Friday, May 9, 2014

Scheduled for C-sect

Bismillahirrahmanirrahim...




Pagi tadi, lepas Subuh terus gerak ke HAT (Hospital Angkatan Tentera) dalam Pangkalan TLDM Lumut.

Husband ambil cuti and teman aku. Pergi kat Unit Hasil cos kena admit untuk jumpa Dr Sharifah (admit sebab nak jumpa doc je pun huhu). Aku tersalah faham dengan info yang nurse kat A10 bagitau Isnin lepas. Tak tau plak kena admit, ingatkan just tunggu je sampai doktor buat round... Rupanya kena admit jugak. Huhuh

Rasa risau cos ade sebijik Medela Freestyle yang customer order belum pos. Dalam keadaan ade benda tak settle ni memang tak tenang dibuatnya.

Anyway, naik le aku ke Wad Bersalin di tingkat 2. Pehhh deja vu betul. Teringat time beranakkan Razin dulu hehe...

Kena salin baju and pakai baju hospital yang warna purple, ditimbang berat and rekod CTG diambil. Alhamdulillah baby ok je despite the look on the nurses' faces when they read my pink book on "Cord around neck 2x" - dicatat oleh Dr Goh. Huhu... 

Then tunggu jelah kat bilik sementara tunggu doctor datang round. Bosan giler time ni. Mati kutu aku. Dahla bateri phone nak kong, then line 3G untuk Maxis pun hampeh kat HAT ni. Tak tau nak buat ape!


Bilik aku... Dok sesorang je. Ini lah bilik yang sama aku duduk lepas beranakkan Razin masa 2011 dulu hehe...





Tapi dulu aku duduk katil sebelah tingkap tu. Dulu ade tv petak atas meja depan tu... Sekarang tv gantung kat dinding plak.


Sementara nak tunggu doktor datang, aku bantai membuta. Sempat jugak suruh laki aku datang hantar breakfast cos lapar gila. Keluar pepagi tak sempat makan pun...

Around 9-10am, Dr Sharifah datang buat round with her entourage of staff nurse and other nurses... Check2 perut (dah berapa orang cakap baby aku kecik huhu) and she said, Isnin ni aku akan dibedah. Was told "jangan urut-urut ya". Hehe... Of cos i won't. Dr Goh has already warned me about that too. Dah pasrah dah perut nak dibelah... :|

Amik Hb pulak cos the last time my Hb taken was a month ago. Alhamdulillah ok je takde ape. 

Then scan ultrasound. Again, doktor yang buat ultrasound commented that my baby is small. Approximately around 2.3kg? Hmmmm.. Aku doa sangat baby sihat... masa scan tu doc cakap bahagian bawah tu kosong je... kaki baby and bontot sume kat atas jugak. huhuhu... camne la dia berpusing-pusing... (maybe sebab kecik?)

Lepas scan, lepak bilik. Buka tv. Main ipad (husband bagi masa hantar breakfast cos aku bising boring tak abis2). Lama gak la dok bilik... Sempat lunch kat hospital... Huahua


Ni la lunch aku kat hospital arini. Ngap je cos kebulur (laki aku beli sebungkus je nasi lemak size kecik! Mana cukup T.T)


Then dah pukul 2 aku tanya kat kaunter bila leh kuar. Kebetulan Dr Sharifah kat kaunter. She said boleh balik dah. Tunggu nurse hand over buku pink aku. Yeayyy lega... Xtau nak buat ape dah kat bilik tu. Kawan pun takde nak nyembang (nak online pun takleh cos xdapat line 3g). 

Terus sms husband suruh datang amik. Alhamdulillah by 2.30 dah blah dari hospital. 

Settlekan hutang-hutang Corelle then balik rumah pack order customer. Gerak ke Airpak Express untuk pos barang and bayar bil courier. Alhamdulillah settle.

Esok nak balik Beruas makan laksa and makan benda2 lain yang aku bakal takleh makan time pantang. Hehehe...

Razin bakal ditinggal di Beruas la cos Isnin pepagi tu dah kena serah diri kat hospital. Ya Allah takut sebenarnya aku ni... Tapi tawakal jelah. Moga baik-baik sahaja nanti. Doakan ye! Mudah-mudahan tiada apa-apa komplikasi dan baby pun sihat sahaja. 

Sekian.... Assalamualaikum.


Alhamdulillah...

3 comments:

Kujie said...

Moga dipermudahkan semuanya.....kak jie dah rasa 3 kali czer ( 2 bius penuh dan 1 bius setempat )

Rose Azadir said...

semoga dipermudahkan...anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer

bungkilan said...

Semoga dipermudahkan semuanya. Dan harapnya lahir secara normal.