Monday, April 13, 2020

Buat burnt cheesecake guna air fryer

bismillahirrahmanirrahim...


Almaklum musim PKP ni kerja asyik nak mengisi perut je. Though actually I started baking this cake since before PKP tau... sebab orang dok share resepi kat FB haha


I used Haier air fryer. Lama dah beli... Air fryer ni beli kat Go Shop, dapat free 2 container besi/aluminium yang perfect size utk masuk dalam air fryer tu



RESEPI BURNT CHEESAKE USING AIR FRYER (for 6 inch cake)

1. Cream cheese 250g
2. Gula halus 1/2 cawan
3. Telur 3 biji
4. Tepung gandum 2 sudu besar
5. Whipping cream 125 ml.

Ni resepi dari group air fryer kat Facebook tapi kan, umah aku takde tepung gandum kahkah, Aku guna tepung jagung pun bolehhh lol.  Gula halus/gula castor pun takde kat rumah aku (we are not a baking house) so aku blend je gula biasa bagi halus sebanyak 3,4 sudu besar. Settle =P

Cara-caranya:
1. Mix atau blender (kalau takde mixer) SEMUA bahan di atas sehingga lembut
2. Masukkan dalam loyang 6 inci dan Air Fryer dengan suhu 180 darjah celcius selama 25 minit. Lapik loyang dengan baking paper or if takde baking paper, guna marjerin salut bahagian dalam loyang supaya senang nak kuarkan kek (aku guna baking paper je senang)
3. Dah siap, biarkan sejuk then masukkan dalam chiller/peti sejuk.
4. Potong setelah sejuk (5 jam dalam peti sejuk at least)


By the way, aku preheat dulu air fryer selama 5 minit tapi sukati la nak preheat boleh, tak nak pun takpe.



The first try cheesecake aku agak lembik cos aku humban semua whipping cream dalam tu.
Yela, 1 kotak kecik whipping cream ada 150ml. Kat resepi 125 ml, so aku ingat takpela humban je semua. Hmmm udah bergoyang-goyang and lembik kat tengah haha... 

So stick jela to the recipe, lebihan whipping cream tu leh letak dalam ayor hot chocolate ke, ayor kopi ke... belasah le... jangan membazior




Aku guna cream cheese Tartura masa first try ni. If guna cream cheese tu mesti berbisul je rupa kek. Huduh la sikit hahaha... If guna cream cheese mahal, elok je cantik




Rupa lembik cos tak sempat sejuk lelama dalam peti ais. Tak menyabo semua nak makan. hehe
Ape-ape pun memang sedap la walaupun buruk sikit and lembik kat tengah :p




Second time buat guna cream cheese mahal yang Philadelphia tu.
Premium quality la kiranya... If Tartura harga dalam RM8, yang ni harga dalam RM14 camtu.
Tengokle lawa je rupanya. Rase pun sedap







I lost count dah how many times I made those. Yang pasti, rupa lawa tu guna cream cheese Philadelphia. Ada orang kata sebab tak ketuk-ketuk loyang bagi air bubbles keluar... I did that, tapi stil berbisul kek aku kalau guna Tartura hahahaha


Ini jela kek yang Mak korang tahu/pernah buat setakat ni lol
Tunggu le kalau bosan tahap gaban lagi Mak nak belajar baking hehehe

Even Opah pun terkejut Mak buat kek lol
Tak pernah seumur hidup (padahal Opah tu cikgu KH Ert)

Foolproof kome... sebelum ni memang guna airfryer untuk goreng-goreng nugget la, kentang la, ayam la... tak pernah buat kek. Senang bebenor rupanya
Silalah buat. (and menggemuk hihi)

Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: