Friday, September 13, 2013

Ngomel

bismIllah...


Orang lain yang nak nikah, aku yang excited. Esok pagi-pagi nak gerak ke Ayer Molek, Melaka... wedding si Chokilala. Insya Allah bakal bertemu jugak dengan budak tu. Selama ni kenal online je... lama gile kot... sejak 2008 something ke... lupe dah aku. And kot-kot akan jumpa other bloggers/twitterers jugak di wedding dia tu? Heee... udah macam twtup la plak.

Anyway, arini mood rajin nak berblog cos aku malas nak buat kerja.. Semalam seharian pening ngadap orders, kemas rumah, bungkus barang and ke Pernama bla bla. Letih.

Kejap lagi aku nak sambung buat keje ckit.

Pagi tadi dahla pergi ke taska Razin sampai 2x cos aku lupa bawak susu! Camne la boleh lupa... padahal aku baru je refill. Tapi yela, memang la aku kelam-kabut sikit cos pepagi buta ada customer nak datang beli Boba. T_T

Diyana dah pesan suruh amik pukul 5.30 cos dia abis kerja pukul 5.30... dia nak tumpang aku balik Beruas (Diyana kerja kat taska tempat aku hantar Razin... well, sebab dia keje situ la baru aku hantar Razin hehe). Ikutkan hati malas nak hantar Razin tadi... tapi bazir plak duit dah bayar. kahkah... gile sepp aku ni.


Ni masa 1st day kat taska. Time nak pick up... 
Razin masih tak reti nak berkawan.


Random picture. Saje upload. Ni gambar hari Selasa masa ponteng tak pergi taska.
Ngantok ape sangat la sampai tertido-tido sejak dalam aeon lagi. Kesian aku tengok. Ssc plak tertinggal dalam kereta. huhu



Oh yer.. bagi yang tak tahu, aku sekarang jual Corelle jugak! hahaha... dah gile corelle plak dah. Nak cukupkan koleksi la konon.. Pehtu jual and buat kutu sekali. hihi...

Berminat nak beli? Boleh usya harga di album-album di Shop Happy by Mama Panda's FB page.
Tu page untuk barangan ibu-ibu gorgeous. hehe...
Harga untuk Corelle sume dah ada kat gambar. Tapi belum masuk pos yer. Cash or 2x payment only.

Tapi teko atas tu aku beli kat orang.. pre-order zaman dulu kala since Razin belum lahir lagi. Baru last week bawak kuar tea cups segala ni.

Sebab?? Baru beli meja makan! hahaha...

Sebab meja makan lama yang bulat tu dah hantar ke Rumah Manjung, maka husband ajak beli meja makan baru. Sebab tu la baru beria nak kuarkan tea set Corelle. Semangat! hahaha.. bengong je...

Mula la dalam kepala otak aku ni nak mereka-reka nak kumpul set Vantage la, Corningware la... and nak beli almari display untuk letak pinggan mangkuk tu sume. Eh tapi untuk Corelle memang aku pakai hari-hari. Beli mahal-mahal tapi simpan nak buat ape. Maka, pakaila! Best cos ringan... and kalau aku tension and main baling2 je time cuci pinggan takde sumbing or pecah. kehkehkeh


Meja makan baru yang simple. Tapi aku suka cos marble. Berat gila babeng maka takkan bergerak dah la meja tu haha...

Nampak baby chair? Tu free gift cos husband aku mintak... Lagipun kedai tu memang dah selalu gile pergi. Sofa beli kat situ, kerusi n sofa pendek kat ofis aku pun beli kat situ. Then beli lagi dining table. Semua bayar cash. Maka, nego habis-habisan. Takde less dah? Mintak free gift. Hahaha... Laki aku ni bab bargain2 bagi la kat dia.

Ape-ape pun hepi sangat ade meja makan baru cos NOW kitorang satu family baru la makan sama-sama dekat meja makan. Selama ni??? tak pernah. Hubby akan makan depan tv. Dia MESTI makan depan tv tak tau dah aku camne nak buat... Maka, aku and Razin pun makan la depan tv. huhu...

Tapi sejak beli dining table ni, kami makan elok2 je kat situ haha... hadoi la... sabar jela kan.

Btw, baby chair tu Razin tak muat pun. Simpan buat pekasam dalam stor. Kekonon husband nak simpan for next baby. Layankan jela...


Sekian sahaja bebelan arini.

Adiossss
Written By Ryehana
alhamdulIllah...

0 comments: