Friday, July 26, 2019

Pengalaman bersalin Caesarean di Hospital Seri Manjung

bismillahirrahmanirrahim...


Well well... baru malam ni aku jengah blog and tengok ada draft seperti tajuk di atas... kahkah. Baby dah 3 bulan dah weii... gile busy nak mampoih bila anak dah masuk 4. Langsung takde free time nak blogging2 dah kahkah

Anyway...

Tarikh bersalin yang diberi adalah pada 10 April 2019.

Tapi kena masuk wad sejak 9 April.

Aku kena czer sebab dah ade dua previous scars. Itu je sebabnye... since hospital memang tak bagi dah untuk normal. Kalau kau berani nak homebirth or berani tak ikut saranan ke hospital untuk dibedah sebab nak tunggu sakit normal, silakanlah. Aku tak berani. Kikiki... so ke hospital jelah.


Giler kembang betul muka aku... ni masa 9th April kot? Kena warded one day before.
Menyesal actually beranak kat Hospital Seri Manjung ni cos wad bersalin dia takde kelas-kelas. Semua wad kelas ketiga. Laki aku dah suruh beranak kat HAT je tapi degil kan... Kengkonon fobia masa beranak czer Raul dulu sakit sesangat.

Tapi... yang ni pun sama. Plus lebih lagi. Ceit.

Takpela. Merasa le dok Hospital Manjung hahahah


Aku ni dah ingat2 lupe camne kisah di wad. Memula masuk wad 1 kot? Then dah operate, pindah wad 2. Or was it vice versa?

Wad yang kedua tu bising le jadinye cos ade banyak baby hahaha... pening weh, baru nak tido, and baru bagi anak tido, sekali ade baby lain melalak, hahhh jenuh. Baby kau pun bangun T___T

Jom layan gambar jelah.



Kikiki... rombongan doktor pelatih. Baru merasa kena intebiu2 dengan doktor-doktor pelatih.
Layan... sebelum ni dok beranak kat HAT and Sejati mana ade kena intebiu2. Rasa mcm celebrity pulak. kahkahhh


Mamito kirim makanan kat suamiku.



Sempat lagi selfie cos boring gila. Aku masuk hospital masa 39 weeks and how many days tah.
Yela due date 14 July, warded 9 July. Tunggu gak kot2 ada sakit ke hape, harammm...



Next day. 10 April. Hari kena operate.
Dah pakai baju biru, baju masuk OT. Lama menunggu wehh cos banyak pulak kes emergency yang potong queue aku masuk OT. Maka, tunggu jela. Ni la kalau beranak kat hospital gomen, kena la sabar (walaupun dah puasa dari malam huhuhu)

Aku rase aku masuk OT dalam waktu petang gak la. Pukul 2.30 kot. Cos baby lahir 3.30 petang camtu.

Aku dibedah oleh doktor yang juga customer Mama Panda (lol)
Aku memang le tak kenal orang kan, then masa hari warded tu ade seorang doktor ni masa melawat katil-katil bile sampai kat katil aku, dia tegur "Kedai siapa jaga? Bukak ke?"

Ehhhh... ni customer ke? 

Then she said "Tak pernah pun ke kedai, selalu beli online je"

I didnt catch her name, so bila ade nurse datang, aku tanya la, tadi tu doktor tu nama apa?
And she said that's Dr N. Aku pun search la nama tu kat inbox email. Yes, regular customer juga. Dah beberapa kali beli barang Skip Hop and some other stuff. Hehe...

Puan Dr, if you read my blog or in my FB friend list, "haiiii and thank you so much for delivering my baby"




Anyway, bilik pembedahan di tingkat atas, wad bersalin lak di tingkat bawah... so jenuh juga la diusung naik lif ke hulu ke hilir hehe...

Dalam OT room, ade je male people. Ramai le jugak. Adehh segan. Masa kat HAT dulu pun ade gak... tapi kan, better HAT lagi la cos lepas baby lahir diorg letak atas dada while perut dijahit semula. Ala letak kejap jela for skin to skin. Kat Hosp Manjung takde... dah keluarkan baby terus bawak bersihkan. Tak tunjuk pun sex baby for mother to confirm. Beranak sebelum2 ni semua tunjuk... Doc akan tanya "Tengok ya, baby boy ke girl?" then aku cakap 'Boy' baru baby dibawak pergi. Well, hosp manjung busy gile gamaknye kan. Ape bole buat...


My 4th boy.
Also my last baby. haha.. cukup2 sudah. Dah 3x operate... tak sanggup dah...
Badan pun dah macam-macam masa preggy huhu


Lepas kuar OT, aku dihantar ke wad lain. Wad kedua ni nombor berapa tah. Wad 1 ke wad 2. Lupe dah.

