Showing posts with label Cloth diapers. Show all posts
Showing posts with label Cloth diapers. Show all posts
Saturday, September 8, 2012
bismIllah...


Terjaga. Yela, tido pun awal cos nak tidokan Razin, ngan aku-aku sekali tertido pas Isyak tadi.

Badan tak berapa sihat. Well, more to my throat actually... Sakit and bengkak rasanya tekak aku ni. Nak telan air liur pun seksa. Nak makan lagi la... Susah nak menelan. Perut lapo... huhu...

Alhamdulillah my hubby sangat memahami. When I bbmed him "Tak larat...." and "Tak masak...", he bought home 2 large bowls of McD porridge for lunch. And for dinner, he cooked me tasty porridge. Love u hub. :)

Thanks hubby cos bertahan denganku.... because I was annoying when I'm sick. Tetiba nak sangat-sangat makan kek coklat or Choc Indulgence dari Secret Recipe. Masalahnye kat Pasir Gudang ni takde Secret Recipe kalau tak silap (ke aku tak tau katne?). Yang paling dekat kat Giant Plentong yang kitorang pernah pergi sekali. So... hubby malas la nak pergi cos hujan and agak jauh... huhu... Aku nak sangat-sangat, setiap berapa minit, "Abang, nak kek....", "Nak kek....". Nasib baik tahap kesabaran suamiku tinggi... kalau aku jadi dia, nak kena pelempang dah tu. Mengada-ngada. Haha...

Tapi betul la... memang teringin sangat-sangat tekakku ni nak merasa kek. Nak cheesecake or choc kek or macam aku tulis tadi, Choc Indulgence Secret Recipe tu. Waaaa... rasa nak sangat-sangat tu mengalahkan orang mengandung mengidam. But I'm not pregnant....yet. Yela, tengah bendera merah kot. huhu

Entry ni tiada hala tuju melainkan nak citer ape aku alami sekarang. Rasa cam lama tak update blog, so update jela...

I miss writing in this blog... But now, I don't have the time. Razin is 50% on disposable diapers now since I don't have time to check and change his diapers.

Problem with cloth diapers is... since ianya kain and takde tunjuk baby dah kencing banyak (kalau DD kan kembung), ianya kena ditukar setiap beberapa jam. Well, nak keep track tu susah sikit bila aku busy. I don't want Razin to end up with red genital, so kalau aku rasa hari tu aku busy gile, dia pakai DD je.

Plus, takleh blah la pakai mesin basuh manual ni. Buang masa gila nak tunggu dia abis pusing, abis drain, abis spin. Tobat memang aku haramkan pembelian mesin basuh manual. Guna auto je senang... humban terus dalam tu, tunggu settle and sidai... ni bila mesin manual, kekadang aku lupa/tak perasan mesin dah abis spin...so air bergenang je camtu.. kalau biar semalam dah busuk... so nak kena bilas lagi... cam hampeh. Tapi since mesin ni tuan rumah yang bagi, belasah jelaaaaa. Cuma bab nak membasuh cd tu aku jadi malas...

I'm a supermom now. Since dah balik Johor semula, semua kena buat sendiri... time duduk umah mak masa bulan puasa aritu aku rileks sikit la cos kekadang ada orang mandikan Razin, baju-bajan ada orang mesin and sidai (hehehe), siap kekadang orang lipatkan kain pun ada... aku ni masak pun tak... memang goyang kaki sungguh la dok umah Mak. Well, goyang kaki dari segi house chores la. Aku still busy dalam bekerja online... heeeee...

So now dah balik duduk bersama suami semula, back to reality la. No more holiday yer...

Start dari bangun awal pagi, aku kena mengemas rumah yang tunggang-langgang malam sebelum tu (kekadang before tido aku kemas... tapi kalau tertido awal, pagi2 la baru kemas).

Sambil kemas-kemas, on lappy and online jap check email, messages and comments kat FB page bla bla... Kekadang tersangkut lama kat online so tak abis mengemas. hehe...

Once Razin dah jaga, kena bagi susu and mandikan dia... start masak nasi kul 10-11 pagi camtu... Kuarkan la ayam ke sotong ke untuk defrost. Pastu prepare nak masak.

Sambil-sambil masak akan bergaduh ngan Razin yang sibuk nak besar/kecikkan api dapur and mengacau. Biase la... badan dah tinggi, dah leh mencapai itu ini... Takleh lepa sikit, ade la yang dicapainya. Buat masa ni dia tengah gila nak mencapai pisau. Bahaya ok... selalu time nak masak ni terpekik-pekik la aku kat dapur. Last resort, babywearing. Back carry dalam Ergo baru tak ngaco... huhu

Selesai masak, masa untuk bagi makan sambil tengok tv. Settle bagi Razin makan, aku akan check pm/comment FB or payment dari customers. Razin akan kacau aku the whole time aku depan lappy. Jaki beno dia kalau Mak dia online...

Selalu pas makan Razin akan memerut... so basuh berak dia and mandi lagi sekali, bagi susu and ajak tidur. Selalunya dia tido... kadang-kadang tak nak tido... so, bersabar jela melayan budak sorang ni.

Bukan ape, time dia tido la aku baru dapat nak mempacking order customers. Kalau Boba and Ergo lagi la... nak kena balut 2x cos risau kertas koyak ke kan... aku akan balut ngan plastik and then ngan brown paper... Memang time consuming gak la bab packing2 ni...

Aku selalunye akan busy giler time hujung bulan. Iaitu time gaji walaupun aku takde gaji cos waktu ni la orang ramai membeli and membayar duit kutu bulanan. Waktu ni memang straight dari pagi sampai petang busy kerja. So, bayangkan kalau dari pagi and petang aku kena hadap kerja aku and at the same time kena masak, lipat baju, mandikan anak etc? Penat sangat.

Aku lak jenis kalau orang dah bayar hari tu, hari tu jugak aku akan pos. Aku memang tak suka nak simpan lama-lama. Sebab tu time elok-elok tengah tengok tv ke ape, kalau dapat notification orang dah bayar (emel dr bank yang masuk inbox di BB), cepat-cepat aku terus packing... Kecuali la kalau dia bayar after aku dah balik poslaju... so malam-malam nanti packing pun takpe. hehe...

Beza sangat kalau full-time-working-mom (FTWM) and work-at-home-mom (WAHM) ni...

Kalau FTWM, leh fokus pada sesuatu kerja in certain time range. Time pergi keje or kat ofis, fokus 100% bab kerja... time dah abis working hours, balik rumah main ngan anak and settlekan bab rumah...

Kalau WAHM, kena banyak multitask. Kalau time ko nak masak, mengemas ada orang call tanya tentang barang of course kena jawab and layan. Bagi aku, WAHM ni banyak buat benda bercampur-campur. Kejap-kejap hal rumah, kejap-kejap hal kerja... Tapi alhamdulillah masih fleksibel and enjoyable cos I don't have a boss yang arah itu ini or marah-marah... And I love what I'm doing.

Cuma kena banyak bersabar la cos bukan senang nak keep up with other competitors. Ape-ape pun stay positive je.


This is so me minus 1 child.

Tak dapat bayangkan kalau anak bertambah and I'm at higher level?

I probably need a helper by then, who knows... huhu




Blog ni makin boring dengan stories of my WAHM life, don't you think?


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, April 6, 2012
bismIllah...



Dah setahun bercd beb!

Stash aku kejap-kejap banyak, kejap-kejap sikit. Banyak sebab asyik membeli jer... pantang nampak yang murah. Sikit sebab tiba-tiba dapat kesedaran yang 'I don't need that much cloth diapers'. So, aku jual balik. Kikiki...

Tapi... since Razin dah boleh berjalan ni, aku hanya setia kepada beberapa brand cd je...

And salah satu darinya ialah BumGenius!

I'm loving the brand more and more each day... Yeah, I'm a pocket mom (suka cd jenis pocket)... there's a reason why this brand is so popular in the States... they've been around for quite some time too.

Sebab utama yang aku paling suka adalah ianya tak bulky. Aku memang akan pakai the whole sets of inserts (1 newborn insert + 1 long regular 3 layers microfiber insert) sebab Razin heavy wetter and aku malas nak asing-asing inserts. Pakai je semua haha...

And it's not bulky at all. Sangat comel bila toddler pakai... takde ruang 'kembung' antara perut dia dengan cd... tak macam kalau aku pakaikan dia ngan cd lain with 2 inserts.

Susah nak amik gambar dia berdiri dengan cd...
Gambar ni je dapat.
T___T


So, last week I've sold 2 pcs of my Itti Bittis. Sayang wooo... tapi terpaksa jual sebab nak beli more Bum Genius. Aku ada lagi 2 ketul Itti Bitti yang aku tak jual lagi. Hoard jelah sebab prints tu memang takkan kuar dah.

Another thing yang aku suka tentang Bum Genius is... the elastic NEVER left any marks on Razin's chubby thighs. Elastic dia tak kuat mencengkam sangat macam other cds I have. But it does her job well! Tak pernah la pulak Razin poo-poo sampai bocor or terkeluar dari cd ke ape pun... Leaking pee tu penah juga esp kalau pakai waktu malam and Razin banyak menyusu serta aku tak tukar kul 3,4 pagi (aku selalu terjaga time ni). Kalau dari kul 10-6am tak tukar, memang akan bocor gak sikit sebab Razin memang heavy wetter. That's why for night time I use fitteds or Bamboolite's cds.


Yang tak best tentang Bum Genius is the prints. Not many options for prints. Banyak plain color je... Aritu time ada Artist Series jela baru ada prints.. Tu pun takdela lawa sangat pun. =p


Bum Genius Artist Series in Retail Theraphy.
Sekarang dah discontinued dah series ni... tinggal balance2 jer seller jual...


Oleh kerana aku pun kekadang ade penyakit malas nak stuff inserts masuk pocket, I also bought 2 more AIO (All In One) last week. Color Dazzle and Mirror. Cun warnanya! Suke sangat! (dah itu je option yang ada.. takkan nak beli same prints over and over T___T)

AIO ni macam disposable diapers.
Pakai je terus kat baby. Takyah nak masuk2kan inserts bagai.
The 1st three cds are BG AIOs. Yang belakang2 tu Baby Wombie AI2.
Hehe...



And I love BumGenius Freetime AIOs because they are very easy to use and quick to dry... Plus, it's also great for heavy wetter like Razin.

The only thing I'm not keen of is the pocket at the soakers... Kat soaker dia ade macam pocket tau, yang terhasil disebabkan jahitan... camne nak explain tah. And aku tak suke sebab habuk dan kotoran suka berkumpul at the corners of the pockets. Geram jer aku... tiap kali abis mesin kena buang balik benda-benda (habuk, benang2 etc) tu. Aku rasa maybe sebab kat sini pakai mesin manual kot? Kalau masa kat Lumut dulu, tak nah lak aku encounter masalah ni cos kat sama mesin fully auto. Eh, ade kaitan ke ek...

Hmm lantak la...

Ape-ape pun, aku suka BG! Rasa macam nak jual BG lah... hihihi




alhamdulIllah...
Monday, March 19, 2012
bismIllah...


Woke up at 3 am. And now dah 4.45 am, perutku mula lapar. Memang kalau aku bangun awal pagi, cepat je lapar perutku ini. Hmm...

Bangun sebab nak buat kerja sikit. Google products, download gambar, survey harga-harga... brainstorm marketing strategy. Chewahhh... tulis macam ngan bisnes juta2. Padahalll!

Takpela, we start with small dream first... :)

Tadi aku bangun2 je terus buat susu walaupun Razin tak bangun nak susu. Time dia nak susu memang around 3,4 pagi. So better aku buat siap-siap. Sambil bagi dia susu, tukar cd dia... Kalau tak tukar, confirm basah lenjun sampai bocor pagi nanti.

Yeah... dah start pakaikan Razin dengan cd semula. Sepanjang mode berpindah dulu, memang Razin pakai dispo je. Mamy Poko lagi... Saje aku nak try sendiri betul ke orang kata Mamy Poko ni best sangat (sebest harganya)?? Yela, sebelum ni aku pernah jugak try PetPet, Huggies and Drypers time belum bercd or time travel ke ape ke... Mamy Poko ni je tak pernah.

Aku berpeluang try yang pampers biase tu ngan yang Mamy Poko Easy Fit Pants. Beli time offer ke ape tah. Yang pasti 1 pc is less than 80 sen.

Yang Pants beli pek 44 pcs. Ade lagi dalam 20 keping tak pakai. Balance tu nanti pakai time jenjalan kalau aku malas bawak cd. hehe... Well, sepanjang mode berpindah dan transit umah abang ipar di Kulai dulu, beli 2 packs Mamy Poko jela (Pants still ada lagi *diulang*). So bayangkan, dalam less than 3 weeks, 2 packs of disposable diapers? Hmmmm... memang pokai...

So, best ke pakai Mami Pokai Mamy Poko ni? Honestly, biase je. Aku rasa sama je macam pakai PetPet or Huggies (I hate Drypers). Razin pakai max 3jam. Kekadang terlajak sampai 4 jam. Tapi sebab aku ni dah biase bercd, memang tak sanggup nak biar anak pakai pampers lama-lama tak tukar. huhu... Aku dengar-dengar orang kata pakai Mamy Poko waktu malam, tahan sampai pagi and tak bocor. Bagi aku, TAK. Sebab kalau tunggu sampai pagi (kul 7,8 am), confirm Razin akan basah ngan air kencing sendiri. Ni kalau pakai pampers kul 10-11 malam ar (before tido)... So takde la tak bocor... bocor je... I noticed I experienced leakage with MP more than with CD. Bocor melampau lak tu... abis basah sumer.. Oh, PetPet pun selalu bocor gak kalau pakai malam :p

Kalau pakai yang Mamy Poko biase tu, ok la jugak kan... Kalau pakai Easy Fit Pants, haaaa lagi la cepat bocor. Aku rasa benda alah tu tak dapat tampung air kencing Razin yang banyak. Pakai Pants ni setiap 2 jam wajib tukar. Kalau yang jenis biase tu tahan la gak sampai 3 jam...

But then Razin is a heavy wetter. Dia minum susu kul 3,4 pagi sebanyak 5,6 oz. So kencing pun banyak ar.

Maka, bagi aku yang pro-cd ni, dispo ni memang takleh pakai hari-hari. Memang la convenient sebab takyah nak cuci-cuci cd bagai kan, tapi... Sampah berlambak-lambak la pulak! Urghh tak suka. Then, mahal le jugak kan... costly untuk kuar duit tiap2 beberapa minggu for dispo. Tak mampu le kot.

***Bagi yang tak mampu nak fully cd (kekangan masa dan wang untuk modal permulaan), doing half half pun dah ok. Or maybe weekends? Still jimat jugak... serious!

So since bekalan air kat rumah ni dah stabil, air dah tak kuning dan mesin basuh dah ada (manual! >__< ), I'm back to cloth diapering my baby. Rindu gile nak bilas-bilas taik dia kat cd, nak basuh cd.. hahahaha... giler...

Yang paling tak sabar adalah pakaikan dia ngan cd Baby Wombie yang aku dapat before pindah aritu. Dah prewash for 2nd time and esok nak bagi Razin pakai. =)

Tak sabar nak tengok Razin pakai cos cd-cd tu cantik sesangat!

Ohh little things.. silly things that could make a mother happy. But then who cares anyway?

Gambar hari sabtu masa jenjalan ke rumah adik-beradik hubby di Johor ni.



OT: Ade sesape minat nak order Trunki? ETA May 2012. Kalau berminat, meh jenguk Mama Panda Facebook page (xde masa nak upload kat website lagi)


Cheers!


alhamdulIllah...
Sunday, March 4, 2012
bismIllah...


***Reminder: Payment must be made latest by 7th March 2012 before 12pm kalau nak terima barang cepat. Kalau tak, lambat le baru dapat post cos busy pindah-pindah barang.




Clarks shoes for boys.
Size UK 4.
Excellent used condition.
Like new sebab simpan sampai lupa nak pakai...
Bila nak bagi baby pakai, dah tak muat.



Very clean.
Just like new sebab memang tak pernah jejak tanah pun.

Letting go at:
RM70 with poslaju
(SOLD)





Munchkin's Fresh Fruit Feeder

Brand new in package.

Digunakan untuk bagi baby makan buah dan elakkan dari tercekik.

RM22 each.

Please add RM6 for Poslaju.

Nak jimat, silalah combine order (ajak kawan2 order sekali) kongsi satu alamat. Untuk 5 pieces of feeder, the Poslaju is still RM6.

Ade banyak gak available. Sapa bayar dulu, dia dapat.





Gyro Bowl.
RM15 only.
Sila tambah RM6 untuk poslaju.
Only 1 unit available.


Munchkin: SpongeBob SquarePants 9oz Insulated Straw Cup

Tinggal satu je macam dalam gambar.
Kat belakang ade gambar Patrick.
Normal price: RM48.90

Nak let go RM35 je! (xcampur poslaju)

RESERVED



Munchkin: 10oz Mighty Grip Straw Bottle

Sebenarnya nak beli kat Razin, tapi Razin belum pandai lagi minum guna straw.
So let go dulu la...

Price: RM28 tak campur poslaju (RP RM39.90)

SOLD




QQbaby printed cloth diapers (NEW)

RM20 each tak campur pos.

SOLD



Preloved Fuzzibunz cloth diapers
RM45 tak campur pos.
Excellent used condition.
Takde stain, takde koyak, semuanya ok je.
Banyak sangat cd. Let go le sikit.
Beli aritu rege RM69.90



Preloved Flip with 3 stay dry inserts
Harga masa beli dalam RM85-90. Lupe dah.
Nak let go RM60 tak campur pos.

Semuanya excellent used condition.
Takde stain, takde koyak or wear. Insert pun masih gebu.
Nak let go sebab tak pakai sangat and prefer pocket cds.

SOLD



Munchkin's Food Grinder.
Ade satu je nak let go.
RM49 tak campur pos (RP RM69.90)

Tak guna bateri or tenaga letrik.
Manual je...

SOLD



Botol Tommee Tippee Tip it up Sportster.
Ni takde straw yer.. just spout yang soft sahaja.
Tinggal satu warna purple.

Yang ni retail RM32.90

Nak let go RM20 je! Lame dah dok simpan benda ni... meh la beli. Murah gile dah... tapi xcampur pos lagi la. hehe

SOLD

COMBINE YOUR PURCHASE untuk jimat POSLAJU.
Sape yang beli above RM100 akan dapat free gift worth >RM25

Nak cepat respon, sms 012 528 0858 sebab I dont have BB now... Susah nak check emel.
Sms jela...

Thanks!


p/s: Please take a look at Mama Panda website cos ade restock barang Tommee Tippee... Kalau nak combine order, boleh je... digalakkan korang share postage ngan kawan-kawan kat ofis. ehehehe...



alhamdulIllah...
Monday, February 13, 2012
bismIllah...


Arini mau cuci-cuci mata tengok cd Baby Wombie yang cun-cun giler ni...



Aren't they beautiful?

This is Baby Wombie cloth diapers, dear friends.
Home sewn in Penang. Not by a WAHM. But by a doctor. :)

Selalunya harga Baby Wombie ni dalam lingkungan RM85-95, i think. Entah... aku tak pernah beli sebelum ni sebab mahal sangat. Kalau join GB dapat murah lagi tapi tu pun aku tak pernah join sebab tak reti nak pilih-pilih kain and belum terbuka hati lagi nak try Baby Wombie.

Tapi aritu aku ternampak kat group FSOT (For Sale Or Trade), ade orang let go preloved Baby Wombie AI2. Oleh kerana conditon still excellent, aku pun beli la.. dalam harga RM75. Saje nak try... And since then, I'm in love!

Yang best bagi aku ialah ianya ada Snap On Soaker (AI2 style). The soaker is from bamboo btw. And ianya dijahit berlapis-lapis. Good for medium wetter to heavy wetter (heavy wetter macam Razin leh pakai 2 jam setengah). Oleh kerana inner dia dari bamboo, sesuai jugak untuk baby yang kulit sensitif or alergik to suede or microfleece. Bamboo kan lebih natural...

Eventho kalau Razin pee or poop memang kena tukar the whole diaper, but I find the snap on soaker very easy to use and wash. Bila basuh cd, tak yah susah2 masukkan insert dalam pocket. Snap je butang pada soaker tu atas cd. Settle... AI2 style memang cenggini pun...

Then, the top surface of soaker is from bamboo velour. Aku suke gile kalo mana-mana cd/cp (cloth pad) buat bamboo velour jadi top material. Lembut, gebu dan senang cuci. Kalau Razin poo-poo, memang senang gila la nak wash off. Spray ngan air je dah hilang sumenya dengan senang. Sukeee... ^__^

Ala... gambo inner takde la pulak... uhuhu...

So inilah dia cd Baby Wombie yang aku beli dari FSOT tu.
Memang macam baru... so no wonder RM75 uhuhu...
Tapi memang best!
Jahitan kemas sangat... macam cd dari oversea.
Tip top kualiti. Memang puas hati la...
Superb workmanship.


Yang unik lagi tentang Baby Wombie ni ialah, setiap cd insya Allah akan berbeza dan tak sama dengan orang lain!

Sebab orang yang membuatnya ada banyak giler fabric stash. So kita leh pilih nak corak mana untuk cutting bahagian atas, corak mana cutting bahagian bawah, nak inner bamboo velour warna apa etc. So memang eksklusif ar...

Kalau baby dah besar dalam umur 2 tahun camtu, leh request higher rise (sebab baby dah tinggi). Leh la request ape-ape ikut ape kita nak. Flexible. (sebab tu la pricey sikit... nama lagi custom made)

Album fabric stash. Ade berlambakkkk lagi!
Rambang mata nak pilih... >__<



Sekarang Dr Jamie tengah buat promo untuk bulan Feb ni sebab bulan birthday anak dia. RM226 for 3 pieces of AI2 cd tak campur pos.. So sebijik dalam rm75 camtu. Lebih kurang harga Bum Genius or Itti Bitti. Sape yang mau try leh la pm dia kat FB.

Setahu aku dia berFB jer... takde lak website ke hape... eksklusif gitu. hehe...

P/s: kalau ada duit lebih and nak try brand Baby Wombie boleh la... jangan nak kata bercd ni mahal pulak k. Ade banyak lagi cd ekonomi leh try. Ni untuk yang nak cari jenis lain and ade duit lebih... Plus, kalau tak serasi, leh je jual balik. Insya Allah ade je orang nak beli... =)

Till then...

Salam...


alhamdulIllah...
Sunday, January 1, 2012
bismIllah...


Well, ramai orang dok update blog/FB tentang azam baru, what happened in 2011 etc...

Aku pun nak tulis gak. Catatan peristiwa kan... of course kena catit. :)

Gosh... where do I start...

It has been a great year. So many things happened...

Started working... then I quit my job.

Keputusan untuk berhenti tu bukan senang but since I have the support of my dear husband, so I just follow my heart.

In my mind's eye, I do have my tiny bizz to back me up in earning money. Maybe not that much, but it's slowly progressing... alhamdulillah... The decision to start an online bizz is not a sudden thing... I've been thinking about it for some time...

Doing bussines is not an easy thing to do. You have to sell products. Never in my younger days.. oh let me rephrase that. I've never ever think of doing bussiness during study years... Never. Because no one in my family adalah orang berbisnes. Berjual-jual... takdekkk... Semua makan gaji. Semua jenis malu nak berjual-jual ni... uhuhu... aku je tetiba minat. Ni pun lepas ada anak... kalo idak, memang idak le...

The best thing about 2011 is of course having my first baby!

Anugerah Allah yang sangat berharga. Syukur alhamdulillah... Moga dimurahkan rezeki selalu... *winks*

2011 was a great year because I learn so much from what had happened.

In terms of career, marriage and being a mother... I learn a lot on being brave to make a decision. A hard one at that. And I believe Allah is with me all the time. He'll help me...

I don't plan to be a WAHM forever. No. I'm looking to find another job. I just don't know what... what Allah keeps in store for me. Hmmm...

Mother suggested for me to further my study. But... no lah. I don't think it'll work for me. Pessimist much? =P

I don't think I can do it. Juggling with taking care of baby and husband... household chores...earning money... and of course la kalau sambung belaja nak guna duit lagi... oh... I'm not that strong. Takpela... hari-hari pun aku belajar what... =p

So dipendekkan cerita:
2011 - dapat anak, berhenti kerja dan start online bizz jual barang2 baby.

Moga 2012 membawa rezeki yang lebih baik...

Luckily eventho husband kena ikut kapal dia refit dia Pasir Gudang, he said that he'll be in Lumut every 2 weeks. 2 minggu di Johor, 2 minggu di Lumut. Camtu la rotate2... So maybe I don't have to move to johor! ^___^

In March, hubby akan naik pangkat ke Leftenan Komander. Alhamdulillah... we're so grateful on this. "Rezeki Razin", hubby said. So, elaun bini askar yang aku dapat pun naik le sikit. =P

Harapan aku untuk 2012 ialah... selain dari bizz makin stabil, aku jugak harap dapat kerja lain nanti. Yang aku rasa rugi kalau tak kerja ialah EPF tu... tu la tabung untuk masa depan since kalau nak harap simpanan sendiri tiap-tiap bulan, kekadang kena korek gak. huhu... Lagipun aku rasa aku bukan jenis yang leh dok je kat umah... tahle... tengok le camne... UNLESS... unless aku pregnant lagi.

Haaa... tu pun wishlist for 2012 gak tu. I want to be pregnant... Tak kira la awal tahun ke, pertengahan tahun ke... or hujung tahun... I'm ready for another child. (kemainnnn... sakit nak beranak tu betul-betul dah lupe ke??? uhuk uhuk)

Lagi ape ek...

Mau menyimpan and manage my money wisely.

Aku akan teruskan kempen lampin kain dan cloth pads dengan penuh passionate.

Aku nak belajar menjahit. Macam best je kalau leh jahit sendiri benda-benda alah ni kan? :P

Then aku rasa macam nak jaga anak orang... kan best kalau leh buka taska sendiri? Taska yang mesra cloth diaper dan juga EBM. Haaa... best kan kalau dapat promote cloth diaper ni? Mesti ramai akan sedar tentang penjimatan... And kalau taska yang leh terima cloth diapers lagi la parents suka kan? Then aku sendiri supply cloth diapers... Wahhh masyukkk! hihi... ~berangannnn~

Lastly...

Mahu menjadi muslimah yang lebih baik, ibu yang best dan wife yang terbaik.

Insya Allah...

Moga target tercapai hihi...

Salam sayang...



alhamdulIllah...
Thursday, December 15, 2011
bismIllah...


Dah berapa bulan bercd? Roughly let say dekat-dekat time Razin abis pantang… since Razin 2 months la katakan… Wah, dah 7 bulan gitu… huhu

Apakah masalah-masalah yang aku selalu hadapi bila bercd?

Okey, mari kita senaraikan:

Firstly, leaking. Leaking atau bocor ni selalu terjadi time Razin tidur dalam buaian. Memang lojik la since dia tido lama dalam buaian and air kencing tu mengikut graviti kan. So selalu la jugak belakang/pinggang Razin basah kena air kencing cos bocor. Uhuhuh…

Solution? Tukar jela baju and lampin dia. Don’t worry, lampin boleh BASUH. =)

Selain dari itu, kalau aku nak tidurkan Razin lama-lama dalam buaian, aku akan pakaikan cd jenis fitted ataupun cd yang diletak 2 inserts. Biarla bulky sikit pun cos dia nak tido je bukan nak merayap/merangkak mane pun… And yes, memang tak bocor kalau buat camni. =)

I can no longer use GroVia (be it AI2 or AIO) kalau untuk pakai lama (3 jam) cos for sure it’ll leak!! My son is now a heavy wetter (since he turns 8 months). Nak let go GroVia sayang, so ape solution aku? Well, aku akan letak booster bila pakaikan Razin GroVia… Kalau letak zorb or tambah insert microfiber underneath GroVia’s soaker, baru ok… hihi

Secondly, poo smell still lingers even if the diaper is white and look very clean.

Hidungku memang sensitif and aku memang akan check cd-cd time nak sidai whether ada bau pee/poo lagi ke… Bau pee memang takde and so far aku takde masalah cd bau hancing, tapi bau poo memang aku selalu encounter.

Aku berdepan masalah ni time mula-mula bercd lagi… and it still happens sometimes. Geram gak ar…

Tapi bila fikirkan niat aku bercd, aku ok la.. ala biase la a little hiccups here and then kan…

My solutions? Well, for cd yang kena poo, aku akan make sure ianya direndam dengan air bersabun lepas bilas. Macam mana nak hilangkan bau poo dari melekat pada cd? Memang ada caranya… tapi aku yang kekadang skip cos nak cepat huhu… Calitkan sedikit detergen pada tempat yang kena poo tu (ala, macam iklan Dynamo tu)… Then rendam jela ngan air bersabun selama beberapa jam. Ini yang kekadang aku tak buat :P. And make sure tukar air selalu kalau nak rendam sampai 2, 3 hari (nak tunggu laundry days or kebizian melanda). Ni pun kekadang aku skip. Rendam 3 hari tapi tukar air 2 kali je…. Things like that la. Ala, nama lagi human… Full time working lak tu kan… Masa tu kurang ada sikit. =P

Tapi it definitely works ok! Memang hilang bau poo… Time laundry day, humban semua cd-cd tu dalam mesin basuh. Settle. Puas hati sesangat kalau cd-cd yang dibasuh berbau segar dan bersih =)

Thirdly, lampin lambat kering. Hahaha…ni biase la kalau time musim hujan. Especially kalau yang material bamboo (Bamboolite fitted punye inserts!). Cd fitted memang lambat kering cos ianya berlapis-lapis.


