Thursday, August 1, 2019

Sunatkan baby


bismillahirrahmanirrahim...




Yes, Razzan dah disunatkan atau dikhatankan sejak dia 2 bulan lagi.

Now he'll be 4 months this 10th August. Settle... takyah nak pikir dah bila nak sunatkan dia nanti haha...

Fyi, Razin dah sunat tahun lepas time cuti sekolah. Right before masuk Darjah 2. And pengalaman aku jaga budak bersunat adalah... hmmm tak best. Razin asyik nangis-nangis and nak mandi seksa, nak kencing dia takut bla bla... Overall, it was not a good experience cos aku jadi sedih and helpless bila dia nangis-nangis sakit.

What to do kan? Memang le sakit. Tahan jelaaaa... memula mak memang ok... lelama mak naik panas telinga pulak dengar. So I swore the next baby would be circumcised whil he is still a baby!

Patutnye nak sunatkan masa umur 7 hari (memang sunnah) tapi busy mak berpantang tak abis-habis sakit kat luka czer, nak kena cucuk ubat cair darah le ape blabla so tak buat la. Masa dah habis pantang baru sempat.

Aku buat sunatkan baby ni genap baby umur 2 bulan on 10th June 2019 di Klinik Dr Ismail berdekatan Farmasi i-sihat dekat Giant Manjung (now TF).


Tunggu nak masuk. Takyah buat appointment pun. Boleh walk in sahaja.




Abang lagi dua orang tu tak sunat lagi haha





Mak jugak yang masuk tengok baby sunat cos Ayah jaga abang-abang kat luar...





To name card Klinik Dr Ismail.



Overall, sangat sangat recommended. RM180 sahaja and clamp/plastik pada bebird baby tu akan tercabut tak sampai 10 hari. Hari ke-7 tak silap. Tu pun pengasuh baby yang bagitau.

Time sunat tu yes, baby memang melalak la masa cucuk bius kat bebird dia. Proses sunat baby sebijik macam gambarajah di bawah:-


Ramai yang cakap kesian sunatkan baby even mak aku sendiri cakap takyah la sunat time baby. But then, aku jugak yang kena jaga diorg sunat bila besor nanti. sanggup nak dengar meraung-raung sakit? No. No way. Nanti Raul & Raiq tu sunatkan sekali je. Biar bapak diorang jaga hahaha...

But seriously tak susah langsung jaga baby bersunat. Macam Razzan ni, kitorang pergi pagi dalam pukul 9.30-10 pagi camtu... Lama menunggu je la cos dah ada patients beratur nak jumpa doktor. Prosedur takes around 20 minutes je rasenye. Kejap je.

Baby boleh pakai pampers macam biasa.
Baby boleh je meniarap (sebab Razzan jenis tido meniarap kekadang).

Petang tu time aku mandikan, dia ok je. Tak nangis pun. Dia memang tak nangis time mandi cos he loves his baths.

Masa tengah hari lepas balik klinik tu je la lepas habis bius kot, dia merengek-rengek la sakit. Waktu tu memang merap la so layan jela. Kite tau dia sakit kan. So ikut jela bagi susu ke ape... nak dukung je pun ok, dukung je... 

Doktor ade bagi ubat tahan sakit tapi pcm je pun. So bagi je if dia merengek teruk sangat. And ade ubat sapu jugak untuk sapu kat bebird dia.

Esoknye dia dah ok, gelak-gelak and time mandi pun rileks je. Alhamdulillah senang sangat jaga. Menyesal tak sunatkan Raul & Raiq time baby. Dulu tak tau and tak terfikir pun. Ni pun sebab masa sunatkan Razin aku rase mcm kesian gileeee... tu yang decide sunatkan Razzan time baby. 

Raul & Raiq memang takut dah bile sebut hal sunat cos diorang tengok Razin melalak macam hape lagi dulu.

Bila aku cakap nak sunat macam baby tak? Sebab baby tak nangis...baru la ok. haha... tunggu dah Darjah 1 atau 2 nanti la kot.


Well, till then. Daaa




Written By Ryehana
alhamdulillah...

1 comments:

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

Assalamualaikum…
saya juga sunatkan ketiga2 anak sy yg lelaki ms kecil. Salute lah puan dh boboiboy ke-4..tahniah ats kelahiran baru