Tuesday, April 30, 2013

30hb.

bismIllah...


Dah gaji. Walaupun bukan aku yang dapat gaji, tapi sebagai seorang penjual, merasa la jugak tempiasnya. Time ni baru orang membeli barang... time ni jugak baru orang bayar duit kutu (yer, ade kutu stroller, kutu carseat dan juga kutu baby carrier di Mama Panda). Huhu...

Time dah gaji ni jugak aku busy sikit check payment, bungkus barang dan pos.

Alhamdulillah sekarang ni aku tak lagi berkejar ke Poslaju untuk pos barang. Aku tunggu orang kutip kat rumah je... Aku dah buat akaun dengan Gdex dan KTM. So, jimat masa dan tenaga.

Dan aku juga semakin malas.

Since dah tak keluar rumah sangat, aku mana ade nak jaga muka lagi. Serius. Takde dah tempek moisturizer ke... berbedak ke... setiap pagi macam selalu. Takde. hahahahampeh.

Dan di usia 27 tahun ni (birthday aku bulan Ogos! so masih 27 tqvm), memang rasa kulit dah tak secantik dulu. Dahle aku ni pulak pemalas ya amat bab-bab jaga muka ni. Nasib baik la Allah kurniakan kulit muka yang tak banyak masalah... xde jerawat sangat etc. So, xjaga pun xpe sebenarnye. Cuma berkerak plak rasa  cos lama tak letak apa-apa kat muka.

Esok 1 May. Cuti hari buruh. Sesungguhnya aku dah tak sabar nak tunggu suami pulang. Kali ni penantian ditunggu kerana perkara yang lain dari biase. Dia kini sedang memakai kereta aku. wahhh... jeles gile... tapi kena sabar cos lepas PRU je baru dia balik.

Ada lagi seminggu....

Esok Mak Yang, Abah, Kak Lin balik. Nan balik hari Jumaat. Aku pun balik Beruas esok juga. Sebenarnya aku nak balik malam ni, tapi budak-budak tenants ni tak kuar abis lagi.

Sabtu ni ada kenduri... bestnya ramai-ramai berkumpul. Too bad my hubby couldn't come. :(

That's all for today. Till next time.... Daaa...



Written By Ryehana
alhamdulIllah...

1 comments:

deena awanis said...

hahahaha..ana, i feel you..dina skrg 2 kali seminggu je kelas..2 ari tu je laa baru nak pakai moisturizer. rasa muka pun berkerak je..malas betul skrg ni nak touch up...=(