Tuesday, March 6, 2018
bismIllah...


Haha last post was in January. Sebulan tak blogging and now it's 6th March already. Busynye akuuuuu...

Well, as I've updated in this blog, I am now one crazy cat lady. Aku asyik melayan and membelek anak-anak kucing in my free time. Tak free pun buat gak la cos dah jadi rutin since bela kucing ni.

Pepagi kena scoop taik kat 3 litter box and buang/letak kt tong sampah khas for their poops di porch. Bertutup ye, to contain the smell.

Then bagi bagi diorang makan and topup makanan dalam bekas. Cuci mata, cuci telinga and sembur-sembur colloidal silver spray/anti fungus spray and that's it. Petang/senja pun scoop lagi taik kucing so that malam tu diorang leh membuang dengan selesa. Memang 2x sehari at least. So that's where my free time went.

Anyway, last month pergi Sabah (dah 4 perenggan baru nak cerita hal pada tajuk post. See I'm easily get carried away when talking about my cats lol)

Booked tickets sejak tahun lepas lagi, bulan Nov. Yang pergi just aku, Nini and Kak Lin.

Budak-budak and encik suami kena tinggal. HAHA

Sesaje je pun. Cos aku tak pernah jejak Sabah. Kebetulan time nak beli tu harga murah la sikittt and Kak Lin ada kat Beruas. Dah lama plan nak jalan2 bertiga tapi takde destinasi. So pegi jelah Sabah.

Nak dijadikan cerita, bulan Disember tu plak dapat tahu Kak Adah kena posting Hospital Likas. Diorang kena pindah by end of Dec tak silap.

Kak Adah = wife kepada Abg Ijone. Doktor pakar sakit puan
Abg Ijone = Sepupu aku. Anak arwah Pak Ngah & Mak Ngah.

Kitorang pun, ehhh ini sudah baik. Boleh la menyinggah and melawat nanti. It's always good to see familiar faces kan. Hihi

Plus, Kak Ija (kakak Abg Ijone) kena ikut diorang ke Sabah sebab diorang ade masalah dengan bibik. So they're bibik-less and mintak tolong Kak Ija ikut untuk tolong uruskan budak-budak (4 children).

Kak Ija plak reluctant nak pergi... tapi bila tau kitorang nak ke sana, dia baru ok, sebab nanti boleh balik dengan kitorang. Hehehe...

Flight pergi on 31st Jan.
Balik KL on 4th Feb.

It was really fun. Of course I miss my kids. Insya Allah ade rezeki next-next time bawak semua pulak. hehe...


31st Jan 2018
- Flight 1.50pm ke KKIA. Sampai petang, hujan... terus amik uber untuk ke Sky Hotel. Kitorang stay sini. Okla rate dia RM110 je semlm. Individual property dia buat macam homestay. Kak Lin yang booked. Oklah.
- Lepas Maghrib Abg Ijone pickup pergi umah dia kat Tmn Kingfisher Millennium for dinner. Kebulor wehhh! hahahaha


Macam le aku je lapor. Semua laporrr hahaha



Dah selesai ngap baru amik gambor 


Settle makan, sembang-sembang sikit then blah balik hotel Abg Ijone hantar. Tido tak sedar diri dah malam tu. Subuh awal so kunci jam awal dari biase. huhu...


1st Feb 2018
- Pepagi pergi amik kereta sewa kat area Jakel Alamesra. Sewa Myvi je. Rate RM110. Actually awalnye dapat yang murah sikit tapi problem mende tah. Lantakla. Kongsi 4 orang ok je...
- Kak Ija of cos join kitorang merayap hihi... Abg Ijone pn hantar Kak Ija utk join kitorang pagi tu.
Siap ade bekal nasi goreng, sandwich bagai. So breakfast dalam kete je sambil Kak Lin drive wakaka...

Nak ke Kundasang cos booked Ayana Resort utk stay sana 1 malam. Masa booked tu booked untuk 3 orang, so bila Kak Ija join jadinye sempit le sikit. Cheap lodging je cos just bujang2. RM99 je semalam. Muahahaha... Tapi jauh dari pekan Kundasang. Jumpa Ayana Resort ni dulu before sampai ke pekan Kundasang. Next time better cari tempat stay dekat Pekan Kundasang je... (and why the hell Kinabalu Pine Resort asyik fully booked??? Must stay here. =D )

Pictures for the memories:-


On the way ke Kundasang, sempat jugak naik Jambatan Tamparuli.
Very touristy!

Singgah Kinabalu Park, then ke Desa Dairy Farm. Omg i loveeeee the ice cream. And the chocolate milk. Tapi sayang jugakla sebab masa pergi tu berkabus kuat sangat. Tak nampak pemandangan gunung-ganang kat background huahuahua


Look at the mist in the background above.




In clear sunny days, you should be able to see this beautiful view!

TAPI.... ni view yang kami snap that day;



Lol... sedih. Tak nampak gunung.

Some people maybe suka kabus-kabus ni kekonon mcm oversea. But me no likey!
I want to see the the mountains >_<


Anyway, went to see the barn. Tengok proses perah susu, bagi anak lembu minum susu, makan rumput bla bla bla. Benda biase orang buat bile ke sini. 
Nampak sangat dah malas nak menaip HAHAHAHA



After ke Desa Dairy Farm, kitorang ke Rabbit Farm kat Ranau or yang lengkapnya Kg Purakagis Rabbit's farm. Sebab banyak jugak jumpa rabbit farm lain... Jalan nak ke Rabbit Farm ni teruk. Jenuhle if bawak Myvi. Slow je bawak... pastu masa sampai takde visitors lain pun. Kitorang je... dah lama-lama baru ada. Aku tak ingat bayaran masuk berapa tapi tak mahal la dalam RM3-5 kot.

Omg kat sini best sangat kalau bawak budak-budak! I was thinking of my kids the whole time. How Razin, Raul and Raiq will squeal with delight at the tameness of the furry beings. Huwaa bile la nak bawak budak-budak ni pulak...

Makan kat sini (ada restoran) then blah balik Ayana Resort. Sampai resort tu around 6-6.30pm. Balik semata nak mandi and tidur je. Sebelum balik tapau kfc kat pekan Kundasang dulu kikiki

Macam Kak Ija cakap, tekak kita susah sikit nak terima masakan kat sini cos lain masaknya. Bole jela makan tapi to be quick, KFC jelah hahaha



2nd Feb 2018
- check out awal pagi sebab nak merayap tempat-tempat yang tak sempat pergi semalam
- nak pergi Poring Hot Spring and Canopy Walk
- nak pergi Kg Luanti Fish Spa
- nak pergi Sabah Tea
- pastu nak balik KK sebab later today kena pulangkan kereta sewa


Ayana Resort. Done check out.



Our luggages. Muat je Myvi. Just kena remove cover atas tu.
Beg aku paling besor sebab ade barang Nini jugak haha

Breakfast kat Kundasang. Aku n Kak Ija makan bihun sup. Sedappp. 
Makan area tandas awam Kundasang wakakaka.. kat sini ade kedai jual kepak ayam yang katanya sedap. Kak Ija ade beli hari sebelum tu time aku tapau kfc. Tapi aku tak makan pun. 


 Lepas makan baru gerak.

Jauhnya nak ke Poring tu... mangkor dalam kereta. Kak Lin pulak driver yang sangat slow and steady je bawak kereta... maka, pepaham jelah hahah




Kena mendaki sikit for canopy walk



Aku yang gemuk ni paling fit antara kami berempat. Tengokle Kak Lin, Kak Ija and Nini jauh kat bawah hahahahampeh




View from walkway




Dah penat turun naik bukit, rendam kaki lak. But I didn't. Malas buka kasut.

Next, nak pergi Fish Spa kat Kg Luanti pulak.

Tapi on the way tu jumpa Sabah Tea dulu. So we went jelah up the plantation ada restaurant rupanya. Tak google pun tentang benda alah ni. Main redah je. Which is good cos dapat melantak. Lunch kat Sabah Tea. It was just next to Sg Moroli, kat tempat fish spa tu.


Teh vanila sedapppp. Tapi minum kat situ je. Takde la jual dalam packaging..


View lawoooo




Our lunch. Sekali teh and nasi putih 4, total around RM72-92. Alamak aku lupa dah.
Ayam lemon dia sedappp (aku memang suke ayam lemon so I might be biased hehe)



Settle. Gerak ke Fish Spa kat sebelah pulak.






Serius aku geli gegila. Banyak gambar semua muka cam hampeh hahahahaha. Besor-besor ikan dia weh. Memang rase dia ngap ngap kat kaki. Eee idok le aku.

Settle ber Fish Spa, gerak balik KK daaa... 

On the way tu berenti2 amik gambo dgn gunung mcm budak peghak. KAHKAHKAH



Balik KK, check in homestay apartment Kak Lin booked. Promenade service apartment. Dodgy gile tempat ni. Nini sampai ajak pergi hotel lain and sanggup bayarkan/belanja tapi Kak Lin tak nak le kan cos dah booked. Bazir je nanti. Maka, stay jelah sini.

