Thursday, April 23, 2015

Solat while babywearing

Bismillahirrahmanirrahim...




Aku nampak perbincangan tentang hukum sah ke tak solat kalau sambil dukung baby spt dlm gambar di atas. Peliknya kali ni takde langsung komen2 dari admin... So nampak byk perbahasan berkaitan isu ni.... Smpai lah dpt komen dr org yg lbh arif. Sebelum aku lupe baik aku copy paste jwpn dari komen-komen di thread tu. Kalau ade lagi update, akan update.


Komen pertama:
Ok. Saya komen kat sini sebab kak XXXXXXX seru saya ke sini. Maka saya huraikan hujjah saya, terpulang pada semua nak terima ke tak.

Saya naqalkan kata2 dari 3 guru saya dan 2 qalam ulama:

1. UAI: tak sah solat jika kita menanggung najis. Bayi bukan najis. Yang najisnya ialah pampers dia kalau ada air kencing atau berak. Kalau kita menanggung dia (dukung dia atau pegang dia) maka solat tak sah JIKA pampers dia ada najis. Kalau pampers dia takde najis, sah solat, tapi mane kita nok tahu pampers dia ada najis ke x? Takkan kita nak bukak pampers dia tiap kali kita nak solat ye dok? Jadi terbaiknya, kalau anak2 yang masih belum boleh kencing sendiri di tandas, masih memerlukan pampers, jangan la dukung.

Syeikh Nuruddin marbu al banjari: tak sah solat kerana menanggung najis anaknya. Jika lampinnya mempunyai najis, maka syarat sah solat telah dikira gugur, maka solat tidak sah. Jika kanak2 itu sudah pandai untuk membuang najis sendiri di tandas, tidak lagi memerlukan pakai lampin, maka boleh dukung atau pegang. Kanak2 di arab, kemboja, dan di mesir kebanyakannya dilatih untuk bebas dari lampin (atau pampers) seawal usia 11 bulan.

Ustaz hairol nizam al azhari al malizi asy syafie: jika menanggung najis, tak sah solatnya. Jika anak itu bebas dari najis, sah solat orang yang mendukungnya. Hadis tentang saidina hasan dan husin menunggang belakang nabi masa nabi sujud tu, tak dinyatakan umur cucu2 baginda. Maka dapat disimpulkan cucu2 baginda sudah pandai membuang najis kecil dan besar sendiri kerana mereka sudah boleh bermain kuda, berlari dan memanjat badan nabi. Hadis nabi mendukung hasan pula, ketika itu hasan sudah pun 4 tahun lebih, maka hasan diyakini tiada najis ketika itu.

Syeikh Dr Wahbah Az Zuhaili: kanak2 di bawah usia 2 tahun, yang belum pandai berdikari untuk membuang najisnya sendiri, tidak boleh dipegang atau diangkat atau didukungi oleh orang yang bersolat kerana menyebabkan org itu menanggung najis.

Syeikh Fahmi Zamzam al banjari: tiada sah solat orang yang menanggung kanak2 yang bernajis. Jika kanak2 yg tiada najis padanya dan telah disucikan kemaluan kanak2 itu dari najis, maka sah solat orang itu.

Kesimpulan: fahamkan, isunya BUKAN PASAL ANAK DAH DISUNAT ATAU TIDAK, BUKAN PASAL NAJIS MUKHAFFAFFAH atau tidak, ianya pasal menanggung najis. 

Kalau nak cerita pasal kencing bayi lelaki (najis mukhaffaffah syaratnya bayi lelaki bawah 2 tahun yg hanya minum susu ibu sahaja, kalau dah kenyang minum/makan selain susu ibu walau hanya sekali, najisnya tak dikira mukhaffafah lagi) hanya perlu percik, itu menunjukkan perbuatan nabi hendak menyucikan kencing bayi lelaki dengan memercikkan air. Kalau pampers anak lelaki anda ada najis kencing, adakah anda dah percik air sebelum solat? Adakah anda percik air masa sedang anda solat? Tak. Maka pemahaman anda salah. Jadi, tetap tak boleh dukung samada bayi lelaki atau perempuan, kerana najisnya ditanggung oleh kita semasa solat. Kalau dah tukar pampers dia, dah sucikan atau istinjak kemaluan bayi tu, yakin suci, maka silakan dukung, asalkan yakin dia takkan terkencing pulak masa kita tgh solat dukung dia tu. 

Wallahu ta'ala a'lam bissowab



Komen kedua:
Nurul Zaiza: takde dalil dari hadis dan al quran pasal ni. Tak semua benda hukum diambil dari dua sumber ni. Selain al quran dan hadis, hukum diambil dari ijma' dan qiyas Ulama. Contoh, hukum hisap dadah, ulama qiyas dgn dalil arak. Sebab ianya kedua2 mengkhayalkan.

Isu dukung bayi yg pakai pampers ni tak wujud zaman dulu. Lagi2 carrier. Dulu takde. Tapi semua dalil tentang nabi dukung cucunya dan hadis cucu nabi naik atas belakang nabi masa nabi sujud pastu buat macam main kuda tu semuanya masa cucu2 baginda dah berusia lebih 3 tahun di mana dah pandai gi berak kencing sendiri di tandas, x memerlukan pampers.

Ini beza hukum2 maslahat mutaqaddimin dengan maslahat mutaakhirin.


Komen ketiga:
Nadia: kalau anak naik atas kita atau berpaut pada kita masa kita tgh solat, masih tak batal lagi solat JIKA kita cepat alihkan. "Cepat" tu tak bermaksud kena tolak atau alih dgn pergerakan pantas. Cuma jangan tangguh utk alihkan, angkat dia slow2 macam biasa kita angkat dia dan alihkan dia ke tepi. Dalam mazhab syafie, pergerakan 3 kali berturut akan membatalkan solat. Kalau pergerakan yang tak berturut, gerak 1000 kali pun tak batal solat. Ini yang ramai orang kita salah paham, ingatkan ada 3 kali je bleh gerak dalam solat, sedangkan imam nawawi huraikan pendapat imam syafie tu jika hanya gerak 3 kali pergerakan besar yang BERTURUT2. 

Jadi, kalau anak nak duduk atau berpaut kat kita, kita segera angkat dia (1 pergerakan), gerak satu langkah ke depan (langkah besar sikit) dan letak dia (1 pergerakan), dan langkah semula ke belakang ke kedudukan kita tadi (tidak dikira sebagai pergerakan kerana pergerakan yg kembali kepada kedudukan solat tak dikira pergerakan yg merosakkan solat sebagaimana qiyas dalil langkah ketiga ketika kita naik ke saf depan bukan dikira pergerakan).

Jika berulang kejadian tu dalam solat yg sama, boleh ulang lakukan seperti itu. Kalau sesape talaqqi kitab dengan guru2 murshid, insyaAllah akan paham bab pergerakan 3 kali ni dan perbuatan berkali2 dalam solat, yg mana membatalkan dan yg mana tak membatalkan.

Haaa.. Tak tau lah kalau ade edited/update version nanti.

Memang thread ni menarik perhatian aku cos banyak kali org share pergi umrah dukung baby (even aku pun banyak kalo sewakan baby carriers untuk org pergi umrah) and solat sambil dukung baby dalam sling/wrap/ssc... 

Kalau ade tambahan info, jemputlah komen. Copy paste utk rujukan sendiri di kemudiab hari. Almaklum aku sendiri sgt jahil lagi...



Alhamdulillah...

1 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru? Share catanan2 sekolah atau e-books?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dm files lain dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)