Saturday, July 9, 2011

Sambungan citer trip ke Kelantan

bismIllah...



Fuhh... lame dah perginya tapi tak citer sambungan dari kenduri kahwin Mashitah di Kelantan 18 June lepas. :p

Ok... Where was I?

Haaa kat kenduri kahwin.

Meh tempek gambar pelamin, tempat makan dan pengantin. hehehe..

Pelamin memang cun walaupun Mash kata patutnye jambak bunga tu mane der rose warna putih.
Kira halal je la Mash oi.. Lawo je aku tengok. hehe

Tho ada few adjustments juga cos pelamin yang Mash nak asalnye sangat lebar...
So kiri kanan tu addition baru...
Yela, tak sesuai kot untuk rumah cos yang Mash nak tu macam untuk bersanding kat dewan rasenya.
Ape-ape pun, tetap cun!

Tempat pengantin makan.



Lupe nak amik gambar hantaran.
Semuanya dak ni hias sendiri. Cantik!
Tapi takde dalam henpon cikai ku ni.
Luper... =P

Me and Mash.
Muka aku kembang dengan jayanya.
HAHA



Gambar pengantin perempuan jer ada cos dari aku sampai kul 12 tengah hari sampai la dah 2.45 petang, pengantin lelaki tak sampai-sampai lagi. Memang pesen gitu kot kat sana? Tapi tak larat la aku nak tunggu dah. Tepat 2.45 petang aku cabut. Sebabnye, nak cari hotel untuk tido malam tu. Irama Resort? Oh no... no wayyyy. :P

Lepas kenduri terus gerak ke Kota Bharu untuk cari hotel. Nyda suggest Riverview hotel... tapi tak tau nak cari. Memang takde bawak laptop and broadband untuk gugel-gugel.

Jalan punyer jalan, nampak Renaissance Hotel. Ahh belasah ar. Dah itu yang nampak. Hehehehe...

Since takde reservation, bilik yang ada sebijik katil king size was not available. Yang ada just bilik with 2 queen beds. Lagi bagus, takde la Razin mengacau So amik jela...



Rate dia kalau tak silap aku dalam RM360++ untuk 1 malam (for standard room la). Tapi guna government rate (tunjuk ic tentera), dapatla less... time check out bayor dalam RM266. Tak kisah ar cos sangat best tido. Rase takmo bangun dari katil. And of cos berganda-ganda bestnye dari Irama Resort tu. Huahuahua...

Razin tido katil lain.


Tapi yang tak berapa best (bagi aku la) was the food. Makanan masa breakfast la... entah, cam tak banyak pilihan je. But then again, sebab di Kelantan, so western breakfast kureng?? Baked beans takde! hahaha... omelette, sausages and goreng-goreng (nasi goreng, mihun goreng or mee goreng) sumer takde. Yang ada nasi dagang and nasi kerabu. Aku makan nasi kerabu for breakfast. Ini la pertama kali dalam hidup makan breakfast nasi kerabu. hehehehe... belasah ar. But it was nice so leh dimaafkan la takde baked beans yang murahan itu... darat sungguh aku ni. Orang datang Kelantan nak makan nasi kerabu or nasi dagang. Dah itu signature dish nyer. Ko tak abis-abis nak baked beans, omelet, toasts and sosej jerrr...perasan omputeh!

Abis, dah selalu makan nasik, nak makan benda lain pulak... Plus, aku bukan suke makan nasi pagi-pagi. Nasi dagang lagi la... tak pernah aku suke sejak azali. Nasi kerabu ok lagi. ;)

Anyway... dapat breakfast dengan aman cos bawak Razin turun ngan stroller. Duduk la dikau diam-diam dalam stroller ok. Sebelum turun of cos dah bagi Razin 'breakfast' dulu... hehehehe

Tengah tunggu hubby amik makanan dia lak.
Razin dah ngantok dah tu...


Naikkan cover untuk mudahkan Razin tido.
He'll be sleepy with less light on his face. :)
Dah tido, otomatik he spit out his pacifier. huhu



Lepas breakfast, naik bilik balik.
Hubby main-main dengan Razin while aku mengemasss!


Lepas check out dari hotel, dapat 'hadiah' dari Majlis Perbandaran Kota Bharu. A freaking ticket! hahahaha... kena kompaun RM10 cos hubby parking kereta sesuka hati beliau di tepi jalan kat hotel tu. Hubby malas park dekat tempat yang disediakan cos jauh katanya. Cehhh... nasib baik kena saman RM10 jer.

Well, itu juga sebab yang buat aku jumpa En Wan Rusdi di KB Mall. Aku tefon dia nak suh dia tolong bayarkan and kebetulan dia ada kat KB Mall untuk repair laptop ke ape...

***En Wan Rusdi was former colleague di KL Branch. Dia tukar ke KB Airport since kompeni bukak branch baru kat KB Airport. Aku lak ke Lumut since kompeni bukak branch kat sini... so kitorang ni same-same bertukar dari KL. =)

So, pass saman kat dia jela. hehehehe... maleh nak singgah ke majlis bandaran untuk bayor saman. :P

En Wan Rusdi, Kamarul (KB's new staff), Hubby and Razin.


Lepas sembang-sembang and tukar-tukar cerita, we head on our ways...

Jalan-jalan dan jalan-jalan.

Sampai Lumut pukul 9 malam kot? Ntah lupe dah.

Yang pasti aku rase cam serik gile je nak ke Kelantan naik kereta. Waaaa penat gile! Tambah lagi lalu kot Grik. Perhh.. jalan macam ape je...

Nyda, ko kahwin nanti gitau awal-awal cos nak book tiket flight jela. huhu


Dah abis citer. Lega...

Salam...


alhamdulIllah...

0 comments: