Tuesday, March 7, 2017

Penang trip

bismillahirrahmanirrahim...


So beberapa weekend yang lepas kitorang ke Penang untuk jenjalan and cuti-cuti. Ntah ape ke mimpinya tetiba laki aku whatsapp satu malam tu supaya aku book hotel Lexis kat Penang tu. Nak bawak budak jalan-jalan katanya... kesian tak pegi mana... Aku pun of course le suke kehkeh... Lama teringin nak stay Lexis tapi sayang duit lol.

Oleh kerana laki nak sponsor, maka zass la usya-usya trivago. But too bad credit card aku masa tu tak dapat lagi so tak dapat book terus... (kad kredit aku tukar AGAIN cos ade unauthorized transaction). Masa survey tu harga RM5xx lagi including breakfast, tapi masa book (bila dah dapat kad kredit) harga last minute mahal la sikit jadi RM6xx. Huhuhu.. (laki aku tak kad kredit. aku tak bagi buat. sorang je ada udah)

Kesimpulannya, nak murah sila book awal :p

By the way, aku book untuk 2 bilik Premier Pool Suite cos Mak, Nini, Diyana, Kak Lin and Mak Yang nak ikut jugak.



Kak Lin nak balik Perak cos dia ada appointment kat Hosp Pantai hari Isnin 27hb Feb, tapi ape ke he nyer if balik Beruas tapi takde orang cos semua menyongket ke Penang kan? So deme pun ikut la sekali hehehe...

Pendekkan citer, ade dua kereta la ke Penang. MPV kitorang and Subaru Forester Kak Lin yang baru itu :p

Went straight to Penang Hill since check in hotel pukul 4 petang. jom layan gambo...





Budak banyak ragam. Anak nombor dua memang gini ke tah? Apsal aku baik je... wakakaka...





Dalam train nak naik Penang Hill. Tengok la si Raul tu. Masa menunggu nak naik ni dia bantai melalak tak hengat dunia. Macam kena dera. Nasibla kami beramai. Takde la malu sangat hahaha...






Muka laki aku memang slalu takde emosi. -_-






Suke betul diorang belek-belek mangga bebanyak ni...





Udah-udah jom turun wei











Sempat melantak cendol, ais kacang and pizza kat atas ni. Abis jalan-jalan and amik gambar, kitorang pun turun...





Gerak ke hotel pukul 3 petang.

Sampai hotel elok-elok pukul 4 tak silap. Dengan jem nye, dengan jauhnya... huhu...


Yeay! dah sampai hotel. Bilik best.. ade 2 king bed so sangat sesuai la untuk kitorang anak beranak.




Lepas letak barang terus aku bawak budak-budak lari bilik sebelah... 



Kak Lin and Nini dah terjun. So budak-budak ni pun tak sabar la nak terjun jugak.
The downside is, budak kecik kena pegang la cos pool ni dalam... 1.2 metres. Ajin jela yang rilek berendam ikut suka dia. Kalau Raiq and Raul, diorang ketot.. kang lemas pulak. So kena la pegang :p






View memang best. Nampak laut, nampak kapal terbang (cos dekat dgn airport Bayang Lepas)




Ni masa dah balik bilik sendiri. Tengok Ayah berendam, diorang pun nak join lagi.



Ingatkan nak tido, tapi tak jugak tido...




Aku plak berendam. Best gila... Sangat-sangat relax and sempat dozed off sekejap. 
Nice atmosphere and beautiful view. Plus, jauh dari toilet (bath tub bukan dalam toilet) which was really cool and awesome design hehe... sebab aku slalu rase mcm off sikit if berendam dalam bathtub yg sebelah jamban wakakaka





Gambar google. Bath tub hujung sana... sekali tempat shower...
Boleh tengok budak-budak kat pool and view laut.






See? tu ha toilet. So jauh la dari bath tub.
Aku tutup partition ni (ade pintu sliding kat belah kanan tu) cos takmo budak-budak datang kacau kehkehkeh






Petang tu kuar jap makan mee udang Ayu teluk kumbar.
RM16 sepinggan hehehe...
Bole la.. sedap...

Bungkus untuk orang kat hotel cos tak semua ikut. 
Razin tak ikut, tidur kat hotel dengan Nini, Diyana & Mak Yang.

Balik hotel baru perasan rupanya Razin demam. Nasib baik kejap je demamnye...


Senja... waktu malam tak berendam pun...

Laki aku je kot? Ntah.. cos aku merayap dengan Nini & Kak Lin + Diyana.


The view ;)





Facilities. Ade kids playground, spa, gym, karaoke...

Serius tak puas kot dok sini. Tidur 2 malam baru berbaloi kot? huhu...





The next day... lega la sikit Mak, Nini and Kak Lin ada. Diorang leh melayan budak-budak yang tak reti dok diam tu (Raul + Raiq)

By the way, bab makan just biasa-biasa je. Breakfast pun takdela best sangat2 makan dia. just.... biasa je.

Even malam tu kitorang order room service gak (mana cukup mee udang je) untuk set pizza... 
hmmm tak sedap -_-"





Lepas breakfast, sambung berendam pool lagi. Gambar Mak takde la eh.. hehehe


Yang bestnya, if dah sejuk berendam, boleh panaskan badan di steam room!
Sauna lah kiranya ni...






Best!


Pukul 11 settlekan budak-budak, then kemas untuk check out pukul 12 tengah hari.

Takde nak singgah mana dah. Semua nak terus balik Beruas. Laki aku dahle keje Isnin tu. nak drive balik Putrajaya plak 3.30 pagi nanti. huahua




Abis dah quick getaway ke Lexis Penang.

I would love to come back again. hopefully soon. huhu



Goodbye Penang. See you soon!





Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: