Sunday, September 8, 2013

Our second house

bismIllah...


Alhamdulillah... syukur sangat-sangat kerana akhirnya urusan pembelian rumah kedua dah settle. Cheque dari bank dah dapat Jumaat lepas and owner rumah dah bagi kunci rumah. Ya Allah lega sangat-sangat! Setahun ok proses nak beli rumah ni! Tak caya sila check blog entry INI. Tu pun entry tu ditulis lepas dah sign agreement nak beli rumah bulan July 2012. T___T

Memang banyak songeh betul bila beli rumah second hand. Kalau beli umah baru siap takde la lama gile drag. Tapi tak mampu dah nak beli NEW HOUSE yang semi D kat Manjung ni... especially kalau nak lokasi yang best. Rumah Manjung ni (we called our first house, Rumah Lumut. So rumah kedua ni Rumah Manjung jela) memang di lokasi yang best la. Neighbourhood pun ok sangat. Dalam satu deret rumah kitorang ada 1 je rumah cina. Yang lain-lain semua Melayu dan semuanya ok la... Very quiet neighborhood. Love it!

Suamiku sepatutnya tak balik weekend ni tapi bila gitau dah dapat kunci, terus zassss dia balik Perak dari Johor. HAHA... Excited gile. =p

So meh usya-usya gambar yang sempat disnap semalam... Semalam kami dah pindahkan perabot-perabot yang memang dah diletak tepi untuk masuk Rumah Manjung ni. Sebab planning ialah untuk sewakan kepada company2 yang berminat untuk amik for their employees. So, nak letak fully furnish ler...

Setakat ni dah masukkan 3 buah katil (2 single, 1 queen bed), 1 set meja makan, sebuah washing machine, 2 buah almari baju dan 1 kerusi rotan untuk 3 org duduk. Tu je dulu. Hihi...

Peti ais, tv, katil dan lain2 barang akan bawak masuk slow-slow by next month... Hopefully by next month once dah complete perabot, cepat dapat penyewa.



Rumah Manjung!

The house definitely needs a fresh coat of new paint. 
Tapi takde bajet lagi la nak cat-cat nih... 



Laman rumah. Kami jakun dengan keluasan halaman rumah yang berTANAH. Sebab Rumah Lumut takde tanah langsung. Best! Boleh letak wakaf kat depan tu... and depan rumah kami ada pokok pelam. Hubby suke sangat cos dia hantu mempelam.

Pandangan dari dalam. 



Bahagian tepi rumah.

Luas! Bole la kalau nak bercucuk tanam...

KALAU. 



Ni plak area belakang rumah. Ade banyak tanah jugak. Jiran sebelah rumah extendkan dapur and buat lagi satu bilik kat belakang ni for his maid. Muat. Hehehe...

Lagi gambar belakang rumah. See the green house kat belakang tu?
Tu rumah jiran sebelah.


Nak tengok gambar bahagian dalam?

Malas nak upload cos banyak sangat gambar aku snap haha...

However, boleh usya kat video bawah ni... Saje record untuk simpanan sendiri.




Kelakar kan warna cat dalam rumah ni?
Colorful gila... haha... not my taste. :p


That's all for now...

Kalau rajin, akan update lagi tentang Rumah Manjung ni...

Kalau rajin lah. :p

Written By Ryehana
alhamdulIllah...

6 comments:

Ina Hashim said...

salam,

kat area Fasa 2 tu ye?

Mama Panda said...

wslm..

ni area Fasa 1D something... hehe

myaini said...

syukur...dah settle pun urusan beli rumah ni....tumpang gembira......seronok dah ada 2nd house.....semoga rezeki lagi melimpah ruah selepas ni...

Mama Panda said...

To Myaini: Thanks! insya Allah mudah-mudahan... same2 la kite... hehehe

wani said...

salam, rumah ni available tak untuk disewa? kalau ada, boleh bg details tak?tqsm

shaz_pippo@yahoo.com

-wani-

Ryehanna said...

Sorry Wani, rumah ni dah ada orang sewa starting 1hb Nov aritu.


Thanks