Wednesday, June 24, 2026

Artikah

bismillahirrahmanirrahim...

My friend passed away yesterday.

Ika. Aku kenal dia in 2024, I think. Kenal dari Ain Lekir. Ika ni pun duduk Lekir, so I saved her contact as Ika Lekir in my phone.

Aku cuba kenang balik when was the first time aku kenal dia. It was June 2024. Dia whatsapped aku and kenalkan diri as kawan Ain. Kami plan nak hiking ke Bukit Intan di Felda Trolak Timur masa tu. Aku nak follow dari belakang with Serena aku masa tu. Gerak sama-sama and dia tunggu aku kat Caltex Lekir. Rumah dia belakang Caltex je.

Aku bawak anak-anak aku dua orang, Razin & Raiq. Itu lah first time hiking luar sekali. Barulah kenal. Masa tu jugak kenal lagi yang lain-lain. It was really a fun trip, sebab habis hiking singgah mandi sungai and berkelah.

Sejak dari tu, kitorang pergi lagi hiking sama-sama. Lepas Bukit Intan, pergi Bukit Changkat Asa di Tanjung Malim. Masa Jun 2024, tiap weekend aku tak lekat rumah rasanya. Aku bawak Razin & Raiq juga ke Changkat Asa. 




Bukit Intan, Felda Trolak Timur


Ramai masa ni. Gambar diambil oleh Ben Solo yang sekarang dah jadi tiktoker femes ye.

Ni trip dengan Kak Pit yang aku baru kenal sebab join trip ni.



Sempat berendam jugak.

Oh it was fun.



So yeah, it was June 2024 aku kenal dan start kawan dengan Ika Lekir. Lepas tu pergi Changkat Asa pula. Siap picnic kat Batu Bertenggek tengok waterfall. Masa ni takdela rapat mana. Aku pergi sebab Ain Lekir & Ain Azhar. 



Dekat Batu Bertenggek, Perling 



Masa ni aku baru balik dari trip G7 Ulu Sepat which was in early June. Aku teruskan momentum gila hiking sana sini and make new friends. I was happy. I was glad Ika was part of my new hiking friends in June 2024.

Cukup lah tu entry pengenalan.

Since then, banyak sangat aktiviti aku yang aku follow Ika. I remember the first time trip pergi Sarawak in Jan 2025, dia ajak aku pergi Susung Waterfall. Aku tak pernah jejak Sarawak, and tak pernah pergi trip kumpulan yang terbang-terbang ni. Sebelum ni dengan kawan-kawan lain, setakat trip hiking sekitar Perak and then ada sekali group kami ke Kedah. Aku kenal dia dengan Ayah Haship je tapi what the heck, join jelah kan. Buat jela kawan baru. Masa trip Sarawak tu la baru aku kenal ramai lagi kawan-kawan perempuan dok Manjung/Lumut. Best sangat trip Sarawak tu I really was grateful dia ajak aku pergi sekali.



Both pictures generated with Gemini Ai sebab Ika & Ida Klang tak bertudung masa ni. 
Cantik sangat tempat kitorang pergi ni.
Sorry muka pun berubah sikit hehe...


Anyway, it's late.

Aku teringat... so I wrote down dari tarikh awal-awal.

Nanti aku sambung lagi.



Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: