Showing posts with label Bizz. Show all posts
Showing posts with label Bizz. Show all posts
Thursday, January 7, 2016
Bismillahirrahmanirrahim....


I have so many things to jot down, but being a working mother of 3 sons now, I found it really really hard to find some alone time to pause, reflect and write in my blog.

Let's start with the bad things I have to face.

I don't have enough manpower to handle all the admin work. I have lots of stuff in the shop, but haven't had time to upload them online! Which is really bad for business cos I depended on online sales 80%!

I have my brother working with me but you know, being a single man and not really into baby stuff, it's really hard la to ask him to do this and that. He's just not into this baby stuff thingy. Understandable really... If I don't have children, I wouldn't be interested as well!

Some of the time, I do get annoyed and really 'terasa hati' when I found out my customers (kutu player IN FACT) didn't admit they buy the stuff from me. Instead, bole plak sebut kedai lain. Sabar jelah kannn...

You're on my kutu group and you always pay LATE, then when you share pics on your facebook and people asked where you bought it, you said elsewhere!

Terasa wei. Kot yer pun malu beli secara kutu, takyah la sebut beli guna kutu. cakap jela beli dari Mama Panda. Settle.

Kenapa aku terasa? Ntah... tak leh ke?

hmmm... kita ni bisnes kecik-kecik nak tolong orang. Cos tak semua orang mampu beli barang branded-branded ni cash. Yer, paham tu. That's why buat kutu. Tapi bila orang tak appreciate, terasa la.

Ape yang buat aku still buat kutu dari 2012 till now? Well nasib baik la lebih ramai yang menghargai dari yang tak ngaku. Yang tak ngaku nyer sorang la yang aku perasan now. Yang lain bagi feedback mencairkan hati.

"Nasib baik Ana buat kutu ni... kalau cash gedebuk memang akak tak mampu la nak beli... nak beli yang elok supaya tahan lama.. alhamdulillah yang XXX dulu tu sampai adik dia ni leh pakai pulak... berbaloi sangat"


Those are the words I cherished.

I may not be a very friendly seller asking for feedback and always contact customers back (cos I'm a really busy woman), but seriously I treasured those feedbacks.

kalau nak dikumpulkan testimonial dari customers, berlambak-lambak lah kot. Aku takde masa nak save pulak. huhu...

Ape-ape pun tu la... antara cabaran-cabaran berbisnes ni weh.

Macam-macam.



Ada banyak lagi aku nak citer tapi busy nak mampus so better sambung lain kali.


Bye


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, October 7, 2015
bismillah...





Terkesan betul dengan status ni.

Betul. Memang betul sangat.

Dulu masa aku nak berkedai, ramai nasihat TAK PAYAH.

Dengan lokasi yang tak berapa femes (sebab mostly clinics & bengkel je kat situ) and aku berniaga kecik-kecik, ramai nasihat takyah buka kedai. Biar online je... 

Tapi aku teruskan jugak niat aku tu. Alhamdulillah... makin bertambah barang + brands yang aku jual. Plus aku lebih selesa orang datang kedai dari datang rumah :)

Kelebihan lain: dapat gajikan adik sendiri yang menganggur. Takla banyak gajinya, tapi dia pun dapat kerja yang tak banyak pressure (keje ngan kakak kan...) and flexible.

Now....

Aku ade projek lagi nak buat tapi masih berkira-kira and dalam pertimbangan.

I don't know if I should pursue it or just wait and see first.

From experience, I learned that if you wait too long, you're going to miss big time.

Haihh such dilemma.

When I read Kak Di's status above, lagi la macam semangat nak teruskan.

Oh well... time would tell.

Sekian.


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, October 28, 2013
bismIllah...


1. Pregnancy

Feeling blue... can't sleep. Tengah melawan rasa mual. Nak muntah je rasa. Semlm balik Beruas, so kat Beruas dekat 3,4x jugak aku muntah malam semalam. Sampai Opah risau... Padahal, biase le tu... Masa Razin dulu pun sama. Projectile motion sampai kotor-kotor dinding bilik air kena muntah. huhu...

