Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts
Sunday, June 18, 2017
bismillahirrahmanirrahim...




Yeay! Finally a new desktop PC for home use!

Punye la lama aku tunggu nak dapat PC (a.k.a Personal Computer) ni... banyak cerita sebenonye nak cerita...

Ok... sejak makeover guest room ni dah siap, memang aku nak sangat-sangat ade PC untuk bilik guest sebab aku nak buat kerja dari rumah.

Using laptop sucks, plus laptop aku banyak rosaknye. So I need something yang tak bergerak (not portable like laptop), tak mudah jatuh and tetap satu tempat je. A new desktop PC :)

So being seorang manusia yang tak sabar, aku just survey online je kat Shopee for refurbished PC. Jumpa la... harga around RM900 lebih.

Setelah chat ngan seller bla bla, aku decide, hmmm beli jelah. Sebelum tu aku survey jugak yang kat Lazada etc. Aku nak specs similar macam desktop kat kedai, laju la jugak... takmo lembab.

So lastly I bought online in Shopee.

Tapi tahukah anda bila barang sampai CPU nye jahanam and almost terburai? Tahu tak seller tu pos CPU just letak dalam kotak diorang (lembik je kotaknye) and takde sendal ape-ape cebisan kotak untuk make sure CPU tu tak gerak-gerak? Takde ok. No wonder la jahanam CPU nyer... sampai kat aku, dia punye cover untuk bhgn DVD Rom tu tercabut. Dengan lekangnye... nak tekan ON pun takleh, siap aku kena shot current lagi. Hampeh gile.

I mean, it's stupid really. Memang sah la salah courier, tapi seller tu pun bukan first time berjual online! dah memang kompeni korang jual refurbished pc kot tapi ade ke post cmtu? sticker fragile pun takde.

Aku ni kalau pos handbag jenama Storksak yang mahal-mahal tu (6, 7 ratus) memang aku guna kotak ok. Handbag je pun. Bukan benda elektronik. Gile...

To make things worse, aku plak TERTEKAN "Order Received" kat Shopee. Gileee... camne leh tertekan ni?? Padahal aku nak Request Refund. Adoi, memang stress gila aku waktu tu.

Tanya Shopee, camne nak buat if TERTEKAN "Order Received" walaupun sebenonye nak Refund, diorang cakap takleh buat ape. Memang duit akan release terus kat seller. Aku le plak kena mintak dengan seller...

Oh nak mintak bukan senang wehhhh... Jenuh la aku mesej-mesej, hantar gambar, video semua nak tunjuk CPU tu jahanam.


Bayangkan aku dapat barangnye camni je?
Letak bubble wrap camtu je? dengan CPU nyer tergoyang sana-sini dalam kotak tu.
Dahle kotaknye lembik je, bukan jenis keras.





See what I mean?


Sabo jelah kan...




Bila aku bising kat seller, dia nak send replacement. Tapi aku fikir-fikir balik, aku tak nak ah. Aku nak refund duit je senang. Sebabnye masa deal kat Shopee aku mintak less and mintak free gift speakers. Tapi haram tak dapat pun speakernye. So aku dah tak percaya.

Maka, esoknye aku pos semua items; monitor, laptop/mouse, CPU guna KTMD. Kena RM25 okeh, 13kg semuanya. Ni pun aku claim mintak diorang bayar balik.

Jenuh aku follow up dengan KTMD cos nak tau diorang dapat bile barang tu. Alhamdulillah esoknye sampai and aku terus mintak diorang refund. Yang agak bengang tu, seller kata technician dah check tapi TAKDE MASALAH apa-apa and boleh je ON. Gile ke ape, aku dah tunjuk video aku nak on takleh siap kena shot current lagi ada. Tengok sendiri gambo kat atas tu pun leh nampak lekang tu kan... so aku bebel-bebel tak duli tak nak replacement, nak REFUND. Dahla say sorry pun idak masa aku complaint2 nih.

Tapi biasa la kan, bab refund ni slow sikit and macam-macam alasan. Maka terpaksa main taktik kotor sikit, ugut nak bagi bad rating bla bla then baru lah dia cakap, OK, management kata boleh refund, akan refund via cheque minggu seterusnya. Lega aku. 

So alhamdulillah dapat la balik duit aku RM9xx tu.

