Wednesday, September 27, 2017

Snowbell


bismillahirrahmanirrahim...


Dah lama nak update hal kucing-kucingan, tapi busy manjang... now tengah free jap, anak-anak dah tidur, dah minum kopi secawan, mood pun datang untuk update blog hehehe...

So Lola was adopted last July, then aku ada juga menjaga stray cat for 3 weeks before dia melarikan diri.


The stray cat was Snowbell.

Tak tahu kucing siapa, tapi obviously kucing tu kucing baka cos mukanya penyet. Semi flat face or flat face ntah tak tau la aku. Bulu dia memang panjang tapi tak berjaga. Kesian sangat... bagi makan je before cos dia macam liar, then balik dari Langkawi last month, aku tangkap and jaga.



Video pertama Snowbell. 

Dah selalu nampak dia kat taman perumahan tapi tak amik cos macam bertuan. Dia akan duduk kat depan rumah jiran yang bertentang rumah kami.

She was so filthy. Aku sendiri geli nak pegang sebenarnya. Tapi aku kesian, I know she was beautiful before. She must be. Muka dia memang bukan muka kucing kampung. Plus, she's a long haired cat.





Kotor gila kan?

Dengan busuknye... huhu...



Tak sempat aku nak mandikan, laki aku dah mandikan Snowbell dulu.
Tapi tak puas hati cos hitam-hitam kat kaki takleh hilang. Kena cukur buang, so aku bawak terus Snowbell pergi jumpa vet.



Animal Clinic kat Seri Manjung (near Giant)

Masa ni aku datang time klinik dah nak tutup. So tak lama la consultation nyer.
Bagi makan ubat cacing, letak ubat kutu and aku mintak diorang tolong trim and buang bulu-bulu yang dah rosak/hitam/melekat tu.

Found out her gender (masa tu tak tau jantan ke betina), how old she was (vet said she's old), she has eczema at her front legs, and her tongue ada masalah... and also mouth ulcer. Sebab tu mulut dia berair je... kesian sangat :'(


Rupa Snowbell lepas balik klinik.

Ekor dah kena cukur. Bulu-bulu area bontot, kaki pun kena cukur...


Muka garang.


Caged.


Then aku hantar dia pergi grooming pulak. Sebab tak puas hati tengok rupa dia macam tu.
Aku pergi DJ Pet House kat Venice, saje usya-usya cat food and then owner dia ramah so aku tunjuk gambar Snowbell and tanya pendapat dia camne nak bagi elok... dia suruh aku bawak untuk grooming and treatment.

Bila bawak, he said bulu Snowbell ada hama (yela dia lama terbiar kan) so better aku cukur habis or buat lion cut.

Tanya berapa kena, RM120. Gulp. Tapi buat jelah cos kesian menengok rupe Snowbell tu.


With Mr Addy Ong, owner DJ Pet House yang telah groomed Snowbell.


She did look better, didn't she?

Bersih dah. Baru la aku lega nak pegang-pegang. Haha



Blah je dari pet shop tu aku terus ke klinik haiwan lagi satu kat Taman Samudera. Tak pernah pergi sini, tapi sebab Mr Addy tu rekemen sesangat untuk ke sini to treat Snowbell's ulser, aku pun pergi la.


Vet dia melayu, Dr Hidayah (not the one in pic)



Ubat Snowbell... was charged RM40.

Tapi seksanya la nak bagi dia makan ubat oiiii...

Tak baik-baik sudahnye... sebab dia tak makan ubat/luahkan semula. Bengang je aku...


Beza sangat rupanya kan... Bersih je. Suke betul aku time ni hehehe


Balik dari klinik macam gatal badan/nak mating. Ntah le... asyik bergolek... tapi malas layan.



Kalau jaga elok-elok, memang lawa dia ni... tapi aku fail bab bagi makan ubat.

Dah bersih baru la aku lepas dia masuk rumah. Tu pun dia takut-takut....

Oh btw, rumah bertambah jaring untuk elakkan kucing lari huahuahua...

Penat jaga kang lari, sia-sia je usaha...





Anyway, Snowbell dah takde dalam rumah ni.

Dia lari lepas aku mandikan dia beberapa hari lepas. Elok mandi and dah keringkan, saje la aku lepas dalam rumah. Rupanya Umi lupe tutup pintu depan. Ape lagi, mencicit dia lari... tapi dia lari pergi rumah bertentang ni je... dekat je... so I guess maybe tu rumah dia/tuan dia?
Tapi kenapa la tak jaga leklok... sian Snowbell...

Now dia ada juga datang kejap-kejap ke rumah ni tapi luar pagar je.
Datang cos nak makan kot?

Husband dah pesan suruh tangkap kalau dapat cos ade kawan dia nak jaga.

We'll see... kalau dapat la cos dia jinak-jinak merpati.

Aku dah jaga 3 minggu dalam rumah pun dia still distant. Sabo jelah.

Lola hates her by the way =P





Video and gambar terakhir Snowbell yang aku ada.
Right before dia larikan diri...


First time aku mandikan dia.

Sekarang dah comot balik dah bila ternampak kat luar. Sabar jelah Snowbell oiii



Oklah tu je nak cerita hal Snowbell si kucing jalanan, the free cat. 


Since she's gone, I have adopted another cat.

That one will be in another post.

Till then. Toodles!







Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: