Wednesday, January 1, 2014

2014

bismIllah...


Dah 1 Januari 2014 dah pun.

Lama tak update blog. Busy and.... well, takde mood.

Banyak benda yang berlaku since my last update.

1. Pegi baby fair kat Midvalley pada 23hb Nov lepas. 1st time pegi baby expo cos Tommee Tippee ade 50% less. Dahla tahun 2014 nak naik harga lagi so better aku rembat. Pergi dengan Nini je cos hubby was away xsilap. Xbawak Razin pun. Pergi Jumaat, tido umah Mak Yang then Sabtu pergi Midvalley then chow balik Perak. Hepi cos dapat jumpa salesperson and other acquaintances :)

Kitorang gerak awal giler cos sampai MV kul 9.30 kahkah. Punye la tak nak berebut parking. And best bila awal cos dapat parking dekat ngan lif. Sempat la Nini turun 2x ke kereta hantar barang yang dibeli :P


Tengokla ramai beratur untuk dapat goodie bag and contest ape tah. Aku tak amik pun goodie bag. Takpela, terima kasih jela :p



2. Pegi Big Bad Wolf (BBW) pada 14th Dec yang lepas. My 1st time too. Mulanya tak plan nak pergi cos hubby ade kerja ke ape tah weekend tu tapi dia kesian kot aku asyik bising kt twitter n fb nk pergi. So finally we did.

Kitorang bermalam di rumah adik ipar aku (BIL) di Amansiara townhouse, Selayang. He just bought the house and tu la first time aku menengok rumah 'townhouse' ni camne rupe haha... tak terbayang sebelum ni bila hubby told me rumahnya di tingkat atas tapi ade own porch etc. Bila pergi baru la tau... hehe... not bad gak la... cuma too small for me. Dengan laluan kereta penuh orang parking kete... sempit n cuak je nak lalu. huhu... Rumah camtu pun 300k above. Yang aku suke rumahnye sejuk je.. best tido haha. Esoknye gerak ke Balakong then amik anak2 buah yang nak join pegi BBW.



Razin was happy cos dapat macam-macam buku best.
Banyak beli kat dia je.



Sebelum tu masa bulan Nov ade quick getaway ke Shah Alam cos aku ngidam nak makan nasi ayam lemon Pak Li. Stayed at Concorde. Pegi iCity then balik. kejap jer pergi sana... semata2 nak nasi ayam lemon! huahua




Then just a few days ago, we went to Langkawi. Family aku, family abg ipar aku (3 daughters) and my mother in law.

Gerak pukul 3.30 pagi dari Lumut and sampai Kuala Perlis pukul 9 pagi. Stopped at 2 places to rest and pray on the way. Feri pukul 10.45 pagi... so lepak jela.

Kitorang sewa 2 bijik kereta kat sana. Kawan-kawan sesama navy yang sewa so dapatla RM70 sehari. Kitorang memang nak jimat cos nak duduk sana 2 hari. Jadila... Stayed at Tok Jah homestay yang dekat dengan Underwater World. In fact, pintu masuk UW tu bertentang dgn jln masuk ke homestay tu hehe... ni kawan FB yang carikan. Oklah. Rm250 per night. Dekat ngan Pantai Cenang n UW. Jalan kaki je. And malam-malam memang happening gak la kat situ.

Went island hopping n shopping je. Aku beli kain batik 4 helai (tu pun sebab mak bising suh beli untuk pakai masa pantang nanti... aku ni keje rembat kain batik mak je hehe), coklat yang berlambak-lambak, Corelle (loose.. ade la dlm 5 pieces je), set Luminarc, new bag (begku beranak hahaha) and perfume!


We used Madame Googoo toddler carrier for this trip.






Razin's 2nd time on boat.
His first time was last 2012... click here (kurus lagi aku time tu).

Razin dah besar so dia hepi la cos baru paham...he loved the penguins he saw at UW. X habis2 dengan penguin. :)

Tapi island hopping kali ni tak best sangat macam dulu... sebab sendiri2 je kot? and money constraint? kehkeh... island hopping kali ni pergi Pulau Dayang Bunting (x naik dah cos xlarat), Pulau Beras Basah (hubby siap mandi laut lagi) and eagle watching je. Takde pegi gua kelawar mahupun pergi tengok ikan yang orang bela dalam sangkar.

Abis banyakkkkk duit untuk trip ni... dah la duit sewa rumah tenant tak bankin lagi. Aku asyik kena pau. Huhuhu. 
\
Nak banding ngan trip Mak buat dulu, bayar RM200 je utk transport, penginapan+breakfast. Murah siot.
Cumanya mak cakap kalau buat lagi tahun ni, naik sikit la caj dia... around rm260-300. Ahhh xkisah la. murah dah tu. Duduk hotel... and bot pun best. Bot yang pergi ni tak best sakit bontot aku terhentak2 dilambung ombak. :(

Cuma kali ni best nak shopping cos bawak kereta kan. Senang sikit...



As for me, masa nak balik baru menggila sikit. Gila la dok kedai perfume ni. Semua aku nak beli. End up beli 2 perfume for me and 1 for hubby. Untuk hubby kecik je udahhhh.



Aku punyer perfume dua2 tak buka lagi. Hubby je dah rasmi perfume dia.

Aku? abiskan yang free sample dulu heheh... Sedap bau yang Escada tu :D
Gucci Guilty bau dia kuat sikit. Tak berapa kenan.



Gambar kat Langkawi dalam phone hubby cos masa pergi sana aku lupe bawak charger. In fact, beg berisi susu Ajin, pampers, charger aku and powerbank yang dah fully charged sumer tertinggal. Almaklum rush nak gerak 3 pagi kan.. tapi kul 3 baru bangun. saba jelah.... pampers and susu beli cepat2 bila dah sampai Langkawi. Charger jela xleh buat ape.... T_T

Tu je update kali ni.

Selamat tahun baru uols.

Azam aku?

Macam sebelum2 ni jugak. same je........

I have baby 2014 coming up! haih xsaba...... :D

Written By Ryehana
alhamdulIllah...

0 comments: