 30, 2017
bismillah...



Was feeling upset a lot yesterday.

Even tonight, not feeling cheery at all.

But when I tried putting Raul to sleep, there's a feeling of calmness when watching him finally succumbed to sleep.


He's in the other bedroom.
Amirul is here and he sleeps with Razin in Razin's bedroom.

While si Bulat ni asyik keluar masuk bilik Razin a few hours ago, mengacau orang tidur...
Finally tidur jugak lepas minum susu and kena usap-usap paha.
I was having my dose of  The Vampire's Diaries shows in this room.

While hubby dah tidur ngan Raiq in the master bedroom.

Hmmm semua bedrooms kat tingkat atas are occupied tonight.



Anyway...

I hope this negative feelings will go away soon.

Happy Chinese New Year!





Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, October 7, 2015
bismillah...





Terkesan betul dengan status ni.

Betul. Memang betul sangat.

Dulu masa aku nak berkedai, ramai nasihat TAK PAYAH.

Dengan lokasi yang tak berapa femes (sebab mostly clinics & bengkel je kat situ) and aku berniaga kecik-kecik, ramai nasihat takyah buka kedai. Biar online je... 

Tapi aku teruskan jugak niat aku tu. Alhamdulillah... makin bertambah barang + brands yang aku jual. Plus aku lebih selesa orang datang kedai dari datang rumah :)

Kelebihan lain: dapat gajikan adik sendiri yang menganggur. Takla banyak gajinya, tapi dia pun dapat kerja yang tak banyak pressure (keje ngan kakak kan...) and flexible.

Now....

Aku ade projek lagi nak buat tapi masih berkira-kira and dalam pertimbangan.

I don't know if I should pursue it or just wait and see first.

From experience, I learned that if you wait too long, you're going to miss big time.

Haihh such dilemma.

When I read Kak Di's status above, lagi la macam semangat nak teruskan.

Oh well... time would tell.

Sekian.


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, June 15, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...

Bermulalah fasa-fasa susah nak tido. Ke kiri salah, ke kanan salah. Terbaring terlentang pun tak selesa. Adeiii dugaan ibu mengandung...

Takleh tidur sebab perut besar.

Takleh tidur sebab menengokkan perangai Razin and Raul tidur.

Budak dua orang ni tido sekatil dgn aku laki bini.

Sempit ok tapi Razin takmo tido katil dia maka terpaksalah.

Si Raul memang suka tido bawak ketiak aku selalunya. Tapi ade je masa-masanya dia tidur bahagian kaki... Sama macam Razin. Ni tadi baru kejap tadi aku tolak Razin cos dia himpit adik dia... Letak kepala atas dada Raul. Nasib baik Rayl tak nangis... Aku yang tengok yang sesak dada. Pheww

Tak tau la camana rupa bila dah keluar adik baby nanti. Sekarang ni Raul la adik... Dipanggil "adik" dari dulu. Mmmm nak kena biasekan panggil Angah le plak pasni...

Nak tak nak Razin kena la tido katil dia. Katil dia ade je dalam bilik ni (in the same room) tapi dia ngengada. Selalu nak menyempit jugak tido katil mak ayah.


Gambar kat Cameron last Tuesday.

Haihh aku takleh tido. Nak membaca pun takleh cos lampu tutup. Malas nak kuar pergi tempat lain, risau plak budak2 ni jatuh katil ke ape..

Katil kitorg ni memang dan letak bedrail bahagian kaki and kanan (hubby's side). Tapi takut gak la diorg golek2 belah kiri and jatuh.

Xtau nak watpe dah. Seksanya nak tido cos xselesa mcm2 position....

Oh well... Till then.



Tuesday, April 28, 2015
bismIllah...



































I'm holding on...


Written By Ryehana
alhamdulillah...

Tuesday, September 16, 2014
bismIllah...


Azam baru di bulan September?

Peduli hape aku.

My life, my resolution ler... hehe...

Anyway, lama tak update blog ni cos tuan tanah busy gila. Biase la... ape lagi alasanku? busy busy busy. Dah anak dua la katakan.

Now tengah busy macam-macam benda.

Jaga anak, uruskan bisnes, plan itu, plan ini. Woahhh memang super busy la wei. Tak pernah aku rasa busy and tepu kepala hotakku seperti sekarang ni.

Ni curi masa jap update blog cos Raul tidur and Razin tengah syok main and ade suamiku menengok dia.

Anyway...

Azam aku ialah:

1. KURUS. At least biar berat 64-65kg jer udah la. Ni still 70ish kot (aku pun lama tak timbang). Aku kena beli penimbang cos selama ni tak pernah beli pun so memang tak pernah serius le kot untuk kurus??? Bukan ape, aku dah rasa mengah and penat bila banyak ke hulu ke hilir... woi umur baru 29 kot! jangan tua sebelum masaaaaa

2. CANTIKKAN RUMAH. Ya, aku seorang wanita yang tak pandai menghias rumah. Muka sendiri pun tak berhias (aku memang tak mekap sangat lagi2 now since duduk di rumah je), nak hias rumah memang tak la. Dah la rumah aku penuh barang-barang berniaga. Wuwuwuwu... aku tau kemas and bersihkan. Tapi tak tau camne nak bagi cantik. Takpe... kita blaja slow2 di group deco. Ataupun, simpan duit upah interior decorator je udah! :p

3. URUSKAN MASA DGN LEBIH BAIK. Yup. I need this.

4. HAVE SOME 'ME' TIME. Ini adalah benda yang aku takde dapat. No date nights. No mommy-daddy outing whatsoever. Nada. Lama giler aku tak tengok wayang okeh!! Ni aku ni.. Raihana ke ni?? I used to watch movies in cinemas every weekend okeh... itu tak tegar lagi... Dulu masa Pavilion tu belakang tempat kerja, almost every night pergi tengok wayang. Siap kad kredit aku yg Eon GSC tu lagi hahahaha.... Well, masa alone tanpa anak ni MESTI ada. Tak dapat once a week pun, once a month pun jadi ar. Encik husband sila take note (remember how crazy i look when i almost lose it? so plsssssssss dont make me lose my sanity)

5. MAKE MORE MONEY. Need I explain more?



Cukupla la 5 je dulu. Nanti sambung lagi. Raul dah bangun. My time is up!

Bye!


IKLAN: Please follow instagram @mama_panda_store untuk update product baby terbest di pasaran. Yang penting ori yer... takde jual barang fake or imitations ;)



Written By Ryehana
alhamdulillah
Friday, May 2, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


36 weeks pregnant and baby still in breech position.

Keserabutan minda.

Feeling unloved and unappreciated.

Scared.

.
.
.
.
.
.
.

Things i feel so sure about doesn't seem so anymore.

And I don't know what to do other than embrace what's in stored for me.

May Allah helps me.




Alhamdulillah...

~ time to write in Personal Thoughts (my other blog) again ~
Sunday, April 27, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Semakin besar perut, semakin susah nak tido malam. Now it's already 3.31am, and I still can't sleep.

Razin baru je tido... It's just the two of us since dear hubby kena escort kapal dari Pasir Gudang balik ke Lumut semalam.

Kapal KD Mutiara yang terbakar dulu dah abis repair... And husband antara orang yang diminta ikut sailing naik kapal tu balik Lumut. Dahle last minute, pepagi Isnin tu aku hantar ke stesen bas Manjung untuk beliau naik bas pegi Johor. Request kenderaan Z tapi none available. Sabor jelah... 

As for me, Isnin tu aku ade checkup dekat klinik dalam base TLDM. Minum air gula for the 2nd time! Okla result takde ape pun... Haih meluat betul la berat melampau ni... Sekarang dah jalan macam penguin. Dah tak larat padahal baru nak masuk 35 weeks. Hmmm... A few more weeks to go... Ish cuaknyer....

Bisnes currently doing ok, alhamdulillah.. Tho i must admit target bulan ni tak tercapai lagi (ade a few more days till 30hb)... Mungkin sebab limitasi masa dan ruang. 

After all, I'm going to deliver a baby soon... Kena rileks sikit. Takpela, ade rezeki pas bersalin nanti ade la... Doa2 kan la murah rezeki yer.. I have so many plans after this...

Me? I'm doing the best I could right now. There's a mixed feelings. Sometimes I feel so happy, sometimes I'm sad... But most of the times my heart feels like there is a void. I don't know why... There's a sense of loneliness despite the busy and hectic life I'm going through. Oh well, abaikan mood swings ibu mengandung. Huhu..

I guess I miss my husband.

Well, it's almost 4 am now. Gotta try to sleep! 

Sebelum tu, nak share pics malam Ahad yang lepas.. Navy day punye pancaragam ke ape tah. Aku teman je cos hubby kena hadir...jjj








That's all for now.

Salam...

P/s: entry hari rabu lps. Br prasan save as draft n bkn published - update dr phone n line x ok kot masa tu. Sekian.


Alhamdulillah...
Thursday, December 5, 2013
bismIllah...



Ya Tuhan...

Aku tengah stress tahap gaban.

Banyak benda pending... banyak benda nak kena pack and buat esok. Matilah aku.

Pastu ditambah stress dengan perkara-perkara after sales.

Minggu ni je 2 customers yang pernah beli strollers ade prob.

1st, barang yang sampai tak cukup parts. Ok, takde masalah. Tukar jelah. Cuma prob is my customer is in Bandar Penawar, Johor. Jauh le jugak nak ke kawasan kota yang ada courier murah sikit dari Poslaju. Aku subsidi postage fee macam aku bayar jelah. Pastu adela ketegangan since stroller takleh nak pakai bawak jalan. Adei... nk wat cmne kan. Luar kawalan aku.

2nd, ade customer baru contact cos tayar stroller dia pecah plak. Dia beli since bulan 9 aritu btw. Aku rasa memang warranty tak cover cos atas kecuaian sendiri. Warranty cover utk manufacturing defect je. Maka, stress menunggu email dari salesperson aku ni. Tak reply-reply lagi amende nak diadvise. Hadoiii...

And banyaklah benda lain jugak. Orang lambat bayar kutu, ade yang dah bayar tapi tak bagi-bagi alamat lagi... ada yang tetiba dah bankin tapi aku tak tau sape and untuk ape? sampai skrg senyapppppp je. PENING LA WEI

Udah jadi satu kerja plak aku nak trace email, FB page messages, FB personal messages. Kat website pun takde order masuk utk amount tu. And memang tak jumpa nama macam kat emel dr maybank tu. Duit masuk, nama penghantar ada... tapi nama kat FB or email xjmpa. So sah le guna nama lain kt FB kan. Tensen aku memikir ni duit ape?? nak pos ke mana??? Adoiii... unnecessary stress di situ!

Tu belum campur hal rumah aku lagi.

Umah dah sebulan tak mop. errr... maybe 2 months? aku pun dah lupe. Lantai macam hape dah. Dengan baju bertimbun tak berlipat toksah cakap la. Aku nak panggil Kak Ana datang kemas rumah pun segan cos teruk bebenor. HAHA...

Harini Mamito and Mak Yang datang umah aku kejap. Diorg tumpang Nan yang ade hal kat Lumut. So ini la first time Mak Yang datang umah aku. Umah aku memang takde ape la. Tak habis-habis busy lagi. So bawak pergi makan kat Beriyani Gam je. huhuh...

Ni Krismas nanti mak+pak mertua nak mai umah beserta dengan ipar duai aku sekali. Kitorang nak pergi Langkawi. Aku dah pening camne nk kemas rumah yang banyak barang berniaga ni. Bilik bawah ni dah la aku convert jadi ofis. Sian plak mak+ayah nak naik turun tangga kalau nak berehat kat bilik. huhuhuhu

Pastu pikir plak aku nak cuti berapa lama? aku ni nama je dok umah tapi busy ngalahkan kerja ofis dulu. Malam pun kerja. T_T

Kekadang ada rasa kosong yang macam.... robot? Buat kerja tanpa pikir ape dah.

Damn. I really need a fcuking holiday!

Tapi ketahuilah, aku takleh nak cuti! Sebab rasa ada banyak responsibilities to my business. Ohhh how I long to be carefree and just enjoy my leave when I was employed by Hertz before. Tak peduli ape, cukup time gaji masuk. Alangkah indahnye.

Ni aku nak beranak bulan 5 nanti ni pun aku dah risau camne la kalau tak online, tak berbisnes 2 bln. Mana nak korek duit weh???

I is sad.

Huhu.....

But then, lantak la. Takyah nak risau lebih2 benda yang belum terjadi kan?

Maka............

Aku berdoa yang semuanya akan baik2 sahaja.






Ahhhh sape bankin duit kat aku petang tadi ni!!!!!!!! @@8&&^%))))))0@@@##LLK!!!!


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, October 17, 2013
bismIllah...



Situasi 1:

Pagi. Mandikan Razin... lepas berperang dalam bilik air, Razin mintak dukung and I carried him to bed. Lap-lap badan and prepare nak pakaikan diaper.

"Ajin... Ajin jangan nakal-nakal tau. Nak mandi pun susah sangat. Dah mandi tak nak keluar bilik air plak..."

"Mandiiiiii" jerit Razin.

"Yer... dah mandi dah kan" and I continued wiping his body.

"Ajin... nanti kalau Ajin dah ada adik, Mak tak tahu la boleh luang masa nak mandikan and layan Ajin lama-lama macam ni... Mak takut nanti semua benda nak cepat je..."

Air mataku bergenang.

"Mak takut nanti Ajin dah tak dapat manja-manja dengan Mak macam sekarang"

Nangis.




Situasi 2:

Drive ke UniKL Mimet bawak Razin untuk hantar ke taska.

Banyak perkara bermain di fikiran.

Kesian Razin. So I decided to send him to nursery until hubby is back. Oh hubby delay posting ke Lumut. Bulan November plak. Sedih...

Radio Lite FM. Tetiba lagu 'Will Smith - Just the two of us' ke udara.

Air mata menitik-nitik macam air hujan. Sayu...




Situasi 3:

Pagi. Dah terang. Pukul 7.30 pagi. Golek-golek atas katil dan kejut Razin.

Mata pejam tapi ditepisnya tangan aku dengan kuat. Ala-ala nak belasah orang.

"Ajin, bangun la. Mandi"

Dia mengeliat. Gosok-gosok and cuba tarik taik mata yang melekat di kelopak mata.

"Bangun la Ajin... nak pergi sekolah tak?"

"Tak nak" lembut je dia jawab. Laju plak jawab.

"Jom laaaaaa"

"Tak nak"

Aku tenung je dia. Dia tengok aku balik. Senyum-senyum and golek ke dada. Baring atas dada.

Tiba-tiba dia bangun, cium pipi aku.

Sebak.

Nangis lagi.

Tak jadi pergi taska aritu.




Situasi 4:

Nak update blog. Nak update tentang hubby delay draf Lumut, tentang customer banyak songeh, tentang kutu, tentang selera aku yang takde.... tapi teringatkan Razin yang sedang tidur (awal tido mlm ni)

Taip.

Remembering.

Cried.

:'(


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, August 25, 2013
bismIllah...


Syukur alhamdulillah... this week is a great week for me.

Despite some disappointments, but I managed to stay positive. And I am really grateful cos Allah temukan aku dengan seorang kawan yang baru buka kedai baby.

Aku adalah sangat excited bila ada kawan yang mempunyai kedai serta jual barang yang  aku minat and jual jugak. Bagai mengantok disorongkan bantal when Kak Yati called me last couple of days.

Rupanya dia nak mintak tolong tunjuk ajar online business. Dia ada kedai, tapi katanya sales slow lepas raya. Biase lah kan... Aku pun sale slow sikit. hihi... Anyway, aku dengan semangatnya pergi la kedai Kak Yati malam kelmarin. Happy gila... kedai mengadap jalan besar... Kedai pun besar. Best gilaaaaa...

Aku just tolong guide sikit-sikit bab FB Page and blog. Tu jer... ala, aku pun bukan reti sangat. Tolong mana reti jelah... Dan aku jugak share sedikit sebanyak tips dan contact2 yang aku ada untuk penuhkan kedai dia...

Ade gak tumpang barang kedai Kak Yati tu. Baru hantar petang tadi. hehe... saje la kan.. Aku nyer barang sumer mahal-mahal. Tak tahu le laku ke idak kalau kat Manjung ni... Most of my customers orang KL and Selangor kebanyakannye. Tapi, letak jela since orang offer suh letak barang. ekekeke...

Dengan ini aku terus bersemangat nak ada kedai jugak. Memang orang kata lebih jimat and tak pening kepala bekerja dari rumah, tapi aku ada target aku jugak. Aku nak ada kedai!

Bila? Entah le.... Aku target tahun 2014 atau 2015. Kena kumpul fund dan ilmu pengetahuan dulu. And kena tunggu Razin dah leh hantar ke kindergarten or something.

Semoga aku berjaya! Berusahalah!

Ape yang aku kena pastikan sekarang ialah stay positive.

Banyak benda dalam hidup aku yang buat aku sedih, buat aku down dan tak semangat... tapi alhamdulillah, dalam kekecewaan yang aku dapat, aku masih mampu gembira semula... bersemangat semula. Aku boleh lupa masalah aku seketika.... for once, aku rasa happy sangat2 dan bersemangat membuat kerja. I felt good cos I think that I'm one step closer to achieving my long term goal which is to open up a brick and mortar store.

Dan aku bersyukur cos hubby pun macam dah terbukak mata sikit yang his wife is CAPABLE of managing a business on her own. I don't know, sebelum ni aku rasa macam dia ingat aku ni main FB suka-suka je kot? =.=

Semoga beliau terus supportive.

Semoga segala perancangan dipermudahkan.

Yelah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Apa-apa pun, usaha dan tawakal.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan petir. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...


Semua yang berlaku  ada hikmahnya...





Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, May 28, 2012
bismIllah...



Err... from previous entry macam banyak sangat negativity. So now aku nak positif-positif kan diri.

Razin buat perangai maybe sebab baru balik rumah di Johor ni... masih ade rasa 'lain' gamaknye. Maka bersabar jelah...

Aku bersyukur hubby ade tolong-tolong... kalau tak. lagi tension la wehhh!

Cam arini, he cooked dinner. Walaupun sebenarnya guna balik ape yang aku masak time lunch (ayam goreng + sup sayur), tukar jadi ayam masak merah and buat sotong goreng tepung. hehe...

Aku masak simple-simple je. Sebab tu tak penah update gambo kat blog! Malu mak! HAHAHAHA!

Oklah, sekarang ni tengah cuba nak ceria-ceriakan diri.

Kena senyum selalu! Weeee....

Anyway, ni nak update sikit tentang ready stock Ergobaby carriers.

Ada 3 ketul semuanya (memang jarang ade banyak except Boba) cos Ergo banyak jenis sangat...



1. Ergobaby Organic: River Rock Green.
Yang ni harganya RM470 termasuk poslaju.
2x payment plan accepted.

Silalah beli cos material organic ni sedap sangat!
Lembut!




2. Ergobaby Original - Purple Mystic
Ni harganya RM420 termasuk poslaju.
Warna ni cantik sangat!
Plus, ni new version yang ada buckle baru tu.
Silalah beli... comel ok.
 Ni pun leh bayar 2x jugak. hehe...



3. Ergobaby Sport - Black

Harga: RM390 dah termasuk poslaju.

Recommended to those yang nak light carrier. Cos Sport ni memang light!
Pastu material dia lebih lembut dari Ergo Original. Macam Ergo Organic, tapi material ni bukan organic. Tapi tahap kelembutan sama!
Pastu macam berangin la jugak cos ade bukaan pada body dia (refer pic above).
Macam baby akan rasa berangin tu kat area tengkuk or belakang dia la (depends baby tinggi mana).

So mari lah beli!
hihihi...
Yang ni takleh bayar 2x cos less than RM400.
=)


 Kalau nak tanya lebih lanjut (which carrier suit your @ your baby best) silalah email.

Thanks!
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, January 19, 2012
bismIllah...


Memula Mak aku gitau tak jadi pergi trip tu, then semalam called kata jadi pulak. Maka, weekend ni aku akan away... ikut Mak punyer rombongan berjalan...

Mood dah agak down nak berjalan ni cos several things that happened since early this week. Haihhh...

I feel so unappreciated.

I am unhappy.

Then, mood nak berjalan pun takde sangat cos limited budget. I have money at hand, tapi... I have lots and lots of things to do with it! Nak restock barang, nak amik barang... wawawa... ni yang rasa cam nak wat loan je nih... ade sapa-sapa berminat jadi sleeping partner? heheh...

Eh lupe plak...

Aku ada main kutu daaa... next Feb aku nyer giliran. Oklah kot... mungkin dapat menampung sikit-sikit... Main tak banyak pun... RM200 sorang untuk sebulan.. Main 6 orang. So nanti dapat le RM1K tak campur duit sendiri. hihi... Main pun sesama kawan FB yang kenal di FB tapi tak nah jumpa. Kang main duit banyak-banyak sangat takut jadi perkara tidak diingini plak.. =P

Hmmm...

Kepala otak aku agak ting tong sebenarnya ni...

Mood adalah malas malas dan malas...

Aku malas nak packing untuk pergi trip... nak kena pack baju-baju Razin lagi... aihh maleh sungguh la...

Ni entry orang malas.

Kthanksbai.



alhamdulIllah...
Friday, October 14, 2011
bismIllah..


I am so freaking tired.

Penat...

Tak larat...

Abang, nak berenti kerjaaaaaaaa... huhuhuhu T____T


Ni entry mood hampeh.

Kthanksbai




alhamdulIllah...
Wednesday, July 20, 2011
bismIllah...

Mood tak okey.

Hati rasa berat sangat.

Sedih...

Jumaat ni ada training kat PD. Training yang ala bina semangat. Untuk semua staff kompeni... Satu Malaysia sumer kena pergi.

This means Razin kena tinggal.

Aku sedih arr... sedih gile cos aku tak pernah tinggal Razin lagi. Tidur malamnye tak pernah lagi tanpa Mak dia ni. T____T

Aku sedih sebab malam-malam dia suka 'bergayut' untuk tidur. Abis, kalau Mak dia takde, nak bergayut dengan siapakah?? T____T

Ala... baru taip camni dah nak menitik air mata aku dah. Huhu...

Jumaat lambat lagi kan?

Tapi esok aku dah kena gerak ke KL dah. Diorang kumpul staff yang bukan dari area KL di Novotel Hotel (a walking distance from KL office). So, kena tidur 1 malam kat Novotel baru esoknye (Jumaat) gerak ke Port Dickson ramai-ramai naik bas.

Yes, aku memang ada consider nak bawak Razin ke PD sekali. Dok at the same hotel. Selain dari budget tak berapa nak ada, staff-staff yang pergi sebelum aku (Ganesh dah pergi weekend lepas) bagitau yang pukul 1 pagi baru balik bilik untuk tidur. Memang semua kena 'belasah' gila-gila la... Outdoor activities mostly. Memang penat. And of cos, mane der orang bawak anak kan... so... TERpaksa tinggalkan Razin...

Stok susu ibu memang yilekk la... cos aku ni jenis pam, bagi..pam, bagi.. However, ok la since Razin dah leh minum susu formula. Minum jela susu tin ek Razin...

Aku just sedih part nak tido malam-malam tu... isk...

Esok dah nak kena hantar Razin balik Beruas la. Hubby suh aku hantar hari ni, tapi... waaaa xmo la. Nak tido 1 malam lagi dengan Razin before hantar dia ke Beruas.

Malam tadi Razin cam tau-tau Mak dia nak tinggal dia lama. Kul 12 dia jaga ajak main. Tak nak susu, tak nak peluk-peluk tapi nak 'bersembang'. Bila kita wat dek tak layan dia, mulala tarik-tarik rambut Mak dia ni.

Alahai Razin... Pukul 1 lebih jugak baru tido malam tadi. Tido pun lasak dah sekarang... Aku rasa dia berpusing-pusing cos nak meniarap kot? Subuh tadi aku tengok kepala Razin dah kat perut aku and kakinya menjulur ke tepi. *cute*


Arghhhh malasnye nak pergi benda alah ni!!

Aku malas gile nak drive ke KL. Kena drive sorang-sorang la cos Ganesh dah pergi dah last weekend. Orang dari Penang takkan nak singgah Lumut semata-mata amik aku?? Ganesh kata, another way is aku transfer kereta ke Penang and pergi sama2 dengan orang Penang.

Ahhhhh malasnyeeee!!

I hate driving alone.

I hate leaving my son.

:(






alhamdulIllah...
Wednesday, April 6, 2011
bismIllah..


Actually, aku dah taip entry panjang2 tadi.. tapi lepas google balik isu yang aku taipkan tu, terus tak jadi nak publish. hmmm... kalau kurang ilmu, better jangan publish. :P

Hubby dah sailing today... minggu depan jumpa. Minggu depan gak Razin cukup sebulan. Kena ke klinik la untuk dicucuk. Hmm...

Moody dok umah.

Sedih and stress bila lapar.

Hubby balik sailing next week, nak balik Lumut. Lantak le belum abis pantang ke ape... Aku nak duduk umah aku gak. Lagipun, dok Beruas cam same je... aku leh buat sendiri bertungku etc tu insya Allah... (mode:merajuk)

I miss my hubby...

Time dia ada, asyik rasa annoyed jer... bila dah gi sailing, mula la rindu. Huh.

Btw, aku dah mula rasa tekanan seorang ibu baru.

Lapar + Ngantok = Sangat buat aku rasa nak mengamuk jer...

Tapi bila anak tidur, rasa sayang tu membuak-buak... lebih-lebih lagi bila tengok muka innocent dia tu...

I wouldn't trade you for the world, sayang...


alhamdulIllah...
Sunday, September 26, 2010
bismIllah...


Hari ni waktu pagiku banyak diluangkan dengan online... and sampai satu tahap, entah angin mana yang datang, time laki aku tefon, aku nangis-nangis...

Lepas cakap ngan dia pun aku terus-terusan menangis selama beberapa minit. Bukan menangis biasa, tapi yang mengongoi/meraung2 tu... macam hape je... tapi aku puas.

Puncanya, aku sunyi. Nini gatal balik Perak semalam.. aku tak dapat ikut cos kerja dari 8am till 6.30pm... ala, semalam pun aku balik lewat than 6.30 gak... so hari ni Ahad, aku off.. tapi takde kawan nak ajak keluar jenjalan. Nak harap aku kuar sorang, memang aku MALAS. haaa ni memang salah aku la cos diri sendiri yang malas nak kuar. Tapi dah perangai aku tak suka kuar sorang2... nak wat camne.. lagipun tak elok... kang jadi ape-ape susah. Kan? Oh.. But the point is, aku lonely gile...

Gaji+bonus dah masuk... so, teringin la nak makan sedap-sedap sikit (maknanye takmo masak) tapi takde kawan nak ajak teman. Sedih gile kot nak makan sorang-sorang. Ni lagi satu perangai aku yang tak suka makan sorang... huhu... so memang arini aku agak kebulur di rumah cos aku dalam mood malas nak masak, malas nak basuh baju, malas sume la.. tapi kalau orang ajak kuar, memang aku takkan malas. Cumanya, takde orang ajak pun. T___T

Tak tau la berapa lama lagi nak dok sorang camni... sunyi gile dowh. Aku nak balik kampung...

Padan muka aku, kahwin lagi ngan navy... kan dah selalu kena tinggal..

Tapi nama lagi jodoh, ape kejadah nak merungut-rungut lak kan? Panggg sekali kang..

Haih... gedik tol aku ni.

To my husband, please la understand bini mu ini tengah mood swing macam hape... please jangan nasihat or nak bagi ceramah tentang 'tak elok moody2 time pregnant'.

Please... i don't want to hear that. I KNOW all that.

Just... layankan ajer... and just make me laugh.

At least, aku lupe la kesunyian aku ni... huhuhu...

Serius ni.

btw, thanks la kat sorang kawan yang sudi call and ceriakan aku... really appreciate that. Lega sikit hati bila dah boleh gelak.

:)


alhamdulIllah...
Friday, September 24, 2010
bismIllah...


Assalamualaikum dear blog...

I miss updating you! hehe... well, hari ni rasa macam nak update, so aku update jela...

Sekarang kandunganku dah berusia 13 minggu (nak masuk 14 minggu), my stomach is still not showing yet... tapi aku rasa dalam seminggu dua nanti dah nampak berbonjol kot? Ntah... tapi hari ni pas makan-makan free anjuran Tradewinds, memang aku takleh nak cangkuk seluar dah... zip pun kena turun sikit. ehehehe... :">

Yang bagusnya sekaran ni, aku tak lagi muntah-muntah. Best sangat! Rasa nak termuntah pun dah takde. Tapi rasa bloated or kembung tu still ada... banyak angin! Sampaikan aku takut nak makan benda berempah or pedas cos nanti pas makan memang confirm aku akan sendawa banyak-banyak kali (before pregnant memang selalu sendawa pas makan tapi takdela banyak-banyak kali!)... yang paling perit, kalau aku sendawa pedas. Giler ah... berair-air bijik mata aku tahan pedas. Kerongkong ni takyah cakapla rasa camne... aku mesti automatik akan cengkam kerongkong sambil cari air. Uuu... tak best. So better elakkan makan pedas. huhu...

Actually, aku tunggu-tunggu gak bila perut aku ni nak besar... cam excited pun ada... haha... Nanti dapat gaji nak shopping baju mengandung la... tak pun cari empire top jer...

It's good to know that my husband found pregnant women to be very sexy... i'm quite puzzled by that finding because i don't feel sexy at all... hmm xpela... we'll wait for the baby bump to show... tak lame dah kot... then i'll know whether it feels sexy or not. huahuahua

Baju aku takde cutting sangat so... memang nampak sedia gemuk cam biase la...
huahuahua


My emotions??

well, buat masa SEKARANG ni, ok la... tak tau la esok lusa camne. haha.. tapi emosi sentiasa berubah-ubah... kadang-kadang ok, kadang-kadang tak... tapi alhamdulillah dah kurang menangis time nak tidur... :)

Mr CC is currently sailing... Malam Rabu aritu dia gerak... Sekarang dah kat Langkawi... Lagi 2 minggu baru balik Lumut. Lama tak jumpa... Last time jumpa masa raya ke-2 hari tu bila dia hantar aku balik KL...

haih... ini lah nasib isteri tentera laut...

Love this picture of us.


Yang bakal berkahwin ngan tentera tu, sila bersedia ye...

K lah, that's all for now.

p/s: Tak sabar nak rasa baby gerak-gerak dalam perut!

Salam sayang,

alhamdulIllah...
Tuesday, August 31, 2010
bismIllah...


Currently feeling all sorts of things.

Tired.

Nauseated.

Lazy.

Sleepy.

Headache.
(sometimes a nasty migraine oh!)

Bloated.

Itchy scalp.

Red and puffy eyes
(from all the crying. -- I cry for no apparent reason these days)

Chipped tooth.

Stomachache.

Flatulence.

Tired.

Tired.

TIRED ALL THE TIME.



Please God help me... I'm feeling weaker and weaker everyday. I felt like sleeping all day long...

I don't want to ever got up.

T___T

urgh. nak termuntah lagi...

bye.


alhamdulIllah...
Monday, August 9, 2010
bismIllah...


When my heart is in pain, I cry and cry...

Haih... Entah kenapa hari ni tetiba aku emo. Mata dah bengkak. Apa taknya, sejak nak balik dari ofis tadi tetiba aku rase sedih dan sayu. Nangis je..

The truth is, aku letih bawak motor. Especially bila jalan jem di KL ni. Aku tak larat. And aku rasa kesian pada diri aku sendiri. pathetic kan..

Rasa jeles je ngan colleagues yang ada husband or boyfriend pickup diorang. Aku? Kena meredah jalan raya tu sorang-sorang [kebetulan Nini MC arini]

And balik tadi nyaris nak eksiden. Kereta yang bangang tak bagi signal memang menyusahkan orang. Lagi la hati aku sayu... Terfikir yang bukan-bukan.

Sampai umah aku menangis. Dan menangis. Aku tau setan je dok bisik benda bukan-bukan... so aku cuba bertenang...

Pas Maghrib, sekali lagi rasa sayu dan sedih sebab suami tiada di sisi untuk bersama aku. Takde orang nak peluk dan tenangkan aku, takde orang nak sayang aku... And I cried myself to sleep. Sedihnya tak tau nak cakap.. I felt so alone.

Kul 9 terjaga.
Perut lapar tapi takde selera. Taknak makan kang sian baby aku... Nangis lagi...
Nini plak ingat aku nangis sebab lapar. Tanya aku nak makan nasik ke... Taknak. Takde selera. Nak makan megi je. So dia masakkan megi. Makan jela... aku memang takde hati nak makan nasi.

Kenapa tetiba aku depressed camni?

Menangis je kerjanya...

Hati sedih je...

Mr CC tak bagi aku nangis-nangis ni. Tak elok cos sedang mengandung kan... Tapi tahla... aku tak hepi. Takde benda or orang yang bagi aku hepi sekarang ni. So aku bersedih sebab aku sunyi.... Bunyi yang sangat tak bersyukur kan?

Oh God...

I miss his presence.

I miss his hugs and kisses.

:'(


alhamdulIllah...
Tuesday, May 11, 2010
bismIllah...



Adikku, Nini dah takde di KL. Dia balik Perak pagi tadi lepas amik Elantra kat opisku. Nak Matrix, tapi takde lak. So belasah jela Elantra yang tak best tu... ermmm...

Aku boring adik aku takde.

Nak tengok movie yang baru download pun takde mood.

Macam mana la orang yang anak tunggal? Bapak bosan takde adik-beradik lain... hmmm...

Jom layan gambar-gambar...

Aku tau, aku lebih comel dari Nini.
Terima kasih.
*muntah*


Sape nak beli GPS Garmin ni??





Macam-macam jenis GPS.
Sape nak beli, holler-holler la... Nini kerja ngan pengedar GPS nih...
Kompeni aku keje ni pun beli GPS ngan boss dia rupanya...


Aku nak tido la... boring....

Ngantok.... baju baru berendam... erm.. pagi esok jela basuh....

*HUarrrrghhhhh*


p/s: nak tulis benda yang aku asyik pikir... tapi tak seswai lak rasenya... takpela....


alhamdulIllah...