Tuesday, May 22, 2018

Ana nak kurus (again)

bismillahirrahmanirrahim...



The first time aku guna hashtag #ananakkurus2016 was in... well obviously, in 2016.

Started in Feb 2016, sampailah July 2016 aku lost 5-6 kg cmtu. Dari 81 kg ke 75 kg. Paling banyak turun pun ke 72 kg kot. Tak pernah capai lagi under 70 walaupun itu target aku.

Target 70kg je cos rase macam susah nak capai... Indeed, tak tercapai pun kahkah.

Masa 2017, try jugak nak lose weight and pergi gym bagai tapi tak consistent. Kak Yantee dah pindah and aku takde geng nak pergi gym.

For 2018 ni pulak, alhamdulillah Kak Ikin ade komen ig aku ajak pergi gym sesama bila dia baca instagram post aku tentang kegemukan aku. Berat aku dah naik balik ke 80 ish. Serius memang bila dah cecah 80 kg ni kau akan risau cos lemak banyak sangat-sangat and secara tak langsung ko jadi malasssss sangat.

So aku start pergi gym semula dengan Kak Ikin pada 10 April 2018.

Kak Ikin ni jiran kat kampung di Beruas actually. Anak Cikgu Wan & arwah Cikgu Ayeob. She's older than me... aku darjah 4, dia dah form 5 tak silap hehe... memang tak pernah pun jumpa masa kat kampung cos semua dah bawak haluan masing-masing kan. Umur pun bukannye sebaya. Memang bukan geng kawan-kawan. Tapi tup tup tengok leh pulak jumpa kat Manjung hehehe. Masa dengan Kak Yantee dulu pun Kak Ikin ada join jugak sebulan... Alhamdulillah syukur sangat ada kawan nak workout sama-sama tahun ni. Nak pergi gym ni bagi aku, kena ada kawan. Kalau tak memang kurang motivasi sikit huhu. Btw, Kak Yantee pulak baru bersalin 2 weeks ago.

Kali ni kami training di Workout Station, Manjung. Opposite Billion lama dekat hotel Leadview lama. Now hotel Leadview dah takde, bertukar ke Hotel Sfera. Billion pun dah berganti TF.

Trainer: Jack (owner gym)
Fees: RM138 seorang (untuk berkumpulan, kalau personal one vs one RM3xx). Ada 14 sesi.


Weight records yang aku buat sendiri start dari 1st day join training by Jack.



Berat di atas tu adalah masa timbang kat gym. Kitorang pergi gym pukul 5 petang until 6 camtu. Start bulan puasa, kena la pergi malam. Baru 2x aku pergi gym di bulan puasa.

Yang paling ketara of course bila dah puasa... hahahah baru la banyak berat turun. Perut pun kurang la buncitnya. Still buncit, tapi takdela rase spare tyre aku macam tyre lori lol



Untuk dapat normal BMI, berat aku kena sekurang-kurangnya 65 kg!
Ni berat masa zaman anak dara wehhh hahahaha


Berat masa kahwin around 64-65 kg. Start preggy anak sulung, naik dan naik sampai la masa 9 bulan pregnant, berat aku cecah 83-85 kg cmtu before masuk labor room. Naik 20 kg weh.

Lepas beranakkan Razin, paling kurang berat aku cecah 70 kg. Masa tu kira kurus la jugak lagi. Just slightly overweight.

Then bila preggy anak no.2 and no.3, dah le rapat-rapat... czer plak tu dua-dua. Dengan takleh berbengkung nyer... masa preggy Raiq, berat aku masa sebelum melahirkan was 97 kg! Scary sangat. huhuhu...

Lepas beranak just turun ke 80 kg camtu. Still gemuk. Sedeyyyy


Hopefully tahun ni berjaya capai berat di angka 60 ish. Target nak capai 65 kg semula. Insya Allah... memang kena diet, tapi aku ni biasa la... sejenis manusia yang suka makan and tak kisah berhabis duit kat makan. Makaaaaa, lambat la turun berat.

Ni sebab bulan puasa, and kena work out malam, nak tak nak aku kena bersederhana waktu berbuka cos ko tak nak termuntah segala makanan time workout nanti hahahaha.... so masa berbuka memang makan ala kadar je. Macam biasa... pukul 8.30 pergi work out, balik dari gym, mandi terus tido. Takde kudap-kudap dah. that's why berat cepat turun hehehe...

Today timbang di rumah beratku dah 75.2 kg.

Tak sabarnya nak berat turun ke 65. Lagi 10 kg to go~ 

Semoga istiqomah dalam mengawal pemakanan. After all, perut tu punca penyakit. We are what we eat, right?

Aku bab exercise insya Allah ok. Rajin.
Bab makan susah sangat nak control. Sebab tu masa training dgn Kak Yantee dulu berat lambat turun. sebulan sekilo je. Masa tu memang tak control makan. Lagipun breastfeed Raiq lagi... Still, berat boleh turun kalau consistent exercise... cuma LAMBAT. 5 bulan baru turun 5 kg, ko rase?? hahaha

Under Jack's training memang hari2 dia timbang berat sebelum training and selepas training. Dia akan pastikan berat kau mesti turun at least 0.3kg dari awal sesi sampai abis sesi hari tu.

Then if next day berat kau naik banyak, siap sedia nak kena denda naik tangga turun tangga macam nak gila. Penat gile weh yang ni. Aku sampai merangkak-rangkak naik tangga dibuatnya kahkah. Gile betul. 

And dia akan tanya ko makan ape arini, pastu bebel2 bab makan bla bla... so secara tak langsung ko CUBA gak la control makan cos tak nak kena denda teruk and kena bebel. kehkeh...


Our trainer






Kebetulan pulak nak raya kan... tapi aku pergi training ni bukan just nak kurus je. Aku nak fit jugak. 

Antara sebab aku pilih gym; 
a) Nak fit. Supaya boleh berjalan jauh-jauh tanpa rase letih
b) Supaya ada strength. Boleh angkat budak tanpa lenguh
c) Sebab nak ada toned body. Lawo! hihihi...tak dapat body idaman, dapat sikit-sikit pun jadi le 


Okay. That's all for now. Bye


Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: