Tuesday, April 7, 2015

Gestational Diabetes Mellitus

bismIllah...


GDM - Gestational Diabetes Mellitus (kencing manis time pregnant)

Haaa.. tu aku la tu.

Ni aku copy paste dari website mana tah, xjumpa lak link cos dh terclose tab:

GEJALA/TANDA

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko.
Doktor akan menjalankan ujian darah Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 28 hingga ke 32.

Apakah ujian OGTT?

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya.

Interpretasi hasil ujian
Venous plasma glucose (mmol/l)
Fasting2 hours post glucose load
Normal< 6.1< 7.8
GDM-> 7.8

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian OGTT ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.




Ni la rupa buku pink aku yang ke-3
Kat atas bahagian kiri tu nombor id Hospital Ang. Tentera

Notis yang dibulatkan tu reminder:
esok (8hb April) kena amik mesin kat hospital
9hb April buat sendiri test gula dlm darah guna mesin tu
10hb April plak masuk wad cos nak jumpa doktor.



Anyway, aku punyer result lepas minum air gula dulu 7.9. Terlebih sikittttt je. So sangkut lah kan.

Now kena check darah every 2 weeks. Buat BSP (Blood Sugar Profile) untuk monitor paras gula dalam darah.




Kenapa kena masuk wad? 

Sebab nak jumpa doktor. Tu je jawapannya. HAHA. Aku sentiasa tension setiap kali kena warded cos banyak buang masa... aku paham, doktornye sorang je so of cos kena tunggu... tapi once dah jumpa doktor, nak discharge punye lah kemain lama... let say doktor dah jumpa pukul 11pagi, 4.30 petang belum tentu ko dah keluar wehhhh. Haaa.. tak ke buang masa? Tu yang aku tak larat tu. :(

Anyway, that's HAT for you.


Oklah. Back to the title, since aku kena buat BSP sendiri, aku decide untuk beli je mesin check gula tu sendiri. Tak sampai RM100 pun. Ok jela bagi aku... malas nak pinjam hospital punye lagipun dia punye takde pen utk cucuk kuar darah tu. Diorg bagi jarum biru tu je semata-mata hahaha... jenuh le nak membajet kedalaman cucukan untuk kuarkan darah. Plus, mesin diorg guna strip yang nak banyak DARAH. So seksa gak le nak menekan-nekan jari bagi kuar darah. HEHEHE...

Maka, beli jelah sendiri.


Aku beli brand GlucoDr cos murah, warranty 10 tahun and pharmacist situ rekemen.


Harga lepas GST RM97.30

(Selalunye lepas less RM90 je)




In action.

Dapat 4 benda.
1. Lancets (or jarum utk cucuk jari bagi kuar darah)
2. GlucoDr Auto Meter (mesin check darah tu la)
3. Test Strips (yg strip tu aku dh cucuk kt mesin pada gambar di atas)
4. Lacing device (mcm pen tempat letak lancet and cucuk jari)


Aku suka test strip ni cos tak perlukan darah yang banyak. 

Sikit je udah...




Hari ni aku pergi juga check up kat Sejati. Actually takyah dah pergi cos ko dah check up hospital, pergi hospital jelahh... tapi, ahhh suka ati aku la kan. Lagipun Dr Goh tu specialist. Hehe... Scan tadi kepala baby kat bawah. Wahh lega je... jangan la baby nak naik-naik kepala ke atas yer. Stay that way sampai time nak beranak hopefully...

And macam biase, ade cords around neck. But I just read last night it's nothing to worry about.

So yeah.... 24 weeks and counting baby!

Moga dipermudahkan kelahiran kali ni. I want a normal birth. (I actually want a homebirth but that's quite impossible now that we don't have bidan kampung in Beruas anymore. Blerghhh. And oh, takde kelas amani kat Manjung ni... and aku tak confident le nak beranak sesorang kat rumah dengan husband je T_T - so i guess, hospital birth it is.....)

Aku sebenarnya masih tak confirm nak beranak kat mana ni. HAT or... somewhere else? Teringin nak beranak kat private plak. huhu...


Oh well... tengok le camne.

Till then, adios.


Written By Ryehana
alhamdulillah...

2 comments:

Allene typicalmommy said...

time preggy benda2 ni la yang risau kan. semoga dipermudahkan sis

natasha said...

salam sis,nak try x mnum mineral coffee coz based on experinece mommy to be yg ada diabetes mellitus ni,diaorg mnum mineral coffee bacaan gula dalam darah diaorg almost normal..
just my 2cent sis..hehe