Wednesday, March 13, 2013

Battle to lose weight

bismIllah...


Aku ni gemok giler since dah stop breastfeed Razin. Masa dalam pantang and lepas pantang, aku berjaya gak lose weight dengan cepat cos bf dia... walaupun tak kembali kepada berat pre-pregnancy, at least kurang la jugak...

Before pregnant, my weight was 64-65kg. Tu standard. Aku kan memang jenis chubby-chubby sikit. Tak kurus, tak gemok sangat pun (ececeh). By the way, tinggi aku ialah 165 cm.

Then, masa pregnant berat aku makin naik... sampai la before masuk labor room pada 11 March 2011 (birthday Razin! He's now 2 years old! Ok, akan blog kat blog Razin tentang birthday) berat aku adalah 85kg. Hahaha... Naik 20kg uols! Padahal berat Razin masa lahir 2.7 kg je.. kwang kwang kwang...

Aku takde la timbang berat dah pas beranak... kecuali time dah abis pantang... Berat aku turun ke 70kg. Okla... standard weight gak tu cos masa single mingle dulu pun penah capai berat 70kg gak.

Last January, aku timbang berat and mendapati berat aku dah naik ke 78kg.



Happy sebab balik Perak semula?

Ntah... tapi gile lah kan... tu berat time aku pregnant 8 bulan kot? T___T

Masa Disember aku ade la beli ALSD2 untuk kurus la konon. Tapi harammm... beli sampai 2 tin tapi sampai sekarang satu tin tak abis-abis lagi. Ade lagi separuh. Lagi satu tin yang belum buka tu aku dah jual. Jual RM100 je padahal masa beli RM150. Lantak la.. malas nak pikir.

1st reason kenapa aku takleh abiskan ALSD2 tu ialah the taste. Memang takleh nak masuk tekak aku ni. Yang aku minum setakat ni (separuh tin) tu pun dok paksa je telan. Blerghhh! Memang tak sedap la bagi aku... huhu... Maka... no more ALSD2.

At the same time, kat FB ade friend yang tengah kuruskan badan. Aku sangat teruja ok bila dapat tengok progress and result orang yang kita kenal (walaupun secara maya) in losing weight. So aku terpengaruh. Kebetulan she's letting go her treadmill, so aku beli. Sebab tak sampai RM3k pun.

Sebelum aku decide nak beli, macam-macam aku dah pertimbangkan.

What if... Beli tapi tak guna? tak pakai? Rugi!!

And kenapa aku beli? Boleh jimat dengan berjogging or berlari je kat luar.

Hmmm... setelah amik kira semua point tu (yela, bukan murah hoi!), aku beli jugak.

Sebab?

1. Aku tak suke jogging kat luar. Aku malas cari suitable t shirt and track bottom, aku malas nak kena pakai tudung, and aku MALU kalau nak jogging kat tempat awam... Kenapa nak malu kalau ramai je orang berjogging? Arghh dah aku memang malu lantak aku la =P

2. Sebab aku kan tak bekerja di luar... not like aku kena pergi ofis ke ape tiap2 hari kan... so takkan la aku takde masa langsung nak guna alat yang dibeli beribu and letak kat umah? Sampai hati ke aku tengok je benda alah tu sitting still unused? Well, mengenal diri sendiri.... I don't think so (chewahhh! kena think positif ok!)

3. Last sekali, aku beli sebab harga dia... Kat Malaysia ni memang tak dapat la Reebok treadmill rege less than RM3K kan... yang ade just Takashima ke ape... tak minat. Tested it tho... and wasn't impressed. Model i-Run ni pun memang takde jual kat Malaysia. Model Reebok yang lain sume mahal-mahal giler. Tak mampu la weh...

So aku beli la treadmill dari akak ni...

Akak tu pos dari Kuantan guna KTM Distribution.

Nak dijadikan cerita, baru pakai sekali, then lepas tu treadmill malfunction. Oh sedih... aku dah excited tahap gaban dah cos best giler kot ade benda ni untuk exercise... tapi rosak plak. Problem dia, tetiba jadi laju. Memang laju gilebabi la tak leh nak lari pun atas dia.

Nasibaik akak ni baik hati, dia suh aku return and refund duit aku balik. We blamed the courier service tho hahaha... Yela kan... benda ni ade alat elektronik and motherboard bagai. Ni mesti terhentak-hentak ke ape... cos memang berat ya rabbi takleh nak cakap. Kitorang siap dah suh technician dari kedai alat gym berhampiran tengokkan tapi takleh nak repair. Treadmill tu memang ade warranty lagi.. tapi warranty UK la cos beli dari UK! T___T

 Serius sangat best pakai...
Tak besar sangat and senang untuk simpan.
Tapi rosak le plak... T_T

Video leh usya di bawah:



Since treadmill takleh pakai, aku macam cacing kepanasan cos semangat dah membara nak lose weight ni, tapi alat takde plak! huhu...

Berwassap la aku ngan akak tu tentang alat-alat gym ni.. almaklum, aku ni newbie ok. Tak pernah pergi gym langsung. Since akak ni lebih tahu dari aku, aku tanya macam-macam... Dia jual treadmill tu sebab dia nak upgrade pakai cross trainer.

Aku ni dok target nak treadmill jugak jela cos dah best test Reebok punyer tu kan (walaupun sekejap!)

Oh kali ni aku nak beli direct kat kedai jela... Senang... Ape-ape hal leh suruh diorang datang repair ke ape kan... So lama gak la dok study kat sini: http://fitnessconcept.com.my/shop

Memula nak yang jenama BH... pastu Proform... pastu Nordictrack... haihh pening gak la memikir... Untuk memudahkan buat keputusan, aku pergi outlet Fitness Concept kat Aeon Manjung. The salesperson was nice and helped a lot. Aku pun try la itu ini.. heheh... Pastu balik rumah lagi... baca-baca reviews, google itu ini then baru aku decided nak beli ape.

Well...

What did I buy? (ok, sesape follow instagram aku tau la kot)

And why did I buy it? haaaa...


Bakal bersambung next entry. :p
Written By Ryehana
alhamdulIllah...

2 comments:

Puan Bardboo said...

salam..

saya pun stress ni dah habis pantang tapi perut masih buncit lagi..haish, seluar jeans before preggy pun belum muat nak sarung algi..huhu..

p/s: Saya ada buat segmen 'Aku Seorang Surirumah'. Segmen tamat pada 30 April 2013, dan hadiahnya adalah Mivva Beauty Box. Jom la join sekali ye.
Bacaan lanjut di sini: http://bardboo.com/segmen-aku-seorang-surirumah/jom-join-segmen-aku-seorang-surirumah

Mama Panda said...

hehehe... kalau perut buncit tu mmg masalah biase la utk us, mommies yang dh penah beranak kan.. huhuhu