Bile jadi camni baru la laki aku nak tolong carikan desktop PC. Selama ni aku suh cari dia buat bodo je... -__-

Dia search kat Mudah je, yang boleh COD kat tempat dia keje now di Selangor. Senang, takyah pos-pos. Harga under RM600. Genuine Microsoft Windows 7. Deal.

So laki aku baru je bawak balik kelmarin. So happy! Ni aku tengah blogging guna PC aku le ni hehehe... Refurbished je. Murah. Jimat. Kitar semula ;)




Jadilah.
Meja komputer zaman dulu kala aku beli time sale. ade slot cd bawah tu.
Kerusi pun kerusi murah, Rm20 lebih

Senang nak buat kerja sikit...
Senang nak blogging (yeay!) yang paling penting hahaha...

Aku ni dahla mood blogging time 2,3 pagi.

Oh well... Very happy to finally have this =D





Complete dah guest room/escape room 

Ok, I should've moved that white blanket. -_-
rosak gambar




Pengajaran dari insiden ini adalah:-

a) Jangan beli computer ONLINE. Ni pengajaran untuk aku jela. Cos aku dah serik. Aku penah beli Smart TV online and dipos oleh Gdex, it was fine. Laptop pun penah beli online. Cuma kali ni maybe takde luck kot.

b) Check sebelum click. Jangan click "ORDER RECEIVED" kat Shopee selagi tak check barang betul-betul. Ok actually ni aku dah check and memang nak refund tapi TERTEKAN "Order Received" instead of "Request Refund/Return". Hai jari gemuk. Or self consciously tekan kot? Entahlah.


But jom kita pandang dari segi positif pula:-

a) Dapat beli PC baru dengan harga lebih murah.

b) Dapat voucher RM30 dari Shopee cos diorang feel bad aku punye pengalaman pembelian cam hampeh and diorang takleh watpe. Kahkah....


So there.

Adios.




Written By Ryehana
Sunday, April 17, 2016
bismillahirrahmanirrahim...



Masih lagi cerita tentang #ananakkurus2016 tapi kali ni bab shopping!

Ok... ape yang aku beli? Pakaian sukan ler... hehehe. If this blog has male readers (which i doubt) sila pergi main jauh-jauh. Ni hal orang pompuan :p


Ok, seperti yang dah ditulis di blog, aku work out di gym kan... Mulanya aku ingat work out kat gym ni tak yah la beria nak baju sukan sangat. Pakai t-shirt and seluar track dah settle.

Rupanya tak. Well, at least kalau bebetul nak selesa, Kak Yantee suggest aku beli proper attire for working out.


First and foremost, pakaian dalam yang paling penting iaitu sport bra. Haha

Aku selambe je pakai nursing bra (biase la mak-mak) masa mula-mula ke gym cos I don't have any sport bras.. Not ever, Memang tak pernah beli langsung (eh jap.... ade yang macam Genie bra tu je tapi tu BUKAN sport bras yang elok)

A good sport bra ialah bra yang bila pakai memang hold you close, tight, no bouncing and very very supportive.

No wonder la I hate running or even jogging before ni. Memang sakit dada kot if pakai bra biase... Bouncing kan... errr... pastu siap wonder camne org pmpuan lain boleh berlari. errr... normal bras memang tak sesuai langsung (unless u have small boobs)

Ni la bagusnya bila ada trainer pompuan. Bole la berkongsi-kongsi cerita bab baju dalam ni KAHKAH... kalau trainer lelaki, tak ke malu??? =P


Anyway, Kak Yantee suggest aku beli sport bras & baju yang mudah kering and BUKAN dari kain cotton. Pakai t-shirt yang kain macam jersey bola tu. Amik yang kualiti bagus la.

Baju & seluar aku beli kat department stores je. For sport bras kitorang usya-usya kat Al-ikhsan tapi tak beli sebab takde size. Hai biasa lah orang gemok cam aku ni mana nak dapat size biasa kan.. tak confident pun sama cos takut salah size udah problem...


Aku akhirnya beli kat Zalora.

Yang bestnya Zalora ni ialah korang boleh RETURN semula item tu if tak muat or memang korang tak suka/tak jadi beli. Yelah, tengok online lawa, sampai depan mata cam tak lawa pulak. So leh pulangkan balik. No problemo. TETAPI kena pulangkan dgn condition yang cun melecun/tak pakai lah. Aku dah 3x return barang. Kasut, baju, seluar... Hehehe





Mmmm banyak jugak aku membeli kat Zalora ni yer...



