Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Saturday, July 9, 2011
bismIllah...



Fuhh... lame dah perginya tapi tak citer sambungan dari kenduri kahwin Mashitah di Kelantan 18 June lepas. :p

Ok... Where was I?

Haaa kat kenduri kahwin.

Meh tempek gambar pelamin, tempat makan dan pengantin. hehehe..

Pelamin memang cun walaupun Mash kata patutnye jambak bunga tu mane der rose warna putih.
Kira halal je la Mash oi.. Lawo je aku tengok. hehe

Tho ada few adjustments juga cos pelamin yang Mash nak asalnye sangat lebar...
So kiri kanan tu addition baru...
Yela, tak sesuai kot untuk rumah cos yang Mash nak tu macam untuk bersanding kat dewan rasenya.
Ape-ape pun, tetap cun!

Tempat pengantin makan.



Lupe nak amik gambar hantaran.
Semuanya dak ni hias sendiri. Cantik!
Tapi takde dalam henpon cikai ku ni.
Luper... =P

Me and Mash.
Muka aku kembang dengan jayanya.
HAHA



Gambar pengantin perempuan jer ada cos dari aku sampai kul 12 tengah hari sampai la dah 2.45 petang, pengantin lelaki tak sampai-sampai lagi. Memang pesen gitu kot kat sana? Tapi tak larat la aku nak tunggu dah. Tepat 2.45 petang aku cabut. Sebabnye, nak cari hotel untuk tido malam tu. Irama Resort? Oh no... no wayyyy. :P

Lepas kenduri terus gerak ke Kota Bharu untuk cari hotel. Nyda suggest Riverview hotel... tapi tak tau nak cari. Memang takde bawak laptop and broadband untuk gugel-gugel.

Jalan punyer jalan, nampak Renaissance Hotel. Ahh belasah ar. Dah itu yang nampak. Hehehehe...

Since takde reservation, bilik yang ada sebijik katil king size was not available. Yang ada just bilik with 2 queen beds. Lagi bagus, takde la Razin mengacau So amik jela...



Rate dia kalau tak silap aku dalam RM360++ untuk 1 malam (for standard room la). Tapi guna government rate (tunjuk ic tentera), dapatla less... time check out bayor dalam RM266. Tak kisah ar cos sangat best tido. Rase takmo bangun dari katil. And of cos berganda-ganda bestnye dari Irama Resort tu. Huahuahua...

Razin tido katil lain.


Tapi yang tak berapa best (bagi aku la) was the food. Makanan masa breakfast la... entah, cam tak banyak pilihan je. But then again, sebab di Kelantan, so western breakfast kureng?? Baked beans takde! hahaha... omelette, sausages and goreng-goreng (nasi goreng, mihun goreng or mee goreng) sumer takde. Yang ada nasi dagang and nasi kerabu. Aku makan nasi kerabu for breakfast. Ini la pertama kali dalam hidup makan breakfast nasi kerabu. hehehehe... belasah ar. But it was nice so leh dimaafkan la takde baked beans yang murahan itu... darat sungguh aku ni. Orang datang Kelantan nak makan nasi kerabu or nasi dagang. Dah itu signature dish nyer. Ko tak abis-abis nak baked beans, omelet, toasts and sosej jerrr...perasan omputeh!

Abis, dah selalu makan nasik, nak makan benda lain pulak... Plus, aku bukan suke makan nasi pagi-pagi. Nasi dagang lagi la... tak pernah aku suke sejak azali. Nasi kerabu ok lagi. ;)

Anyway... dapat breakfast dengan aman cos bawak Razin turun ngan stroller. Duduk la dikau diam-diam dalam stroller ok. Sebelum turun of cos dah bagi Razin 'breakfast' dulu... hehehehe

Tengah tunggu hubby amik makanan dia lak.
Razin dah ngantok dah tu...


Naikkan cover untuk mudahkan Razin tido.
He'll be sleepy with less light on his face. :)
Dah tido, otomatik he spit out his pacifier. huhu



Lepas breakfast, naik bilik balik.
Hubby main-main dengan Razin while aku mengemasss!


Lepas check out dari hotel, dapat 'hadiah' dari Majlis Perbandaran Kota Bharu. A freaking ticket! hahahaha... kena kompaun RM10 cos hubby parking kereta sesuka hati beliau di tepi jalan kat hotel tu. Hubby malas park dekat tempat yang disediakan cos jauh katanya. Cehhh... nasib baik kena saman RM10 jer.

Well, itu juga sebab yang buat aku jumpa En Wan Rusdi di KB Mall. Aku tefon dia nak suh dia tolong bayarkan and kebetulan dia ada kat KB Mall untuk repair laptop ke ape...

***En Wan Rusdi was former colleague di KL Branch. Dia tukar ke KB Airport since kompeni bukak branch baru kat KB Airport. Aku lak ke Lumut since kompeni bukak branch kat sini... so kitorang ni same-same bertukar dari KL. =)

So, pass saman kat dia jela. hehehehe... maleh nak singgah ke majlis bandaran untuk bayor saman. :P

En Wan Rusdi, Kamarul (KB's new staff), Hubby and Razin.


Lepas sembang-sembang and tukar-tukar cerita, we head on our ways...

Jalan-jalan dan jalan-jalan.

Sampai Lumut pukul 9 malam kot? Ntah lupe dah.

Yang pasti aku rase cam serik gile je nak ke Kelantan naik kereta. Waaaa penat gile! Tambah lagi lalu kot Grik. Perhh.. jalan macam ape je...

Nyda, ko kahwin nanti gitau awal-awal cos nak book tiket flight jela. huhu


Dah abis citer. Lega...

Salam...


alhamdulIllah...
Wednesday, June 22, 2011
bismIllah...


Last week, hari Jumaat, aku cuti. Apply annual leave cos nak attend wedding kawanku, Mash di Bachok, Kelate. Jauh tu... huhuhu... but since she came to my wedding last year, of course la kena balas kan. hehehe...

Kitorang gerak pagi Jumaat... hantar Diyana kat Beruas then shoot ke Kelantan lalu kot Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik... gerak around 9am, sampai Bachok kul 2.30 petang. Berhenti sekali je time Zohor... waktu tu la sempat tukar diaper and susukan Razin...

Razin sangat behave dalam kereta. Aku rasa anak aku ni memang suka berjalan kot. Kalau masuk keta elok je dia diam. Lagi-lagi kalau aku letak dalam carseat dia. Muka cam curious and hepi nak berjalan. hahaha... Alhamdulillah lega sangat... (cos I know some kids tak suka duduk dalam carseat!)

Duduk dalam carseat for 2 hours only as per advised by product's manufacturer.
Kena berenti-berenti la baru bagi duduk dalam carseat lagi...


Nasib baik la Razin ni menyusu badan... takdela nak kena husung susu tepung, botol susu dan air panas segala. So senang sangat bila travel bawak baby... Syukur... (bagus kan bf ni? heheheh)

Kat sana, bapa Mash book chalet untuk kitorang. Irama Resort. Tapi bagi aku la kan, macam tak sesuai je nama 'resort' tu diletak. Kalau 'Irama Inn' or 'Irama Chalet' tu yer kot. Cos the place was not up to 'resort standard'. Tapi dah orang carikan, jangan banyak bunyi. Duduk jelah.

Memula bayar untuk 2 malam terus. Then bila tengok bilik, hubby decided nak mintak balik duit. Duduk 1 malam je udah. Nasib baik dapat. huhuhu... Memang kureng ar bilik dia...kureng sesangat Not recommended for married couple with kids

I mean, come on... nyamuk banyak giler weh. Even pasang ubat nyamuk (memang ada bawak dalam kereta) pun nyamuk tak blah. Sian Razin. huhu...

Petang tu ingat nak kuar cari makan, sekali dok kat satu kedai makan ni (ntah ape namanya), cuaca macam nak hujan. Air dah sampai, aku nyer nasi goreng pataya and hubby's food tak tiba. Then Razin buka siren. Dia menangis cos takut guruh and kilat serta angin kuat.

Tak jadi makan. Bungkus je.

Sebelum tu kitorang ada gak singgah pasar malam kat Pantai Irama yang jammed ngan manusia. Baru berjalan beberapa tapak masuk area tu, Razin nangis cos terkejut dengar muzik kuat yang orang mintak sedekah mainkan. Terus masuk kereta balik. -___-

Oh, sebelum terlupa... masa baru sampai kat umah Mash pun dia nangis-nangis jugak. Nasib baik la umah kawan. Leh la aku numpang breastfeeding Razin. Baru senyap.

Malam plak... masa kat chalet tu, Razin memang serba tak kena je. Tempat baru kot? Or ade benda kacau? Ntah la kan... jenuh gak la aku membace ayat Kursi hembus-hembus kat ubun-ubun, mata and telinga dia. Tidur juga akhirnya.

TAPI... sekejap je. Kena ulang balik bace 3 Qul, ayat Kursi etc baru dia tenang and tido. Macam tu la berterusan sampai tengah malam. Around kul 12 memang dia tido lena sampai Subuh. Tak bangun nak nyusu pun in between. Penat sangat gamaknye. Ayah dia memang confirm tak sedar ape dah pas Isyak. Aku ni laaaaa... adeh... letih dan sakit kepala (sakit kepala cos lama dalam kereta... dok belakang lak tu! memang bosan)

Esoknye pagi-pagi jenjalan tepi pantai amik angin...

Navy dan laut takleh dipisahkan...
=P



My 3 months old baby...




Pergi kenduri Mash kul 12 tengah hari. Masa sampai umah dia, aku dan hubby heran gila cos takde orang sangat.

Kalau kat tempat aku, kul 12 tu memang tengah pack manusia... ni tak, biase je... macam takde kenduri kahwin je. Pelik sungguh.

But then, maybe sebab cuti sekolah dah abis kot (fikirku). Tapi Mash cakap tempat dia memang camtu, orang tak datang sekaligus dalam satu masa. Diorang datang sikit-sikit... sampai ke malam... Hmm.. cenggitu rupanya.


Lepak bilik pengantin.
Sembang-sembang dan susukan Razin.

Sampai tertidur la Razin kat atas katil pengantin =P




Razin and Ayah dia.
Time ni tinggal ngan hubby jap cos aku lak nak makan.
Sekejap je dia diam ni...

Elok baru 3 suap masuk mulut, siren pun berbunyi...
Tak sempat nak makan bubur kacang
-___-


Bersambung...


alhamdulIllah...