Showing posts with label Stretchmarks. Show all posts
Showing posts with label Stretchmarks. Show all posts
Wednesday, December 22, 2010
bismIllah...


Yeah... lately mood cam hampeh so aku nak blogging pun maleh. Tapi sebab arini aku free sikit, tambahan lak aku takmo layan sangat sakit kepala aku ni, aku pun menaip la di blog kesayanganku ini... panjang tau entry ni... hehe

Semalam aku bengang cos seharian line maxis takleh pakai. Dari pagi tu weh... dahla aku punyer keje ni kalau takde telefon memang susah gila. Aku ni siap dah aktifkan 'call transfer on no reply' kat tepon ofis aku ni so that kalau aku takde kat ofis, sesape yang call tu leh di'divert'kan ke henpon aku. Tapi memang hampas sungguh la bila henpon takde line!! Aku ni siap dah sampai depan umah customer kat Venice, and then bila aku call dia (guna nombor celcom di henpon Z610i yang purba itu) rupanya dia tak abis meeting lagi kat Port Lumut... Dia kata dia call ofis takde orang angkat. Hadeihhhh... sabau jela...

Tak pasal-pasal aku jadi Momdzilla kat twitter...

Memang kurang ajar betul orang yang vandalised pencawang-pencawang maxis tu...
Kes kabel kena curi kot?



Pagi ni baru line ok sikit... aku cakap 'sikit' cos asyik terputus je bila cakap ngan orang...
Itu satu lagi faktor yang buat aku bengang pagi-pagi arini... Aku tetiba dapat call dari orang Astro untuk confirmkan/verify yang kitorang nak pasang Astro kat umah. Apply nama laki aku tapi obviously dia call laki aku tak dapat, so dia call aku... Nak mintak no. IC tentera je pun... Aku memang lupa (maleh nak ingat) so lambat sikit la aku nak recall or refer dalam henpon. Sekali line putus... yang aku geram tu, bukan nak call balik!! Dahla aku tak dapat nak call dia... Call customer service pun, diorang suruh tunggu jela call lagi... Eeeiiii bagi orang bengang je... kang benda yang leh proses dalam sehari dua mulala berlanjutan sampai seminggu... benci! >:(

Benda lain yang bagi aku agak kebengangan adalah tentang hotel bookings. Yer, salah sendiri la cos tak book awal-awal, tapi mood aku memang cam taik la bila kena surcharge cos Krismas! Waaaaaaa... gerammm je... tak dapat nak stay kat hotel yang diingini cos nak jimat (kami kan kedekut), so stay hotel biasa-biase je... dahle pulak, hotel biasa pun jenuh la nak cari... banyak gile fully-booked. Kalau ada pun, katil single 2 bijik. Sebijik double bed sume yilekkk... Takpela... nak wat camne kan... tapi mood still.... Arghh... geramm je...

Eh.. lupe nak citer. Aku book hotels ni cos nak pergi kenduri kahwin sepupuku, Aziati di Kuantan this weekend. Itu pasal la...

Aku dah apply cuti dari 24th sampaila 27th. Tapi hari Ahad dah gerak balik Perak dah cos hubby kerja... Aku saje mintak cuti hari Isnin cos nak pergi checkup kat klinik. And aku nak rehat... travel jauh-jauh semestinya penat.

Cakap pasal penat, well... Memang terasa sangat tak larat nak bawak badan lately. Nak jalan dari ofis ke parking pun sakit kaki. And aku tak tau la memang normal ke ape, tapi asyik macam ngilu and sakit je kat bawah perut ni.. perut meregang nak besar lagi... huhu

Risau gak kalau muncul stretchmarks yang baru... cos dah nampak macam ada ura-ura nak pecah lagi je... tapi harap-harap takdela... kalau ada pun, janganla banyak sangat. Mengharap dengan sangat!

