Wednesday, April 21, 2010
bismIllah...


On Sunday, we went snorkelling!!! It was my first time to snorkel... I was feeling excited and nervous at the same time as I don't know how to swim... But we were all given a life jacket each, so... takde la risau lemas ke ape kan... hehe...

Rauf and me.


Sitting from left: Arif, Domie
At the back from left: Abg Azman and Abg Azhar


Kitorang pergi 2 boat. satu bot besar (the other boat dlm gambar atas ni) and satu bot kecik.
Aku naik bot kecik ni... kecik kecik pun, lagi laju la dari bot besar tu... heheh...


Huduh kan?
Macam sejenis burung... haha


Tengok ikan-ikan tu!
Semuanya datang bila baling roti... kebuluran gila...

Actually, kami snorkelling kat 3 tempat berbeza. Tapi takkan semua nak letak sini... jenuh ar nak upload kat blog... so aku letak parts of them.

This is me snorkelling!

Kalau korang perasan, ade banyak gile ikan kat keliling aku... (ikan warna biru dan ikan belang2)
Serius best gile... geli2 pun ada cos diorang terlanggar badan kita masa nak kejar makanan...
Ada orang baling biskut and roti kat tempat aku snorkelling so that ikan-ikan tu datang kat aku...

Macam gambar bawah ni la pengalaman dia...

Awesome right? =D


Another best thing is yet to come.
A boat crew managed to catch a turtle in the sea!!
How extraordinary was that!!

Bukan selalu terjadi weh!!

That's a turtle inside the red ring.


Touched it! It's so cute!
Ntah kenapa aku teringat Mr Penyubiru bila pegang penyu ni... haha :P

Penyu belimbing ke ape ek?




Abg Shaharil siap cium lagi kepala penyu tu... hihi..
siyes comel! tapi sian kat penyu tu....

Lepas tu, abg kru bot bawak penyu tu ke bot lagi satu untuk diorang tengok lak.
Then baru lepas ke laut semula...
:]

Okeh. Now enjoy the pics taken...

Aku dan Amir. Amir gemok!
Senyum tak nampak bijik mata. haha


Rauf, aku dan Amir.
Hehehehe...
sengal je Rauf.. :P

Dengan Abg Ama.


Dengan Domie.
Rokok kat tangan tu mesti tak lepas punyer...

Domie, Aqram and Arif.

Puas melepak bot diorang, aku pun pulang ke bot aku semula...

It's time to go back to our resort...


And return all the belongings of men who didn't bring any bags with them to the sea.
Semuanya tumpang handbag aku sampai berat jadinya!! Hampeh.

"Ana, tumpang letak wallet and kunci jap"

"Ok"


"Ana, tumpang henpon and kunci jap"

"Hisy!" *tapi amik gak

"Ana, tumpang kamera"


"Cepat..."


"Ana, tumpang..."


"Ala, beratla beg Ana!"


"Ala, setakat kunci pun berapa gram sangat la..."


Yela tu, abis kalau dah banyak, tak berat ke?? sabo jelah...


Kes lain adalah bekal air. Masa nak pergi snorkel memang tak sediakan air mineral sorang satu. Kena beli sendiri... so aku terus beli cos aku memang mengalami cirit-birit pagi tu.. kang nak berjemur lagi mesti dehydrated kalo takde air.

Tapi the guys tak beli....

"Ana, beli lebih sikit ek"

I bought one big bottle of water and a smaller one for me.

"Ala, beli sikit je.. kemut!"

"Okla tu ada gak beli... kang kongsi2 la ek. hehe"

"Takpela, Ana tak bagi pun takpe... air laut banyak. Minum je laaa"

"Aaa yela... Barula terapung sekor-sekor tak bergerak2 kang.."

And that was replied with laughter.

Tak sure whether this is the last post about the Redang trip cos akan dpt pictures dari orang lain pasni...

Tengok la camne... maybe update kat blog gambar je kot.

K, assalamualaikum!

alhamdulIllah...
Tuesday, April 20, 2010
bismIllah...



Sambungan aktiviti di Pulau Redang last weekend...

Hari Sabtu kami sambung training di Berjaya Redang Beach Resort.

Nama pun pergi 'Team Building' so of course la ade aktiviti-aktiviti yang membuatkan kami kena mingle a lot. Cos program kali ni bawak staff SDRAC (Sime Darby Rent-a-car) from all over Malaysia.

Staff2 yang dari Sabah, Sarawak, Penang, Kulim, Kuantan, KL, KLIA, Subang Skypark, Head Office di PJ, etc... semuanya berkumpul di sini (yang tak dapat pergi pun ada gak la cos kena jaga ofis. tapi untuk Operation je.. Head Office memang cuti Sabtu Ahad)


Hari Sabtu pagi kami buat aktiviti outdoor. Nama aktiviti tu 'Focus Ring'.
Dipendekkan citer, aktiviti ni memerlukan focus dan teamwork yang baik to make it work.