Rasa mual datang waktu pagi dan waktu malam. Sebab tak makan dan takde aktiviti kot? Ntah.

Anyway, since takleh tido, maka nak update blog le kejap.

Aku mendapati kulit aku makin sensitif. Takleh makan ayam, kalau makan mula la gatal. Haihhh...

Perut dah macam makin membuncit. Pelik. Baru 2 bulan. But Mamito said, "Abis tu awak tu anak no.2 dah. Biase la makin besor le perut tu"

Yeke macam tu?

Ape-ape jelah.

Razin dah tido selepas berperang and melompat-lompat katil. Manja ya amat sekarang ni. Kesian pulak memikirkan akan berkongsi kasih nanti. :')

Tapi Razin dah besar kan... tahun depan dia dah 3 tahun. Time dapat baby nanti insya Allah Razin dah 3 tahun 2 bulan :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Business

I'm easily exhausted and annoyed these days.

Rasa nak marah je bila customers tanya soalan yang benda tu boleh dicari di website mamapanda atau di FB page. Aku terasa aku macam buang masa jawab soalan-soalan trivia macam tu.

Astaghfirullah... aku tak patut rasa macam tu. They are my customers for God's sake! Tapi tu la... bila mood swings aku datang mula la aku rasa macam geram je... At the moment, whenever I felt that way, I refrained from writing anything back/replying emails. Tunggu reda and rasa free baru balas. huhu...

Emo mak buyung. If only people would understand. But it's not their job to understand your situation. Who cares you're having morning sickness or you can't manage your time, kan? uhuk uhuk...

Anyway, read some interesting discussion on baby stores the other day that I would like to jot down in my blog.

There aren't many famous baby stores by Malay. Kalau ada pun, banyak yang tutup kedai cos takleh bersaing dengan kedai bangsa lain. Mostly sebab harga. Kuantiti. Dan servis.

Buat aku berfikir banyak. Bukan senang buka kedai. Tapi bila ada kedai, ada credibility (bagi aku lah! haha). Yelah, lebih profesional dan lebih terurus kan... sebab tu nak jugak ada kedai! huhu...

Cuma bila baca perbincangan dan perkongsian orang, buat aku menimbang balik keputusan tu.

First sekali, modal kena besar. I mean like really big. I have a vision in my head... what kind of stores I would like to open... the concept, the decorations, the products etc. Oh yeah... I found deep pleasure dreaming of those things in my free-er time. Hehe... But heck, I hate making loans. I really do. Tapi mati la kan kalau nak guna duit sendiri??? Ntah bila nyer dapat. kwang3

Aku dah la gile barang branded for babies ni. Ok, don't get me wrong... Aku bukan la gile barang berjenama sangat. Heck, my clothes are 90% jenama Scarlet je kot! hahahaha... but I'm crazy and very fussy on baby's stuff. Aku selekeh takpe, tapi barang budak kena best-best. wakakaka... but in my defense, takdela kronik sangat ok. Aku ada je beli barang dari china. Cuma aku tak jual jela. Pakai sendiri... macam mainan Razin yang conteng whiteboard etc tu. Aku just... nak jaga standard Mama Panda. Mama Panda jual barang branded je. ala-ala butik baby exclusive gitu. hehehe...

Well, dah kalau camtu, modal berapa la plak agak-agak??

Pergh. Berpeluh kalau nak kira-kira and dapatkan total. Mungkin ni kelemahan aku jugak. Tak berani??

Kata orang, nak seribu daya kan... huhu... aku just... risau la...

Sekarang yang kedai baby yang femes is FM and OBW (pandai2 la fikir sendiri ni singkatan untuk apa ye?). Memang best la cos barang banyak, ada product sendiri (FM) and ada branch. Branch diorang sendiri yer... bukan yang difrancaiskan. Bagus kan??