Aku dah tak pakai dah losyen. Aku rasa macam tak berkesan je. Dahla aku tak suke melekit-lekit tu... So sekarang aku dah berubah pakai minyak je. No more losyen. Body shop nyer losyen ke, body butter ke... huh, macam tak jalan je. Aku sekarang sapu perut ngan Ginvera Bio Pure Olive Oil yang aku beli kat The Store selepas muncul stretchmarks pertama. Huhu... Murah pun murah.. Yang penting, aku rasa selesa la pakai (cos tak melekit kalau kena air/berpeluh)... Mmm atau yang sebenarnya, dah tak kuasa nak cari losyen mahal-mahal cos I already have the stretchmarks! buley? hehehe

sila lumur di perut sebanyak 2 atau 3 kali sehari


K lah, malas nak citer bab tak best.

Aku tak sabar nak balik kerja hari ni sebab nak ngemas rumah. Umah dah macam hape lagi cos weekend asyik busy je. Malam tadi walaupun tak larat, tapi aku nyapu jugak dapur cos dah berminyak-minyak and banyak benda-benda kecik bersepah. Nak mop tak larat, so aku kerah suamiku untuk mengemop tengah-tengah malam. Ala, takde la tengah malam... dalam 10.30 malam je... Mop dapur je pun...


Abaikan sinki + bawah sinki yang bersepah.
Nak wat camne, almari/kabinet takdok lagi...
Nak upah orang buat rak/almari bawah sinki pun tengah pokai...
Tunggu tahun depan dapat dividen... leh la tambah-tambah sikit ape yang patut...


Rumah oh rumah...
Banyak gila pakai duit untuk renovate and menambah baik keadaaan rumah.
Aku nak je suh hubby buat loan, tapi awal-awal lagi hubby tak setuju.
Aku nak buat loan? Mmm takpela.. lenkali jela... loan ptptn pun berlambak...
Takpela... pelan-pelan kayuh...

I guess, all couples yang baru kahwin semua mengalami keadaan camni kot. Kalau yang dok nyewa takpe lagi rasenya cos belum berkehendak nak repair/renovate umah. Tapi yang dah ada umah sendiri ni... duit sentiasa rasa macam tak cukup. Nak tanam pokok bunga la, nak bela kucing la, nak beli almari baru la, nak beli tv lagi satu la, nak itu, nak ini... gile... hahaha

Tapi aku target nak kemaskini dapur je dulu. Hubby lak target untuk letak grill and awning belakang umah cos dia nak letak mesin basuh kat luar. Hmmm... moga-moga dalam awal tahun depan tercapai la hasrat. Alhamdulillah bertemu jodoh dengan suami yang jimat dan tak boros macam aku. Yang penting, tak merokok! Syukur... (duit rokok je dah berapa wehhh)

Semalam sempat usya-usya barang-barang baby kat Manjaku di Sitiawan. Huiyoo... mahal wohh barang baby. Baju kecik nak mampus je dah dekat RM20. Aku yang tak pernah beli baju baby ni rasa macam kejutan budaya sikit. Yela, akalku untuk menerima 'secebis' kain berharga puluhan ringgit tu macam susah je... (dasar kedekut). Huahuahua... Tu belum lagi baby cot nyer, bedding nyer and ape tah lagi...

Kesimpulannya, kena berjimat-cermat la lepas ni. Lepas ni bukan lagi berdua. Tapi akan bertiga, insya Allah. Kena powerkan lagi skill pengurusan duit ni. huhu...

Insya Allah, we'll manage...

Panjang gile la plak entry ni... dari nak citer tentang mood hampas, dah melalut-lalut sampai bab duit plak.

Better stop now. Bye.



alhamdulIllah...
Sunday, December 5, 2010
bismIllah...

Semalam pas kerja, hubby hantar aku balik Beruas. Mainly because dia duty hari Ahad... so saje la bagi aku balik kampung. Dok umah sorang-sorang pun nak watpe... Tapi laki aku tak tido Beruas pun cos dia takut lambat pergi duty pagi ni.

Askar... tak abis-abis ngan duty...

Tapi takpela... ade chance lepak kampung... Aku pun dah tunjuk 'perkembangan' terbaru perutku kat Mamito. Beliau bising suh aku sapu losyen or minyak... Kalau ikutkan, memang aku dah fed-up cos aku memang malas nak buat benda-benda renyah camtu... Pulak tu, benda yang nak dielaknye dah ada... so macam no point...

But she said, "Itu baru sikit... kamu baru 6 bulan.. ko tunggu dah 7,8 bulan nanti.. kang pecah-pecah kat tengah-tengah perut tu pulak"

Uihh... takut la teman mendengarnya.. huhu... yer, memang dah ada stretchmark tapi bukanla kat tengah perut... dia kat bawah perut. Atas sikit dari ari-ari... pangkal perut yang tengah membesar... ade sikit kat kiri, and ada sikit kat kanan. Tengah-tengah takde... sekali imbas memang tak nampak cos bawah perut. Tapi kalau belek, of course you wouldn't miss them!

Aku dok search gambar-gambar orang yang ada stretch marks...dok harap-harap la tak jadi teruk sangat macam kat bawah ni:

This is 33 weeks pregnant stretch marks.

Setakat ni tak jadi camtu lagi...
So silalah menyapu perut ngan losyen/minyak bagai yer... MAYBE it's not too late! >__<

Now I understand la kenapa ada sesetengah perempuan tak nak mengandung and beranak.
Memang badan akan berubah sejajar perubahan hormon. Takkan sama dah. Yang dapat kekalkan tu sangatlah bernasib baik.

Ok. Stop citer stretch marks.

Erm.. macam tak sangka ye blog aku boleh berisi benda-benda macam ni?
Rase macam baru semalam aku baru terkedek-kedek nak buat akaun blogger dan berblogging di blogspot. Padahal it was in 2008!

Tetiba rindu blog lame aku kat friendster. Bebelan seorang student yang dok struggle belaja, masalah cinta, masalah keluarga...

Sekarang benda-benda tu dah macam tak penting lagi...

Macam entry ni la... tentang stretch marks... 2,3 years from now, mungkin entry ni pun dah tak penting lagi... yela, maybe aku akan dapat MORE and MORE stretch marks from 2nd baby etc... so this little discovery is no longer significant anymore. I would probably looked back at this entry and smile... feeling amused with my worries about stretch marks. Especially when there will be a lot more to be worried about in the future...;)

Because there will be more important matters pulak on that time... like learning the ropes to be a good mother etc. Kan? Love that about life. You'll never stop discovering new experiences... You'll never stop learning...

Like, how it amazes me every time I learn new things about my husband. Yeah, we've been married since June this year, tapi baru pertengahan November aritu yang kami akhirnya duduk serumah suami isteri. So, baru lah aku kenal suami aku ni macam mana orangnya...

It's a...well, it's definitely something... to learn new things from your husband. Now you know that you never really know him... until you lived together.

Sometimes he annoys me, sometimes he amazes me...

He annoys me when.. well, let's see.. for example, kadang-kadang suka hati dia je nak londeh seluar or tanggal baju kat mane... kalau kat depan pintu bilik air, haaa... kat situ la baju/seluar tu sampai ke sudah. Yang ni aku pernah tegur, "Aii... main jelui je seluar tu tak reti nak sangkut ke bang?". And then he'll tease me about the word 'jelui' cos he's never heard of it. Orang utara tau kan 'jelui' tu ape? Londeh la kan? Dok biar seluar tu tergulung je kat lantai... haaa gitu la laki aku...

But he also amazes me. Lagi banyak yang buat aku rasa kagum dari annoyed actually. For once, I never knew he can cook! So macam terkujat jugak la bila aku perati, laki aku ni rajin nak masak. Sungguh tak sangka. Lega pun ada gak la cos aku malas masak! Wakaka...