Selesai program tu, kami masuk dalam bilik dewan semula untuk tengok balik dan discuss ape yang buat sesetengah group fail...



Ni plak time kami semua diberi alat muzik setiap sorang.
"Everything has a rhythm"


First instrument aku dapat adalah kompang.
Best bergendang macam nak gila...
Lepas tension! heheh...
Kami tukar-tukar posisi... so dapatla merasa main alat muzik lain...


Gambar-gambar bawah ni diambil masa lunch break.
Sempat la melepak dan bergambar kat tepi pantai...
Serius geram gile tengok laut biru dan bersih kat Redang ni...
I managed to have a dip in the ocean late in the afternoon when our programme with Bill ended.

I'm wearing Rauf's Ray Ban. mueheheheh...



Picture taken by Rauf. Thanks!


And lastly, the below is our final task.
Kami dipecahkan ke group-group kecil yang kena buat landasan bola...

Ini yang paling susah cos kena potong pvc pipes dengan measurement yang betul.
Semua orang jadi engineer kejap... heheh...

Aku nyer grup...

And then sambungkan semua pieces dari grup lain...


We made it!





So lepas task ni selesai, program dengan Bill pun tamat laaa... lega gak cos agak boring terperap je dalam dewan...

Tengokla lelaki-lelaki itu... semuanya asyik ngusya ke luar...
Dah tak sabar sangat nak training ni abis...

Amik gambar kenang-kenangan... Ada lagi gambar lain... ramai-ramai... tapi aku xde copy... nanti-nanti la...

Malam ada dinner...
Barbeku tepi pantai...



Bersambung....

alhamdulIllah...
Monday, April 19, 2010
bismIllah...


Aqram, Nurul dan aku inside Hyundai Starex. Ni time nak ke Subang Skypark.
3 orang leh dok depan yer... heheh

Boarding pass...


Ni dah sampai Pantai Timur dah ni kalau tak silap...
Bawah ni ape ek?
Ladang tembakau?


Dah nak touchdown di Pulau Redang!


Ni time baru sampai Pulau Redang..
Mata takleh nak bukak cos panas terik...
>__<>

Bergambar jap sementara tunggu beg-beg sampai.
Ni la saudara aku yang bertanggungjawab merekemenkan kerja ni pada aku.
Thanks a lot!
Kalau tak, takdela merasa aku jejak kaki ke Redang ni haaa...
:')


Sampai-sampai resort terus kena training...


Kumpul ramai-ramai...
Our facilitator is the caucasian guy in the middle.
His name was William something.. i didn't catch the last name.
But everyone called him Bill. He's a great facilitator!


Susun daun terup group mana paling panjang dengan susunan yang betul and takde 'gap'.


Main baling-baling...


And then, makan jap...

Tea la konon...
Kuih bom, banana fritters and keropok lekor.
Aku makan 2 pinggan of this dish. Minus a kuih bom.
Tak suka bijan sangat. tapi yang first aku bedal lah...


Dah selesai makan, kami ke bilik masing-masing. Aku dapat bilik apartment and my roommate was Kak Fina from SDFM (Sime Darby Fleet Management).


Untuk orang berhoneymoon ni weh... ape taknya, bathroom ada sliding door dari tepi katil.
Meaning, dari atas katil leh tengok orang mandi.. huhu


Fantastic view weh!! but my camera phone didn't do justice to how much beautiful the scenery was... :(

Lepas mandi sumer, kami pun pergi dinner...

Takde gambar yang cun dari henpon aku so maleh nak tempek.

Okeh... nanti sambung lagi yer...


Salam.

p/s: Arini aku cuti (ramai je bengkek ngan aku cos balik Redang aku cuti till Rabu.. and they have to come to work today!), tu yang dapat update blog tu...


alhamdulIllah...
Friday, April 16, 2010
bismIllah...


Aku kat opis ni. Tengah berkumpul-kumpul reramai... Nak gerak ke Subang Airport tengah hari sikit kot.


Girls yang pergi untuk KL branch just aku, Nurul and Babe (Ratnam). Boss besar and boss kecik dua-dua tak pergi sebab kena handle reservation yang seratus lebih kereta tu...

Haih... takdela best sgt boss takde... :(

Anyway, doakan perjalanan selamat ya!

Aku akan cuti sampai Rabu cos nak uruskan hal-hal nak kahwin. Isnin ni I'll be seeing my father again after 2 years and a half...

Hmm....



alhamdulIllah...