Razin wearing Bum Genius Artis Series cloth diaper in Jet Setter


Solutions? BELI CD BANYAK-BANYAK!!! Build up your cloth diapers stash! Muahahahahaha…

Sape mau berjinak-jinak dengan cd? Meh beli dengan aku meh… aku ada special discount for beginners… (mau clearkan stok pun yer jugak) Tapi pastikan anda punye kecekalan tinggi! Takmo la kalau dah bercd then decide tak nak teruskan. Tak best ler… huhu

K thanks bai.

p/s: Go green, y’all! Aku sekarang dah jatuh cinta dengan cloth pad pulak. Pasni memang tak pakai dispo pad dah le. ngeh ngeh


p/p/s: Dah tak kerja pasni kan so silalah berjimat dengan semaksimum mungkin!! Menyumbang pada pemeliharaan alam sekitar juga… Kill 2 birds with 1 stone bak kata omputeh. Eheheheh…


Salam hijau…




alhamdulIllah
Tuesday, December 13, 2011
bismIllah...



Bila pakaikan Razin lampin kain, orang cop kita kedekut. Ngan anak sendiri pun nak berkira pampers bulan-bulan... hey hey hey... jangan la begitu... Razin punyer cd ade yang paling mahal rm85 sebijik tau. Ade yang rm75, 65, 55, 45, 32, 25, 20, 18. hehehe... macam-macam ada. But I believe in long term saving... ape salahnye melabur dulu. Tak sabar nak ada anak lagi... orang kata, kalau anak lebih dari sorang, lagi la nampak jimatnye... sebab One Size cloth diaper tu adjust kat butang je.

So biaq pi la orang nak kata kedekut ke ape... yang penting, I know what's best for my baby and our little family. Duit beli pampers tiap2 bulan aku simpan untuk bayar duit takaful for Razin and myself and spend some for his clothes, toys etc. Dapat beli jumperoo, beli ergo, beli stroller Quinny. hik hik

Tapi aku tak rasa aku frugal mane pun (jadahnye frugal kalo pakai Quinny! -___-)

Now I'm itching to buy a second stroller for Razin. Crazy, I know. Hubby disapproves. :(

Ahh anyway, I'm going to have another Ergo soon. Kali ni saje gatal try Ergo Performance lak. Tunggu gaji k...

Ade sesape nak beli Ergo Star Galaxy aku? Mau jual murah-murah je... condition tip top. Aku sayang sebenarnya cos laki aku pun suke... tapi sampai 2 biji Ergo?? ermmm... kalau ada yang nak, gitau la ye.. emel me... nak jual rm290 ONLY with postage (beli tiga ratus lebih) :)

In action



Walaupun aku ade jual Baby Bjorn punyer carrier, tapi aku personally prefer Ergo. Lebih mantap. Downside adalah; tak sesuai untuk newborn. Kalau nak jugak, kena beli Heart to Heart insert tu... tapi dalam cuaca Malaysia yang panas ni, tak berapa sesuai. So Ergo ni sesuai untuk baby dah besar sikit... dalam 4 bulan ke atas cun-cun la pakai Ergo :)

Eii banyak pulak membebel nyer...

Actually, aku mencari someone yang leh tolong aku cantikkan website. Domain dah ada, hosting dah ada, tapi semangat aku luntur bila pakai wordpress. Tak pandai laaa... waaa sian aku kan... jadi malehhhh nak update. Tak macam blogspot. So ade sesape leh tunjuk ajar? Orang tu kena la banyak masa free... Cik Chokilala dah dapat keroje kat Cyberjaya, tak free dah nak tolong aku. uhuk uhuk... btw, congrats Choki! Gaji lebat, leh la kahwin cepat... hihihi

Mmmm... sebenarnya aku nak citer tentang CP or Cloth Pad. Jauh nyer menyimpang...

Yezza... aku tengah bendera merah dan happy bangat dapat try cloth pad yang aku beli 2 minggu sudah. Selesaaaaa dan ianya reusable! Aku kan suka benda-benda yang washable and reusable nih. Jimat kot? hehehehe...

Memula aku memang rasa macam... ishh, cloth pad? -___-"

But then, I use cloth diaper for Razin... Cloth pad is the same concept. Cuma aku rasa blood stain lebih susah nak tanggal berbanding poo stain kan... And harganya pun boleh tahan... rasa macam mahal gak le kalau RM20lebih itu seketul kain kecik... tu yang lama gak dok mikir-mikir nak beli ke tak. hahaha

I do use cloth pad... tapi bukan yang fancy-fancy camni la. Old skool punyer.. ekeke... Tapi bila ada duit lebih aritu, aku try la beli promo punyer pakej. And guess what? I like them!

Dengan ini aku mengisytiharkan yang aku takkan beli disposable pad lagi (kecuali kalo aku bersalin lagi cos darah beranak banyak!!). Bye-bye Kotex. Hai cloth pad. hihi... tapi aku baru ada 3 helai je... nak kena beli lagi time gaji nanti (last gaji beb!)... Takpe... Pelaburan.... :)

Plus, they're cute ok! hihi!


Gambar dicilok dari Sweet n Cozy sebab aku beli CP brand ni ler...
(free promo ni kak Ayu hihi)


p/s: Lagi berapa hari je untuk bekerja di kompeni... Ade ke Ganesh suh aku kerja lagi time Krismas ganti dia cuti??? Why should I? orang dahle tak sabar nak blah... huhuhu



alhamdulIllah...
Sunday, November 20, 2011
bismIllah...


Kalau kau tak makan durian, jangan mengata orang yang makan durian. Bagi ko tak sedap and busuk, bagi dia sedap and wangi.

Kalau kau tak makan sambal belacan/budu/cencalok, jangan mengata dan merendah-rendahkan orang yang makan benda tu. Tekak kau tak lalu, tapi tekak dia...perghh sedap je... lagi-lagi makan dengan ikan goreng/bakar panas-panas. *adoi lapar la plak*


So...

Kalau anda tak menyusukan anak, jangan perlekehkan orang yang breastfeed her baby.

Biarla dia nak jimat ke ape ke, tak kacau and guna duit anda pun kan?
Faktanya ialah, SUSU IBU adalah yang terbaik untuk bayi. Kat tin-tin susu yang mahal-mahal sume tulis tentang keunggulan susu ibu ni. So takyah la nak bangga-bangga anak kau minum susu yang mahal and perlekehkan ibu-ibu yang gigih menyusukan anak ni.

Breastpump tu ingat murah ke... ade yang seribu lebih ok. Pastu storage bottles ni sumer, warmer, sterilizer bla bla bla...

Aku dapat fully bf Razin sampai Razin 4,5 bulan je... lepas tu campur. Sekarang bf lagi tapi malam-malam time nak tido je la. Sedih ar jugak tapi nak wat camne cos susu aku tak berapa meriah ditambah pula dengan jadual kerja tak menentu, takde masa nak pam. Orang yang dapat bf anak sampai 2 tahun tu memang hebat!

Sama juga jika anda tidak memakaikan lampin kain untuk bayi, jangan perlekehkan orang bercd.

Alhamdulillah, start bercd time dekat-dekat nak abis pantang sampai sekarang Razin dah 8 bulan, aku masih setia bercd. Cloth diapers adalah terapi bagiku.

Cloth diapers adalah menjimatkan dan menyelamatkan alam sekitar. Tahukah anda yang lampin pakai buang mengambil masa ratusan tahun untuk diuraikan? Kebanyakan landfill (tempat pembuangan sampah) di dunia ni dipenuhi dengan lampin pakai buang yang tak terurai. INI FAKTA.

Sehelai lampin kain moden beserta 2 microfiber inserts boleh didapati dalam harga RM20+ bergantung kepada jenama. Yang lagi murah pun ada time promosi so sekarang ni dah untung sangat-sangat kalau melabur pada lampin kain. Tak rugi ape pun...

Aku tak paham bila ada orang kata, "Ko banyak duit, bolehla nak bercd ni".

Err... sebab aku tak banyak duit la aku bercd. Ape terbalik plak ni?

Ooo mungkin beliau maksudkan 'modal' yang kena keluar ketika nak start bercd... tapi, pelaburan tu memang perlu la... Beli banyak-banyak dapat murah ape...

"Takde masa nak basuh-basuh ni... Malas aku...". Ramai gile full time working mothers yang berCD. Ok je... even aku sendiri pun, time dah malam baru dapat tackle cd-cd kotor tak berbilas yang babysitter (adik aku sendiri) longgokkan dalam wetbag. Biase je..

Tapi tu ar... bab MALAS ni memang takleh nak buat ape ar... huhu

Yang penting, TIADA SAMPAH disposable diapers (DD) dah dalam rumah ni.

Aku ada mention kat entry ni yang nak pakaikan Razin DD di Beruas masa cuti raya haji aritu.

Well... guess what? Aku still bawak segala cd-cd dia and tetap pakaikan dia cd... Lagipun sebab dah lama pakai lampin kain, macam tak best lak bila pakaikan DD. So, still pakai lampin kain gak le.. hehe

Anyway... aku nak membebel banyak lagi kat sini tapi Pn Deena dah UP entry yang lebih kurang kt blog dia... points aku lebih kurang jer... hehehe

Apa-apa pun, I'm glad I know about cloth diapers since I was pregnant dulu... Sampai sekarang anak dah 8 bulan, I have around 40 pieces of cloth diapers in my stash. Haha... macam tak sangka... Dulu masa mula-mula bercd terkejut bagak bila tau ade mommies yang berpuluh-puluh keping cd dalam stash. Yela, sehelai dah berapa ringgit kan... banyak tol duit nak beli... tapi sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Aku dah boleh tak cuci lampin selama 3 hari dah. Sebab stash dah banyak... Ape taknya, siap jual cd lagi kan?? Mane yang comel aku tibai, mane tak banyak nyer... Muahahahahaha...

**Sape nak beli cd murah-murah, meh PM aku kat Facebook meh... :P <---iklan jangan tak iklan

Ape-ape pun, benda ni menjimatkan tak kira la ko beli cd sampai rm90 sekeping pun. Aku nyer cd paling mahal adalah jenama Blueberry. Ada seketul je. Ntah bila nak beli lagi yang brand tu... Insya Allah... tahan lama and boleh diturunkan ke adik-adik Razin :P

So point aku di sini, jangan condemn orang yang bf baby or cloth diapered her baby.
Nowadays, natural parenting is IN. Kesedaran tu dah datang kepada new parents... Babywearing, breastfeeding and cloth diapering... Eventho I do have a stroller (I sell Quinny strollers!), I have a baby carrier (SSC) and ring sling too... Oh, Moby wrap aku dah jual. :P

So, learn about it first before nak judge or tuduh-tuduh orang k...

Rerajin, aku review mana-mana cd yang best bagi ku. :P



Salam....




alhamdulIllah...
Sunday, October 16, 2011
bismIllah...



YEr... ape lagi yang luar biase? aku dan keserabutan hampir sinonim kini. Arghhhh sakit kepala... Rasa macam padat gile kepala otak tapi tak tau nak lepas kat sape. So diam, doa dan mengadu padaNya jelah.

Who says berbiznes ni senang? Oh tidak... Banyak cabaran dan dugaannye. Tapi takpe. I learn a lot!!