Ala... nak kata masak power-power tu takde la.. tapi... dia rajin ke dapur. Kalau tak masak pun (cos ape guna aku ni??), dia akan tolong aku. Setakat dah duduk bersama ni, tak pernah lagi la aku siang ikan. Dia yang tolong. Muahaha.. aku paling anti nak siang ikan actually... :p

Benda lain yang aku cam terkejut adalah... dia suka binatang. Yerla, sejak bujang dia ada bela ikan dalam akuarium. Pastu dulu masa baru-baru kahwin, dia plan nak bela kucing. Tapi aku dah terpregnant so tak jadi la cos pregnant woman takleh kena bulu-bulu kucing or uruskan kencing berak kucing kan... so postpone niat tu. Aku ingat dah takmo dah bela kucing cos nanti ada baby kan leceh nak jaga kucing lak... tapi hubby macam nak jugak bela kucing... Itu... tak tau lagi la kesudahannye.. hehe..

Benda ni macam biase jela kan? Ramai suke kucing. Well, aku pun suka kucing... tapi aku agak hampeh sikit cos kucing tak comel, kotor dan terbiar memang aku tak layan. Lagi-lagi yang aku tak tau apa asal-usulnya. Kucing tu selalu lepak katne.. guling-guling katne... and kalau tak comel tu lagi la... tak pandang pun. Nak pegang? Usah harap. Aku memang jarang nak pegang kucing yang comot-comot. Kotor. Tapi laki aku? Selamba je dok belai-belai kucing terbiar... tu yang aku kagum. Cos I'll never do that! (of cos I'll make sure he clean his hands after that!)

Macam Cruella de Vil pulak aku ni yer... huhu...

Oh well I guess life is like that. Opposites attract.

And now, since 3 weeks living together (after 6 months of marriage!), banyak yang aku belajar... Tengah belajar give and take... bersabar... and most of all, bertimbang-rasa. I'm still learning all that to be a good wife and heck it isn't easy...

Uihhh panjang le pulak entry ni... biase la kalau dah dok Berueh... idea mencurah-curah walau takde sape give a damn. Haha..

Peduli ape kan... blog aku... kuikuikui. Yang penting, ada catatan peristiwa yang aku give a damn di sini... ^__^

Salam...


alhamdulIllah...
Saturday, December 4, 2010
bismIllah...




It's a nightmare when I found out I already have stretchmarks from this pregnancy. At 6 months pregnant!! (another 3 months to go).

But heck, what to do... gotta live with it laaa... >__<

Dah jadi bertambah malas nak letak losyen or minyak segala... cos tetap ada gak. But then, dah genetik aku macam ni. Mak pun ada stretchmarks gak. Haihh... sedih cos rasa badan bertambah-tambah tak lawa... Dahle besor, gemok, pastu ada stretchmarks pulak. :'(

By the way, stretchmarks caused by pregnancy is more hideous than cellulite. Aku tau la cos aku ada selulit gak (you are most likely to have them kalau ko penah kurus and then jadi gemuk). Kalau selulit tu, warna dia light lagi and takdela kulit tu pecah teruk sangat... tapi, bila kulit stretch sebab pregnancy, warna dia terang... merah darah... or dalam erti kata lain, BURUK. HUHUHUHU.... T___T


But for you little one, it's a small price to pay to have you in my life.

Membesar lah dengan sihat dan normal. Amin.


Aku tak tau la laki aku ni just nak bodek or amik ati aku bila cakap aku tetap cantik dan seksi di matanya eventho dah besar gedabak camni and badan dah tak lawa... but I appreciate it hon... rasa lega tu ada la sikit-sikit. However, I no longer stood naked and looked/inspected myself in the mirror (I usually do this to check how big my tummy grows each day). It's depressing to find new marks when you're not looking for them! Urgh.

Oh well... You gain some, you lose some. To have those marks because of being pregnant, well... I'll live.

Salam....



alhamdulIllah...