Actually ok je cuma pelik and kinda surprised sebab reception dengan biliknya jauh berblok-blok kottt. Tak sangka plak camtu style nya. Tapi bilik besar. Luas and ada dua queen bed. Which is selesa gak la in spite of the dusty carpet (i think) and the surrounding macam rumah tumpangan hape je lol. If cari homestay murah yang besar for family, sesuai gak... harga pun murah je dalam RM1xx (tak ingat cos bukan aku book). We stayed there for 2 nights btw.

Anyway, it's near Pasar Filipines. Walking distance tapi 1st night je jalan... pastu naik uber cos malas jalan wakakakaka... 


Malam tu makan seafood le konon-kononnya... tapi tak kena sangat selera.
Geram je nak masak sendiri! Next time kalau datang, beli raw food and masak kat umah Abg Ijone/homestay kikiki...




3rd Feb 2018
- Pepagi tu naik uber untuk ke Jesselton Point. Nak island hopping. Aku takde study pun hal ni... so just terjah je.
- Decide untuk pergi 2 islands je and the fees was RM32 per pax tak silap. Ingat-ingat lupa
- 1st pegi Pulau Sapi. 2nd pergi Pulau Manukan


We're the first boat yang sampai Pulau Sapi. Aku and Nini decided nak buat parasailing, it was RM60 untuk tandem. So sorang RM30 je which is ok sgt la bagi aku. Kat pamphlet dia letak harga mahal, tapi bila deal directly murah je...






Kat Pulau Sapi ade zipline gak weh. Macam best kan, tapi aku seriau tengok dua kali orang tersangkut tak sampai ke penghujung... hahahaha just a head's up!

Kak Lin and Kak Ija snorkeling je... kat Pulau Manukan takde wat mende sangat pun. We lost one of the snorkel equipment btw kakakakaka... Aku tak tau la sape yang buat sebab aku tak snorkel pun. Kena ganti balik dalam RM70 ish. So sape yang sewa snorkel tu sila la jaga elok2. Aku rase kitorang punye ade orang terambik. huhuh.

Settle island hopping, balik apartment untuk mandi and salin baju... pastu petang tu pg shopping brg and souvenirs kat Pasar Filipine.

Malam tu pergi basuh baju kat coin laundry. Gigih cari jauh2 padahal ade je yang dekat dgn CIMB tapi tak tau! Ngok sungguh





4th Feb 2018 - LAST DAY
- Check out, kemas-kemas then hantar Kak Ija balik umah Abg Ijone cos dia pun nak packing. Dekat rumah Abg Ijone, online and add luggage weight utk flight wakakaka. Beg-beg pun semua tinggal kt rumah Abg Ijone cos nak sambung meraya[p (flight malam)
- Singgah Filipino market lagi and beli some stuff yang org pesan
- Pergi Imago, tengok wayang The Death Cure and lunch situ (Restoran kak Syah - spageti sedap. Yang Nini and Kak Lin order semuanya masinnnnnn di tekakku)
- Naik uber balik umah Abg Ijone and stay until lepas Isyak then baru gerak ke airport.


Ada pun gambar bilik Promenade service apartment ni kikiki









5th Feb 2018
- Sampai KLIA around 1.30 am. Bergegas ke area bus sebab tiket bas balik Perak pukul 2 pagi. Kak Lin balik sorang-sorang naik kete dia park kat airport.
- Sampai Sitiawan pukul 6.15 pagi. Tunggu Hanis datang amik around 6.30
- Sampai rumah pukul 6.45pagi. Pukul 7.05 keluar hantar anak-anak pergi skolah pulak. Cam zombie dah. Dahle dalam bas tak tidur lena sangat. Huhuhuhu
- Spent the whole day tidurrrrr

K bai. Dah pukul 3.09 am. Gigihnye aku update blog.


Written By Ryehana
alhamdulillah
Thursday, January 11, 2018
bismillah...



2018. Razin turns 7 years old and like all 7 year olds, dia pun dah masuk Darjah 1.



Dah masuk minggu kedua Razin bersekolah. Hati aku tak berapa tenang cos aku sangat-sangat risaukan hal dia. Anak aku ni jenis senyap, lurus bendul and well a bit slow jugak la nak catch up especially when he still struggles with reading. So yeah. I'm a worried mother.

Aku seringkali bandingkan masa aku sekolah dulu. Then I looked at him. So different. A different era indeed.

Dulu aku pergi sekolah jalan kaki je. Mak tak pernah tunggu pun masa Darjah 1. Pepandai la ko survive. And I don't mind pun. Aku ok je. Cos I can read at 6. And aku jenis aktif berkawan etc.