Yang lebih bijak, owner dua2 kedai ni Chinese. Tapi kalau kat kedai FM tu semua staff dia Melayu. Kalau kat baby expo pun semua Melayu sampai orang ingat tu kedai Melayu. Padahal of course le bukan.

No wonder la banyak kedai Melayu tutup. Branch L***T*** (francais kalo xsilap) kat 2,3 tempat dah tutup... susah nak bersaing. fuhhh... bukan senang nak senang oi!

Beza dengan FM and OBW, diorang buka branch diorg sendiri, bukan bagi lesen pada franchisee. Hmmm one thing I learnt from the discussion was, "jangan taksub nak kaya cepat dengan bagi lesen/buat franchise. Kena mantapkan kita punye bisnes jugak. Jaga kualiti. Jaga nama baik 'jenama'. Sebab kalau dah franchais, luar kawalan kita dah. And then kesian franchisee kalau gulung tikar sebab tak cukup ilmu/tak cukup kuat brand tu untuk sokong diorg"

Gitu lah lebih kurang yang aku paham. Ahh aku pun bukan pandai sangat. kehkeh... sekadar perkongsian untuk catatan dan renungan masa hadapan.

Ermm kang orang bace blog ni ingat aku racist pulak. Tapi aku tulis untuk motivasi gak le. Orang Melayu, Islam akan tolong orang Melayu jugak insya Allah... derma, zakat... disalurkan pada orang Islam. Sebab tu penting untuk orang Islam martabatkan ekonomi kan... pergh macam ahli politik plak dahhh

Dulu aku tak penah amik pusing pun bab beli barang kat kedai mana. Bagi aku sama je. Asal MURAH. Kan? Ramai orang macam tu... tapi hati aku terkesan bila ramai customers bagitau diorg beli barang dgn aku sebab aku MELAYU dan sebab diorg nak tolong orang Melayu. Tak terharu ke? *ok habuk masuk mata*

Baru la terbuka bijik mata aku ni... (ada la 3,4 orang pernah emel dan msg di FB bagitau camtu...)

They could get cheaper in other stores, but still they buy from me. Terharu aku. Serius.

So I'm trying my best to give good service, fast response etc. Susah cos aku kerja sorang-sorang... ada anak, jaga sorang2, laki blk sekali sekala...but, aku harap aku boleh dan kalau ada mistakes/lambat, my customers would understand and forgive me. Insya Allah ada rezeki lebih, aku akan tolong orang yang memerlukan. After all, duit bukan boleh dibawak mati pun. Aku mengharap dengan sangat semoga aku tak lalai dan lupa perkara paling penting tu. Yela, nama lagi manusia...mudah tergoda dan LUPA.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. House & family

Sekarang aku dah lega sikit cos Rumah Manjung dah ada penyewa. Baru je dapat duit deposit last Friday and I gave the keys then. Settle bab rumah dan no more worries on potongan loan rumah ke-2 tu. At least, not for a while la. Aku tak tau tenants tu nak sewa sampai bila. Tengok dari rupa, macam kejap je huhu...

Bab harga sewa, mulanya konon nak sewa mahal jugak la... Contoh; bayar ansuran bulanan RM100, tapi nak sewakan RM500. hihihi... Tapi tak jadi la. Nak cepat orang masuk. Maka kami turunkan sewa... then nego-nego lagi, turun lagi. Muahaha.. Lantakla. Aku risau selagi takde tenants. Sekarang, let say potongan loan RM100, kitorang sewakan RM130. Ade la lebih sikit untuk duit yang kitorang kuar modal lengkapkan rumah tu dengan perabot/peralatan elektrik. Jadilahhh... malas nak fikir dah.

Rumah Lumut plak tengah macam tongkang pecah. Aku sejak pregnant jadi tak larat nak kemas and angkut-angkut kotak/susun-susun barang dalam SOHO. Maka, ruang tamu aku mcam loading bay tak siap. Hahaha... Even tenants pun tegur "Barang makin banyak yer..." kwang3

Bukan banyak, tak kemas jela wei...

Sebut tentang tenants, bulan October ni last la 2 orang penyewa bilik di Rumah Lumut akan duduk di sini. Lepas ni laki aku dah nak balik Lumut so we have the house to ourselves. Alhamdulillah.

Hubby couldn't wait to get his hands on Razin's room. He said he want to decorate it. Aku pun tak sabar jugak. I think it's about time Razin has his own room. Tak kisah la dia tidur situ ke tidak, tapi at least ade la bilik sendiri kan... hehehe...

And this time aku nak beli proper baby cot. From wood. Not plastic/steel. Aku tak tau la practicality dia, tapi aku tak peduli. Aku nak. Nak letak kat bawah. Kat atas, tido sekali jela... co-sleep. Senang nak breastfeed.

Oh yes! Aku tak sabar nak breastfeed my second child. This time nak biar lama la sikit dari Razin. Razin dulu sampai 5,6 bulan je bf. Dah start makan, aku pun maleh nak pam-pam. Tapi dulu aku kerja Hertz! Sekarang kerja sendiri... Mudah-mudahan lebih senang la kan... Insya Allah...

Ok lah... perut dah mula berbunyi. Lapar. Masuk angin. Nak termuntah. I need to lie down now.

Bye.

Assalamualaikum

Written By Ryehana
ahamdulIllah...
Wednesday, September 4, 2013
bismIllah...



Bulan ni aku buka:

3 groups Kutu Corelle
2 groups Kutu Boba 3g

Seronok sebenarnya nak jual Corelle. Sebenarnya aku dah lama nak join kutu Corelle kalau ada orang buat. Tapi takde kawan yang buat. And biase la, ragu-ragu nak join kalau tak kenal mak kutu kan.

Sudahnya, aku buat sendiri. hehe...

Available for pre-order too. Sesapa belum LIKE new FB page yang Mama Panda buat khas untuk ibu2, jemputlah LIKE https://www.facebook.com/shophappybymamapanda

Sekian. :)

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, August 27, 2013
bismIllah...


Aku sebenarnya patut update payment dan settlekan bungkus barang untuk pos esok sekarang ni... Tapi masih ambil mood. Baru bangun setelah tidur sejak Maghrib. Badan sedap sangat lepas diurut. Hmmm 2 entries in one night? Dah lama tak begini. hehe...

Mungkin sebab sekarang hubby is here in Lumut till Wednesday? So aku tak rasa bersalah sangat tinggal Razin tidur seorang.

Now I'm downstairs, minum susu dan tengah berblogging. Lepas settle blogging, nak update payment yang masuk hari ni and kalau sempat bungkus barang untuk pos esok.

Petang tadi sempat melawat kedai Kak Yati. Saje je menyibuk haha. Beli baju ultraman untuk Ajin sambil tolong-tolong dia check FB page dia. Tapi seriously susah la nak buat kerja online kalau dari iPad je. Laptop dia rosak plak. Sabo jelah.

She let out that she's worried because her sale is slow. Well, yes... aku pun tumpang risau jugak. Dia bergantung kepada jualan baju-baju budak dan aksesori semata-semata. I advised her to put more stuff. Ade banyak sikit variasi. Lagipun people do not buy clothes every day, do they? Entahla... aku pun zero bab kedai ni cos tak pernah ada kedai kan. huhu...

Kagum juga bagaimana dia terus nekad buka kedai walaupun tak ada pengalaman menjual barangan bayi. She's in her 40s. So of course dah lama la tak ada baby kan... anak dah remaja... so she's not up to date with what the in thing' among most mommies these days.

I told hubby about this.

I  told hubby, "I think I am more than able to open up my own store now, don't you think?"

If Kak Yati can, of course I can. I am more than can. Boleh gitu? hehe...

I mean, without any shop pun aku ada jugak la sales kan... kalau ada kedai mesti lagi ok? Orang nampak... ade display items etc.

But Hubby argued (of course! he always does). He said it's too early. I should learn more. "Jangan sebab orang buka kedai, kita pun nak buka padahal ilmu tak cukup. Nanti jadi perkara tak diingini macam mana?"

I wonder 'perkara tak diingini' bagaimana yang beliau maksudkan.

But then, aku setuju juga. And honestly I'm not ready too, actually.

Having my own brick and mortar shop would mean no more sleeping in! HAHAHA. Yes, aku selalu bangun tido lambat cos aku selalu tido lambat. Tido lepas Subuh mostly. Sebab I'm productive and full of ideas during 1-3am. Sejak zaman student lagi, time-time aku study dulu camtu le. hehe...

So kalau ada kedai of course kena bangun awal, hantar anak pergi nursery then jaga kedai. Then nak tinggal kedai pun susah, kena amik pekerja pula. Hai... mampu ke nak hire pekerja? kwang3.

Pastu dah ada kedai, kena pasang security stuff. Dah le owner pompuan, orang datang merompak ke ape ke... bahaya oi... baru je ade kes kedai tudung kat pasaraya Rapid kena rompak and salesgirl kena hempuk dengan batang besi. Takutnyeeeee....

Hish... banyak songeh sebenarnye. So? Aku mampu kagum dari jauh jela dengan orang yang nekad boleh buka kedai tanpa enough info or suppliers.

Oh sebut tentang suppliers. Ya Allah geramnye dengan salesperson yang aku suruh Kak Yati contact. Aku tak tahu le ni ada kaitan dengan 'peniaga MELAYU' ke ape... tapi nampaknye macam ada unsur tak berapa best di situ.

Kisahnya begini, aku ada bagi contact number Mr XX kat Kak Yati untuk dia contact. Aku cakap la, "Kak, try contact Mr XX ni untuk supply barang untuk kedai akak. Kat Ana dia bagi margin rendah cos online business... kalau ada kedai, margin lebih tinggi... minimum order RM3K. Nanti kita kongsi-kongsi ler order nak cukupkan MOQ" (nak jugak!! haha...)

Sekali kau, bila Kak Yati gitau aku dia dah called, Mr XX cakap kena order at least RM10K! Ape kejadah? apsal banyak sangat? Dulu masa aku jumpa Mr XX ni dia siap cakap, most shops kat Manjung ni kalau order barang at least RM3k baru dia hantar free... kalau tak sampai RM3k, aku kena hantar courier aku sendiri untuk pickup barang... or dalam erti kata lain, aku kena bayar duit pos le kan.

So macam mana pula tetiba dengan Kak Yati ni dia cakap kena minimum order sampai RM10K? bengang pulak aku dengar... merepek betul! Saje nak tindas cos melayu? cos baru buka kedai? (Kak Yati TERcakap 'baru 1st time buka kedai... etc'). Kenapa?? kenapa???

haish... aku tak nak fikir negatif, tapi itu la yang terlintas di fikiran. Dengan aku dulu sebab aku siap tunjuk website, siap gitau aku ni aktif online bla bla bla... and hell yeah, I'm confident lah kan. tapi dok tekan-tekan tak dapat gak margin best. Diskriminasi antara online seller dengan seller ada kedai di situ. Tapi takpela.. aku paham jugakla.

Cuma bab Kak Yati ni aku tak faham. geram je... terus dia macam malas nak order barang tu. haih...

Macam-macam dugaan kan.

Benda yang kita tak pernah tahu sebelum ni.

Benda-benda yang aku tak terfikir pun.





Haih... mari kita berangan dulu....


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, August 25, 2013
bismIllah...


Syukur alhamdulillah... this week is a great week for me.

