Showing posts with label Company trip. Show all posts
Showing posts with label Company trip. Show all posts
Monday, July 25, 2011
bismIllah...


Penat gilebabi... nasib baik hari ni aku annual leave. Nasib baik jugak la aku apply cuti. Kalau tak, memang confirm MC.

Aku gerak ke KL last Thursday... petang... abis keje baru gerak. Sampai KL kul 10 malam lebih... Bukan stay kat Novotel, tukar ke Grand Seasons Jalan Pahang. Pehhh lagi best!

Sebilik ngan Kak Camelia from Penang tapi halfway thru the night, dia ada emergency and kena balik. Her SIL passed away... takziah to Kak Cam...

Gerak ke Port Dickson naik bas ramai-ramai. Masuk group Kak Rehan cos nama aku takde dalam list! haha...

Dewan yang digunakan di Thistle...



Best ke teambuilding nyer? Honestly, TAK BEST! Takde enjoy2 macam pergi Pulau Redang and Pulau Pangkor sebelum ni. Dulu siap leh jalan-jalan, mandi laut bla bla bla.. ini takde. Totally no free time selain makan dan solat.

Aku dapat pam 4x je sehari:
1- Subuh (before join breakfast n join activity)
2- Lunch (then balik bilik utk solat)
3- Dekat2 nak Maghrib (abis activity petang around 6.30-6.45... then sambung balik pukul 8 malam. Kalau lambat, kena denda! cam taik)
4- Before tido. (depends tido kul brp... first night tido kul 1 pagi, 2nd night tido kul 1 lebih... tapi orang lain tido kul 2 kot... aku blk awal cos nak pam)

Semua susu yang dipam berbuang. Setiap kali pam dapat 2 botol penuh (leh dpt lagi kalau pam kot tapi masa tak cukup)...

Bayangkan hati aku camne bila buang je susu tu? huhuhu...

Sedih... tapi nak wat camne, memang takleh nak simpan pun. Kalau simpan confirm basi...

Thistle PD tu tak best ah. Makan tak best... Bilik pun tak best. Or mungkinkah bilik yang kami duduk tu paling murah?? Tapi kalau standard room yang paling murah kat Thistle adalah RM300++... Mmmm memang sangat tak menepati standard.

Biasa-biase je rupanya... best lagi Berjaya kat Redang. Yang kat Redang la.. yang kat Bukit Tinggi tak best jugak walaupun oleh Berjaya... :(

Yang aku suke ialah bilik di hotel Grand Seasons KL. Tingkat 28... memang best biliknye.. tapi sayang dok sekejap je huhu...

K lah, lenkali update lagi. Bye

Kiri: Solihin, Reen, Aza (JB's branch), aku and Kak Rehan (Branch Officer KLIA)



p/s: Lagipun takleh citer banyak-banyak since ada 1 lagi satu group belum pergi. Kang tak seprais la kalau cite kat blog....korang rase la sendiri!!

Salam...



alhamdulIllah...
Wednesday, July 20, 2011
Dah hantar Razin balik Beruas lepas Maghrib tadi.

Dia tengah tido time aku angkut masuk kereta. Diam je. Nasib baik tak nangis.

Nak bagi susu (tak pam since 5pm) tapi tak nak. Kenyang la tu. Tak tido-tido semula sampai le Beruas.

Guling-guling and bagi susu lagi bila sampai. Tak tido jugak.

Dah nak 10.30 malam, hubby ajak balik Lumut. Yela, aku tak pack ape jadah pun lagi ni. Seluar trek baru beli 2 helai kat Billion pas balik keje tadi. Sungguh aku malas giler nak pergi.

Razin,
Dok umah Opah elok-elok ek. Takmo meragam-ragam tau. T___T


.
.
.
.
.
.
Malam ni nak settle basuh baju-baju kotor and sidai.

Esok lepas Zohor baru ke KL kot.

Then to Novotel.

Jumaat, berkumpul ramai-ramai depan Kompleks Antarabangsa and gerak ke Port Dickson.

We'll be staying at Thistle Hotel, by the way.

Nasib baik bagi hotel mahal. Terubat sikit lara di hati...

Adios.

I miss Razin already. isk...

Tak sabar nak tunggu Ahad!

Friday, April 22, 2011
bismIllah...


Kalau korang ikuti blog aku ni since aku bekerja di KL... mesti tahu yang aku ada pergi company trip ke Pulau Redang last year...

Leh usya sini, sini dan sini.

Tahun ni, ada trip jugak... tapi orang dalam confinement mane leh ikut... cuti plak tu kan? HUHU... Sedih aku...

Yang buatkan aku lega sikit cos diorang pergi ke negeri PERAK. kehkehkeh... :P

Tapi still... terasa seih jugak cos tak dapat ikut... Dahle lama gile tak jumpa kawan-kawan sekerja di KL.. serius aku rindu bangat sama mereka... Kat sana ramai staff, aku kat Marina Island just berdua je ngan Ganesh... Kalau aku ikut trip kali ni, dapat jumpa diorang...

And yang paling terkilan, aktiviti-aktiviti yang diorang buat. Benda yang aku memang takkan buat la kalau sendiri-sendiri... :(

Pagi tadi diorang akan ber'white river rafting' di Gopeng... Waaaa... Mesti best kan? I can only imagine! Keterujaan tu mesti macam masa aku nak pergi snorkeling di Pulau Redang dulu...


Teringinnye!! huhu
Gambar dicilok dari sini.

Ni nampak cambest...
Dulu pernah gak usya orang ber'white river rafting' masa di Sg Sedim (ke Ulu Sedim? lupe dah namanya) di Kedah... tapi cam tak best. Ahh.. kalau pergi ngan kawan-kawan sekepala, konfem best punye la kan? Well... orang dalam pantang cam aku ni gigit jari jela... >:(

Then, petang ni diorang akan ke Pulau Pangkor... Of cos la akan melawat branch Marina Island kan? Too bad I couldn't even be there. Kalau tak, leh jugak bersua muka walaupun sekejap... :(

Aktiviti kat Pangkor aku tak tau... Dok hotel mane pun tak tau... Sama ada Pangkor Laut Resort or Pangkor Island Beach Resort la kot? Itu jer yang kira antara paling mahal kan? (And hotel-hotel tu jugak yang foreigner customer kitorang selalu stay)

Dengar-dengar ada RAC Idol (RAC=Rent-A-Car as in Sime Darby Rent-a-car)? Ganesh akan nyanyi! wakakaka... sian budak tu kena buli... Yang wakil KL aku tak tau la sape... tapi dak Nurul tu eksaited beno bercerita. Jeles jeles...


Bab Pangkor ni tak jeles mane sangat la cos pulau ni sekangkang kera je dari ofis.
ekekeke... Kalau Pulau Sipadan ke, Manukan ke.. or Langkawi, memang aku terkilan gile!

TAPI... rugi jugak tak ikut cos kalau pergi sendiri kena kuar duit.
Trip ni company bayar weh!
Rugi... rugi...


Takpela... anggap jela takde rezeki nak join benda alah ni. Lagipun aku tak join cos baru pas beranak... bukan kena blacklist macam sesetengah orang tu... ;p

Dear colleagues,
Have fun k... I miss u guys so much! :')

Anyway, ISNIN ni merdeka!
(berapa kali nak ulang daaa... last entry pun tulis benda yang same -___-")

Tak sabar wehhhh...

Aku nak bedal aiskrim KFC puas-puas. =D



alhamdulIllah...
Wednesday, April 21, 2010
bismIllah...


On Sunday, we went snorkelling!!! It was my first time to snorkel... I was feeling excited and nervous at the same time as I don't know how to swim... But we were all given a life jacket each, so... takde la risau lemas ke ape kan... hehe...

Rauf and me.


Sitting from left: Arif, Domie
At the back from left: Abg Azman and Abg Azhar


Kitorang pergi 2 boat. satu bot besar (the other boat dlm gambar atas ni) and satu bot kecik.
Aku naik bot kecik ni... kecik kecik pun, lagi laju la dari bot besar tu... heheh...