Masa takde sales, sakit kepala pikir camne nak jual barang... bila dah ada sales (ala sikit je), sakit kepala nak kejar masa untuk pos and hantar barang kat customer. Huhuhu... Kos pos ni pun satu hal.. berubah-ubah ikut barang yang dipos. Pening aku nak meng'estimate' rate postage. huhu...

Moga aku dapat uruskan masa aku dengan teratur. Setakat ni masih bertahan.

Hal kerja pun lagi satu hal. Sakit kepala aku memikir... Banyak sangat benda nak kena handle! Kumpul kereta untuk leasing, tukar kereta yang due inspection, tukar kereta yang due service, amik kereta kat workshop bla bla bla...

Pastu asyik kena kuar ofis pun satu hal... fedup ok. Aku benci bila asyik kena kuar sebab pastu emel tak bace, call tak jawab, paperwork tak siap... arghhhh bodo ar. Penat! Aku benci sungguh la kalau kena drive ke Ipoh. Siyes aku cakap... Jauh! Paling benci traffic lights punyerrla berlambak!! Aaaaa... Ade sesapa tau sesiapa di Manjung yang mencari kerja? Nak cari lagi sorang Rental Assistant. Aku dah fedup! Kerja aku dok ofis je, bukan kuar-kuar ni. Letih!

Dah dah...


Iklan jap:

Mama Panda Store tengah bukak pre-order untuk Bamboolite products. Harga sangat-sangatlah berbaloi. Rendah dari retails! Kalau nak tau, emel saya di sakura_anna@hotmail.com or pm saya di FB (Nor Raihana Mohd Rashid). Nak tanya kat twitter pun boleh tapi emel la senang...

Harga retails untuk Bamboolite cd memang mahal... so grab a chance to own Bamboolite cds with a good price! Saya offer price ni sekali ni jer... hehehe



Ada lagi produk lain tapi takde masa nak upload... Senang citer, apa yang ada kat website Bamboolite tu boleh diorder.

I really recommend Bamboolite diapers especially their premium diaper sebab soaker dia dibuat dari bamboo (buluh). Sangat organik dan natural. Sesuai untuk baby yang kulit sensitif. Selain tu jugak, bamboo sangat bagus dari segi serapan. I use Bamboolite premium for night time diapering!





Ni gambo eksyen Razin memakai cd Bamboolite:

Razin in AI2 Premium print Neon Ladybird.
Dah sold out dah print ni...


Pocket cd Bamboolite design Fern Leaf.
Beli sebab nak corak ni! Cantekkkk!
Tapi pocket Bamboolite pun ok... love it!
(Print ni masih ada)



Perbandingan size dan trimness between Bamboolite AI2 diapers and Itti Bitti D'lish diaper Large size...
Saiz sama je lebih kurang.
Very trim!
^__^

Maybe sebab dua-dua takde butang di depan (macam One Size cd) so tak bulky la...
Bezanya Itti Bitti tu sized diapers. Bamboolite tetap One Size! Adjust size dekat getah di paha tu.. :)


Sekian, ape2 hal emel me...

Salam...


alhamdulIllah...
Sunday, October 9, 2011
bismIllah...


Citer 24 September yang lepas... tapi baru sekarang rasa macam nak catat.

That day was the first time aku bercd travelling jejauh... Kalau setakat bercd time balik Beruas or outing ke Tesco, Giant etc tu dah biase dah... bawak spare sehelai cd je kalau outing dekat-dekat. Tapi kali ni ke Serdang! Jauh tu... uhuhuhu...

Oleh kerana memang takde beli disposable diapers so tawakal jela... cuak sebenarnye tapi sampai bila nak takut-takut? Redah jela.. nama lagi ibu yang bercd. heheh..

Selain daripada pack susu untuk Razin (susu badan dah tak cukup), aku pun pack cd jugak.

Untuk travelling, adalah sangat convenient kalau bawak lampin jenis AI2 (All In Two).
Sistem ni mudah cos kita boleh guna balik waterproof cover tu.

From the pic above, aku pack Flip with 3 stay dry inserts, Econobum with 3 prefolds, Grovia with 3, 4 extra soakers. Ada jugak pack 3, 4 ketul pocket cd untuk backup.
Oh.. jangan dilupa juga wetbag untuk letak soiled cds. Aku ada satu je wetbag masa ni.. GroVia punyer wetbag, kecik je.. tapi muat gak la dalam 5,6 ketul cd pocket untuk disumbat.


Kami gerak ke Serdang dari Batu Gajah around 10 am (pergi umah Yong dulu cos nak naik Citra dia). Kebetulan before gerak Razin dan berak so lega gila ar aku. haha..

Kitorang pergi Serdang balik hari je... Singgah Tapah tukar lampin. Ok je...

Sampai Hospital Serdang pukul 2 so dah takleh melawat Abah, maka kami pergi umah Chu kat Kajang. Tukar lampin lagi... then pukul 4 baru ke hospital.

Actually, tak susah pun travel dengan cd ni. Cuma kena pastikan wetbag anda cukup besar! Aku nak kena beli wetbag berzip yang besar pasni cos that day, sampai umah je (malam) wetbag dah penuh. huhu... Tido kat Batu Gajah then the next day baru balik Beruas. Cukup-cukup je segala cd yang aku pack. Lega...

Dah balik Beruas, barulah aku bilas semua cd-cd yang kotor tu. Lagipun travel selama 1 hari 1 malam jer so takpela peram sume dalam wetbag. hihi.. kalau travel dok hotel lagi senang, leh terus bilas.. aku tak bilas masa tido kat Batu Gajah sebab penat. :P

So pasni aku dah confident ler nak manage cd Razin time travelling. Chayok Chayok!

Kat bawah ni nak share a lovely video... meh usya meh...




p/s: Aku dah pesan Rumparooz sebijik dari Kak Cam di Penang. Semalam dia pergi baby expo kat PISA and one plain Rumparooz cd was only RM45! Aku nak printed design tapi takde... so dapat plain color pun jadila asalkan Rumparooz! :D



alhamdulIllah...