Razin? Bole la jugak baca at 6 tapi tak cekap lagi. Still struggling. Aku tengok buku dia yang dia salin dari blackboard, tulisan comot2 and banyak huruf terbalik.



Is he dyslexic? Macam kat atas tu la tulisan dia kadang-kadang. Salin dari blackboard. If salin dari same page (yang selalu kena tulis berkali-kali tu), dia ok plak. Sebab tu ke dia slow reading?

And memang aku perasan dia selalu terconfuse huruf 'b' dengan 'd'. Alahai Razin... :(

Susahnye aku rase bila my husband is not by my side. Still kena PJJ until 2020! Can you imagine the horror?? We've been PJJ-ing since October 2016! It's been a year (plus). I'm so fucking stressed and feels so alone in raising the kids myself. Haihhh

Aku kesian tengok Razin still takde kawan at 2nd week of school. Masa amik dari sekolah, so far dia tak pernah menunggu aku lagi cos dia keluar je aku ada terpacak depan sekolah. And he's always alone. Orang lain jalan bersaing-saing, but not my son. Jalan sorang and not talking to anyone :(

Kesian sangat.

Masa 1st week dulu aku pergi sekali ke skolah dia ikut laki aku tunggu kat kantin (just that once) cos nak tengok camne dia nak membeli kat kantin. Alhamdulillah ok la. 



He only eats one thing and that's what he's been buying for almost 2 weeks now. Nasi Lemak Pinggan - RM1. That's all.

Ade jual air jugak, RM1 tapi he said he didn't want to. He drank from his water bottle that was brought from home. 

Ayah bagi RM2, but Razin insisted that I only give him RM1. So tu je la belanje dia. RM1 sehari. But I'm scared that he'll lose the money, aku letak jugak another RM1 dalam bag dia. And told him about the 'emergency money'.

Ok enough about Razin.

My 2nd son, Raul too has started preschool this year. He's turning 4 this May. And this fella, how excited and happy he was when I sent him to his kindy every day! He's always smiling and beaming :D

I sent Raul to other kindy than Razin. Not Little Caliphs this time, but Tadika Al-Kahfi.

Cheaper. Mak tak mampu lah nak bayar yuran beribu lagi di musim kegawatan ekonomi nih huhu... Plus, the kindy looks ok too. They have archery lessons on Friday, which is something new ;)



Starting January, Diyana is staying at the house taking care of my kids. Umi pulak now ganti Hanis jaga kedai. And she stays with me too. 

Oklah. Till next time.

Bye

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, December 13, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Ya Allah... the last post was in October, now dah 13 December 2017 dah.

That means I haven't written anything in November. Hahaha.. busy nak mampos ke? Ke dah mampos? Muahahaha... kalau dah mampos takde la leh menaip lagi ye dak?


Anyway, yes... macam biasa ah, alasan mak anak ramai... sibuk le, ape lagi.

Aku private kejap blog ni aritu sebab macam tak best, takde update pastu open je. haha... biar open masa aku ade menulis ok le.


1. Aku busy jaga kucing.

- Kak Lang pass kucing dia untuk aku jaga sebab dia nak pergi Algeria last month. Dia pergi 3 minggu, then maybe nak jimat duit hostel and risau Pappy kena kurung je, maka hantar kat aku. Ok la aku jaga walaupun keberatan jugak since aku dah ade 2 ekor kat umah then Lola masa tu tunggu masa nak beranak je.



- Lola beranak pada 16 November yang lepas. Pappy plak (kucing Kak Lang) laki aku bawa balik Lumut pada 17 November. Sampai-sampai je Boboi marah le kan cos another male cat lain dalam rumah... udah satu keje pulak nak asingkan diorg dua ekor. Dengan si Lola baru beranaknye... dengan anak dia mati sekornye (more on that in next post)











- Kak Lang dah balik Malaysia Isnin lepas. Elok la laki aku cuti Isnin tu cos Selangor cuti birthday Sultan. So pagi2 Selasa baru balik Klang, angkut Pappy sekali. Belayar dah la sekor tu. Tinggal Boboi, Lola and the kittens je lagi kat rumah ni.

- Now aku agak serabut cos Lola and Boboi kena ringworm (sejenis fungal infection). Senang citer kena fungus la... Kulat kat kulit. Macam kurap tapi bukan kurap?

- Stress le jugak cos takut berjangkit kat kittens. Though I think diorang dah infected by now. Haihhh

- Now Lola and the kittens reside in one of more room upstairs. The guest room actually. Tapi now the kittens dah besar sikit and mula aktif asyik merayap and pee (belum poo lagi btw). So maybe nak kena letak dalam sangkar gak kot kat atas tu. Balik ni kang aku nak mengemas nak disinfect all the cat stuff upstairs.




- Nak litter trained the kittens dari awal. Aku dah siap beli tofu litter for them. Hopefully berjaya lah. Diorang baru nak masuk sebulan and still haven't eaten yet. Asyik menyusu je. Lola dah kurus kering and dah tak cantik dah body... kesian... sebijik sama mcm mak orang. Masa anak dara badan solid molid, dah beranak and menyusukan abis kendur semua. kahkahkah

- Anyway aku plan nak mandulkan both Lola and Boboi. Tapi Boboi tu cam sayang plak takde baka. Dia tu aku beli. Lola pn aku beli. Anak-anak Lola so far memang ade orang book nak beli. Yela, kucing cantik bulu kembang kan... so... ntah la. Masih dilema nak biar Lola mating lagi skali ke or mandulkan je terus. The kittens bukan anak Boboi btw. Kucing jantannye dari kawan dalam group kucing yang duduk kat Bukit Permata. DLH je. Oh well... nanti lah cite hal kucing lagi.




2. Razin dah nak masuk Darjah 1 tahun depan. Aku masih risau and sedikit susah hati cos Razin agak slow jugak la bab membaca. Sangatla berbeza dengan aku masa kecik. Aku pergi tadika umur 6 tahun. And tak lama lepas tu aku dah boleh membaca and been reading storybooks sejak kecik. Memang hobi aku membaca. I fucking love books. Tapi anak aku...? Suruh membaca kena paksa. And dia kekadang macam lupa ape dia belajar. Stress gile and serius rase down masa menunggu dia habiskan baca certain2 paragraphs. Allah... dugaan kan? tapi depan dia takleh la nak marah-marah or tunjuk aku kecewa cos kang lagi la dia rase tak best kan? Maka aku pura-pura jelah happy and tak marah dia terhegeh2 baca.... walaupun kekadang terlepas juga. :(




3. Razin ada benda-benda yang dia fobia sekarang.

- Escalator/travelator. Sangat-sangat takut naik benda ni especially yang travelator macam kat Tesco tu. Dia marah and tak bagi aku pergi Tesco and siap suggest suruh pergi tempat lain (Aeon) sebab nak elak naik travelator tu. I wondered, did he saw any accidents videos involving those things? bila tanya, dia cakap takde tengok. But 'teacher said to be extra careful bila naik escalator', he said.

- Afraid of the sea. Tak nak mandi laut. Tak suke kena air laut.


4. Raul dah nak masuk 4 years tahun depan. Dia ni pun ada isu speech delay sikit. I mean, at first aku suspect jugak anak aku ni ade mild autism ke cos dia lambat bercakap, orang tak paham dia cakap ape and ade jugakla actions yang buat aku suspect camtu. Tapi bila bawa jumpa doctor, doctor cakap he's ok. Ada eye contact when talk, he loves being cuddled and he's active. Pertuturan jelah maybe a late talker? I don't know. I hope he can talk properly and CLEARLY soon. :(

5. Raiq... well, he's 2. 28 months. Terrible two phase, YES! Tak reti duduk diam, ade je benda yang dia nak sentuh dan main, Very very curious and full of mischief. Asyik jatuh and involved in accidents. The last one was last 2 weeks. A wood fell on his head masa dia tengok orang bertukang. His head was bleeding a lot and I panicked. Went to emergency in KK Beruas and luckily tak kena jahit. Maybe darah banyak cos head injury and it was noon? Risau gile aku. Dia dah penah juga berdarah kat kepala masa jatuh bilik air kat Lexis Penang last Feb dulu. Sangatla merisaukan...

6. But Raiq also penyejuk hati. Budak yang pandai sejukkan hati aku, budak ni lah. Suka peluk and cium2 Mak... siap cakap "Sayangggg Mak". Cair semua orang dengan dia ni. Kejap-kejap "Sayang Opah", "Sayang Ayah", "Sayang Ibu" huhu. He's also very talkative and seemed very bright. Ape yang diajar cepat je tangkap. Lagi banyak cakap dari Raul. Of course, kalau nak banding vocab, aku rase Raiq has more vocab than Raul. He speaks clearly too. Kiranya ape dia cakap lebih senang nak paham dari ape Raul cakap.

7. Raiq dah stop nyusu badan since a few months ago tapi sometime he missed it, I think. Kesian bila mengingatkan Raul tak sempat nyusu badan lama-lama.



Ade banyak lagi nak tulis tapi cam malas dah. K la... till then. Bye



Written By Ryehana