Ok this is the first sport bra I bought.

Sila beli yang ada padding. 
(trust me, u don't want benda yg tak sepatutnya tersembul kan.. kahkahkah)
Medium support is good enough for me.

I totally love it! Nasibaik muat.. XL paling besar kot. 
Tak muat kena bagi jugak muat wakakaka


My review? 
Recommended.
Tak tau pakai size ape? 
sila usya kat kedai-kedai fizikal size dia and bajet-bajet sendiri le.
Pastu order je online. Tak muat leh pulang balik
Kalau ada kedai accept returns lagi la bagus.


What else did I buy from Zalora yang berkaitan sports?


Sama macam model atas. Beza warna je...



Training tank size L. 
Jenuh jugak survey cos aku cari yang ada padding + supportive.

Gamble je beli size L cos size XL takde.
Muat lah pulak. Nasib baik!
Jenis camni best cos cover sampai perut.
Perut gemok or buncit tu takdelah bouncing bila running

Ermm well I didn't even run though... Fast pace atas treadmill je. But I love these!

Very recommended!




2nd training tank yang sama brand Nike tapi warna merah.

Yang Yoga Long Bratop tu brand Reebok aku return semula cos besar.
Size L juga tapi Reebok ni memang cutting besar kot. huhu...


Next, ade jugak beli Nike Air Max 90 shoes from Zalora. 
Huhu aku memang minat brand Nike. Brand lain takde pun beli :p


For me at first, the price for a good sport bras was ridiculously pricey.
Kejadahnya sampai RM100 lebih? Ada yang RM200 lebih. Seketul benda yang kecik je kot. 
Untuk orang yang tak pernah beli lingerie/branded bras mahal memang aku rasa ridiculous la at first.

Beli time ade vouchers/discount coupons la yer...

Tapi percayalah, lepas beli and pakai, memang berbaloi. Rasa nak pakai for everyday use. 

I would if I didn't breastfeed my baby. 

Sebab ape, it's very tight (supposedly so) and susah nak tarik ke bawah - ahh u know, for bf moms mesti paham, it's kinda hard to pull down. Bole tu bole, tapi risau rosak plak getah dia huhu

Do not buy sport bras biasa-biasa yang murah-murah yang ala Genie Bras tu. Just don't.
Memang murah and rupa pun dah macam sport bras dah, tapi the feel is not the same!
Beli la dari well know brand macam Nike, Adidas, Under armour etc...
Trust me, especially if u're around my size
(160cm tinggi and berat awal dulu 85kg)

Try satu. Tak suke leh pulang balik.

But sport bra ni nak pakai memang seksa sikit eh. cam nak mampuih nak tarik bagi elok terletak cos it seems so small/tight. HAHA

No worries k, memang macam tu.

Aku ni siap suruh laki aku tolong tarikkan bahagian belakang cos selalu tergulung and tangan tak sampai nak tarik. Kahkahkah


Sekian...

Tak sangka siap jugak entry tentang review sport bras. LOL



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Tuesday, February 17, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Terbaca satu post yang melintas kat FB tentang orang komplen satu kedai ni tentang lembab, staff pemalas dan order online bermasalah.

Perghhhh... Memang ini lah paling aku takut sangat!

Complaint dari mommies kat thread tu:

1. Barang takde stock tapi tulis kat website IN STOCK

2. Dah bayar and buat order then selalu dapat call bagitau corak ni takde, warna tu takde etc. Staff pilihkan corak kat kita pulak.

3. Refund proses yang lama iaitu 2 MINGGU

4. Order lambat diproses. Lepas 3,4 hari or sometimes one week baru dapat respon order diterima. Pastu time tu jugak la dapat tau barang yang diorder takde stock la itu la ini la...

Masa aku baca komen-komen komplen tu, aku macam: "ya Allah ni la yang aku takut sangat. Orang tak puas hati dengan servis and mengumpat belakang-belakang... And share kat group di FB! Omg. Nauzubillahiminzalik. Mintak dijauhkanlah...

