Sunday, December 23, 2012

Rindu

bismIllah...


Rindu nak berblogging dengan rancak seperti dulu. Tapi apakan daya... sudah jadi mak orang ni banyak tanggungjawab, masa dan kesibukan melanda.

Aku rindu nak baca buku cerita wei. Last weekend Nyda pergi Big Bad Wolf punyer sale and berjaya merembat beberapa ketul buku. Sungguh aku kejelesan tahap gaban cos buku novel (what else yang aku bace lagi kan...) murah je! iskk... sebab jauh je. Kalau tak, memang aku dah sampai! Tak dulik... huhu

Hilangkan rindu bace buku dengan bace blog. Ceria sekejap hidupku membace blog si Pokapola. Sebelum kenal blog dia, dulu aku bace blog si Kahuna. Tapi sebab lambat benor berupdate blog Kahuna tu, now beralih arah ke Pokapola. haha... blog2 mereka ni sangat menceriakan hari aku. =p

Aku ade banyak benda nak settlekan tapi tak settle-settle.

Aku nak gunting rambut sejak sebelum pergi Indon lagi. Tapi belum buat.

Aku nak tengok wayang... pun belum jugak tengok. Sekarang ni nak sangat-sangat menonton cerita Life of Pi. Damn it, semua review kata cerita ni MESTI TONTON. Arghh...

Luckily, aku dah sempat settle hantar lukisan yang dibeli di Indon untuk diframekan. Dok husung lukisan tu ke sana sini dalam kereta, at last, last Friday aku berjaya hantar kat kedai sebelah Hong Leong Bank Sitiawan. Kerana lukisan tu besor (aku beli kat Cianpur dengan harga 200 ribu rupiah = lebih kurang RM60 which is cheap la jugak cos size dia memang besar gedabak. Bila frame, kena caj RM128. wakakaa... frame lagi mahal dari lukisan. Lukisan tu pemandangan di Cianpur... bukit bukau and sawah padi etc. Aku kan suka panorama camtu... hehe...

Mamito bought a painting too... but smaller than mine. And she chose scenery waterfall... suke benor gambar air... Padahal kat umah dah ade scenery waterfall gak.

Anywayyy....

Berbalik kepada things I need to settle... I wish I could do them next week. Laki aku ada balik ni, tapi so far dia dok busy gak. Ade jugak kerja dalam base siang tadi (Sabtu)... Isnin pun ade kerja.. Selasa dia balik Johor semula. Mati-mati aku ingat dia cuti seminggu... rupanya sampai Selasa je. heh.

Apa pun, banyak barang dari Johor dah diangkut sikit-sikit ke sini. Aritu hubby tumpang kereta orang, so leh la angkut barang... Malas bawak motor cos selalu hujan kot. huhu...

K lah... sekian sahaja cerita kali ni.

Diakhiri gambar poyo masa kat Bandung. Terima kasih.


Bulat kan pipi aku?
Pedulikkkk!


Written By Ryehana
alhamdulIllah...

0 comments: