Tuesday, February 17, 2015

Online store

Bismillahirrahmanirrahim...


Terbaca satu post yang melintas kat FB tentang orang komplen satu kedai ni tentang lembab, staff pemalas dan order online bermasalah.

Perghhhh... Memang ini lah paling aku takut sangat!

Complaint dari mommies kat thread tu:

1. Barang takde stock tapi tulis kat website IN STOCK

2. Dah bayar and buat order then selalu dapat call bagitau corak ni takde, warna tu takde etc. Staff pilihkan corak kat kita pulak.

3. Refund proses yang lama iaitu 2 MINGGU

4. Order lambat diproses. Lepas 3,4 hari or sometimes one week baru dapat respon order diterima. Pastu time tu jugak la dapat tau barang yang diorder takde stock la itu la ini la...

Masa aku baca komen-komen komplen tu, aku macam: "ya Allah ni la yang aku takut sangat. Orang tak puas hati dengan servis and mengumpat belakang-belakang... And share kat group di FB! Omg. Nauzubillahiminzalik. Mintak dijauhkanlah...

Actually aku sendiri pun pernah kena dengan online shop tu (kedai baby yang femes gak la dalam komuniti ibu2 cos ade physical shop and branches jugak). Kes aku: just nursing bra yang aku pilih takde stock. So kena tukar corak and color. Aku tak kisah pun. Lantakla asalkan ade nursing bra. Bra je punnnn...

Tapi tu aku.

Lagipun aku sendiri paham macam mana  SUSAHNYA nak manage online and physical shop at the same time.

Berbalik kepada komplen di atas. 

1. Dah order barang tapi rupa-rupanya takde stock. 

Sebagai customer, memang la bengang kan. Dah bayo dah ni, alih-alih barang takde plak dah!

Aku sendiri penah jadi mcm ni kat online store aku. Come on, barang banyak gila kot. Mati weh nak update stock DENGAN TEPAT.

Sebab utama, masa yang takde...

Sebab kedua, barang tu tak popular and jarang orang order so kita yang manage website pun tak ingat barang tu ade kat website.

Sebab ketiga, barang tu temporarily out of stock je sebenarnya. Akan direstock dalam masa terdekat (1-2 weeks) so macam... Alahai bior jela tulis In Stock cos nanti memang ade gak... Dlm masa 1-2 weeks tak semestinya ade order?

Ya... Benda ni adalah ape yang seller alami. Bukan senang......

Lagi2 kalau kedai famous yang stock berlambak-lambak. Jenuh nak update setiap stock.

Sebab keempat, tahukah anda bahawa RAMAI orang tahu place order kat website jer tapi bayornyer idak. Dah 3,4 hari takde emel/sms/call bagitau dah bankin. Sorang dua bole monitor lagi, kalau berpuluh orang mcm tu?? Tak ke tumpo? Order byk msk tp payment takde... Udah satu keje check satu2... Pastu kalau ade org bankin dua tiga oranf amount sama and nama dekat2 sama lagi laaaa seksa.

Dan lagi kalau bankin online nama husband tapi order and delivery nama bini. Time bayar/transfer idak pulak bgtau order number or byr utk apa..

Satu hari ade beberapa transaksi dengan amount yg sama... Info plak tak complete. Jenuh weiiiii


Well...

Since aku ade alami benda2 ni (kena marah/complaint tu biase la nak wat camne kan dah kita sendiri takleh nak manage update.. So tadah jela telinga hehe)

Ape aku buat selalunya berdoa customer tak banyak songeh dan memahami sebelum aku call bagitau stock takde.  Setiap kali dapat emel order untuk barang yang takde stock, hati tenggelam sekejap.

Yang pasti aku akan hubungi as soon as possible. Time working and memang mengadap laptop, ade yang order baru msk tak sampai seminit aku terus call bgtau JANGAN BANKIN COS STOCK TAKDE. Kalau dpt customer yang memahami, alhamdulillah la.

Kalau dpt yang jenis tak sabar, aku la yang kena sabar banyak2 heheh...

Selalunya ok. Takde drama cos aku bagitau cepat2. Masalah kalau orang order barang time weekend... Weekend order mmg aku tak dapat nak inform asap. Yelah, aku pun ade life jugak. Time weekend memang aku tak tengok email/whatsapp sgt.

And since my bizz is just a small one, so aku nak refund ke ape ke memang selalunya dlm 24 jam je. Takdela nak drag sampai 2 minggu. Huhu.. Tak tenang wehhh

Just sharing serba sedikit from a seller's point of view.

Kalau paham, senang citer...

Janganla bash kat belakang2... Sian periuk nasik orang huhuh... Hantar emel complaint dah memadai kot. 

Tapi tadi aku baca komen2 takde satu pun backup and positif. So i guess that shop really has to improve on their online service la kot.

Kedai aku?

Haihh tahla. Aku sorang je manage. Dengan kedai fizikal lagi. Aku just hrp aku dpt customers2 yang baik hati dan penyabar. Huahua...

Insya Allah.

To other online shoppers, dont be so hard on us, sellers. We're just human ;p


*Sedikit end note utk diri sendiri:-

Macam mana nak solve masalah ni?

1. HIRE PEOPLE to manage the inventory on the website!

Kerja dia memang update stock availability shj. Dia tak pack barang, dia tak check payment, dan dia juga tak buat kerja lain selain check/update stock. haaaa... macam tu memang tepat je la stock update hehehe.

TAPI... aku belum mampu.

Sekian catatan sebelum tidur. 

Adios




Alhamdulillah...

0 comments: