Thursday, December 5, 2013

Huwarghhhh!

bismIllah...



Ya Tuhan...

Aku tengah stress tahap gaban.

Banyak benda pending... banyak benda nak kena pack and buat esok. Matilah aku.

Pastu ditambah stress dengan perkara-perkara after sales.

Minggu ni je 2 customers yang pernah beli strollers ade prob.

1st, barang yang sampai tak cukup parts. Ok, takde masalah. Tukar jelah. Cuma prob is my customer is in Bandar Penawar, Johor. Jauh le jugak nak ke kawasan kota yang ada courier murah sikit dari Poslaju. Aku subsidi postage fee macam aku bayar jelah. Pastu adela ketegangan since stroller takleh nak pakai bawak jalan. Adei... nk wat cmne kan. Luar kawalan aku.

2nd, ade customer baru contact cos tayar stroller dia pecah plak. Dia beli since bulan 9 aritu btw. Aku rasa memang warranty tak cover cos atas kecuaian sendiri. Warranty cover utk manufacturing defect je. Maka, stress menunggu email dari salesperson aku ni. Tak reply-reply lagi amende nak diadvise. Hadoiii...

And banyaklah benda lain jugak. Orang lambat bayar kutu, ade yang dah bayar tapi tak bagi-bagi alamat lagi... ada yang tetiba dah bankin tapi aku tak tau sape and untuk ape? sampai skrg senyapppppp je. PENING LA WEI

Udah jadi satu kerja plak aku nak trace email, FB page messages, FB personal messages. Kat website pun takde order masuk utk amount tu. And memang tak jumpa nama macam kat emel dr maybank tu. Duit masuk, nama penghantar ada... tapi nama kat FB or email xjmpa. So sah le guna nama lain kt FB kan. Tensen aku memikir ni duit ape?? nak pos ke mana??? Adoiii... unnecessary stress di situ!

Tu belum campur hal rumah aku lagi.

Umah dah sebulan tak mop. errr... maybe 2 months? aku pun dah lupe. Lantai macam hape dah. Dengan baju bertimbun tak berlipat toksah cakap la. Aku nak panggil Kak Ana datang kemas rumah pun segan cos teruk bebenor. HAHA...

Harini Mamito and Mak Yang datang umah aku kejap. Diorg tumpang Nan yang ade hal kat Lumut. So ini la first time Mak Yang datang umah aku. Umah aku memang takde ape la. Tak habis-habis busy lagi. So bawak pergi makan kat Beriyani Gam je. huhuh...

Ni Krismas nanti mak+pak mertua nak mai umah beserta dengan ipar duai aku sekali. Kitorang nak pergi Langkawi. Aku dah pening camne nk kemas rumah yang banyak barang berniaga ni. Bilik bawah ni dah la aku convert jadi ofis. Sian plak mak+ayah nak naik turun tangga kalau nak berehat kat bilik. huhuhuhu

Pastu pikir plak aku nak cuti berapa lama? aku ni nama je dok umah tapi busy ngalahkan kerja ofis dulu. Malam pun kerja. T_T

Kekadang ada rasa kosong yang macam.... robot? Buat kerja tanpa pikir ape dah.

Damn. I really need a fcuking holiday!

Tapi ketahuilah, aku takleh nak cuti! Sebab rasa ada banyak responsibilities to my business. Ohhh how I long to be carefree and just enjoy my leave when I was employed by Hertz before. Tak peduli ape, cukup time gaji masuk. Alangkah indahnye.

Ni aku nak beranak bulan 5 nanti ni pun aku dah risau camne la kalau tak online, tak berbisnes 2 bln. Mana nak korek duit weh???

I is sad.

Huhu.....

But then, lantak la. Takyah nak risau lebih2 benda yang belum terjadi kan?

Maka............

Aku berdoa yang semuanya akan baik2 sahaja.






Ahhhh sape bankin duit kat aku petang tadi ni!!!!!!!! @@8&&^%))))))0@@@##LLK!!!!


Written By Ryehana
alhamdulIllah...

2 comments:

rAtu saLju™ said...

babe! stress bebenor nampaknya..klu x nak duit tu meh pas kat aku...hahahah...

rilek la beb,ko panggil indon memane,suh dia kemas.bayor le upah sehari.mak aku penah buat.sambil tu pantau la,kot2 panjg tgn plak kan.biasa rate dlm 50-70 camtu sehari kemas tiptop!

ZaloraTeamMY said...

Salam daripada Zalora Malaysia,
Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my