Huduh kan?
Macam sejenis burung... haha


Tengok ikan-ikan tu!
Semuanya datang bila baling roti... kebuluran gila...

Actually, kami snorkelling kat 3 tempat berbeza. Tapi takkan semua nak letak sini... jenuh ar nak upload kat blog... so aku letak parts of them.

This is me snorkelling!

Kalau korang perasan, ade banyak gile ikan kat keliling aku... (ikan warna biru dan ikan belang2)
Serius best gile... geli2 pun ada cos diorang terlanggar badan kita masa nak kejar makanan...
Ada orang baling biskut and roti kat tempat aku snorkelling so that ikan-ikan tu datang kat aku...

Macam gambar bawah ni la pengalaman dia...

Awesome right? =D


Another best thing is yet to come.
A boat crew managed to catch a turtle in the sea!!
How extraordinary was that!!

Bukan selalu terjadi weh!!

That's a turtle inside the red ring.


Touched it! It's so cute!
Ntah kenapa aku teringat Mr Penyubiru bila pegang penyu ni... haha :P

Penyu belimbing ke ape ek?




Abg Shaharil siap cium lagi kepala penyu tu... hihi..
siyes comel! tapi sian kat penyu tu....

Lepas tu, abg kru bot bawak penyu tu ke bot lagi satu untuk diorang tengok lak.
Then baru lepas ke laut semula...
:]

Okeh. Now enjoy the pics taken...

Aku dan Amir. Amir gemok!
Senyum tak nampak bijik mata. haha


Rauf, aku dan Amir.
Hehehehe...
sengal je Rauf.. :P

Dengan Abg Ama.


Dengan Domie.
Rokok kat tangan tu mesti tak lepas punyer...

Domie, Aqram and Arif.

Puas melepak bot diorang, aku pun pulang ke bot aku semula...

It's time to go back to our resort...


And return all the belongings of men who didn't bring any bags with them to the sea.
Semuanya tumpang handbag aku sampai berat jadinya!! Hampeh.

"Ana, tumpang letak wallet and kunci jap"

"Ok"


"Ana, tumpang henpon and kunci jap"

"Hisy!" *tapi amik gak

"Ana, tumpang kamera"


"Cepat..."


"Ana, tumpang..."


"Ala, beratla beg Ana!"


"Ala, setakat kunci pun berapa gram sangat la..."


Yela tu, abis kalau dah banyak, tak berat ke?? sabo jelah...


Kes lain adalah bekal air. Masa nak pergi snorkel memang tak sediakan air mineral sorang satu. Kena beli sendiri... so aku terus beli cos aku memang mengalami cirit-birit pagi tu.. kang nak berjemur lagi mesti dehydrated kalo takde air.

Tapi the guys tak beli....

"Ana, beli lebih sikit ek"

I bought one big bottle of water and a smaller one for me.

"Ala, beli sikit je.. kemut!"

"Okla tu ada gak beli... kang kongsi2 la ek. hehe"

"Takpela, Ana tak bagi pun takpe... air laut banyak. Minum je laaa"

"Aaa yela... Barula terapung sekor-sekor tak bergerak2 kang.."

And that was replied with laughter.

Tak sure whether this is the last post about the Redang trip cos akan dpt pictures dari orang lain pasni...

Tengok la camne... maybe update kat blog gambar je kot.

K, assalamualaikum!

alhamdulIllah...
Tuesday, April 20, 2010
bismIllah...



Sambungan aktiviti di Pulau Redang last weekend...

Hari Sabtu kami sambung training di Berjaya Redang Beach Resort.

Nama pun pergi 'Team Building' so of course la ade aktiviti-aktiviti yang membuatkan kami kena mingle a lot. Cos program kali ni bawak staff SDRAC (Sime Darby Rent-a-car) from all over Malaysia.

Staff2 yang dari Sabah, Sarawak, Penang, Kulim, Kuantan, KL, KLIA, Subang Skypark, Head Office di PJ, etc... semuanya berkumpul di sini (yang tak dapat pergi pun ada gak la cos kena jaga ofis. tapi untuk Operation je.. Head Office memang cuti Sabtu Ahad)


Hari Sabtu pagi kami buat aktiviti outdoor. Nama aktiviti tu 'Focus Ring'.
Dipendekkan citer, aktiviti ni memerlukan focus dan teamwork yang baik to make it work.


Selesai program tu, kami masuk dalam bilik dewan semula untuk tengok balik dan discuss ape yang buat sesetengah group fail...



Ni plak time kami semua diberi alat muzik setiap sorang.
"Everything has a rhythm"


First instrument aku dapat adalah kompang.
Best bergendang macam nak gila...
Lepas tension! heheh...
Kami tukar-tukar posisi... so dapatla merasa main alat muzik lain...


Gambar-gambar bawah ni diambil masa lunch break.
Sempat la melepak dan bergambar kat tepi pantai...
Serius geram gile tengok laut biru dan bersih kat Redang ni...
I managed to have a dip in the ocean late in the afternoon when our programme with Bill ended.

I'm wearing Rauf's Ray Ban. mueheheheh...



Picture taken by Rauf. Thanks!


And lastly, the below is our final task.
Kami dipecahkan ke group-group kecil yang kena buat landasan bola...

Ini yang paling susah cos kena potong pvc pipes dengan measurement yang betul.
Semua orang jadi engineer kejap... heheh...

Aku nyer grup...

And then sambungkan semua pieces dari grup lain...


We made it!





So lepas task ni selesai, program dengan Bill pun tamat laaa... lega gak cos agak boring terperap je dalam dewan...

Tengokla lelaki-lelaki itu... semuanya asyik ngusya ke luar...
Dah tak sabar sangat nak training ni abis...

Amik gambar kenang-kenangan... Ada lagi gambar lain... ramai-ramai... tapi aku xde copy... nanti-nanti la...

Malam ada dinner...
Barbeku tepi pantai...



Bersambung....

alhamdulIllah...
Monday, April 19, 2010
bismIllah...


Aqram, Nurul dan aku inside Hyundai Starex. Ni time nak ke Subang Skypark.
3 orang leh dok depan yer... heheh

Boarding pass...


Ni dah sampai Pantai Timur dah ni kalau tak silap...
Bawah ni ape ek?
Ladang tembakau?


Dah nak touchdown di Pulau Redang!


Ni time baru sampai Pulau Redang..
Mata takleh nak bukak cos panas terik...
>__<>

Bergambar jap sementara tunggu beg-beg sampai.
Ni la saudara aku yang bertanggungjawab merekemenkan kerja ni pada aku.
Thanks a lot!
Kalau tak, takdela merasa aku jejak kaki ke Redang ni haaa...
:')


Sampai-sampai resort terus kena training...


Kumpul ramai-ramai...
Our facilitator is the caucasian guy in the middle.
His name was William something.. i didn't catch the last name.
But everyone called him Bill. He's a great facilitator!


Susun daun terup group mana paling panjang dengan susunan yang betul and takde 'gap'.


Main baling-baling...


And then, makan jap...

Tea la konon...
Kuih bom, banana fritters and keropok lekor.
Aku makan 2 pinggan of this dish. Minus a kuih bom.
Tak suka bijan sangat. tapi yang first aku bedal lah...


Dah selesai makan, kami ke bilik masing-masing. Aku dapat bilik apartment and my roommate was Kak Fina from SDFM (Sime Darby Fleet Management).


Untuk orang berhoneymoon ni weh... ape taknya, bathroom ada sliding door dari tepi katil.
Meaning, dari atas katil leh tengok orang mandi.. huhu


Fantastic view weh!! but my camera phone didn't do justice to how much beautiful the scenery was... :(

Lepas mandi sumer, kami pun pergi dinner...

Takde gambar yang cun dari henpon aku so maleh nak tempek.

Okeh... nanti sambung lagi yer...


Salam.

p/s: Arini aku cuti (ramai je bengkek ngan aku cos balik Redang aku cuti till Rabu.. and they have to come to work today!), tu yang dapat update blog tu...


alhamdulIllah...