Actually aku sendiri pun pernah kena dengan online shop tu (kedai baby yang femes gak la dalam komuniti ibu2 cos ade physical shop and branches jugak). Kes aku: just nursing bra yang aku pilih takde stock. So kena tukar corak and color. Aku tak kisah pun. Lantakla asalkan ade nursing bra. Bra je punnnn...

Tapi tu aku.

Lagipun aku sendiri paham macam mana  SUSAHNYA nak manage online and physical shop at the same time.

Berbalik kepada komplen di atas. 

1. Dah order barang tapi rupa-rupanya takde stock. 

Sebagai customer, memang la bengang kan. Dah bayo dah ni, alih-alih barang takde plak dah!

Aku sendiri penah jadi mcm ni kat online store aku. Come on, barang banyak gila kot. Mati weh nak update stock DENGAN TEPAT.

Sebab utama, masa yang takde...

Sebab kedua, barang tu tak popular and jarang orang order so kita yang manage website pun tak ingat barang tu ade kat website.

Sebab ketiga, barang tu temporarily out of stock je sebenarnya. Akan direstock dalam masa terdekat (1-2 weeks) so macam... Alahai bior jela tulis In Stock cos nanti memang ade gak... Dlm masa 1-2 weeks tak semestinya ade order?

Ya... Benda ni adalah ape yang seller alami. Bukan senang......

Lagi2 kalau kedai famous yang stock berlambak-lambak. Jenuh nak update setiap stock.

Sebab keempat, tahukah anda bahawa RAMAI orang tahu place order kat website jer tapi bayornyer idak. Dah 3,4 hari takde emel/sms/call bagitau dah bankin. Sorang dua bole monitor lagi, kalau berpuluh orang mcm tu?? Tak ke tumpo? Order byk msk tp payment takde... Udah satu keje check satu2... Pastu kalau ade org bankin dua tiga oranf amount sama and nama dekat2 sama lagi laaaa seksa.

Dan lagi kalau bankin online nama husband tapi order and delivery nama bini. Time bayar/transfer idak pulak bgtau order number or byr utk apa..

Satu hari ade beberapa transaksi dengan amount yg sama... Info plak tak complete. Jenuh weiiiii


Well...

Since aku ade alami benda2 ni (kena marah/complaint tu biase la nak wat camne kan dah kita sendiri takleh nak manage update.. So tadah jela telinga hehe)

Ape aku buat selalunya berdoa customer tak banyak songeh dan memahami sebelum aku call bagitau stock takde.  Setiap kali dapat emel order untuk barang yang takde stock, hati tenggelam sekejap.

Yang pasti aku akan hubungi as soon as possible. Time working and memang mengadap laptop, ade yang order baru msk tak sampai seminit aku terus call bgtau JANGAN BANKIN COS STOCK TAKDE. Kalau dpt customer yang memahami, alhamdulillah la.

Kalau dpt yang jenis tak sabar, aku la yang kena sabar banyak2 heheh...

Selalunya ok. Takde drama cos aku bagitau cepat2. Masalah kalau orang order barang time weekend... Weekend order mmg aku tak dapat nak inform asap. Yelah, aku pun ade life jugak. Time weekend memang aku tak tengok email/whatsapp sgt.

And since my bizz is just a small one, so aku nak refund ke ape ke memang selalunya dlm 24 jam je. Takdela nak drag sampai 2 minggu. Huhu.. Tak tenang wehhh

Just sharing serba sedikit from a seller's point of view.

Kalau paham, senang citer...

Janganla bash kat belakang2... Sian periuk nasik orang huhuh... Hantar emel complaint dah memadai kot. 

Tapi tadi aku baca komen2 takde satu pun backup and positif. So i guess that shop really has to improve on their online service la kot.

Kedai aku?

Haihh tahla. Aku sorang je manage. Dengan kedai fizikal lagi. Aku just hrp aku dpt customers2 yang baik hati dan penyabar. Huahua...

Insya Allah.

To other online shoppers, dont be so hard on us, sellers. We're just human ;p


*Sedikit end note utk diri sendiri:-

Macam mana nak solve masalah ni?

1. HIRE PEOPLE to manage the inventory on the website!

Kerja dia memang update stock availability shj. Dia tak pack barang, dia tak check payment, dan dia juga tak buat kerja lain selain check/update stock. haaaa... macam tu memang tepat je la stock update hehehe.

TAPI... aku belum mampu.

Sekian catatan sebelum tidur. 

Adios




Alhamdulillah...