Despite some disappointments, but I managed to stay positive. And I am really grateful cos Allah temukan aku dengan seorang kawan yang baru buka kedai baby.

Aku adalah sangat excited bila ada kawan yang mempunyai kedai serta jual barang yang  aku minat and jual jugak. Bagai mengantok disorongkan bantal when Kak Yati called me last couple of days.

Rupanya dia nak mintak tolong tunjuk ajar online business. Dia ada kedai, tapi katanya sales slow lepas raya. Biase lah kan... Aku pun sale slow sikit. hihi... Anyway, aku dengan semangatnya pergi la kedai Kak Yati malam kelmarin. Happy gila... kedai mengadap jalan besar... Kedai pun besar. Best gilaaaaa...

Aku just tolong guide sikit-sikit bab FB Page and blog. Tu jer... ala, aku pun bukan reti sangat. Tolong mana reti jelah... Dan aku jugak share sedikit sebanyak tips dan contact2 yang aku ada untuk penuhkan kedai dia...

Ade gak tumpang barang kedai Kak Yati tu. Baru hantar petang tadi. hehe... saje la kan.. Aku nyer barang sumer mahal-mahal. Tak tahu le laku ke idak kalau kat Manjung ni... Most of my customers orang KL and Selangor kebanyakannye. Tapi, letak jela since orang offer suh letak barang. ekekeke...

Dengan ini aku terus bersemangat nak ada kedai jugak. Memang orang kata lebih jimat and tak pening kepala bekerja dari rumah, tapi aku ada target aku jugak. Aku nak ada kedai!

Bila? Entah le.... Aku target tahun 2014 atau 2015. Kena kumpul fund dan ilmu pengetahuan dulu. And kena tunggu Razin dah leh hantar ke kindergarten or something.

Semoga aku berjaya! Berusahalah!

Ape yang aku kena pastikan sekarang ialah stay positive.

Banyak benda dalam hidup aku yang buat aku sedih, buat aku down dan tak semangat... tapi alhamdulillah, dalam kekecewaan yang aku dapat, aku masih mampu gembira semula... bersemangat semula. Aku boleh lupa masalah aku seketika.... for once, aku rasa happy sangat2 dan bersemangat membuat kerja. I felt good cos I think that I'm one step closer to achieving my long term goal which is to open up a brick and mortar store.

Dan aku bersyukur cos hubby pun macam dah terbukak mata sikit yang his wife is CAPABLE of managing a business on her own. I don't know, sebelum ni aku rasa macam dia ingat aku ni main FB suka-suka je kot? =.=

Semoga beliau terus supportive.

Semoga segala perancangan dipermudahkan.

Yelah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Apa-apa pun, usaha dan tawakal.

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan petir. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...


Semua yang berlaku  ada hikmahnya...





Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, October 24, 2011
bismIllah...


Oh yeah.

Busy sikit sekarang ni.

I am now taking orders for Bamboolite products, Maxi Cosi, Quinny and Peg-Perego. Sesapa yang nak order bayar 50% deposit. Selebihnya bayar bila barang-barang itu tiba padaku.

Order untuk Bamboolite, Maxi Cosi, Quinny ni nak submit masa dapat gaji nanti. =p


Untuk next month plak, aku bukak pre-order Tommee Tippee, Baby Bjorn dan juga Agoo leghuggers. Order ni akan ditutup time gaji bulan November nanti. So marilah cuci-cuci mata di Mama Panda Store di FB. Pre-order album untuk Tommee Tippee tak abis upload lagi tu...

Website/blog MamaPanda.com pun masih dalam construction. Takde masa siot nak upload sebijik-sebijik benda... nak adjust theme lagi, plugins lagi. Hisyyy tak reti aku. huhu... Takpela... slow-slow...

So sebab tu la update blog pun cam kureng je...

I'm busy with my bizz (ecececehhhh macam la bizz juta2).

Okla... sambung lagi nanti.

Tata.





alhamdulIllah...