Elok je lps sejam kot, bius hilang and I was in so much pain. Sakit yang takleh cakap la sakit dia cmne. Macam luka kat perut tu ternganga and on fire. That's how I think it felt like. Aku sakit sangat-sangat and the painkiller that the hosp gave didnt do anything!


Ubat bulat warna oren tu painkiller nye. Allah... langsung tak rasa ape! Sakit jugak.
Kapsul merah tu ubat tambah darah ke ape tah. Tu jela ubatnye. Takde antibiotik. Kalau beranak kat Sejati and HAT ada dapat antibiotik...

And I miss the painkiller given by Sejati. Tapi tak tau nama apa, so aku suruh laki aku beli panadol actifast je dua papan since bile aku mintak painkiller lagi, nurse bagi PCM je pun.

Sakit gile tu memang tak tau nak cakap. Sampai nangis2 aku... aku heran dengan orang katil sebelah yang czer gak tapi bile doc tanya painscore, dia jawab 3,4 je out of 10!

Aku? 
Painscore aku 8 ok. yes 8!!

Pastu nurse tak puas hati tanya lagi yeke painscore 8 ni, kalau 8 awak dah takleh nk bercakap dah. Dok meraung je. Wehhh stress aku. Dahla sakit, x caya lak aku cakap aku sakit gile. Dah memang painkiller yang diberi macam xbuat hape pun. Aku siap topup sendiri makan panadol actifast whenever aku dah tak tahan sangat2.

Orang cakap sebab I cut/tied my tubes, that's why lagi sakit.
Or maybe this is the 3rd c-section at the same place. of course le sakit weh. Plus, painkiller cam takde fungsi je T___T


Opah datang dengan Mak Cik Pah and Aneh.




That's how close u were with katil sebelah hehe...
sorang nangis, sebelah lagi pun nangis




1st day beranak, baru kuar OT akan duduk dekat depan.
Dekat dengan kaunter nurse untuk pemantauan




To my surprise, ade paed datang melawat and he said my baby had CTEV atau nama ringkasnye 'club foot'. You know, kaki macam golf club tu... dia masuk ke dalam ckit.


So aku kena tunggu jurupulih datang untuk check and pakaikan splint.

They came and gave baby this...


Baby kena pakai sebulan then datang appointment untuk jurupulih check perlu pakai lagi atau tak.
Kena pakai 2 jam, then tanggalkan 2 jam... ulang la setiap hari gitu.
Aku lega juga cos jurupulih kata mild je ctev pada baby... and just one foot. The right one.


Alhamdulillah masa check up 1 month tu jurupulih kata takyah pakai dah.
Lega Mak...



Ape ni?? haa ni susu formula yang aku seludup masuk.
Aku topup je cos malas nak sesak-sesak otak nak stress bab susu cos susu aku memang kuar lambat if czer. Macam yang diagak, hari ke-3 baru bengkak dada cos susu finally kicked in. Tapi kena ingat, of cos must direct feed kerap juga. ni aku bagi kalau aku ngantok gile and baby xmo tido. nak bagi kenyang hahaha... mak dah tua, penat wehhh.. dengan sakit luka bukan calang2 nyer, koser dah aku nak stresskan diri bab susu. Guna jelah ape2 yang boleh help me with my sanity.
Aku guna susu Karihome btw. Mahal gile. Tapi bagus gak la. Baby takde kuning :)


Lainnye muka dia masa baru lahir dulu...
now dah 3 bulan lebih, dah lain hehe...



Ok kat gambar ade tulis Wad 2. So betul la Wad 2 hahaha... wad lepas dah beranak.



My bed. Gambar kenang-kenangan.


Toilet wad 2. Kongsi-kongsi la yer...
Semua aku upload untuk persediaan mental to those yang decide nak beranak kat sini. Ok je cuma biase la hospital kerajaan kan...

Selepas 3 hari baru leh discharge if beranak operate...


Merasmikan Doona stroller and carseat.
By the way, that Doona Essential Bag is the bomb. Ni dah jadi handbag hari2 aku sekarang HAHA

love it~





Sekian, berjaya pun update hal beranakkan baby no. 4!

And his name is Razzan Areez.

"Dignified Leader"






Written By Ryehana
alhamdulillah...

2 comments:

Anonymous said...

Hye nk tya...lps ceaser tu nk bgn cmna? Bgn sdri ke...afts 24 jam ceaser?

Ryehanna said...

Dear anon,

Bangun mmg struggle tapi berpaut je dgn palang katil. Kena tahan sikit perut yg bekas operate tu